Monday, December 13, 2010

"SERVE NO PORK"....Really maa??

As-Salam semua...
Dah makan ke belum??? Kalau dah makan, bagus... Kalau belum, sila angkat tangan sapa nak kene belanja aku!!! Dijamin halal 100%, sebab aku yang masak ler.... Kalau tak, meh pakat ramai-ramai makan kat luar ye, nak jugak carik gak tempat hidangkan makanan yang 100% halal...

Oklah,bila cakap pasal makan ni kan, aku bet semua orang pernah jumpa kan restoran/gerai/kafe yang akan letak papan tanda depan premis mereka "SERVE NO PORK". Selalunya restoran/gerai/kafe dimiliki oleh orang bukan Muslim(faham-faham aje lah kengkawan...). So, bila papan tanda tu ada kat depan restoran/gerai/kafe mereka, kira selamat ek bagi segelintir manusia termasuk aku... Sapa tak pernah masukkan...
aku grab kat google images...contoh macam ni lah signboard  depan premis

Oklah... Aku nak cerita sikit pasal pasal restoran/gerai/kafe ni. Well, di tempat aku yang pelbagai bangsa memang suatu kebiasaan kalau tengok pelanggan muslim makan kat restoran/gerai/kafe bukan Islam. Aku pun ada gak join sekaki. Tapi... Ada tapinya tau, aku yakin halal sebab aku tau tukang masak restoran tu. Ada segelintir ownernya bukan Muslim tapi pekerja-pekerja dia semua Muslim, owner cuma sedia apa yang perlu. Macam tukang masak dia, tukang saji makanan... Tapi lain kes yang ni.

Kalau kenal aku, memang taulah aku punya hometown kan... Kalau tau hometown aku ni, mesti tau selok-belok dalam town aku ni. Bila aku dah tau, sumpah aku takkan masuk lagi masuk restoran ni yang tak pasti lagi kehalalan di sebalik  papan tanda depan restoran "SERVE NO PORK" ni. Ingat tak previous blog aku yang aku cakap aku gi Miri selama 3 hari tu??? Ok, kalau ingat, ok.. Kalau tak, boleh rujuk entri  yang lepas-lepas. 

Aku balik Limbang guna kereta sapu dari Miri(jahat tak...kereta sapu). Driver kereta sapu ni, aku kenallah, regular customer kitorang gak. Jadi masa balik, sebelum hantar aku sampai umah, dia nak makan dulu. Jadik dia 'hangkut' aku sekali gi satu restoran ni. Dia cakap halal lah.. Dia suh aku order dulu makanan yang aku nak makan. Tapi kerisauan dan perasaan was-was aku melebihi kelaparan aku, jadik aku tolak secara baiklah. Risau sebab orang umah asyik called aku jek, menanyakan keberadaan aku masa tu. Was-was sebab aku tak pernah masuk, tak tau asal-usul restoran ni, pekerja dia macamana. Aku ni pelik sikit, hanya sebuah dua jer restoran macam ni aku berani masuk. Yang ni, perasaan was-was memang mengatasi lapar(lapar giler masa tu jangan cakaplah). Walaupun masa tu, adalah sorang dua pelanggan Muslim masuk restoran tu. Jadi, penghabisannya berdirilah aku kat depan tepi restoran tu... Kira depan kedai Avonlah aku ternanti-nanti orang. Dalam 15 minit macam tu barulah driver tu kluar dan menyambung perjalanan menghantar aku balik rumah.

Masa nak kluar dari kawasan tu, kenderaan kena melalui belakang kedai-kedai untuk keluar. Kebetulan pulak bahagian belakang restoran tu terbuka, jadi aku dapat tengoklah siapa tukang masaknya. Aku bagi hint jerlah... Yang lain tafsir sendirilah. Tukang masak dia, 2 orang. Masa tu aku nampak mereka pakai seluar pendek jer. Dah tu tak bertutup kepala(nanti ada pulak cakap aku kuno kan pasal pakaian tukang masak macam tu. Kalau kau Muslim pun, paling-paling pun pakai serkup kepala dan tak berseluar pendek..tak mengikuti spesifikasi pakaian penyediaan makanan langsung). Dan paling aku terkejut sangat(terlebih sudaa...hiperbola tu..), di tengah meja memasak, terdapat botol kaca berwarna hijau dan berpenutup merah. Sapa biasa tengok botol tu, taulah.. Nak cakap kicap, memang jauh beza... Tak lain tak bukan, 'rice wine'. Macamana aku tau? Sebab aku pernah tengok bos aku beli tu botol tu, dan dia sendiri mengakui botol tersebut adalah arak untuk memasak. Aku pun penah tengok label botol tu kat salah satu supermarket kat Miri(aku tak pegang tau) dan aku baca kat label dan tertera 'rice wine'. Mulanya aku ingatkan cuka ke hapa, tapi bila dengar kebanyakan mereka yang non-Muslim suka menggunakan arak tersebut sebagai salah satu ingredient sampingan dalam masakan. Sama macam si Jamie Oliver yang suka menggunakan 'red wine' dalam kebanyakan masakan dia. Jadi, aku faham... Dan ada rakan aku(non-Muslim) cakap, kalau campur arak dalam masakan, memang sedap. Aku pun tak tau sedap macamana.

Kalau tak hidang 'lembu kontot' tu pun, belum tentu halal 100%. Ingredient sampingan dia macamana, sumber bahan tu halal ke tak. Dan bila aku tau dah keadaan restoran tu macam tu, memang aku takkan masuklah. Colleague aku mati-mati defence restoran tu halal. Tapi bila dah aku tau ingredients sampingan mereka gunakan, memang aku tak percaya lagi restoran macam ni. Serius aku bagitau ni. Aku tak buat-buat cerita, kalau dah depan mata. Bagi yang non-Muslim, sepatutnya mereka kena faham dan kena tahu istilah makanan halal yang sebenarnya. Bukan pasal tak hidang 'lembu kontot' tu, awak dah kata halal. Entah-entah awak ada masak 'lembu kontot' tu, cuma tak hidang secara terbuka, melainkan permintaan. Kan lagi naya tu. Lagi satu mereka juga seharusnya tahu bahan-bahan yang tak halal, sebab bagi mereka 'lembu kontot' ni kira satu-satunya yang tak halal bagi kita.. Allahualam... So, sebagai Muslim, aku kena bagitau buat saudara-saudara Muslim yang lain, agar berhati-hati bila nak pilih tempat makan walaupun kat papan tanda restoran/gerai/kafe tertera "SERVE NO PORK".

Sekadar mengingati ke arah kebenaran, bukan nak burukkan orang lain. Wassalam..

Wednesday, December 8, 2010

Hari Yang 'Panas'

Ya.... Hari ni Rabu bertarikh 08/12/2010, Cuasa Cuaca pun memang panas. Sepanas aku ni.... Bukan perasan diri ni 'hot' lawa siutt... Tapi panas nak marah jer hari ni. Dari rumah sampailah ke tempat keja...

Kalau pasal panas kat umah, aku tak naklah cerita... It's to personal to write in this blog. Let's Allah only know about this. Of course la kan, kalau dah panas sejak dari umah, sambunglah kepanasan hati kat jalan raya. 

Aku ni bawak motor, golongan yang orang tak endah kat jalan melainkan JPJ dan polis trafik(ni dah tentulah weiiii). Golongan motorist pun da perasaan tau, ada undang-undang gak. Bayar cukai jalan gak(walaupun kecik..kenderaan kecik...so jangan pandang rendah sebab cukai jalan motorist ni murah). Tadi, punyalah kereta orang-orang gomen ni selamba babon keluar simpang tanpa peduli orang kat jalan lurus. Masa tu dengan kelajuan sederhana nak gi keja, tiba-tiba jer van ni kluar simpang. Nasib baiklah aku tak laju, boleh lagi brek selamat, kalau tak terbelah dua kot kereta tu aku langgar jer. Memang aku sue abis-abisan lah kalau aku kena. Mentang-mentanglah orang yang berkhidmat untuk rakyat, kononnya.... Woi, macam-macam ayat menyumpah kluar dari mulut aku ni... Dahlah panas, tambah panas lagi. 

Scene kedua pulak... Masa ni dah nak sampai kat tempat keja. Adalah 2 orang minah ni, terkedek-kedek menarik beg, dahlah jalan macam siput jer, selamba jer tak tengok orang lain lalu. Nasib tak laju aku bawak masa tu, kalau tak dah patah pinggang minah tu aku langgor...Dari terkedek-kedek, terkodok-kodok kang. Yang ni memang clear giler lah aku menyumpah.. Oiiii, p***ikah korang ni, terkedek-kedek. Aku kalau dah panas, aku dah tak kira sapa saja, kalau dah buat aku menyampah bila aku tengah marah, memang macam-macam ayat sumpahan keluar. 

Scene ketiga.... Kesinambungan dari 2 minah ni, adalah kereta proton saga putih ni. Dahlah amik penumpang kat tepi, tak bagi signal, nak keluar pun tak bagi signal. B***h, p***i, bangang, bahalol punya orang. Kereta jer lawa berkilat tapi otak berkarat LOL..... Aku langgar kang, jangan nak salahkan orang, mangkuk!!!!

Tapi nasiblah kat tempat keja, aku ok-ok jer. Customer pun tak banyak kerenah sangat. Memang susahlah jadik diri aku ni, satu-satu dugaan datang.... Kadang sakit jiwa aku nak hadapi semua ni. Tapi inilah hidup kita. Tak der dugaan, tak bestlah hidup kan....


Saturday, December 4, 2010

4th Trial dan Luahan Hati Calon Direjek

As-Salam semua...
Hari ni aku off-day. So,  kat umah jerlah... Nak gi jalan pun bukannya ada teman pun. Jauh lagi ada kekasih hati pun takder... Sebenarnya, aku masih lagi dirundum kekecewaan menerima khabar semalam....
inilah kabar aku terima semalam..untuk kali ke-4, aku tidak tersenarai lagi
Aku tak tau nak buat macamana lagi... Bukannya aku nak salahkan takdir... Memang ada sedikit sikap aku ni sukar nak terima kenyataan. Cuma aku kesallah ngan KPM ni... Betul, aku kesal sangat. Aku terima walaupun hati tidak sepenuhnya(tengah muhasabah diri).

Kebanyakan guru KPLI ni akan ditempatkan di pedalaman2 Sabah dan Sarawak. Ikut tempatlah, ada pedalaman yang ada jalan yang bagus atau tak, ikut sungai, masuk hutan. Dah tu kebanyakannya adalah dari guru semenanjung. Ok, sapa-sapa pembaca dari semenanjung, jangan terasa tau... Adalah segelintir mereka ni(faham betul-betul, segelintir...), dan aku yang selalu berjumpa pelanggan, dan terutamanya dari kalangan guru-guru, memang aku selalu 'curi-curi dengar' rintihan mereka. Bulan 11 dan bulan 1 nanti adalah guru-guru baru akan posting di bumi Limbang ni. Kalau dapat sekolah status luar bandar, kira ok lagi tu, kawasan kampung-kampung di pinggir pekan jer. Cuba kalau yang dapat sekolah status pedalaman, mau taknya risau... Ada tu, baru 2,3 bulan(ni ada kawan aku habaq kat aku), dah pohon pertukaran tempat mengajar. Kalau tak dapat keluar dari bumi Sabah/Sarawak, tukar kat bandar besar sikit jadilah(ni sebab nak bantuan COLA)... Pas tu, akan kedengaranlah juga kalau tak dapat tukar jugak, guna orang dalamanlah, kononmya.... Amboi, apply KPLI kan main lagi, dah ditempatkan tempat yang kritikal, tak naklah pulak. Aku ni bukan tau sangat pasal falsafah perguruan, tapi selalunya, guru ni sedia berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama... Haa... Baca tu, negara, bangsa dan agama.....

Negara, seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman ni sepatutnya sedia untuk dijejaki atas amanah yang dipertanggungjawabkan. Lepas tu, bangsa, kita jadikan bangsa Malaysia ni berilmu, gemilang, cemerlang dan terbilang(motto Pak Lah), dan semestinya guru-guru; tak kira dari kawasan bandar, pekan, luar bandar dan pedalaman, bersedia untuk mengajar di mana-mana saja. Jangan pilih bangsa jer, bangsa lain nak juga berilmu, sebab kita ni bangsa Malaysia... Betul tak kengkawan???? Dan terakhir, agama. Setiap pekerjaan yang kita lakukan, adalah suatu ibadat. Kalau kita solat, puasa, sedekah kita lakukan secara kusyuk, ikhlas dan tawakal, kenapa tidak pekerjaan kita... Segelintir orang merungut sebab di tempatkan di pedalaman, siap mengadu kat blog, betapa 'horibble'nya tempat dia mengajar ni. Tengok-tengok awak ni alim juga, selama aku kenal dia ni, solat tak pernah tinggal, tapi part dia mengajar di sekolah ulu(pedalaman) kan main, tak bestlah, accommodation teruklah. Hei, ngko, kalau macam tu bagus resign jer, tak yah minta tukar sekolah lain. Aku pun pernah 'soundtrack' kat dia ni. Memang tak ikhlas jer nak mengajar. Buang duit gomen nak bayar gaji ko ribu-ribu(sebab elaun besar...beli juga Vios, jalan jugak gi Kuching hujung minggu), tapi mengajar nak tak nak jer......

Aku memang geram.... Aku ni anak jati Sarawak, pastu , aku pernah lalui kesusahan semua tu, tak pernah nak merungut, tapi aku pantang dengar kalau orang macam yang aku nyatakan ni, memperlekehkan negeri aku ni, memang nak kena 'soundtrack' aku ni. Dan KPM seharusnya peka dengan situasi ni. Tak salah mengambil calon-calon guru dari negeri-negeri yang tak ramai guru, sebab mereka lebih memahami dan biasa dengan keadaan kritikal dan kesusahan. Dan aku bukanlah pessimis ngan semua, cuma segelintir sahaja... Harap maklum....

Puas hati aku keluarkan luahan hati ni. Aku minta maaf kalau ada yang terasa ye, tapi inilah hakikatnya... Kami terima dengan tangan dan hati terbuka, tapi kenapalah ada segelintirnya minda masih tertutup??? Kami mengharapkan bakal guru yang akan datang, menjadi sebenar-benar guru, bukan semata-mata guru yang saja-saja. Apa yang diharapkan bagi sesiapa membaca ni, buka minda anda ye.... Wassalam....

Thursday, December 2, 2010

Hanya Tampalan Ringkas...

As Salam semua dan selamat malam....
Ni nak inform kat pembaca yang ada amik MTeST hari tu, tanggal 13/11/2010, keputusannya esok. So, seperti anda semua, aku pun berharap agar aku dapat pegi level seterusnya. Ini adalah test kali ke-4(memohon 5 kali) bagi aku. Jadi korang pun faham-fahamlah perasaanku kalau 4 kali dah amik test ni. Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar mendapat keputusan yang positif.. Amin....
Kalau tak, cuba lagi tahun depan... Insya-Allah.....

Wednesday, December 1, 2010

Minyak dan Saman

Salam hari Rabu...

Bagiku hari Rabu hari yang sengal.... Tak taulah pa sengalnya. Dari dulu lagilah. Hari asyik yang tak serba kena bagiku. Dan aku suka sangat ngan hari Khamis... Ok, straight to the point.

Semua dah maklumkan, minyak naik lagi hari ni. RON97 naik 15 sen kepada RM2.30... Mesti ada yang merungutkan... Hahahaha... Apakan daya kita nak halangkan, kalau dah bergantung kepada pasaran dunia. Bila dah naik, terpaksalah naik. Yalah kerajaan kan tak mampu nak tanggung subsidi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak di dunia, rakyat pulak yang terasa beban. Rakyat pun nak marah, pun tak guna juga... Nasib baiklah RON95 tak naik buat masa ni. Aku kan naik motor, jimatlah sikit... Sikit la... Sebab hari tu naik 5 sen pun aku dah merungut. Selalu beli RM3 untuk dalam 1.862L. Tapi skang RM3 baru je dapat 1.822L.. Walaupun kurang beberapa mL, tapi terasa sangat kenaikan harga. Tak taulah nak buat apa. Terpaksalah terima dengan hati tidak terbuka... Ceewah....

Hari ini juga, PDRM mengumumkan potongan diskaun 50% kepada pesalah trafik mulai hari ini selama 15 hari... Malaysian peoples, jangan saja tunggu jualan murah barangan shopping habis-habisan, saman pun ada sale tau. Siap setengah harga saman lagi tu. Baca kat KOSMO!.

Kaitannya khabar di atas ialah, harga minyak naik, jadi saman terpaksalah diturunkan.. Nak ambil hati rakyat katakan... Kalau tak rakyat merajuklah nampaknya... Tapi kalau ikutkan sama saja. Saman diberi setengah harga hanyalah ubat kekecewaan rakyat di atas kenaikan harga minyak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails