Wednesday, April 9, 2014

[RESEPI] SARDIN MASAK TEMPOYAK


Dari hari tu lagi nak makan ikan sardin. Siap beli tin kecil cap ayam tu. Nak tumis biasa aje, dah kelanguan*(ke-la-ngu-an). Jadi hari 2,3 hari ini blogwalking. Ternampaklah sorang dua blogger kongsi resepi ikan sardin bersama tempoyak. Dan saya jenis tak ikut resepi sangat. Jadi cuma baca, apa bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana mengolahnya... Nak ikut sangat, tak semua bahan-bahan yang blogger tu ada kat dapur saya. Jadi malam semalam teringat masih ada simpanan tempoyak sedikit(stok tahun lepas,masih ok).


Sardin Masak Tempoyak 
(resepi ikut rasa saya...muahahahaha..)


Bahan-bahan
(anggaran untuk seorang atau 2 orang)
1 tin kecil sardin Ayam brand
Bawang merah**
Bawang putih**
Halia**
Kunyit**
Cili padi+cili thai**
Serai-diketuk (tak letak,sebab kebetulan dah habis)
Air ikut suka banyak mana
Tempoyak
Serbuk pati ikan bilis
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
-Bahan bertanda ** ditumbuk terlebih dahulu

Cara buat:
  1. Asingkan isi ikan sardin dari kuahnya.
  2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama serai. Bila sudah naik bau, masukkan air bersama kuah sardin tadi. Kemudian, masukkan tempoyak, serbuk pati ikan bilis, dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
  3. Bila kuah telah mendidih dan rasa telah cukup di lidah anda, barulah masukkan isi sardin tadi dan masak sekejap. Jangan lama sangat, sebab sardin ni dah masak lembut pun, cukup sekadar memanaskan isinya dan rasa tempoyak itu 'blend' dengan sardin.
  4. Bila dah masak bolehlah dihidangkan panas-panas dengan nasi putih. Part menghirup kuahlah yang ditunggu-tunggu.

Selamat mencuba.

*kelanguan-bosan

Psst:
1. Serai tu bukan tak ada, ada tapi kat luar rumah, masih kat rumpun. Selalu nenek akan ambil banyak-banyak dan simpan di peti ais, kebetulan habis. Oleh sebab, takut nak keluar rumah malam-malam hari ditambah lagi teringat-ingat kes jumpa ular depan rumah hari tu.

2. Tempoyak ikut suka letak mana, sebab ada setengah orang dia nak rasa tempoyak kuat macam saya, adalah dalam 4 sudu makan penuh tempoyak.

3. Bahan lain yang ditumbuk tu ikutlah banyak mana. Sardin tin kecil, seulas dua pun cukup. Dan cili, ikut tahap kepedasan. Macam cili padi tu, saya tumbuk halus, cili thai tu cukup sekadar diketuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails