Monday, December 13, 2010

"SERVE NO PORK"....Really maa??

As-Salam semua...
Dah makan ke belum??? Kalau dah makan, bagus... Kalau belum, sila angkat tangan sapa nak kene belanja aku!!! Dijamin halal 100%, sebab aku yang masak ler.... Kalau tak, meh pakat ramai-ramai makan kat luar ye, nak jugak carik gak tempat hidangkan makanan yang 100% halal...

Oklah,bila cakap pasal makan ni kan, aku bet semua orang pernah jumpa kan restoran/gerai/kafe yang akan letak papan tanda depan premis mereka "SERVE NO PORK". Selalunya restoran/gerai/kafe dimiliki oleh orang bukan Muslim(faham-faham aje lah kengkawan...). So, bila papan tanda tu ada kat depan restoran/gerai/kafe mereka, kira selamat ek bagi segelintir manusia termasuk aku... Sapa tak pernah masukkan...
aku grab kat google images...contoh macam ni lah signboard  depan premis

Oklah... Aku nak cerita sikit pasal pasal restoran/gerai/kafe ni. Well, di tempat aku yang pelbagai bangsa memang suatu kebiasaan kalau tengok pelanggan muslim makan kat restoran/gerai/kafe bukan Islam. Aku pun ada gak join sekaki. Tapi... Ada tapinya tau, aku yakin halal sebab aku tau tukang masak restoran tu. Ada segelintir ownernya bukan Muslim tapi pekerja-pekerja dia semua Muslim, owner cuma sedia apa yang perlu. Macam tukang masak dia, tukang saji makanan... Tapi lain kes yang ni.

Kalau kenal aku, memang taulah aku punya hometown kan... Kalau tau hometown aku ni, mesti tau selok-belok dalam town aku ni. Bila aku dah tau, sumpah aku takkan masuk lagi masuk restoran ni yang tak pasti lagi kehalalan di sebalik  papan tanda depan restoran "SERVE NO PORK" ni. Ingat tak previous blog aku yang aku cakap aku gi Miri selama 3 hari tu??? Ok, kalau ingat, ok.. Kalau tak, boleh rujuk entri  yang lepas-lepas. 

Aku balik Limbang guna kereta sapu dari Miri(jahat tak...kereta sapu). Driver kereta sapu ni, aku kenallah, regular customer kitorang gak. Jadi masa balik, sebelum hantar aku sampai umah, dia nak makan dulu. Jadik dia 'hangkut' aku sekali gi satu restoran ni. Dia cakap halal lah.. Dia suh aku order dulu makanan yang aku nak makan. Tapi kerisauan dan perasaan was-was aku melebihi kelaparan aku, jadik aku tolak secara baiklah. Risau sebab orang umah asyik called aku jek, menanyakan keberadaan aku masa tu. Was-was sebab aku tak pernah masuk, tak tau asal-usul restoran ni, pekerja dia macamana. Aku ni pelik sikit, hanya sebuah dua jer restoran macam ni aku berani masuk. Yang ni, perasaan was-was memang mengatasi lapar(lapar giler masa tu jangan cakaplah). Walaupun masa tu, adalah sorang dua pelanggan Muslim masuk restoran tu. Jadi, penghabisannya berdirilah aku kat depan tepi restoran tu... Kira depan kedai Avonlah aku ternanti-nanti orang. Dalam 15 minit macam tu barulah driver tu kluar dan menyambung perjalanan menghantar aku balik rumah.

Masa nak kluar dari kawasan tu, kenderaan kena melalui belakang kedai-kedai untuk keluar. Kebetulan pulak bahagian belakang restoran tu terbuka, jadi aku dapat tengoklah siapa tukang masaknya. Aku bagi hint jerlah... Yang lain tafsir sendirilah. Tukang masak dia, 2 orang. Masa tu aku nampak mereka pakai seluar pendek jer. Dah tu tak bertutup kepala(nanti ada pulak cakap aku kuno kan pasal pakaian tukang masak macam tu. Kalau kau Muslim pun, paling-paling pun pakai serkup kepala dan tak berseluar pendek..tak mengikuti spesifikasi pakaian penyediaan makanan langsung). Dan paling aku terkejut sangat(terlebih sudaa...hiperbola tu..), di tengah meja memasak, terdapat botol kaca berwarna hijau dan berpenutup merah. Sapa biasa tengok botol tu, taulah.. Nak cakap kicap, memang jauh beza... Tak lain tak bukan, 'rice wine'. Macamana aku tau? Sebab aku pernah tengok bos aku beli tu botol tu, dan dia sendiri mengakui botol tersebut adalah arak untuk memasak. Aku pun penah tengok label botol tu kat salah satu supermarket kat Miri(aku tak pegang tau) dan aku baca kat label dan tertera 'rice wine'. Mulanya aku ingatkan cuka ke hapa, tapi bila dengar kebanyakan mereka yang non-Muslim suka menggunakan arak tersebut sebagai salah satu ingredient sampingan dalam masakan. Sama macam si Jamie Oliver yang suka menggunakan 'red wine' dalam kebanyakan masakan dia. Jadi, aku faham... Dan ada rakan aku(non-Muslim) cakap, kalau campur arak dalam masakan, memang sedap. Aku pun tak tau sedap macamana.

Kalau tak hidang 'lembu kontot' tu pun, belum tentu halal 100%. Ingredient sampingan dia macamana, sumber bahan tu halal ke tak. Dan bila aku tau dah keadaan restoran tu macam tu, memang aku takkan masuklah. Colleague aku mati-mati defence restoran tu halal. Tapi bila dah aku tau ingredients sampingan mereka gunakan, memang aku tak percaya lagi restoran macam ni. Serius aku bagitau ni. Aku tak buat-buat cerita, kalau dah depan mata. Bagi yang non-Muslim, sepatutnya mereka kena faham dan kena tahu istilah makanan halal yang sebenarnya. Bukan pasal tak hidang 'lembu kontot' tu, awak dah kata halal. Entah-entah awak ada masak 'lembu kontot' tu, cuma tak hidang secara terbuka, melainkan permintaan. Kan lagi naya tu. Lagi satu mereka juga seharusnya tahu bahan-bahan yang tak halal, sebab bagi mereka 'lembu kontot' ni kira satu-satunya yang tak halal bagi kita.. Allahualam... So, sebagai Muslim, aku kena bagitau buat saudara-saudara Muslim yang lain, agar berhati-hati bila nak pilih tempat makan walaupun kat papan tanda restoran/gerai/kafe tertera "SERVE NO PORK".

Sekadar mengingati ke arah kebenaran, bukan nak burukkan orang lain. Wassalam..

Wednesday, December 8, 2010

Hari Yang 'Panas'

Ya.... Hari ni Rabu bertarikh 08/12/2010, Cuasa Cuaca pun memang panas. Sepanas aku ni.... Bukan perasan diri ni 'hot' lawa siutt... Tapi panas nak marah jer hari ni. Dari rumah sampailah ke tempat keja...

Kalau pasal panas kat umah, aku tak naklah cerita... It's to personal to write in this blog. Let's Allah only know about this. Of course la kan, kalau dah panas sejak dari umah, sambunglah kepanasan hati kat jalan raya. 

Aku ni bawak motor, golongan yang orang tak endah kat jalan melainkan JPJ dan polis trafik(ni dah tentulah weiiii). Golongan motorist pun da perasaan tau, ada undang-undang gak. Bayar cukai jalan gak(walaupun kecik..kenderaan kecik...so jangan pandang rendah sebab cukai jalan motorist ni murah). Tadi, punyalah kereta orang-orang gomen ni selamba babon keluar simpang tanpa peduli orang kat jalan lurus. Masa tu dengan kelajuan sederhana nak gi keja, tiba-tiba jer van ni kluar simpang. Nasib baiklah aku tak laju, boleh lagi brek selamat, kalau tak terbelah dua kot kereta tu aku langgar jer. Memang aku sue abis-abisan lah kalau aku kena. Mentang-mentanglah orang yang berkhidmat untuk rakyat, kononnya.... Woi, macam-macam ayat menyumpah kluar dari mulut aku ni... Dahlah panas, tambah panas lagi. 

Scene kedua pulak... Masa ni dah nak sampai kat tempat keja. Adalah 2 orang minah ni, terkedek-kedek menarik beg, dahlah jalan macam siput jer, selamba jer tak tengok orang lain lalu. Nasib tak laju aku bawak masa tu, kalau tak dah patah pinggang minah tu aku langgor...Dari terkedek-kedek, terkodok-kodok kang. Yang ni memang clear giler lah aku menyumpah.. Oiiii, p***ikah korang ni, terkedek-kedek. Aku kalau dah panas, aku dah tak kira sapa saja, kalau dah buat aku menyampah bila aku tengah marah, memang macam-macam ayat sumpahan keluar. 

Scene ketiga.... Kesinambungan dari 2 minah ni, adalah kereta proton saga putih ni. Dahlah amik penumpang kat tepi, tak bagi signal, nak keluar pun tak bagi signal. B***h, p***i, bangang, bahalol punya orang. Kereta jer lawa berkilat tapi otak berkarat LOL..... Aku langgar kang, jangan nak salahkan orang, mangkuk!!!!

Tapi nasiblah kat tempat keja, aku ok-ok jer. Customer pun tak banyak kerenah sangat. Memang susahlah jadik diri aku ni, satu-satu dugaan datang.... Kadang sakit jiwa aku nak hadapi semua ni. Tapi inilah hidup kita. Tak der dugaan, tak bestlah hidup kan....


Saturday, December 4, 2010

4th Trial dan Luahan Hati Calon Direjek

As-Salam semua...
Hari ni aku off-day. So,  kat umah jerlah... Nak gi jalan pun bukannya ada teman pun. Jauh lagi ada kekasih hati pun takder... Sebenarnya, aku masih lagi dirundum kekecewaan menerima khabar semalam....
inilah kabar aku terima semalam..untuk kali ke-4, aku tidak tersenarai lagi
Aku tak tau nak buat macamana lagi... Bukannya aku nak salahkan takdir... Memang ada sedikit sikap aku ni sukar nak terima kenyataan. Cuma aku kesallah ngan KPM ni... Betul, aku kesal sangat. Aku terima walaupun hati tidak sepenuhnya(tengah muhasabah diri).

Kebanyakan guru KPLI ni akan ditempatkan di pedalaman2 Sabah dan Sarawak. Ikut tempatlah, ada pedalaman yang ada jalan yang bagus atau tak, ikut sungai, masuk hutan. Dah tu kebanyakannya adalah dari guru semenanjung. Ok, sapa-sapa pembaca dari semenanjung, jangan terasa tau... Adalah segelintir mereka ni(faham betul-betul, segelintir...), dan aku yang selalu berjumpa pelanggan, dan terutamanya dari kalangan guru-guru, memang aku selalu 'curi-curi dengar' rintihan mereka. Bulan 11 dan bulan 1 nanti adalah guru-guru baru akan posting di bumi Limbang ni. Kalau dapat sekolah status luar bandar, kira ok lagi tu, kawasan kampung-kampung di pinggir pekan jer. Cuba kalau yang dapat sekolah status pedalaman, mau taknya risau... Ada tu, baru 2,3 bulan(ni ada kawan aku habaq kat aku), dah pohon pertukaran tempat mengajar. Kalau tak dapat keluar dari bumi Sabah/Sarawak, tukar kat bandar besar sikit jadilah(ni sebab nak bantuan COLA)... Pas tu, akan kedengaranlah juga kalau tak dapat tukar jugak, guna orang dalamanlah, kononmya.... Amboi, apply KPLI kan main lagi, dah ditempatkan tempat yang kritikal, tak naklah pulak. Aku ni bukan tau sangat pasal falsafah perguruan, tapi selalunya, guru ni sedia berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama... Haa... Baca tu, negara, bangsa dan agama.....

Negara, seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman ni sepatutnya sedia untuk dijejaki atas amanah yang dipertanggungjawabkan. Lepas tu, bangsa, kita jadikan bangsa Malaysia ni berilmu, gemilang, cemerlang dan terbilang(motto Pak Lah), dan semestinya guru-guru; tak kira dari kawasan bandar, pekan, luar bandar dan pedalaman, bersedia untuk mengajar di mana-mana saja. Jangan pilih bangsa jer, bangsa lain nak juga berilmu, sebab kita ni bangsa Malaysia... Betul tak kengkawan???? Dan terakhir, agama. Setiap pekerjaan yang kita lakukan, adalah suatu ibadat. Kalau kita solat, puasa, sedekah kita lakukan secara kusyuk, ikhlas dan tawakal, kenapa tidak pekerjaan kita... Segelintir orang merungut sebab di tempatkan di pedalaman, siap mengadu kat blog, betapa 'horibble'nya tempat dia mengajar ni. Tengok-tengok awak ni alim juga, selama aku kenal dia ni, solat tak pernah tinggal, tapi part dia mengajar di sekolah ulu(pedalaman) kan main, tak bestlah, accommodation teruklah. Hei, ngko, kalau macam tu bagus resign jer, tak yah minta tukar sekolah lain. Aku pun pernah 'soundtrack' kat dia ni. Memang tak ikhlas jer nak mengajar. Buang duit gomen nak bayar gaji ko ribu-ribu(sebab elaun besar...beli juga Vios, jalan jugak gi Kuching hujung minggu), tapi mengajar nak tak nak jer......

Aku memang geram.... Aku ni anak jati Sarawak, pastu , aku pernah lalui kesusahan semua tu, tak pernah nak merungut, tapi aku pantang dengar kalau orang macam yang aku nyatakan ni, memperlekehkan negeri aku ni, memang nak kena 'soundtrack' aku ni. Dan KPM seharusnya peka dengan situasi ni. Tak salah mengambil calon-calon guru dari negeri-negeri yang tak ramai guru, sebab mereka lebih memahami dan biasa dengan keadaan kritikal dan kesusahan. Dan aku bukanlah pessimis ngan semua, cuma segelintir sahaja... Harap maklum....

Puas hati aku keluarkan luahan hati ni. Aku minta maaf kalau ada yang terasa ye, tapi inilah hakikatnya... Kami terima dengan tangan dan hati terbuka, tapi kenapalah ada segelintirnya minda masih tertutup??? Kami mengharapkan bakal guru yang akan datang, menjadi sebenar-benar guru, bukan semata-mata guru yang saja-saja. Apa yang diharapkan bagi sesiapa membaca ni, buka minda anda ye.... Wassalam....

Thursday, December 2, 2010

Hanya Tampalan Ringkas...

As Salam semua dan selamat malam....
Ni nak inform kat pembaca yang ada amik MTeST hari tu, tanggal 13/11/2010, keputusannya esok. So, seperti anda semua, aku pun berharap agar aku dapat pegi level seterusnya. Ini adalah test kali ke-4(memohon 5 kali) bagi aku. Jadi korang pun faham-fahamlah perasaanku kalau 4 kali dah amik test ni. Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar mendapat keputusan yang positif.. Amin....
Kalau tak, cuba lagi tahun depan... Insya-Allah.....

Wednesday, December 1, 2010

Minyak dan Saman

Salam hari Rabu...

Bagiku hari Rabu hari yang sengal.... Tak taulah pa sengalnya. Dari dulu lagilah. Hari asyik yang tak serba kena bagiku. Dan aku suka sangat ngan hari Khamis... Ok, straight to the point.

Semua dah maklumkan, minyak naik lagi hari ni. RON97 naik 15 sen kepada RM2.30... Mesti ada yang merungutkan... Hahahaha... Apakan daya kita nak halangkan, kalau dah bergantung kepada pasaran dunia. Bila dah naik, terpaksalah naik. Yalah kerajaan kan tak mampu nak tanggung subsidi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak di dunia, rakyat pulak yang terasa beban. Rakyat pun nak marah, pun tak guna juga... Nasib baiklah RON95 tak naik buat masa ni. Aku kan naik motor, jimatlah sikit... Sikit la... Sebab hari tu naik 5 sen pun aku dah merungut. Selalu beli RM3 untuk dalam 1.862L. Tapi skang RM3 baru je dapat 1.822L.. Walaupun kurang beberapa mL, tapi terasa sangat kenaikan harga. Tak taulah nak buat apa. Terpaksalah terima dengan hati tidak terbuka... Ceewah....

Hari ini juga, PDRM mengumumkan potongan diskaun 50% kepada pesalah trafik mulai hari ini selama 15 hari... Malaysian peoples, jangan saja tunggu jualan murah barangan shopping habis-habisan, saman pun ada sale tau. Siap setengah harga saman lagi tu. Baca kat KOSMO!.

Kaitannya khabar di atas ialah, harga minyak naik, jadi saman terpaksalah diturunkan.. Nak ambil hati rakyat katakan... Kalau tak rakyat merajuklah nampaknya... Tapi kalau ikutkan sama saja. Saman diberi setengah harga hanyalah ubat kekecewaan rakyat di atas kenaikan harga minyak.

Monday, November 29, 2010

Tahun Baru dan 'Andalusia'

Salam Isnin semua....

Bila dah hujung tahun ni, mulalah gelisah perasaan ni... Apa daknya, tahun baru menjelang, tambah setahun lagi umur ni... Krisis 'Andalusia' pun bermula... Yang tak bestnya, bila diri ini dibanding-bandingkan oleh orang lain...

Ada di kalangan kawan aku dah kawen semenjak dari bangku skolah lagi.. Sudah pasti kes tak sepatutnya berlaku kalau kawen di bawah umur. Baiknya lelaki nak bertanggungjawab ataupun terpaksa... Kalau umur tu baru setahun jagung, aku tak heran sangat nak kawen awal-awal. Sebab aku ada impian untuk digapai... Bila masuk awal 20-an, belum ada lagi ura-ura nak menamatkan zaman bujang ni. Sebabnya, aku masih belajar lagi, pastu aku belum ada calon yang sesuai. Calon sesuai?? Sebab masa tu, takde sapa sudi nak pandang aku ni. Yalah, aku ni taklah cantik pun. Debab, gelap dan nerd... Ada kawan ku yang masih belajar tu, dah kawen. Suami pulak sekursus dengan dia. Yalah dari berkepit hari-hari, bagus kawen, lagi selamat. Tak kisah nak kepit hari-hari sebab dah sah... Pertengahan usia 20-an pulak, memang ramailah rakan-rakan yang seusia aku mendirikan masjid. Friendster pun banyak mesej menjemput datang majlis kawen mereka...

Jangankan kawan, aku punya sepupu pun dah da yang kawen. Macam Ija, Sanusi. Selamat dah... Beranak pun dah....Tahun baru ni, giliran abang si Sanusi; Faisal nak bina masjid. Faisal ni pulak sama umur aku. Kan lelaki pulak yang dulu... Yang aku ni entah bilalah kan... Jodoh adalah rahsia Allah.

Jiran-jiran jangan cakaplah... Anak-anak mereka lagi muda dari aku, dah kawen. Aku gak yang kelambatan.... Makcik-makcik sekampung dah bising dah tanya, bila... Dan jawapan aku senang jer, aku tak tau... Jawapan standard bagi golongan 'Andalusia', jodoh belum ada, seru tak sampai lagilah... Yang tak bestlah kat kampung aku ni, adalah seorang makcik ni, pangkat nenek saudara akulah, suka sangat nak kutuk perempuan lambat kawen. Dia siap cakap lagi, kalau lambat kawen, EXPIRED. Amboi, Mak Nek, tak sayang mulut nampak.... Yalah, anak 'dara' dia yang muda setahun dari aku dah kawen tahun lepas... Mak Nek, biarlah saya EXPIRED sebab usia lanjut, jangan pula EXPIRED sebab lain, contohnya tuttttttttttttt.....Faham-faham sendirilah. Mak Usu aku cerita, yang Mak Nek tu kawen lambat juga dekat-dekat 40 baru kawen... Eh, biar betik Mak Nek tu cakap kami, yang golongan 'Andalusia' macam tu, padahal dia lagi lewat yang teramat... Mudah-mudahan aku tidaklah selewat macam tu sekali...

Dan alasan aku kalau kalau orang tanya bila nak 'berteman':
  1. Saya belum bekerja tetap, makcik/nek. Takkan lelaki saja nak bekerja keras, saya pun nak rasa bekerjaya.
  2. Saya belum yakin nak kawen. Dalam Islam kita perlu yakin dalam semua perkara. Jadi, biarlah hati saya tetap dan yakin untuk menerima jodoh saya kelak.
  3. Kalau saya saja-saja nak kawen sebab ramai kawan saya dah kawen, maknanya hati saya belum tetap dan yakin. Dan semestinya saya tak naklah kawen sekejap di atas ketidaksefahaman dengan pasangan saya kelak. Dan yang penting, saya tak naklah menyesakkan fail-fail penceraian pada meja peguam syarie. Dahlah banyak kes tak selesai, ada pulak nak menambah bilangan penceraian di Malaysia ini.
  4. Bagi saya, saya nak pasangan saya nanti ,biarlah dia yang pertama dan terakhir bagi saya.. Insya-Allah. Maksudnya, biarlah jodoh tu serasi dengan saya. Saya takkan terburu-buru nak cari jodoh.
Itulah alasan aku kalau orang tanya kenapa tak kawen-kawen lagi. Skema sangatlah ayat aku taip yang mengatakan alasan. Hahahahaha....... So, korang baca sendiri dan fahamilah hati saya ini... Ceeeewahhhh....

Tahun 26... Tahun depan dah masuk 27 tahun. Fasa akhir 20-an tu. Mungkin tekanan sikit...  Ah biarlah, biar Allah saja yang menentukan. Aku hanya mampu merancang dan berdoa jer kepada-Nya.

Kalau dapat, aku nak pakai kasut macam ni:
hehehe..nak sangat pakai macam ni walaupun kaki aku kaki itik mix gajah sikit......

Sunday, November 28, 2010

How can I not love you - Joy Enriquez



Kalau tak pasal Mari Menari, aku tak tau lagu ni.... How can I not love you... Cinta itu tak dapat dielakkan... Betul tak????

Friday, November 26, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Hanya Pada-Mu

Ya Allah...
Jika semua ini ketentuan dari-Mu, aku redha...
Kau permudahkan hatiku agar aku dapat mengharunginya...
Tetapkan hatiku, agar aku tidak berpaling dari-Mu...
Hanya pada-Mu aku berdoa dan berserah kerana Kau Maha Mengetahui...
Amin...
(doakan kesihatan ku,ya sahabat.. semoga Allah swt merahmatimu)

D.E.M.A.M

polar bear pun boleh demam(sapa suh dok kutub sana)
 Nampaknya aku dah start nak demam... Aku rasa sejuk semacam... Orang lain panas, aku rasa sejuk giler... Kenapa pulak waktu ni sakit nak datang...? Tekak pun rasa perit semacam kalau nak telan makanan atau minum air... Wah...  Inilah part aku tak suka... Jadi rockers perempuan plak... Suara serak-serak basah gitu.... Dan masa-masa sakit ni, akulah manusia paling tak suka makan ubat... Kalau ubat pun, aku sanggup telan Paracetamol je. Dan kalau gi klinik pun sekadar nak minta surat MC. then, ubat-ubat yang dibekalkan nanti, sure tak kan habis. Selalu klinik bekalkan antibiotik(kalau selsema sekali), dan MESTI abis... Tapi lain jadik kat aku. Gerenti akan baki lagi... Mana tak susahnya penyakit nak datangkan.... Kalau nak elak demam jadi teruk, aku syorkan korang baca blog ni Please dong! Adalah dia terangkan serba sedikit mengenai mengelakkan demam secara biologi(bagi yang tak suka makan ubat macam aku ni haa...)

Calon SPM mati sesak nafas ketika hendak duduki peperiksaan

MUAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia ketika hendak menduduki peperiksaan di Sekolah Menegah Kebangsaan Ledang, Tangkak, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, pelajar terbabit tiba-tiba sesak nafas ketika ketua pengawas peperiksaan memberi taklimat. 
Beliau disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian.  
Sumber: Berita Harian Online

Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga pelajar terbabit. Mudah-mudahan arwah pelajar tu ditempatkan di tempat orang beriman.... Kalau dah ajal datang menjemput, apa daya kita hendak mengelak. Semua itu ketentuan dari-Nya. Dari Dia kita datang, kepada-Nya kita kembali....

Buat calon-calon SPM tahun ni, selamat berjaya dan jangan lupa kesihatan anda......

Monday, November 22, 2010

^26 Going Back To 6^

Salam Isnin y'all...
Amacam tajuk entry??? Kalau si Jennifer Garner berlakon cerita 13 Going 30(dia berangan nak jadi dewasa sebab malu boobs dia kecik,tak macam kawan-kawan dia yang seusia dengan dia), aku nak sangat kalau aku jadi budak kecik lagi...
tak kisah pun keadaan fizikal macamana sekalipun.. sebab kecik lagi..tak kisah pun..yang penting kita happy bersama...

tengok cookies ni...innocent jer rupa budak-budak ni..senyum memanjang

Budak tak fikir sangat masalah. Yalah 'innocent' katakan. Selalu bergembira ngan kawan-kawan... Ya, kawan-kawan... Boleh main sama-sama...
main masak-masak/pondok-pondok ker

Dah tue hi-tea olok-olok...
jom main plastisin....girl cakap, "kita tenyek2 macam ni." boy cakap plak, "pakai benda ni lah."

 Main pondok-pondok ni memang favourite budak-budak perempuan... Kang adalah yang pegang peranan jadi mak, bapa, anak dan tah apa-apa lagi.... Tapi part watak bapa tu, kadang-kadang terpaksalah panggil budak laki yang rajin nak main game ni... hehehehe.....
Pada sapa yang lasak terutama budak lagi, of course lah bukan game yang disebut tadi.... Kadang-kadang perempuan pun lasak juga ikut budak laki....  Orang cakapkan lantaklah, kawan-kawan pun best.... Yang penting best...
aku rindu sangat nak main basikal ngan kawan2 keliling kampung... rempit lagi tu bila kena kejar...
tennis??? maybe the next roger federer???
let's drive this cute liltle hummer....mak oi..pokai bapak aku kalau nak hummer ni kecik..
main guli...best gilerlah main ni...sapa terer, memang slalulah dapat guli free...
Pas tu kan, bila budak kecik, kita tak kan sangat nak gaduh-gaduh, tak amik hati sangat kalau ada budak nak ejek kita ke apa.... Yang penting happy.... Rindu nak jadi budak kecik.... Tak perlu amik kisah sangat apa-apa perkembangan semasa... Tak perlu nak susah hati walaupun pada masa tu kita tak senang mana pun... Masa tu juga, telinga bagaikan kena tebat. Kalau parents kita marah nak rak, membebel, sehari dua memang insaflah, tapi tak lama kemudian, buat balik...
mak cakap jangan main tepi sungai...tapi aku tak peduli sebab best main-main ngan kawan..balik-balik memang telinga kena piatlah sebab tak dengar cakap mak.....
nilah part best main air laut...tapi masa aku kecik, akulah manusia paling takut nak main air.kalau kat tepi laut, aku pastikan aku takkan lalu kat gigi air...memanglah nampak terketar-ketar kalau kaki cecah air laut.....

Sunday, November 21, 2010

Farmville Oh Farmville

Salam Ahad....
Farmville oh farmville.... Aku dah lama main ni... Setahun lebih dah... Kalau ikutkan 2 kali bulan Ramadhan berlalu... Memang gilerlah main ni. Aku penah stop kejap. Dah tu sambung balik bila tengok kawan-kawan Facebook aku main macam best jer. Yelah dulukan aku main, tak ramai sangat kawan main, kawan-kawan Facebook pun tak ramai. Bila makin ramai kawan Facebook, barulah aku sambung main. Itupun ada kawan-kawan dah atasi level aku. Buat masa ni aku dah nak masuk level 66.. Sapa ada di antara korang nak menambah 'jiran' Farmville, add jer aku ni.. Sedia meng'approve'kan permintaan menjadi rakan. Dan semestinya, pada sesiapa yang rajin bagi hadiah, pasti aku balas... Jangan risau, beb.....
Inilah hasil setahun... Kalau betul-betul kan bagus... Kaya den....    



 Kebun aku ni taklah cantik sangat.  Sedang-sedang jer. Semua bangunan-bangunan aku masuk stor dah.. Tinggal kandang, reban, pokok-pokok dan kedai jer....

Laguku Untukmu

Friday, November 19, 2010

Saya Budak Baru Belajar

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.

Salam Jumaat semua...
Wah... Pantun-pantun lagi. Bukan apa, sekarang ni tengah sibuk mengemaskini blog ungu ni haa... Cuma, blog aku memanglah simple-simple jer. Sebab aku tak reti nak hias-hias blog ni. Asal simple dan tak 'memenatkan' visitor loading page ungu ni, udah ler...
Satu lagi, kalau da siapa yang sudi joging/walking blog ungu ni, kalau ada cadangan buat macamana nak buat blog ni menarik, ataupun komen yang bernas, amatlah dialu-alukan. Kalau nak mencarut ke hapa, memang aku tak benarkan langsunglah..... Dan semestinya komen yang mencarut akan di'remove' serta-merta... Ada faham???

Perpisahan Terasing

TARA 4

OMG... Totally Malaysia is out from this competition.... Sedih tau... Langsung tak der wakil pun dari Malaysia... Dah takder mood nak tengok TARA ni... Takder sapa nak disokong... Ethan dan Khairie melambangkan Malaysia yang sebenar... 2 kaum bersatu untuk bertanding.... Mungkin dah nasib kot... Walaupun masih tak puas hati sebenarnya. TARA ni pun macam nak abis cepat jer. Macam yang lepas-lepas, yang pasangan dari Filipina; si Terry ni, ntah berapa kali asyik last jer, masih lagi diberi peluang... Ni tak, baru minggu lepas pasangan dari India, Suhaina dan Dimple keluar, pas tu minggu ni, ada lagi team yang keluar.... Macam tak adil jer.. Mentang-mentanglah TARA francais dari US, so yang Richards ni kan bekas kerakyatan US, mereka nak singkir team yang pesaing utama, iaitu Ethan dan Khairie... Macam politik jer kan...
Tapi kalau diimbas semula, Ethan ni jenis yang tamak sikit tau. Tengok macam tadi, masa nak daftar nama nak naik bot yang pertama sekali, mula-mula bukan main lagi, si Ethan plan ngan Richards dan Claire&Michelle nak naik bot yang sama, kononnya kalau bot kedua cukup kouta, akan berlepas terlebih dahulu. Tapi, perkiraan Ethan ni memang dah salah sebab, bot-bot yang digunakan memang dah ditetapkan masanya. Bila jer macam tu, teruslah si Ethan ni tulis nama mereka kat board bersama Jessi&Lani;bot pertama yang akan berlepas. Apalagi mamat Richard yang seorang ni, benganglah.... Dan Ethan masa tu pun diserang rasa bersalah sebab perkiraan yang salah... Mungkin masa tu Richards berdoa agar Ethan&Khairie ni kalah untuk pusingan ini. Yalah kira Richards ni jadi mangsa. Nasib baiklah Claire&Michelle ok masa tu. Khairie pulak cuba menenangkan Ethan. Sebab Ethan ni agak kelam-kabut berbanding Khairie. So, masa tu jugak tumpuan si Ethan ni pun terganggu sedikit. Kalau ikutkan Ethan&Khairie ni kira team yang paling cool la... Tapi apa kan daya, memang dah nasib mereka dalam TARA ni. Bayangkan kalau ada wild-card... Gerenti ada yang mengamuk beb..... Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat....

Thursday, November 18, 2010

Aku,hujan rintik-rintik dan budak itu...

Tadi kan, tutup jer kedai, aku terus tunaikan niat aku nak beli burger kat gerai depan Jeti Limbang... Tiba-tiba pulak tekak ni mengidam nak makan burger. Korang janganlah fikir bukan-bukan tau... Sesaja nak makan. Ada bawa duit lebih, aku pun beli lebih, belanja budak-budak kat umah ni. Sapa lagi, sepupu-sepupu aku kat umah tu; Irfan dan Danish. Tapi si Danish aku cuma belikan sosej panggang je. Kedekut punyer kakak sepupu dia ni.. Hehehehhee... Bukan apa, Danish masih lagi budak kecik yang tengah mengira usia ke-3 tahun, hujung bulan depan. Lagipun, dia belum reti nak makan yang pedas-pedas...
Masa tu kan, tengah hujan rintik2... Kalau renyai-renyai, memang basah lembaplah. Ni, boleh lagi aku nak jalan-jalan. Bila tengah tunggu abang burger tengah siapkan burger aku pesan, adalah seorang budak ni. Kecik aje. Aku anggarkan usia dia dalam 9 atau 10 tahun. Memula tu, aku tengok dia berjalan menuju ke arah gerai tempat aku beli burger tu, aku macam kenal jer budak ni. Tapi masa tu cahaya kat situ taklah terang benderang mana pun. Tapi bila dia dah dekat, memang sah budak ni aku kenal. Aku taklah tau nama dia. Tapi budak ni selalu kena suruh bayar bil kat tempat aku. Terfikirlah pulak masa tu, sambil-sambil layan mood hujan ni, dia ni tak gi sekolah ke... Budak seusia dia, sepatutnya dok umah masa-masa macam tu, tak pun keluar mesti ngan keluarga dia....
Kalau tengok cara dia bercakap, serupa macam orang tua gamaknya. Tapi memang budaklah. Yang aku dapat simpulkan budak ni, dia ni jenis berfikiran matang. Mungkin usia dia ni, dia dah mula kerja. Yalah bil-bil Celcom dia bayar tu, nama orang lain. Pernah masa tu, budak tu cakap yang dia kena tanya tauke dulu...
Huiiii....Kecik-kecik dah reti cari rezeki. Dengan cara dia serta pemikiran dia, aku rasa memang dia ni terpaksa meninggalkan zaman persekolahan awal... Mungkin sebab kesusahan keluarga dia, memaksa untuk dia berusaha menolong keluarga mencari rezeki. Mungkin juga sebab dia ni takder sapa nak support kehidupan dia, so, jalan mudah dengan bekerja... Yalah, ada kalangan ibu bapa ni, mereka tidak ambil kisah sangat mengenai pendidikan anak-anak. Kalau golongan macam ni, memang aku da jumpalah. Kalau tak, macamana  aku boleh kata macam tu. Bila dah macam tu, anak-anak apalagi, ibu bapa tak kisah, anak-anak pun tak kisah sangat nak belajar. Orang dulu, mati-mati nak belajar, tapi budak-budak ni, zaman yang moden, kemudahan di depan mata, senang-senang nak tak nak sekolah. Tu lah budak sekarang ni suka sangat amik jalan mudah....

Wednesday, November 17, 2010

Gambar Kawen... Duduk? Atau berdiri?

Salahkah kita ambil tahu kepercayaan orang lain. Rasanya tak salahkan... Sepatutnya kita perlulah tau, cuma janganlah diikut sangat kalau mengarut dan terpesong dari agama kita.
Bila aku tengok gambar kawan aku kawen ni, dan tengok gambar yang dia amik dari studio yang dia letak kat dinding;terletaknya kepala katil dia, mengingatkan aku dengan kepercayaan masyrakat Cina. Masa dia posing kat bilik, nampaklah gambar studio tu.  Selalukan, yang dah kawen ni akan letak satu frame besar gambar yang diamik kat dalam/luar studio, nanti buatlah pose mesra-mesra, dan akan satu yang ok akan pasangan ni pilih yang bagus pas tu gantunglah frame gambar tu kat dinding kat kepala katil. Kebanyakan pasangan akan pilih yang pose berdiri la...
Aku kan keja ngan orang Cina. Sudah semestinya, aku tau sikit-sikit dengan kepercayaan mereka. Suatu hari tu, adalah kawan bos aku ni, Aunty Mimi datang kedai. Macam biasalah kalau datang sini memang nak bawa bos aku pi minum. Jadi hari tu dia bercerita pasal anak dia kawen (aku tak faham dengan bahasa mereka ni...aku tau pun, sebab Aunty Mimi masa tu tengah sibuk pasal persiapan kawen anak dia). Bila dia tengok aku, dia pun bawalah aku cakap Melayu dan ada campur sikit BI(biasalah pesara gomen).
So, dia ceritalah, yang orang Cina ni kalau nak amik gambar kawen dan letak kat kepala katil, elakkan amil pose berdiri. Sebagai contoh:
sekadar gambar hiasan. ni contoh jer, takkan nak pilih gambar shoot dari belakang kan...

Mula-mula tu tak faham kenapa. Dah tu, dia bagi sebablah... Sebabnya, kalau dah tua nanti, kalau letak gambar kawen kat kepala katil dalam pose berdiri, takkan senang. Maksudnya, dah tua gayut dan patut pencen, masih lagi bekerja. Walhal masa tu lah kita nak rehat setelah puas bekerja sewaktu kita berupaya.
Dan kalau letak gambar dalam keadaan pose duduk, adalah digalakkan. Sebabnya senang jer, sebalik yang pose berdiri tu. Alah, dah tua nanti, senang.... Tu jer...
sekadar gambar hiasan(contoh)..pinjam jap...macam ni pun kira ok..sejuk mata memandang...

Tu merupakan kepercayaan mereka... Tepuk dada tanya selera nak macamana pose...Komen korang macamana???

K.O.S.O.N.G

Assalamualaikum...
Salam Aidil Adha untuk semua...
Selamat bercuti kepada yang bercuti.... Kepada siapa yang balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang... Jangan pulak raya aji ni balik dengan keadaan yang memilukan orang tua ye... Pulanglah dengan keadaan yang menggembirakan orang tua kita... Kepada pemandu/pengendali pengangkutan awam, berhati-hati di jalan raya. Anda memegang amanah supaya keselamatan orang awam tidak melayang ye... Ingat-ingatlah orang lain juga...
Kepada yang takder cuti, selamat bekerja... Suatu pengorbanan juga tu. Kalau raya puasa kita dah cuti, apa salahnya kita berkorban untuk orang lain bercuti pulak... Jangan asyik-asyik kita jer. Orang pun nak cuti juga... Semangat tolenrasi mesti ada.
Kepada yang cuti sehari ni saja dan tak balik kampung atau tak ke mana-mana, renung-renungkanlah hari yang bermakna ini... Pengorbanan yang kita lakukan selama ini, adakah berbaloi.... Biarlah pengorbanan yang kita lakukan diredhai oleh-Nya dan kebaikan untuk kita bersama. Jangan pulak pengorbanan yang dilakukan sia-sia dan berlandaskan nafsu semata-mata. Jika pengorbanan yang berlandaskan nafsu semata-mata, boleh mengundang padah dan kemurkaan oleh-Nya. Semestinya akan berlaku sesuatu akibat pengorbanan yang sia-sia itu. Dan akan ramai terluka akibat dari itu. Akhirnya hidup merana....
Tiba-tiba pulak fikiranku kosong...
Jika ingat pengorbanan yang pernah aku lakukan, memang sakit... Mengalah dan berkorban adalah perkara yang sama. Aku mengalah dan aku korbankan kebahagiaan ku sendiri demi kebahagiaan orang lain... Aku sedar, sudahlah terluka, aku biarkan diriku terluka lagi. Namun aku redha dengan apa yang kulakukan walaupun aku sendiri terluka. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Apapun pengorbanan kita lakukan, lakukanlah demi-Nya. Rujuklah kisah-kisah pengorbanan para rasul dan nabi, contohilah dan amalkan dalam kehidupan kita ... Percayalah, biarlah kita beralah, akan ada kegembiraan menanti kita....

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam...
Esok dah raya haji... So, aku nak amik kesempatan nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat seluruh umat Islam di saentero dunia ini. Maaf zahir dan batin. Semoga kita memperolehi keberkatan dari Yang Maha Esa....
Add caption

Monday, November 15, 2010

Kembali

Salam.
Aku kembali lagi setelah 'cuti' berblog selama 3 hari. Dari hari Jumaat sampai Ahad semalam aku ke Miri. Bukan untuk suka2 bercuti atau makan angin. Aku terpaksa menghadiri peperiksaan khas nak jadi guru, Sabtu lepas. Nak tak nak terpaksalah turun ke Miri. 
Pemergian aku ke Miri ini pun bukan jer pasal peperiksaan, tapi boleh dikatakan untuk menghiburkan hati yang gundah ini. Kira bercutilah juga walaupun masa yang singkat. Nak citer kat blog ni, sayang takder gambar aku amik masa kat Miri hari tu. Boring jugak kan kalau citer takder gambar2... 
Dan, apa kata aku insert jer gambar2 bandaraya Miri yang aku grab dari Uncle Google....
pemandangan Bandaraya Miri di kala malam

pemandangan dari atas


Wednesday, November 10, 2010

Nakal?

Pagi tadi aku dengar radio stesen HotFM melalui channel 708 Astro.. Sonang cito, 8TV ler... Kat Limbang ni, standard arr... Banyak belum ada... Aku ni rajin sangat melayan celoteh penyampai2 radio Fafau, AG ngan FBI tu... Pagi ni plak pasal kenakalan semasa di sekolah....

Meh aku refresh masa skolah dulu2... Bajet nakal jugak la... Tapi ada ke benda yang bikin aku ni nampak nakal sangat ke??? Takder sangat... Hmmmmmm....(thinking mode jap)....

Adalah satu kisah... Aku pun tak tau nakal ke tak.. Korang nilaikan la ye... Masa Darjah 1 dalam tahun 1991. Kes meniru la ni. Masa tu exam hujung tahun. Paper BI la. Aku ingat lagi. Kelas BI masa tu Mr Ningkan yang ajar. Jadi masa tu exam pun bukan susah mana pun... Faham2la budak Darjah 1. Dengan silibus masa tu, memang kacanglah... Tapi lain ngan aku ni. Dengan selamba aku boleh lagi amik buku teks BI dalam beg, dan dengan selamba membuka buku. Padahal masa tu arahan senang saja,"Jangan buka buku". Kan simple je arahan Mr Ningkan. Tapi entah mengapa aku masa tu, antena tak tuning ngan betul, aku buka buku nak tau jawapan. Masa tu exam memang kelas senyap je... Semua buat hal masing2....

And then.....
Mr Ningkan masa tu tengah buat rondaan di setiap meja2 kami. Aku ngan asyik skali meniru(sebenarnya masa tu aku tak tau sangat pasal exam2 ni...budak2 la katakan)... Tiba2 buku teks aku ditarik ngan kasarnya oleh Mr Ningkan dan dihempasnya buku aku tu ke lantai... Classmates apalagi, semua menengok kat aku.
Mr Ningkan cakap, " How many times I say, do not take out and open your any books.... You're now in exam." Kira macam tue lah Mr Ningkan cakap... Merah padam muka tahan malu... Apalagi boys yang slalu buli aku, ketawa sakan bila aku kena marah depan2 classmates... Memang malu siot... Tahan je lah kan... Dah abis exam tu, apalagi boys yang slalu buli aku, mengejek aku tak abis2... Keluar gak lah air mata sebab kena buli...

Kalau nak diikutkan aku ni taklah nakal mana pun. Sekadar meniru tu jer... Tu pun aku tak tau langsung apa2 pasal exam... Penghabisannya aku jadi mangsa kenakalan boys kelas aku sejak hari tu. Slalu mereka akan bikin aku sampai menangis la(biasalah budak perempuan...pantang kena buli, nangis...Congek* la katakan).
Itulah zaman kanak2 dulu....

Zaman kolej ngan U ada lain sikitlah... Sebab dah besar dan pandai2 hidup sendiri kat tempat orang.... N biasalah kalau skip kuliah n tutorial... Nakal yang memang ada dalam diri masing2... ahaksssss........ Kenakalan pun takder sangat melainkan skip kuliah n tutorial.... Tu jer.... *wink*wink*wink............

Glosari
*congek- dialek bahasa melayu Sarawak bagi cengel....pantang kena buli/marah/ejek, menangis....

Tuesday, November 9, 2010

Hate That

I hate it.... Really hate it... That bitch makes me hot temper right now... I don't know why she always to know about me and what I doing in past and now. Because she had ever working here, and she thought she knows everything about what I should do... What the fuck(tak tapis2 lagi nak mencarut)... And what embarrassing her, my colleague said she had doing something that she shouldn't... You know I know la... Understand what I mean?
And what I really pissed off is what she wrote on her Facebook about me yesterday... She might not mentioned my name on it... But she wrote the word cynically point to me... What this bitch thinking? She thought she like 'angel' and perfect??? Go to hell la....
I hate that...

Friday, October 15, 2010

Stress... Stress... Stress

Salam...

Entri pasal stress... Dah semestinya penulis skang tengah stress... Harharharrrrrrrrrr................

Ha..ni muke aku tengah stress... Tetap mantain ayu gitu...(ekekekekekkkkkk...)...Alah taklah rupa ku secantek wanita ni... Mungkin tang spek mata ada sama sikitlah(KOT)....

Yelah keja yang sentiasa menemui pelanggan kekadang bikin aku pening... Kira macam ni stail aku(KOT...lagi)......

Memang hari2 aku bekerja depan kompter... Beginilah aksi aku tengah stress... Siap menumbuk mata... Harharharrrrrrrarrrrrr......................... Doklah aku sampai nak tumbuk mata aku sendiri kan.... Bila pelanggan 'mengasi'(ikut angin dia sendiri), tu yang bikin aku tension.... Kadang2 keja tak pandai nak siap cepat, gara2 melayan karenah mereka yang tak reti bahasa...

Yang selalu aku alami, bila pelanggan sendiri pandai2 bikin sendiri undang2... Aku keja memang jujur dan amanah... Bukan nak angkut bakut angkat sendiri, tapi realiti... Aku pantang kalau da orang tuduh aku bukan2... Kalau orang nak tuduh aku tak jujur, sampai mati aku tak maafkan dia... Bila minta IC ke hape, angkut IC orang lain... Takder IC, buat pulak alasan tempat lain pakai lesen pun takper. Lagi2 nak kaitkan kat KL/ Semenanjung tak lah cerewet macam ni.... Aku, kalau dah tak tahan sangat, selamba aku cakap, balik KL/Semenanjunglah kalau senang.... Macam orang tak pernah gi KL selain dia... Helloo.. Pak Cik, saya ni dah berapa tahun dok sana, sama gak proses dia......

Satu lagi customer, yang tak reti bahasa, tapi reti menggunakan duit untuk tutup undang2.... Orang banyak duit memang slalu macam ni... Sesuka hati dia nak samakan tempat lain ngan tempat keje aku ni... Senang cakaplah, Pak Cik... Sana lain cerita, sini lain cerita... Kalau tak nak ikut undang2, Pak Cik leh gi kedai lain ye.... Kang tak pasal2 kene saman RM20 juta oleh sebab macam ni..... Sebab yang remeh jadi besar....

Kang aku jadi macam ni, abislah bos aku...... Harharharharrrrrrrrrrrrrrrrr................
Kang tak pasal2 bos aku susah cari pekerja macam aku ni(multi-tasking).....Ceeeeehhhh... Perasan weihhhhhhhhhhhh..... Sori, bos... Ambo minta mahap ye.......

Doa2 je, aku tak sampai macam ni.... Se'stress2' aku, aku boleh kontrol lagi... Dengan solat.. Tengok karton kat TV.. Ngan kengkawan..... Gurau2 sokmo.... Cuma, doa jer aku tak macam ni.....
Wokeh la.... Kita jumpa di lain hari ye... Wassalam........

Wednesday, October 13, 2010

K-BOX

Salam...
K-box??? Karaoke dalam kotak ler... Sejak beberapa bulan ni, sejak aku kene angkut member time abis keje, aku macam rasa ketagih jer nak menyanyi. Walaupun suara sumbang...

p/s: pinjam jap sapa punya mulut ni....grab dari google....


He3..... Serius.... Kadang2 aku curik masa keje sekejap macam lepas tadi... Sebuah dua lagu pun jadik lah kan.... Buang rasa ketagihan nak nyanyi... Siap jerit2 lagi... Apa taknya buang tension katakan....

p/s: doklah aku sampai gini...



Meh kita menyanyi....Lalalalalaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Wednesday, October 6, 2010

07.10.2009-07.10.2010

Salam...

Hari ni, tanggal 07/10/2010, genaplah setahun aku bekerja di sini iaitu Seng Poh Ling Electric Trading... Wah... Satu tahun yang penuh kepahitan dan kemanisan selama aku bekerja di sini... Manisnya bila kita berkawan ramai orang baru, mengeratkan tali silaturahim, bahkan mengenali insan yang telah lama tidak ketemu... Pahitnya, bila diri ini dihina, keupayaan aku dipandang rendah hanya kerana pekerjaan aku tidak setaraf mereka(yelah keja pemungut bil...siapa nak pandang)....

Setahun yang lalu...
Aku tekad untuk bekerja di sini walaupun punya kelulusan yang layaknya jadi pegawai ke, executive ke... Namun demi untuk tidak menyusahkan keluarga menanggung aku selepas tamat belajar, dengan keadaan menganggur, aku menebalkan muka untuk bekerja kedai. Bahagian perkhidmatan pelanggan kalau ikut kategori la... Yelah sebelum ni aku penah keja jadi guru sandaran/ganti sekejap, alih2 jadi pemungut bil Celcom... Aku bekerja ni pun aku langsung tak inform pun ngan family aku. Sebab aku tau yang kesudahannya mereka tentu tak kan setuju dengan kerja ni. Lebih2 lagi lulusan ijazah. Bagi mereka selayak pemegang ijazah mesti kerja pun setimpal dengannya. Tapi mereka susah nak faham(sebenarnya mereka ni memang tak mau faham pun) dengan krisis pengangguran sekarang ni. Aku dah berusaha cari, tetap gak takde jawapan yang menggembirakan. Hanya segelintir ahli keluarga ku yang mengetahui aku bekerja sebagai pemungut bil. Apabila nenek serta atok mengetahui aku bekerja sebagai pemungut bil(sebab mereka tengok kerja ni kat kedai), mereka memang menentang keputusan aku. Memang mereka tak suka... Dahla kerja kedai, takde standard, memalukan mereka... Bagi aku asalkan kerja halal dan tidak menyusah mereka menanggung keperluan/perbelanjaan aku yang menganggur ni.

Prospek kerja aku...
Asas kerja aku ni duduk kat depan komputer dan mula terima bayaran segala bil Celcom. Tak lupa juga, mendaftar untuk postpaid(sama ada voice plan atau broadband), prepaid.... Penggantian kad sim.... Paling tak best membuat panggilan 1111 Celcom Careline. Kadang tulis surat, buat iklan promosi... Nampak macam bukan pemungut bil... Aku pun susah nak describe apa pekerjaan aku ni... Senang citerlah, multi-task worker... Hahahaaaa..... Even buat surat rasmi pun aku...

Sepanjang masa itu...
Pengalaman itu mengajar aku tentang erti kehidupan di luar... Aku dapat mengenali manusia2 yang pelbagai ragam... Ada yang ok... Setengah ok... Dan langsung K.O..... Terukkan... Selalunya pegawai2 kerajaan yang ramai bayar bil... Kalau budak baru memang kekwat nak mampus.... Ingat tinggi sangat jawatan hang tu... Sekali tengok pembantu am rendah je... Eksyen jer lebih... Dah tu suke2 hati nak pandang rendah orang hanya disebabkan kerja aku ni tak sama level ngan mereka... Apa daaa... Ko ingat nelayan tu takder skill khusus tangkap ikan???(Apa pula kene-mengena ngan nelayan nih...)

Apa pun pengalaman ni memang berharga... Dah masuk resume pun... Ada gak pengalaman kan... Hepi 1st annivesary to me....


Tuesday, August 17, 2010

Bila Lagu Raya Telah Berkemumandang

Musafir di Aidilfitri.... Syahdu btul lagu tu... Wei, hari ni baru hari ke-7 berpuasa... Bukan 7 hari lagi berpuasa... Kedai sebelah ni dah pasang lagu raya... Mentang2 jual CD...Pasanglah lagu lain dulu... Dah 10 hari lagi puasa barulah pasang... Apalah korang ni....

Be Realistik, Dude....

Salam Ramadhan untuk semua...

Hari ni pepagi dah mula menaip... Tak per, janji updet blog ni... Kalau sebelum ni, ganti diri digunakan adalah saya. Apa kata hari ni tukar kepada aku...

Dalam dunia ni banyak betul ayat yang ada penambahan perkataan -tik.... Materialistik, idealistik, statistik(oppss..masuk jugak ke?). Satu lagi, mana yang sempat disebut, realistik...

Aku nak citer pasal realistik... Dalam kehidupan kita semuanya real... Tak ada khayalan, tak ada cerita yang disenandungkan... Semuanya benar(atau real bak kata omputeh)... Kehidupan yang telah tersurat oleh Allah SWT.

Back to story... Semalam kan, aku ada baca salah satu blog, blog yang aku sendiri follow... Dia ni kalau bercerita memang bersungguh... Tak kisahlah blog dia pasal apa. Tapi kalau mengutuk, kan main lagi. Siap mengaitkan orang lain. Aku tak nak bagitau sapa la kan. Sehebat-hebat dia blogging, tersirat sikap yang mengjengkelkan... Nak mengutuk je... Macamla dia sorang betul sangat. Sikap tak tidak realistik langsung...

Aku tau lah dia anti-Celcom.. Tapi toksah nak kutuk bagai nak gila servis Celcom. Aku ni bukan nak backing Celcom. Tak semestinya aku keja ngan dealer Celcom aku mati2 nak backing Celcom plak. Dalam hal ini, kita jadi realistik. Mungkin dia dok KL, nak guna broadband Maxis, gunalah. Sebab sana servis Maxis laju berbanding Celcom.

Bagi kami yang tinggal di kawasan kategori luar bandar, hanya Celcom sahaja yang memenuhi kehendak kami. Aku dulu pernah pakai Maxis gak. Time blaja kat UPM. Bila kebanyakan cosmet guna Maxis, aku pun guna Maxis. Jimat punya pasal. Memang dok bandar Selangor n KL, memanglah best... Tapi bila balik kampung, pedih betul ati tengok coverage ciput... Kadang hanya dapat 2 barr coverage je. Tue pu dah tak dpt nak msj/call. Paksa lah guna henpon lauya punya baru dpt. Tu pun limited sangat. Yelah sedari dulu dah Celcom menguasai kebanyakan kawasan luar bandar di Sarawak. Mana2 cikgu dari Semenanjung, terpaksalah guna Celcom untuk berhubung ngan yang tercinta kat seberang sana.

Jadi kalau ikutkan keadaan dan tempat, kita perlu realistik. I bet, kalau da sesiapa datang bawa broadband Maxis di tempat kami yang berkawasan luar bandar, akan menyumpah2 servis yang amat teruk kerana Maxis kat sini taklah sampai tahap 3.5G.... Aku pun kadang2 mengamuk gak kalau broadband Celcom lambat atau tak dapat guna....

Aku ni slalu gak menemui pelanggan menyumpah seranah Celcom lambat la, padahal 1 tempat ngan aku... Alih2, penggunaan volume allocation mereka telah mencapai tahap yang dibenarkan. Dari memula sign kontrak dah bagitau, yang penggunaan masa adalah unlimited tapi volume allocation nya ada limited ye... Ada pulak tu, customer marah bagai nak rak kat aku, tengok bil, talian broadband dah kena barred... So, janganlah nak salahkan orang lain pasal tak bayar bil ye, mangkuk.......

Moral of the story, kadang2 kita perlu jadi realistik dalam segala hal padahal kita tidak dapat terima... Buat saudara Z*****, diharap anda dapat bersifat dewasa(padahal dah beranak-pinak), realistik ye... Blog je gempak, tapi kalau mengutuk memang terserlah keperibadian anda... Aku minta maaflah kalau terasa ke apa... Ini hanya teguran ikhlas dari pengikut blog anda....

Monday, August 16, 2010

Kamus Dialek Sarawak...Tema Puasa

Berbuka puasa( Bahasa Melayu Standard)- breakfasting(omputeh nyer)...

Dalam Bahasa Melayu Sarawak lain sikit ayatnya... Itu pun ikut dialek tempatan masing2....
Tapi paling koman la:
Sungkei
Meaning: Berbuka puasa.
Contoh ayat; Kitak nak sungkei pa kelak?(Awak nak buka puasa apa nanti?)

Tapi naik utara sikit, area Limbang n Lawas, sama tapi sebutan lain:
Sungkai
Cth ayat: Nda batah lagi kita kan sungkai.(Tak lama lagi kita nak berbuka puasa).

Penyungkaian
Meaning: Juadah berbuka puasa
Cth ayat: Mari tah ke bazar dulu, kan membali penyungkaian.(Marilah ke bazar dulu, nak beli juadah berbuka)

Ok, guys... Stop kat sini dulu... Lain kali kita belajar ayat lain pulak...

Nak Pergi Ke Tak???

Salam...

Bestnya bila diri ini mendapat undangan reunion sekolah... Ada gak orang nampak saya ni... 20 November ni majlisnya... Cuma tempat tak pasti lagi. Sebab tengok ramai mana orang yang sudi datang... Tempat mesti yang ekslusif punyer... I bet... Sebabnya kalau ikutkan umur kitorang, mesti dah berkerjaya kan... Tempat mestilah yang superb ler. Saya ni kalau bab reunion2 ni saya alah sikit. Lagipun yang meng'invite' saya ni bukannya rapat ngan saya pun... Dan kebanyakan rakan2 yang dijemput adalah geng2 tukang jemput yang ramai dan saya pun tak rapat sangat... Satu lagi, bagi saya masa reunion ni, masa nak show-off... Yelah keja bagus... Kehidupan yang bagus... Tapi saya??? Hmm... Honestly, saya akan reject invitation tersebut... Saya takder keja bagus... Gaji tak besar... And saya memang takder orang akan kenal ngan saya lagi... Masa skolah pun, saya akui saya bukan budak popular... Nak kata girl next door pun takleh... Sebab girl next door kita mmg tau(kira budak nerd pun popular)... Saya ni kira underdog person... Tak siapa yang akan perasan akan kehadiran saya... Betul tak??? Pendek cerita, saya takkan hadiri mana2 majlis reunion selagi saya tak jadi somebody... I'm still nobody...

Selamat berpuasa n berbuka,geng....

Saturday, August 14, 2010

Selamat Berpuasa

Salam...
Lama dah tak menjenguk blog sendiri...But sebelum tu, saya nak ucap selamat menjalankan ibadat puasa ramadhan untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia...
Kalau ikutkan hari dah 4 hari berpuasa. Tapi ada sesetengah negara, baru genap 3 hari. Contohnya negara jiran Malaysia. Negara yang dalam negara iaitu, Brunei. Pelikkan, negara yang serumpun dan memang diapit Malaysia, tapi puasa nya hari berlainan. Misalnya, macam tahun ni, Malaysia berpuasa 11 hb Ogos, tapi Brunei pulak esoknya. Kalau dah tak sama puasa, rayanya pun gerenti tak sama. Sepatutnya, mesti ada penyelarasan antara negara2 Asia Tenggara. Lebih2 lagi, Brunei ni terletak di dalam negara lain. Kalau ikut logik, Miri, Limbang, Lawas n Sabah pun berpuasa pada 11hb. Bak kata makcik saya(orang Brunei), mungkin ahli falak tu tengah terkedip mata masa anak bulan lalu... Tak pun, terlampau awal kot... Tapi yalah, lain padang, lain lalangnya kan... Apa2 pun diharap Ramadhan kali ini kita dapat menghayatinya dan beroleh keberkatan dari-Nya...
Amin...

Sunday, July 18, 2010

Boring Sunday

Salam
It's Sunday... Ya... It's Sunday... And of course day for relax for those working straight weekdays and day for pray for Christian religious...
And me, still sitting on ocean blue plastic chair, working... Waiting for people to pay their bills or making postpaid/prepaid registration... Wonder when I can off on this day?? I hate being here....

Thursday, June 24, 2010

Adussss..... Sakitnya.......

Salam..
Start lagi simptom malas ni... Bukan apa, sejak kebelakangan ni, saya tak sihat sangat... Ngan keje lagi... Pulak tue, kesihatan serabai je... Flu, fever.... U name it... Tapi semua tu ok dah... Da satu lagi... Slalunya sakit ni tak lama mana pun... Paling2 setengah jam pun dah stop.. Nak lagi cepat telan Panadol... Saya slalu jer kene sakit kepala. Baiknya kejap, tapi kalau dah datang tu, ya Allah...macam nak tercabut je kepala ni... Panadol berpapan-papan dah saya telan, tetap tak kebah sakitnya... Nak gi hospital, malas... Paling2 pun mereka bagi paracetamol gak tapi jenama KK... Hahahaa... Ada idea tak???

Wednesday, June 9, 2010

Learning Process

Salam...
And hi to all...
Since I started this blog, I had learn many things... How to make our blog awesome... I like to read the others blog. I like how their elaborate the contents and make their blog looks awesome... A few of them just make their blog looks simple but the contents "boom"... I wish I can make my blog like them... Had more followers... Now, I had 3 followers, but for me it's okay... It's shows me that my blog accepted by anyone... My blog is simple as I am... Simple person... Ordinary person, but I have big perspective about life around me... What I do, what I feel, what I should do, that's it all about my blog... Hope enjoy when read it....

Wassup Y'all

Salam sejahtera(macam pembaca berita pulak)...
Last entri 16 Mei 2010... Fuhhh... Baru saya sedari, dah dekat sebulan jugak tak updet2 blog. Bayangkanlah blog ni macam bilik kita... Dah tu, kita tinggalkan sebulan dan berkunci(maksudnya dah tentu tak nak orang masuk dan memang takder orang yang akan tolong bersihkan...Hehehheheee...). Mesti berhabuk, mesti dah bertali2 sawang2 lelabah kat bilik... Enough, Maria... Tapi lainnya blog ni... Kalau dah lama tak bukak, punyalah banyak updet2 dari blog2 saya follow... Dah tu, banyak pulak citer2 mereka ni... Bila dah baca blog mereka, terlupa pulak nak updet blog sendiri.. Hahahaa...
Bukan apa, saya ni jarang nak jalan2... Memerap kat Limbang je... Komitmen ngan keja... Tapi kalau saya ada aktiviti, mesti saya share punya...

Sunday, May 16, 2010

Makan Lagi

Salam
Entry kali masih pasal makan ye...
Last2 saya ni bakal jadi food blogger...Ceewahhh...
Amboi3... Berangan ye, Maria...
Well...Sesaja nak share ngan anda2 semua yang tempat makan yang saya rasa best kat tempat saya ni; Limbang, Sarawak... Kot2, anda semua ada rancangan nak melancong kat tempat saya ni...
Jadi promote la sikit tempat2 makan di Limbang ni... Semestinya dijamin halal...
Malam tadi; tanggal 15 Mei 2010, saya ngan rakan2 plan nak makan seafood... Tapi restoran yang nak dituju rakan saya ni, tutup ler plak... So, kami pun pusing2 cari spot nak makan...
Akhirnya Barbarian Cafe jadi pilihan rakan2 saya... Saya ni mengikut je, asal halal n sedap... Dan semestinya kene belanja(orang dah nak belanja)....
Barbarian Cafe ni baru2 gak buka... Nama restoran pun macam western jek ek... Masuk, modern-kontemporari style... Kerusi pun macam kerusi orang kat office... Ada lcd wide screen... Kompom penuh klau da football match.. Meja mini pool pu disediakan kepada sesiapa nak main pool. Malam tadi, tak ramai pun.. Mungkin masih awal... Ada pun mereka tayangkan F1 Monaco-live punyer... Ingatkan western food je... Rupa2nya, ada pelbagai makanan yang mereka tawarkan... Dari western sampai ke eastern... Kiranya 'western met eastern'..Hehehehee.... Mana taknya, rakan saya ni kata, ada menu Sayur Lemiding Goreng... Wahhh... Tabik lah ngan owner restoran ni... Nama restoran kan main bunyi western, tapi tetap da citarasa tempatan...
Tapi malam tadi, citarasa kami tukar sikit... Mentang2 restoran seakan-akan western, kami pun order western food la... Eksyen betul ek.... Tapi biasa2 jek... Kelima-lima kami order Chicken Chop With Blackpepper Sauce. Yang peliknya, mereka serve ngan telur mata lembu... Macam breakfast la pulak... But whatever... Cekik je lah... Lapar... Cuma tak berkenan sangat, sos lada hitam dia masin... To cook, decrease salt added... Kang darah tinggi plak pelanggan anda.. Yang air plak, klau customer order air yang da campuran macam buah, nata ke, bagi sudu kecik.. Sayang tak pat makan jagung malam tadi... Takder sudu nak cedok isi jagung... Tak pun bagi straw yang berdiameter besar(macam straw ice-blended yang slalu kita sedut)...

kan saya cakap, slalunya saya order chicken-chop, tak penah da telur mata lembu...pelik tau...kalau ikutkan western style, untuk breakfast slalu nya da telur mata lembu...belasah je labuuu...

Saya minta maaf bebanyak... Pasal saya tak amik gambar restoran ni... Gambar2 saya selitkan cuma muka2 rakan saya... Saya seperti biasa, jadi photographer tak bertauliah... Tapi maaf sekali lagi, gambar tahap hp murah je... Amik pun sebab boring sebab tgh tunggu order sampai... Rakan yang lain, dah mula makan, tapi saya dok tercangok menengok mereka memotong2 chicken-chop masing2...

ni dia muka2 kelaparan yang amat..man nasib baik tangan ko cover mulut ko ternganga...yang mamy ni plak sempat peace...tapi gambar memang tak berkualiti tinggi(kualiti tahap hp je)..

ni lagi sorang....sempat lagi posing...yang kat belakang tu memang dah tak ingat dunia...menikmati sungguh dia...tak macam si baju merah ni...kiranya saya guna flash ambik gambar ni...

Meh tengok gambar yang saya ambik tak guna flash... Terbakar weiiiiiii..............

macam kepala mereka terbakar.....hehheheheheheee....jangan terkezuttt....

Oklah... Saya stop kat sini.. Nanti saya tak berenti nak menaip... Dah tu mulalah melalut tak tentu pasal... Last sekali kene mind-block... Takde idea nak tulis apa...
Cukuplah buat masa ni... Nanti cerita lagi...

Monday, May 3, 2010

Saya Suka Makan

Salam...
Lama tak update blog... Sibuk sesangat... Sebabnya, kalau tak, saya ni suka cerita panjang-panjang.... Meleret-leret pulak... Penghujungnya tak abis keja yang sepatutnya dibuat...
Tapi dalam sesibuk ni, saya tetap tak lupa nak makan... Title entry pun dah mention yang saya ni suke makan... Tengok badanlah... Tapi itulah hobi saya yang paling saya suka selain membaca dan mendengar muzik...
Masa studi di UPM, kira dalam sebulan, adalah 2 atau 3 kali saya ngan roommate; Mira akan turun gi Pasar Malam TAR... Sapa dok KL atau penah tinggal kawasan KL atau Selangor mesti tau... Klau orang lain mesti shopping tak pun borong kain baju atau sewaktu dengannya, tapi lain pulak kisah saya... Saya ni kira suka jalan2 cari makan... Sampai ada satu stall yang jual mi sup utara, situlah kami landing menikmati semangkuk mihun sup... Biarlah tempat tu tak se'standard' macam restoran, sekadar stall, pas tu ada meja lipat ngan kerusi plastik, tapi bagi saya,mihun sup utara tu la yang paling sedap yang penah saya rasa... Tu baru stall mihun sup utara, belum lagi stall lain saya landing... Dah tu jalan2 lagi, lapo je, singgah lagi stall lain... Slalunya saya akan pilih stall lain plak, stall yang jual laksa utara tak pun laksam, tak pun McDonalds.. Tengok, betapanya saya suka makan...
Walaupun sibuk 'mentadarah' je, sempat lagi saya beli 'sejibik' kek coklat lembap yang terkenal kat Pasar Malam TAR... Dah lupe nama stall tu, tapi memang fresh kek dia... Siap kat situ mereka sapu coklat ganache kat kek... Dah boleh try rasa... Yang saya ingat stall tu, Kasturi nama ujung stall mereka ni... Tiba2 terliur pulak...
Hmm...tu kisah 3 tahun lepas... Skang ni saya dah kembali ke tempat asal saya; Sarawak. Masih belum ada keja tetap. Keja biasa saja... But itt's ok for me, even though i dont have any stable job, i've job that can support my life... Wah sedih nampaknya...
Kita sambung lagi... Gambar2 makanan sedap2 ni saya ambil kat Nurul Cafe, Limbang. Nampak sedap kan?? Dah hobi saya suka makan, apa kata saya share sikit makanan yang saya ngan kawan2 saya order....

ni kue tiaw goreng seafood...berbaloi gak, sebab ada banyak jenis seafood yang mereka letak kat keu tiaw ni....


ni plak, da sesiapa tau??? inilah Laksa Sarawak. Berbeza sikit dari laksa dari semenanjung..


ni dia western food...alalalaa...jaga bdn btul..malam tu east vs west food..but eastla menangkan..sbb lidah memang asli east...huhuhu....











Jangankan manusia, makanan pun boleh posing tau... Raziman telan liur je sesi 'photo-shoot' ni.. Dia dah kelaparan tahap gaban tunggu...Malam tu saya cuba minuman pelik sikit.. Longan susu...Yang ijau tu, Raziman order, Jus Epal.. Dah biasa pun minum..Hahahaa....
Tukang blogging memang takder gambar... Gambar makanan pun jadi lah... Ni dia, Raziman dan Roziela.... Lapo la plak tgh2 blogging ni... Kita mamam dulu ye....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails