Sunday, September 30, 2012

[BERITA]: Bayi 13 bulan maut digilis kereta bapa


Bayi 13 bulan maut digilis kereta bapa

Uzair menunjukkan tempat kejadian beliau melanggar anaknya (gambar kecil). - Foto Lim Poh Chin
Uzair menunjukkan tempat kejadian beliau melanggar anaknya (gambar kecil). - Foto Lim Poh Chin

Padang Terap: Seorang bayi 13 bulan maut akibat kecederaan parah di muka dan kepala selepas digilis kereta yang dipandu bapanya, di Felda Lubok Merbau di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang, ketika mangsa, Auni Iylia Aifa Muhammad Uzair bermain di luar rumah mereka yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya. 


Tak sedar 

Bapa mangsa, Muhammad Uzair Zul, 22, berkata ketika itu, dia baru selesai mengisi minyak dan terus memandu keretanya tanpa menyedari Auni berada di depan kereta.

“Sebaik selesai mengisi minyak saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti saya terlanggar kerusi.

“Saya menoleh ke belakang untuk memastikan apa yang dilanggar tetapi tidak ada apa-apa. Saya keluar dari kereta dan melihat bahagian bawah dan ternampak tubuh anak saya dengan kesan darah yang banyak.

“Saya melaungkan takbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. 
Muhammad Uzair berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah berlari keluar lalu mendukung anaknya ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, kira-kira 50 meter dari rumah mereka tetapi mangsa tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak kedua daripada dua beradik itu seorang yang manja dan sentiasa dikawal jika bermain di luar rumah.

Namun katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar dan kejadian yang berlaku benar-benar menyedihkan mereka sekeluarga.

“Apa yang berlaku amat memilukan malah malam sebelum kejadian itu, dia sedikit berbeza apabila mengucup lama kedua-dua pipi saya.

“Walaupun masih tidak percaya apa yang berlaku, namun saya menerima takdir ini,” katanya. 

Jenazah Auni dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lubuk Merbau di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.


Inilah orang cakap, malang tak berbau. Nak salahkan parents dia, tak leh nak hukum sapa. Kita bukan Tuhan. Cuma, nasihat, berhati-hati dan perhatikan anak-anak lebih. Budak kecik tak reti lagi apa yang dia buat tu sama ada baik atau tidak. 
Buat keluarga arwah, takziah dari saya. Al-fatihah buat arwah Auni. Damailah kau di sana wahai Auni.

Syarat Jadi Seorang Isteri Yang Jarang Kita Ambil Berat


Haa....perempuan-perempuan di luar sana... Take note ye yang belum berkahwin. Yang dah berkahwin tu, tajamkan lagi skill memasak... Tapi tak perlu sangat jadi chef terhandal, cukuplah hasil masakan kita(walaupun tak seberapa) menambat hati suami dan anak-anak... Biar kita tak reti masak macam chef terkemuka, tapi kalau kita ikhlas melakukannya demi orang tersayang, insya-Allah, sayang bertambah-tambah.

Ingat kat arwah mak, dulu masa saya masih dalam form3,4 macam tu. Saya ni taklah terer sangat nak masak-memasak... Sekadar masak nasi,jerang air,masak megi, bolehlah. Arwah selalu bising pasal saya tak pandai masak. Serius, masa tu kejar cita-cita konon.. Belajar sungguh-sungguh.. Masak-memasak ni kemudianlah. Akibat sikap bena tak bena ni, arwah pun bising.. Yelah, saya kan anak perempuan. Jadi, memasak perlu gak dari awal.
Sampai arwah cakap,"Ni kalau, da orang pinang ko, aku terus terima je pinangan tu. Mudahanlah, ko reti buat keja rumah, terutama sekali memasak. Biar berakal sikit."
Hahh, kan dah kena... Huhuhuhuuu... Tapi kan, masa tu, saya dah boleh masak. Tahap makan untuk perut sendiri. Kalau dah kena tinggal, perlu pandai berdikari kan. Takkan nak makan megi hari-hari. Kalau nak masak untuk ramai, tak konfiden lagi. Manalah tau, tak kena ngan selera mereka. Tambah-tambah bapa saya.. Huhuhhuuu... Tahap Papa Joe Masterchef tu komennya. Yang ni, Papa Jay la ye. Ingat dulu, masaklah konon untuk mereka, terung sambal berkicap, bapak cakap terung hangus... Terus saya kecik ati dan tak nak masak dah.... Dah besar ni, baru pandai sikit pikat selera mereka, cuma arwah mak tak sempat. 

Buat wanita di luar sana, kalau nak asah skill tu, rajin-rajinlah belek majalah memasak, blog masakan... Tak pun, tengok tv channel memasak... Lagilah, bila dah da skill, faham konsep, tak perlu dah resepi-resepi segala. Selagi da bahan cukup kat dapur, dah boleh masak makanan yang menyelerakan walau masak terjun, biar simple....

Saturday, September 29, 2012

[INFO]: Buah Keras


BUAH KERAS
Gambar sumber: 21food

Gambar sumber: My Green Australia

·Bahasa Inggeris: CANDLENUT/CANDLEBERRY/INDIAN WALNUT/VARNISH TREE/KUKUI NUT TREE.
·Indonesia: KEMIRI
·Spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae.
·Nama saintifik: Aleurites molu ccana

FUNGSI UTAMA
·         Makanan
o   Rasa dan tekstur sama seperti kacang macadamia(kalau tidak menemui buah keras untuk memasak,boleh ganti ngan kacang macadamia.
o   Kandungan minyak yang tinggi.
o   Beracun ketika mentah.
o   Di Pulau Jawa- digunakan untuk buat kuah jadi pekat.
o   Dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk dijadikan sebagai perasa(inamona). Inamona adalah ramuan utama dalam ‘poke’- makanan tradisional Hawaii(pokok buah keras juga dikenali sebagai pokok rasmi Hawaii.

Gambar sumber: Awesome America
·        Perubatan
o   Minyak- perengsa+pencahar/minyak jarak untuk peransang rambut/penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut.
o   Isirung- ubat julap.
o   Di Jepun, kulit batang pokok buah keras berfungsi untuk merawat tumor.
o   Di Sumatera, biji-biji buah keras ditumbuk, kemudian dibakar dengan arang dan disapu pada bahagian pusat badan, supaya dapat merawat cirit-birit.
o   Di Kepulauan Jawa, kulit batangnya telah dipergunakan merawat cirit-birit dan disentri.
o   Di Malaysia- isirung jadi pulpa/daun-daun direbus, digunakan sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi, bengkak dan gonorea.

Azan

Dah masuk malam ke-3, saya kat Miri ni, tempat kawan saya. Adalah dalam 2 tahun saya tak ke sini, tempat member saya ni. Dia dok kuarters guru. Tapi sekolah dia jauh dari kuaters. Dan sebelah kuarters ni, ada sekolah.

Apa yang menghairankan saya kali ini, tiada langsung azan berkumandang. 
 

Dulu, saya selalu stay kat tempat kawan saya ni, ada jer azan bila masa telah masuk. Memang hairan. Selalunya azan yang berkumandang dari surau sekolah sebelah kuarters ni. Yalah, sekolah pun sekolah berasrama. Budak cuti pun, saya tetap mendengar azan dari surau sekolah tu. 

Adakah azan sekarang ni 'diharamkan' ke kat kawasan ni? Kalau tak nak dengar kuat sangat, kita boleh adjust kenyaringan speaker tu. Ok, saya tak dapatlah nak kata apa.. Tapi inilah yang saya hairankan. Adakah azan dihalang di kawasan ini? 5 kali sehari semalam jer. Tak sampai 5 minit pun.. Tapi kalau bunyi muzik tekno kuat-kuat, tahan pulak telinga tu nak dengar.... Deruman kereta yang dibuahsuai pulak, tak ganggu pulak telinga yang slalu komplen azan bising...

Sedangkan surau kampung sebelah lagi saya dengar, inikan pulak sebelah-menyebelah... Apa nak jadikan.... Bila kita terlalu berfikiran liberal dan free thinker, beginilah...

(Terkilan+Sedih)+Boring

boring...dah ler tinggal sorang..member balik kampung sat...dan aku tak tau nak buat apa dalam 3 hari setengah ni... keja? aku dah tak keja lagi... dan perlu cari keja baru...jujurnya,aku lagi terkilan ngan keja lama aku tu...mana nak cari pekerja setia dan jujur macam aku ni.bukan nak ninggi diri, tapi itulah aku yang sebenarnya.sukar mana pun keja, aku tetap setia dan patuh akan arahan bos...sedih tau...aku niat,aku hanya akan berhenti jika permohonan keja yang aku pohon diterima dan menerima aku bekerja...sebab menunggu itulah, aku kena keja sementara selagi boleh....sedih...terkilan...nak nak cekau duit,nak bayar loan PTPTN lagi..macam tak pernah nak kurang jer...makin up adalah...

macam ni lah keadaan aku...fikiran masih lagi kosong..perlukan semangat...

Monday, September 17, 2012

[VIDEO]: Blind Masterchef

Demam Masterchef dah mula kat Malaysia ni.. Pada yang minat dalam masakan dan makanan, inilah yang dinanti.. Masterchef Malaysia dah start minggu lepas. Minggu ni mulalah bootcamp... Malam tadi pun dah start tayangan US Masterchef kat Star World Astro...

Memang berbeza rancangan dua ni, walaupun francais yang sama dari Australia. Cuma yang Malaysia ni untuk musim ke-2, peserta dia nampak over-confident. Kalau masakan tu sedap, tak kisahlah makanan tradisional atau moden, tapi juri terpikat, tak apa gak. Ni, macam main-main saja masak... Dah tu yang terpilih masuk bootcamp, ya ampun, da dah siap bergaduh, sindir-menyindir...Siap mulut neraka macam AA pun ada. Kan pelik macam tu kat Malaysia... Buat menyampah adalah. Cuba macam musim yang lepas, cool jer peserta dia. Cik kak oi, ni Malaysia, adab sopan tak de ker,nak tunjuk gak ke perangai macam tu. Masakan entah apa-apalah. 

Lainlah, US... Mereka memang dilaga-lagakan antara satu sama lain, sebab US... You know I mean.... Semangat persaingan di kalangan mereka memang tinggi, memang dah tu perangai US... Tak heran kalau kita tengok reality show yang lain... But, kalau mereka dah minat tu, masakan pun, mak usu aku cakap, kalau hari-hari makan cam gitu, lari bajet.. Sungguh-sungguh mereka buat... Yelah western food.. Tapi bagi mereka, tu lah makanan harian mereka tapi diberi sentuhan moden/fusion kan.

Tapi da satu peserta ni yang memberi inspirasi buat sesiapa... Peserta pertama yang buta dalam sejarah US Masterchef(or Masterchef ever kot..), Christine Ha. Seorang pascasiswazah, pintar berkata-kata dalam berfalsafah dan ikhlas.. Seorang yang yakin apa yang dia masak, nak over-confident pun dia sedar akan kekurangan diri dia... Tapi kurangnya dia, tapi dia memiliki kelebihan yang orang jarang nak peduli.. Deria rasa dan sentuhan yang kuat... Sampai chef Ramsay, ramai peserta mengabaikan deria rasa dalam masakan.... Semalam pun Christine, merasa segala masakan dia sebelum menghidang kepada juri, dan siap berseloroh lagi, "because I'm cannot see."...... Jom jamu mata semula adegan penuh inspirasi ni:


Psst:
Ambillah dari sudut positif ya...

Saturday, September 1, 2012

[BERITA]: Singapura Guna Kamera Pantau Sampah Dari Tempat Tinggi- Malaysia Bila Lagi?

Kan bagus PBT Malaysia macam ni...


Kamera pantau sampah dari tempat tinggi

 Imej kamera litar tertutup menunjukkan seorang penduduk pangsapuri di Singapura membuang objek melalui tingkap kediamannya.Imej kamera litar tertutup menunjukkan seorang penduduk pangsapuri di Singapura membuang objek melalui tingkap kediamannya.
Singapura: Bandar raya ini bakal menyaksikan pemasangan kamera pemantau di 110 tempat dalam masa tiga bulan akan datang bertujuan membanteras masalah pembuangan sampah dari tempat tinggi. 

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata, kamera berkenaan akan dipasang di beberapa kawasan perumahan di Bukit Panjang, Pasir Ris, West Coast, Hong Kah dan Sembawang kerana disifatkan mempunyai masalah pembuangan sampah serius yang membabitkan bukan hanya sisa makanan tetapi membabitkan kotoran seperti najis dan air kencing. 


Didakwa di mahkamah 

NEA memberi amaran mereka yang ditangkap melakukan kesalahan itu menerusi kamera pemantau akan didakwa di mahkamah dan kes mereka akan disiarkan kepada umum. 

NEA berkata kamera terbabit menggunakan perisian menganalisis video didapati amat berkesan untuk mengesan pembuangan sampah walaupun puntung rokok. 

“Ketika kajian perintis dilakukan tahun lalu, kamera pemantau ‘menangkap’ dua orang yang membuang puntung rokok dari tingkap mereka pada waktu malam,” kata seorang pegawai NEA. Kedua-dua pesalah terbabit didakwa di mahkamah dan didenda masing-masing S$800 (RM2010) dan S$1000 (RM2512). 

Di bawah undang-undang mereka boleh didenda maksimum sehingga S$1,000, dikenakan Perintah Kerja Pemulihan (CWO) tidak melebihi 12 jam atau kedua-duanya sekali. 
Bagi kes pembuangan sampah, NEA berkata kamera dipasang selepas membuat penilaian keadaannya dan selepas usaha pendidikan dibuat bersama majlis perbandaran. - Agensi


Sumber: Berita Harian Online

Pentingnya educate orang awam tentang kebersihan. Kekadang tong sampah depan mata pun, boleh lagi selamba badak buang sampah macam tu. Saya tak tau lah mentaliti rakyat Malaysia ni. Susah sangatkah nak jadi pembersih. Kita boleh ikut benda yang positif dari Singapura ni. Pasal nak educate rakyat, sampai mahkamah tentukan hukuman hanya membuang sampah merata. Dahlah denda pun bukannya murah...

Saya lagi ingat kat salah seorang guru besar masa sekolah rendah dulu. Tuan Haji Ibrahim, sekarang dah pencen. Saya masih ingat lagi akan amanat beliau satu hari perhimpunan. Dia cakap, sampah yang kita nak buang tu, kalau tak jumpa tong sampah, letak dulu dalam satu beg plastik atau masuk poket(yang kecik), then kalau jumpa tong sampah, barulah dibuang... Sampai sekarang, saya masih amalkan. Kalau yang besar-besar, selalu saya akan letak dalam satu beg plastik, tak pun kotak kecik, pastu buanglah kat tong sampah. Sama gak yang kecik-kecik, simpan poket, jumpa tong, buang... Senang jer tu...

Lagi satu kalau dok umah flat. Sama kes berita kat atas ni.... CCTV digunakan untuk pantau aktiviti membuang sampah... Huhhh... Jangan kan sampah pepejal, sampah cecair sama kot.... Saya pernah dok flat kat Sri Serdang, pernah kena. Dok baguih, jemur baju, cadar tilam, ntah mana uncivilized punya orang kat tingkat atas, selamba buang air(kumbahan??) dari beranda dapur... Macam tak ada bilik air jer, suka-suka hati buang air dari atas. Awak dok umah flat, kat atas lagi tu... Kena ingat gak... Kalau rumah bukan atas tanah kita, manalah boleh buat sesuka hati. Paksalah saya cuci semula baju-baju ngan cadar sekali lagi... Bengang wei...

Psst:
Kalau malas sangat, jangan ngelat kalau ada PBT kutip cukai... Yelah, tu kan gaji buat pekerja kebersihan... Kalau tak nak kena cukai, apakata tanamkan sikap pembersih... Dah tu pihak PBT kuatkuasakan undang-undang macam ni...

[BERITA]: Hakim Sokong Samsung

Mahkamah Jepun tolak produk firma Korea tiru Apple 

Tokyo: Mahkamah Tokyo semalam menolak dakwaan Apple Inc bahawa Samsung melanggar hak ciptanya, keputusan terkini dalam pertarungan perundangan global mengenai paten telefon pintar yang melagakan dua gergasi teknologi berkenaan. 
Samsung dari Korea Selatan, pengeluar telefon terbesar dunia, mengalu-alukan keputusan Mahkamah Daerah Tokyo bahawa teknologinya untuk menyesuaikan peralatan telefon bimbit dengan komputer tidak melanggar hak cipta Apple. 

“Kami sudah lama berpendirian begitu. Kami akan terus menawarkan produk inovatif kepada pengguna, dan meneruskan sumbangan kami kepada pembangunan industri telefon bimbit,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan. 

Peguam Apple yang hadir enggan memberi kenyataan, dan tidak diketahui sama ada Apple akan mengemukakan rayuan. 

Dalam sesi yang berlangsung selama beberapa minit, Hakim Tamotsu Shoji, berkata beliau tidak berasa produk Samsung menyamai teknologi Apple dan menolak saman berkenaan, yang difailkan Apple Ogos tahun lalu. 

Apple, pengeluar iPhone dan iPad yang beribu pejabat di California, terbabit dalam kes perundangan serupa di seluruh dunia mengenai sama ada telefon pintar Samsung, yang bergantung kepada teknologi Android Google Inc, secara tidak sah menggunakan reka bentuk Apple, idea atau teknologinya. 
Dalam satu kes seumpama itu, juri di California minggu lalu memutuskan produk Samsung secara tidak sah menggunakan ciptaan Apple. Juri mengarahkan Samsung membayar ganti rugi sebanyak AS$1 bilion (RM3 bilion) dan kini menilai permintaan Apple untuk menarik balik lapan produk Samsung dari pasaran dan dilarang di Amerika, termasuk telefon pintar popular, Galaxy. 

Produk terbaru Samsung, Galaxy S3, tidak termasuk dalam keputusan Amerika itu. 

Keputusan semalam adalah yang pertama dibuat di Jepun dalam perbalahan perundangan kedua-dua pihak di seluruh dunia, tetapi teknologi lain turut dibawa ke mahkamah oleh kedua-dua syarikat itu dalam kes perundangan berasingan di Jepun. 

Keputusan di sini adalah kes pertama didengar di mahkamah negara lain. Samsung sudah jual 50 juta Galaxy S dan Galaxy S2 di seluruh dunia. - Agensi

Sumber: Berita Harian Online

Psst: 
Bagi saya, saya lagi suka Samsung. Mampu milik gitu. Samsung produk lebih mesra pengguna. Tak complicated seperti iPhone. Walaupun saya memiliki smartphone Samsung, tapi selalu guna bos punya.. Note dia, Tab 10.1... Serius senang.. iPhone, macam 'sombong' sikit, macam US gak lah. Ada gak iPhone dalam kedai tempat saya keja ni.. Biasalah, as Celcom CXP, kami ada menawarkan pakej menarik smartphones dan semestinya ori... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails