Friday, August 31, 2012

Milo Besar!!!!!

Pagi-pagi dah Danish bukak tv... Citer apa lagi, kartun... Tak sah Oggy and The Cockroaches pagi ni... Sebelum turun sekolah pada hari biasa pun, macam tu...

Hari ni, sebelum turun keja, saja minta dia salam kat ai... Ngada kan... sesaja...

Ai: Danish nak apa?

Saja akak sepupu dia ni menanya. Danish ni tak reti nak minta sangat...

Danish: shshshhshshshhss

Suara kecik sangat.  Ke, telinga ai tak dengar. Yalah, helmet dah kat kepala...

Ai: Keciknya suara.... Besar-besar sikit suara tu, nak apa?

Sekali dia jerit ngko... Dia nak apa?

Danish: Milo besar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tu dia..... Nak air milo besar.... Alaaa, milo kotak besar tu.....


Tak padan ngan badan kecik... Tapi nak saiz besar-besar ye....


Tuesday, August 7, 2012

[SANTAI MINDA]: Kisah Buang Bayi

Kisah Buang Bayi

Di pagi hari yang nyaman, dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid: Hmmmm...(Jawab Pak Majid macam acuh tak acuh je).

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit, janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke,jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?

Pak Majid: Hmmmmmmmmmm.....(Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya.)

Pak Abu: Kau ni kenapa,Majid? Takkan berita ni kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid: Hmmmm.... Inilah, aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu, aku jual je anak-anakku tu.

Pak Abu: Hahh??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid: Hoii... Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu... Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam ini, dah lama dah aku jual budak-budak tu!!!

Sumber: Majalah RAPI (Terbitan Karangkraf- 1 Mac 2010)

Psst:
Betul tu, pakcik...

Monday, August 6, 2012

[SANTAI MINDA]: Menantu Hantu

Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apalagi, kelam-kabutlah si menantu.

Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua,yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata, "Ma Rabbuka!(Siapa Tuhan kamu!)..." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

[sumber]

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata, "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la...".

Sumber: Majalah RAPI(Terbitan Karangkraf- 1 Mac 2010)

Psst:
Patut sebelum nikah tak leh sah dulu... Mengucap tak pass-pass.

[SANTAI MINDA]: Pembohong

Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu... Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

robot yang ada tapak tangan..hahh, amekaw...[sumber]

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan, ayah", jawab anaknya.

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah. Ia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat?!!"
"Maaf, ayah. Saya baru habis menonton 'movie' di rumah kawan..."
"Cerita apa?"
"Ceriat Papadom, ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... Saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu ni... Kecil-kecil dah nakal... Kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu ni. Masa ayah kecil dulu, ayah tak pernah pun buat macam ni".

*PLANG*
Samad ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata, "Huhh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya..

Dan semua terdiam...

Sumber: Majalah Rapi(Terbitan Karangkraf- 1 Mac 2010)

Psst:
Inilah kalau terlalu canggih,tak pasal-pasal pekung di dada terbuka.... Hahahhaaaa.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails