Thursday, February 20, 2014

[INFO] MANFAAT LIDAH BUAYA



Sumber: Tupai, Yahoo

Tumbuhan lidah buaya mempunyai banyak manfaat dan telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, demam, ruam, gatal-gatal dan banyak lagi.



Malah, penggunaan lidah buaya dalam bidang kecantikan bukanlah sesuatu perkara yang baru. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda khasiat dan manfaat yang perlu anda ketahui terdapat dalam lidah buaya.



Anti penuaan
Lidah buaya mempunyai vitamin C dan E yang mampu merawat kulit anda semula jadi dan menjaga kulit dari terhidrat.



Melindungi sinaran matahari
Setelah seharian kulit terdedah kepada cahaya matahari, sapukan gel lidah buaya pada kulit anda kerana ia dapat memberi kelembapan pada kulit yang terdedah dengan sinaran matahari.



Pelembap
Gantikan pelembap anda dengan gel lidah buaya sebelum mengenakan mekap. Ia mampu mencegah kulit dari kekeringan. Bagi lelaki pula, gunakan gel lidah buaya sebelum bercukur kerana ia mampu bertahan ia mampu membantu merawat luka kecil ketika bercukur.



Menyihatkan rambut
Secara tradisionalnya, lender lidah buaya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan menyapu pada kulit kepala secara berkala. Kemudian bilas rambut anda dengan bersih.


Lidah buaya
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/85/Echte_Aloe_von_oben.JPG/240px-Echte_Aloe_von_oben.JPG
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. vera
Aloe vera
(L.) Burm. f.
Aloe barbadensis Mill.
Aloe perfoliata L. var. vera L.
Aloe vulgaris Lam.
Sumber : Wikipedia

Saturday, February 15, 2014

[INFO] KHASIAT DAUN INAI

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat.










Kandungan
Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.


Kegunaan Dalam Kesihatan dan Kecantikan
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.


  • Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.


  • Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.


  • Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.


  • Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.


  • Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.


  • Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai.


  • Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.


  • Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak.


  • Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit.


  • Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada.


Sumber: Yahoo