Tuesday, July 30, 2013

[GAMBAR] SELAMATKAH KITA?


Baca jer suratkhabar, tak habis-habis jenayah berkaitan senjata api. On jer radio, dengar berita radio, pun pasal tembak-menembak. Semacam trend pulak jenayah ni. Apa nak jadi dah kat Malaysia ni... Takut pun ada... Mari semua berdoa agar negara kita sentiasa dalam aman damai... Taknak bersenjata-senjata ni....

Thursday, July 11, 2013

[INFO] SIAPA DR MOHAMED MORSI?

Sumber: Sinar Harian

MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.
Mohammed Mursi

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

 Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.
Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan
Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Monday, July 1, 2013

[INFO] Perbezaan Krim BB, CC Dan DD

Assalamualaikum..

Hari ni nak share info pasal jenis produk kecantikan. Saya sendiri pun masih lagi terkial-kial dalam produk kecantikan ini. Sesambil menengok kandungan Yahoo!, adalah satu artikel pasal ni.

Saya merupakan pengguna krim BB jenama Garnier.
Bagi saya, ia sebati ngan kulit dah. Tak nak dah tukar ngan jenama lain, walaupun salah seorang kawan saya, beria-ia kat wall FB nya, promote salah satu krim BB.

Ok, berbalik pada tajuk entri kita, baru tau gak da krim CC dan DD ni. Ni saya 'copy and paste' dari artikel di Yahoo! yang mana, Yahoo! pun amik dari Tupai.com.my.

Kenali perbezaan krim BB, CC dan DD



Apabila menyebut tentang BB, CC dan DD, apakah yang bermain di kotak fikiran anda? Adakah huruf berganda ini menentukan saiz pakaian dalam, gred telur, buah-buahan, emas atau tekstil?. Mungkin kita pernah mendengar krim BB namun apakah pula CC dan DD?

Untuk pengetahuan anda, CC dan DD adalah krim seperti BB yang mampu memberi kelembapan kepada kulit serta melindungi cela di wajah. Namun, apakah perbezaan krim-krim ini?

Kenali krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda dengan membaca panduan di bawah:

Pelembap berwarna
Pelembap berwarna merupakan pilihan sesuai untuk wanita yang sukakan asas solekan ringan. Produk ini akan menyerlahkan kulit anda dengan formula sedikit berwarna kepada pelembap. Ia memberi litupan sederhana pada kulit normal. Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak tidak digalakkan mengguna pelembap berwarna ini kerana muka akan kelihatan semakin berkilat serta tidak mampu menutup keseluruhan cela pada wajah.

Krim BB
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krim BB atau 'Blemish Balm' adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.

Krim CC
CC atau 'Colour Correcting' membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.

Krim DD
'Daily Defense' atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.

Sumber: Tupai dan Yahoo!

Wednesday, June 19, 2013

10000

Assalammualaikum....

10000 itu merupakan pageviews blog ini... Terima kasih daun keladi.. Otai akan berkata, apalah sangatkan. Tapi bagi saya ni, blogger picisan, itu sudah cukup membanggakan saya, walaupun sahabat blog ini tidaklah seramai mana pun. Ada gak orang follow blog ni.

Bukan senang nak menulis. Perlu ada ilham nak buat citer apa.. Saya akui, saya bukanlah orang yang begitu uptodate pasal hiburan,politik... Jadi cerita blog ini semua berkisar apa yang berlaku di sekeliling.

Dah sampai tahap ni, saya rasa nak buat mini contest.. Contest ringan-ringan je. Tunggu da lebih sikit rezeki.. In shaa Allah, kawan..

Rasa semangat nak update pas ni. Cuma kengkangan masa je yang menghalang nak menulis. Da masa malam,mata ini yang tak tahan nak berjaga. Dah 'berusia' katakan... Tak gitu...

Thursday, June 13, 2013

BILA TAMAK MENGUASAI DIRI

Bila perasaan tamak mula menguasai diri, segala kebenaran tertutup.. Kadang berdepan orang tamak ni, rasa nak tutt jer mereka-mereka itu..

Tapi selagi iman itu masih ada walau setipis kulit, in shaa Allah, semua itu kita terima sebagai dugaan.. Cuma, itulah... Mereka yang tamahak(bak kata orang Sabah), memang akan selalu menduga kita. Berdoa dan pintalah akan kekuatan untuk bersabar.

Psst: Angin jugak kalau hari-hari berdepan orang tamak ni. Bagi saya, diam sajalah. Buat muka tak heran ngan mereka tu.. Banyak lagi nikmat Allah swt titipkan buat kita.

#motivasi di tengah hari

[GAMBAR] DOA PAGI HARI: ILMU,REZEKI DAN AMALAN

Wednesday, June 12, 2013

[WORDLESS WEDNESDAY]: MISKIN DUNIA,KAYA AKHIRAT

[INFO]: MACARON DAN MACAROON


macaron(kiri) dan macaroon(kanan)

Macaron yang berwarna-warni menjadi semakin popular di kalangan penggemar makanan, namun ramai sering menggunakan nama yang salah.

 Walaupun macaron dan macaroon adalah makanan konfeksyen, kedua-dua istilah merujuk kepada dua jenis manisan yang jelas berbeza. Hanya satu persamaan di antaranya iaitu kedua-dua nama tersebut berasal dari perkataan “ammaccare” yang bermaksud menghancurkan dalam bahasa Itali.

Macaron khususnya merujuk kepada biskut berasaskan meringue yang dibuat dengan tepung badam, putih telur, gula pasir dan gula tepung, kemudian diisi dengan krim mentega ataupun jem buah-buahan. Manisan halus ini mempunyai luaran ranggup dan dalaman yang hampir seakan coklat nougat dan kenyal. Ia sering dipanggil 'French Macaroon'.

Macaroon pula adalah nama generik yang digunakan untuk beberapa manisan konfeksyen kecil. Biasanya, istilah ini merujuk kepada macaroon kelapa yang lembap dan padat, dibuat daripada putih telur, gula, dan kelapa kering. Ia mempunyai hujung berbentuk bintang, dan sering dicelup dalam coklat. Macaroon kelapa, lebih dikenali sebagai “Congolais” di Perancis, sering dihidangkan semasa perayaan Paskah kerana ia tidak mengandungi tepung.

Sumber: TUPAI

[INFO]: KHASIAT BAWANG PUTIH

Nama botani: Allium Sativum


Mengurangkan risiko angin ahmar
Ia mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya baik untuk jangkitan perut,jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Sumber: Yahoo!

Wednesday, May 15, 2013

Ketemu Lagi

Assalamualaikum...

Lama dah tak menjenguk kat sini... Menconteng, mencatat apa yang patut.. Last publish 26.12.12.. Ni bukti:


Haa... Lama tu. Kalau rumah, dah jadi penghuni labah-labah ngan menambah aksesori(sawang labah-labah ler)... Tak ke mana pun. Sejak dapat keje tempat baru, agak sibuk dan jarang-jarang nak online skang ni, walau keja dok kat ofis. Tak dapat nak ber'online' sesuka hati... Komputer yang ada pun cuma untuk keja.. Online ngan smartphone, boleh.. Cuma saya tak rasa best nak berblog dari smartphone.. Huhuuhuu... Jadi lepas ni, saya cuba untuk aktif semula.. Insha-Allah...