Monday, May 30, 2011

Nang Kacak

Firstly, aku nak ucap kat kawan aku, Suljirina Lucas di atas kemenangan beliau memenangi gelaran Ratu Etnik 'World Harvest Festival' semalam... Got this from Utusan Online:

Suljirina Ratu Etnik WHF

SULJIRINA Lucas (depan, tengah) dimahkotakan sebagai Ratu Etnik sempena Festival Pesta Menuai Sedunia di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, semalam.


KUCHING 29 Mei – Pegawai perancang bandar Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri, Suljirina Lucas, 27, dimahkotakan sebagai Ratu Etnik sempena Festival Pesta Menuai Sedunia (WHF 2011) di Kampung Budaya Sarawak (SCV), di sini malam tadi.
Gadis daripada suku kaum Berawan, Orang Ulu itu mengalahkan 13 peserta akhir lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan etnik di negeri ini.
Kemenangannya membolehkan Suljirina membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, mahkota, piala, jam tangan dan tajaan biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan (Pelancongan) di Kolej Segi Sarawak.
Suljirina ketika ditemui menyifatkan komitmen penuh yang diberikannya di samping membuat persediaan rapi menjelang hari pertandingan amat berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan.


Gee, kawu nang kacak n superb... Sik eran, masa dolok, nang ramai nanyak pasal kawu dari aku...(macam dengki jer bunyi ayat)... Apapun aku tetap bangga dengan kawan aku ni.. Sapa kata gadis Sarawak tak menawan.. Dia ni kawan satu kelas masa di sekolah rendah, naik sekolah menengah, tak sama kelas, tapi rapat gaklah... Aku pindah skolah pun, masih lagi kontek-kontek dia ni, sebab satu taman perumahan.. Dan abis Form 5, semua buat hal memasing... Dan jumpa balik kat Facebook... Facebook gak yang berjasa dalam menjejak kasih.

Dan lagu ni ditujukan buat semua wanita-wanita... Yakinlah kita-kita semua adalah cantik, kerana kita ciptaan-Nya yang sempurna dan terindah....


So, Sarawakian ladies out there, be yourself, and believe that we had own ethnic beauty....
Satu lagi, we proud be Sarawakian.... Biarlah 'orang seberang' sana pernah kutuk kita tinggal kat hutan, tapi sedarlah dari hutan tue lah bagi naik ekonomi Malaysia ni...

Psst:
>Kacak dalam Bahasa Sarawak adalah umum untuk semua gender....

Thursday, May 19, 2011

Sempoi Jer


Walaupun tak faham sangat maksud lagu ni, tapi aku suka sangat... Sebab apa, sempoi dan tak memeningkan kepala... VC dia sempoi arr.. Tak yah da boob models on it.. Hanya penyanyi dan props yang bikin kita akan ingat, this is song is about his dream yang dia nak sangat-sangat menjadi kenyataan... Ya.. Siapa tak nak create dunia idaman...  

Kat bawah ni dia punya VC+lirik:

Meh bersama-sama menghayati dan memahami lirik lagu ni...

Wednesday, May 18, 2011

Pain of Loneliness

Lately, aku rasa betul-betul lonely... 
Tak tau naper. Aku terasa sangat bila orang-orang sekeliling, ignore aku. Sedih bebetul. Bila orang da silap sikit cakap kat aku,ati pun cepat terasa...
Mungkin aku terasa sebab aku kena ignore by member-member aku. Then, bila aku tengok gambar-gambar mereka kat Facebook, blog memasing, happy jer di samping kawan-kawan baru mereka. Yalah, kawan sama keja, setaraf ngan mereka. Ada duit, ada kereta... Aku apa ada... Hmmm... Menghabiskan masa dan duit mereka adalah kan...
Seriusly... Off-day aku terbuang kat umah jer... Nak jejalan pun malas bila dah sesorang... Aku rindu masa belajar. Di saat kena tanggung oleh PAMA... Masa tu, kita takder apa-apa. Sesama sengkek, sesama menunggu loan PTPTN masuk akaun. Ada duit atau tak, tetap outing. Window shopping pun jadilah.
Tapi skang, just tinggal kenangan jer. Kawan yang sebantal, sekatil, sepinggan dan se,se apalah, dah tak tau pasal kita.Kenal pun tak kot.. Yalah nasib tak sama. Orang cakap bila dah diri berada tinggi, memang jarang atau takder langsung nak mengjenguk kat bawah... Bila dah terjatuh, barulah tersedar kan... Barulah ingat akan insan-insan yang di'ignore'kan selama ni...
Am I too tamak? Aku bukan tamak, aku cuma nak kena treat macam dulu-dulu, happy sesama... Aku tak minta lebih, aku cuma mahu diingati sebagai kawan yang terhebat yang pernah mereka kenal......:-(

Tuesday, May 17, 2011

Kawan Palsu

fake friends are like shadows,
always near you at your brightest moments,
but nowhere to be seen at your darkest hour..


Aku suka ngan ayat-ayat kat status FB dia ni... Maksud dia mendalam... 

17-05-2011

hari ini hari selasa.
cuaca hari ini cerah.
hari ini hari cuti umum.
hari ini hari wesak.
ramai orang cuti hari ini.
tapi saya harus kerja dengan gaji biasa. huhuhuuuuuu.
saya pun dah mengantuk tunggu orang datang bayar bil.
bos, boleh balik awak ke hari ni???

Wednesday, May 11, 2011

Rabu Lagi

Dulu, aku tak suka hari Rabu. Kalau boleh nak cepat-cepat Rabu ni berlalu. Masa skolah kat LUGOSS, Miri, perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Rabu. Dah tu, masa persekolahan pulak panjang... Kira gloomy wednesdaylah...
Bangun tido, terlewat dari biasa. Tunggu pulak orang abis mandi pepagi(dah yang ditunggu-tunggu tu punyalah lambat).. Dah tu, nak pakai tudung, tudung pulak dah buat hal. Bucu atas menggelembung pulak, tak macam hari-hari biasa. Bercermin punya pasal, last-last bas skolah hon dah depan rumah... Macam selekeh je turun skolah...
Rabu bagi aku memang serba tak kena... Itu ini, ada jer yang tak kena...
Tapi kan, sejak dua minggu ni, Rabu macam hari bertuah pulak... Apa taknya, minggu lepas kan, tengah-tengah sengkek, aku terjumpa duit RM10 kat tepi pintu masuk toilet. Ketika hanya aku seorang kat situ. Alhamdulillah... Jujurnya, sapa tak suka kalau terjumpa duit. Duit pun jatuh macam tu saja. Tak ada benda-benda pengenalan tuan punya duit. Tipulah kalau tak nak amik. Cuma duit tu aku gunakan untuk minyak moto aje. Arwah mak aku cakap, toksah belanja untuk makan kalau terjumpa duit. Gunakan untuk benda lain. Oleh sebab masa tu tengah 'kering', ada gak yang cover duit minyak...

Hari ni pulak, Sugarbun Limbang, dibuka semula setelah sebulan direnovate. So, sempena pembukaan semula, adalah offer baik punya... Seperti burger ayam 1 set 2 biji hanya RM6.50.

Order dan tunggu punya tunggu, sampailah order aku(sebenarnya takeaway jer). Aku cuma order 1 set jer(2 biji). Tapi yang sampai 4 biji burger(2 set). Aku ingatkan CSC dia salah bagi order. Dah tu dia datang lagi. Dia cakap aku order 2 set... Ok... Oleh sebab dia merupakan housemate adik angkat aku, dia cakap ambik ajelah... Ok... Aku ambik dan jalan terus ke tempat kerja aku.. Hmmm.... Ok, rezeki nampaknya... Tak yah makan nasi nampaknya tengahari ni....Alhamdulillah.... Rezeki dari-Mu, ya Allah. Semoga Sugarbun Limbang dimurahkan rezeki dan bertambah-tambah maju... Hehehhehehee.....

Iklan pasal Sugarbun lagi... Offer bagi peminat ayam goreng...


Antara KFC dan Sugarbun, aku paling suka Sugarbun. Banyak pilihan. Nasi dia sedap dorhh...

Tuesday, May 10, 2011

Kamus Bahasa Sarawak- Dialek Suku Kedayan 2

Sapa penah dengar orang berbahasa Melayu Kedayan? Aku bet tak semua pernah dengar... Dan bagi urang Sarawak, iboh mbulak madah, sik penah...
Aku bukanlah berbangsa suku kedayan 100%, nenek sebelah arwah mak berbangsa Kedayan+Jawa sikit. Atok pulak orang Kayan+Melanau. Bapa aku pulak 100% Melayu Sarawak. Yang anehnya, aku tak berapa fasih berbahasa Melayu Sarawak yang asli punya. Kira aku ni dah kontemporari lah. Kalau nak dengar bapak aku berbahasa ngan saudara-saudara dia dari area Sri Aman, confirm tak faham(kalau tak dengar betul). Lain sikit dari tipikal bahasa Melayu Sarawak. Tapi kalau dah keluar dialek Kedayan dari mulut aku, kadayan hantap bana.... Satu jer wajib korang tau... Ialah ketiadaan huruf dan bunyi 'R'....
Seperti contoh:

arang-haang
biru-biyu
cerita-ceita
dari-dayi'
ekor-eikong
goreng-goweng
hancur-hancuu
ipar-ipaa
jarum-jawum
keras-kaas
lebar-libaa
marah-maah
orang-owang
parit-paet
rambutan-kambutan
surat-suwat
telur-talo
urat-uwat
waris-wais

Itu sedikit contoh... Ada perkataan yang bermula huruf 'A', akan kedengaran huruf 'H'.
Contoh:
ayam-hayam
arang-haang

Tapi tak semua lah. Anak tetap anak... Alim tetap alim, kalau jadi halim ok gak yer...
Ok sampai di sini dulu kamus kita.... Ada pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen...

Monday, May 9, 2011

Bila Tengah Rajin

Oleh sebab seminggu dua ni sibuk menjengah blog-blog makanan, terutama selera kampung, aku jadi rajin pulak menumbok cili nak buat sambal belacan... Terliur siut nak makan ulam. Ingat nak ke pekan petang semalam, nak explore pasar tamu cari jantung pisang, malas pulak dohh... Tengok kat tepi-tepi rumah, daun ubi kayu melambai-lambai kepada ku, agar pucuknya dipetik.. Oleh sebab semalam aku off-day, aku terlebih rajin pulak kat dapur. Aku ni senang, kalau aku teringin nak makan makanan tu, memang aku sendiri yang akan 'mengerjakan' dapur... Tak yah sound-sound kat depa umah aku nak makan apa... Bukan selama ni tak rajin, cuma ala kadar aje... Lagipun nenek ngan atok aku ni selera simple aje. Atas sebab kesihatan mereka, mereka perlu pantang itu dan ini. Aku pun terbiasa. So, kira nak makan ikut tekak sendiri, bergasaklah sendiri. Mereka pun tumpang sekaki... Makanan yang mereka dapat makan...

So, biar gambar bercerita...
nak makan lagi pulak.... sambal belacan da lagi..


bila dah terlambai-lambai suh petik, kan dah jadi lembik dah
Sambal belacan stail aku: bawang merah, cili padi, cili merah, tomato, perahan jus limau nipis, belacan, garam, gula sikit... Ni macam biasalah, tumbok ikut mana dulu...
Pucuk ubi pulak, aku celur ngan air yang tengah mendidih yang ditambah sedikit minyak(nenek aku cakap untuk mengekalkan kehijauan daun ubi ni..)

tumis air bunga kincam

Ni senang aje.. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Kemudian fish ball... Bila semua dah nampak layu sikit, masukkan bunga kincam(cuci bersih-bersih terlebih dahulu, agak berpasir). Masuk sedikit air, ikut suka nak banyak mana. Perasakan garam, ajinomoto dan aku suka-suka letak sos ikan. Biarkan mereneh sebentar, dan bolehlah dihidang... Jangan tanya aku, kenapa dia kuning... Mungkin dari bunga kincam tersebut...

ikan tenggiri goreng

Yang ni senang ja. Perap ngan cili boh dan serbuk kunyit. Dan goreng ler kat minyak yang tengah panas. Cicah ngan kicap manis bercili padi....

Kata CMG, sayur masak tumis air, sambal belacan dan goreng-gorengan(ikan/ayam/tempe ke), memang ngamlah... Simple tapi mengenyangkan, sampai boleh tambah nasi..

Friday, May 6, 2011

Kamus Bahasa Sarawak_Dialek Suku Kedayan

Panggil- lagau

Memanggil- melagau

Panggilan- lagauwan

Psst:
>Gunakan istilah ini jika anda berada di Limbang & Lawas, Sarawak.
>Jika anda di Brunei, pastikan mereka yang faham dialek Kedayan.

Peti Jerit

Aku plan nak remove shout-box pas ni...

Sebab apa?
Sebab ada satu visitor ni, macam scam je.. Giler trafik betul...

So, pas ni sesiapa nak komen atau nak tinggalkan jejak, sila tinggalkan komen di ruangan komen pada entri...

Sekian, terima kasih...

Wednesday, May 4, 2011

Pantang Yang Tak Sudah

Orang Melayu memang banyak pantang-larang... Biasalah hidup penuh adat katakan... Sampai hari pun ada pantang...

Oleh sebab hari ni hari Rabu, korang tau tak apa-apa pantang yang berkaitan ngan hari Rabu... Share-share la ye... Boleh kongsi sama pengetahuan.. Kut-kut ada ujian pengetahuan am pasal Malaysia ke, melayu ke...

Ada satulah yang aku tau pasal pantang pada hari Rabu...

Gambar di atas adalah adegan memotong kuku...

Masa dulu, aku terdengar kalau nak potong kuku tak leh hari Rabu... Aku pun tak tau kenapa. Terikut-ikutlah pantang ni. Tapi naik skolah menengah, slalu gak langgar pantang ni.. Potong kuku di hari Rabu. Sebab apa??? Sebab setiap hari Rabu, adalah masa perhimpunan skolah. Heheheheehe.... Kuku pun tak panjang mana pun, tapi memang lah kena potong juga. Kuku kan sentiasa bertumbuh. Tak pasal-pasal kena tahan pengawas sebelum masuk kelas selepas perhimpunan, walaupun panjang 1 mm aje pon.... Skema giler...

Sampai sekarang aku tak tau lagi kenapa kuku tak harus dipotong pada hari Rabu... Dan yang aku tau, aku memang selalu langgar pantang ni... Kenapa ekk??

Monday, May 2, 2011

You Can Follow Me or Not... It's Up To You...

Ok... Malam ni nak membebel pasal segelintir blogger yang mengamalkan 'i follow u, u follow me back'... Ok sapa tak nak ramai pengikut(macam ketua ajaran sesat aje nak panggil pengikut)... Aku pun nak sangat-sangat... Bior pun pengikut tak ramai, tapi syukur sangat-sangat... Ada gak yang sudi nak membaca bebelan aku ni...

Aku berblog ni sekadar untuk mengeluarkan pendapat aku, berkongsi cerita, tips, petua(kalau ada)... Jadi blog aku ni hanya sekadar blog yang simple dan santai... Aku tak paksa orang nak ikut... Aku pun kalau nak ikut blog orang lain, aku akan selidik, baca kandungan blog dia macamana... Kriteria blog yang aku ikut tak spesifik. Sebab kalau aku rasa blog tu best, santai, humor tapi ada pengetahuan, aku ikut... Kekadang ada orang suruh ikut blog dia, tapi blog dia tak menarik mana minat aku, aku minta maaf bebanyaklah... Bukan tak nak, tapi tak menarik minat aku. Aku ni jenis tak kisah blog orang macamana, blog resepi ke, blog travelling ke, penulisan ke, kesihatan ke, fakta auta ke, blog tutorial... Aku jenis tak kisah. Tapi yang menarik minat aku adalah cara penyampaian, penulisan dia... Jangan sampai cerita dalam kelambu dia, sudah.... Faham-faham sendirilah...

So, kepada pelawat blog aku, aku tak paksa korang nak ikut ke tak... Pilihan di tangan korang... Nak ikut, aku berterima kasih ngan korang sebab sudi ikut blog aku yang tak seberapa ni. Kalau tak, aku terima ngan hati yang terbuka... Dan berterima kasih sebab sudi melawat walaupun tak jadi pengikut blog aku ni... Jadi pelawat-pelawat pulak, tak yah nak paksa-paksa ikut blog korang... Terpulang penyampaian korang macamana...

Kepada pengikut-pengikut a.k.a Sahabat Blog Ungu, terima kasih...

Happy Holiday&Working Day

Selamat bercuti bagi yang bercuti... Untung badan, dapat bercuti.. Cuti gantian sempena Hari Pekerja... Semalam cuti, hari ni cuti, bertuah badan...


Dan selamat bekerja bagi yang bekerja hari ni... Macam aku ni.. Kalau, triple-paid, takperlah jugak.. Ni gaji macam biasa... Hmmmm.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails