1. MEMBINA TULANG YANG KUAT
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.
2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.
3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.
4. MENCEGAH KANSER
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG
Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.
6. MATA YANG SIHAT
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.
Sumber: Facebook Bernama Radio24
---------------------------------------------------------------------
CADANGAN RESEPI:Bayam Tumis Sardin Bercili
(Inspirasi masakan dari Mommy Ryan Kitchen)
Bahan utama |
Seikat bayam
Ikan sardin saiz tin kecil(saya ambil 1/2 dari isiannya;kalau ada 4 ekor, ambil 2 ekor je,ngan kuah sikit dan hancurkan kasar2)
Bawang besar(dihiris)
Bawang putih(dihiris)
Cili merah & hijau(dihiris keduanya)
Cili padi(optional-nak tambah pedas,diketuk)
Sos tiram, garam, serbuk perasa.
Cara memasak:
(Seperti lazimnya kita memasak kangkung goreng. Tapi ini cara saya memasak)
- Bayam dibersihkan dan dipotong. Daun dan batangnya saya asingkan.
- Tumis bawang besar sehingga hampir layu. Barulah tumiskan bawang putih dan cili.
- Setelah itu, masukkan batang bayam, tumis sehingga lembut sedikit, baru masukkan isi ikan sardin bersama kuahnya.
- Masak sehingga kuah sardin hampir kering. Perasakan dengan sos tiram, garam dan perasa.
- Akhir sekali, barulah daun bayam. Goreng kacau sebentar sahaja.
- Siap, hidang.
Hasilnya:
Gambar kurang memuaskan kualitinya. Guna kamera handphone jer.
Simple dan sedap bagi sesiapa yang suka sederhana.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment