Friday, December 5, 2014

[INFO] KHASIAT PETOLA


Khasiat Petola

1. Pembersih darah
  • Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan tercemar.
  • Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.
2. Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.

3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.
  • Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah.
  • Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan.
4. Membantu penurunan berat badan
  • Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu.
  • Ia mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah badan
  • Ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori.
  • Ia mengandungi banyak air di dalamnya.
  • Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan. 
5. Mengawal keasidan serta ulser pada perut.

 Info ini di'copy&paste' dari Facebook Bernama24 Radio

Thursday, December 4, 2014

[INFO] KHASIAT LABU

Antara khasiat buah labu:

1. Memulihkan kerosakan kulit
  • Fungsi vitamin A dan beta karoten sangat berguna bagi kesihatan mata dan kulit, daya ketahanan tubuh serta peranakan.
  •  UV, Alpha karoten yang terdapat di dalam labu juga dapat mengelakkan dari terkena penyakit barah, awet muda dan terlindung daripada penyakit katarak. Selain itu, karotenoid mengurangi risilo penyakit kardiovaskular dan meningkatkan antibodi dalam tubuh badan kita.
  •  Labu juga sesuai bagi yang mempunyai masalah kesihatan kerana khasiatnya dapat menbantu mendapat penglihatan yang lebih baik.
 2. Melancarkan peredaran darah
  • Fungsi panthothenic acid dalam labu ialah dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress. Vitamin B5 juga dipercayai dapat memperlambatkan tumbuhnya uban.
3. Kulit menjadi licin
  • Labu juga sesuai kepada sesiapa yang menginginkan kulit yang sihat dan licin. Vitamin C di dalam labu mampu melicinkan dan merawat kulit yang rosak. Ia juga dapat menurunkan kolestrol di dalam badan dan dapat mencegah daripada terkena kanser.
4. Menguatkan struktur tulang
  • Labu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat magnesium di dalam labu dapat menguatkan strucktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.
5. Sistem pencernaan yang baik
  • Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu. Khasiat serat dapat menghindarkan kita dari penyakit jantung dan membantu untuk mengurankan berat badan kerana ia dapat membantu sistme pencernaan yang lebih baik..
 6. Kesihatan kandungan
  • Amat sesuai kepada ibu yang mengandung kerana ia dapat menjamin kesihatan anak di dalam kandungan kerana labu kaya dengan khasiat zat besi. Berupaya membawa oksigen di dalam badan yang secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan dan fungsi otak. 

Sumber dari Facebook Bernama Radio24

Psst..
Dah tau khasiat sebenar, mari sama-sama mengamalkan pemakanan secara sihat... Ni bagi orang tak suka makan ubat, macam saya ni... 

Tuesday, October 28, 2014

[INFO] LIMBANG RAID 1962 – The Untold History

Mungkin ramai generasi Sarawak lebih mengenali Peristiwa Bukit Kepong di Semenanjung yang telahpun dipopularkan pensejarahannya samada berbentuk cerpen, drama mahupun filem tetapi pernahkan generasi Sarawak mengetahui bahawa kita di Sarawak juga mempunyai satu peristiwa berdarah yang terjadi suatu ketika dahulu pada zaman Sarawak menjadi negara jajahan Koloni British. Sejarah peristiwa berdarah itu berlaku pada 8 Disember 1962 yang dikenali sebagai Limbang Raid 1962.

Limbang Raid 1962 adalah satu tragedi berdarah yang telah mengorbankan beberapa nyawa anak Sarawak yang bertugas sebagai anggota polis Koloni British dan bagaimana pahlawan-pahlawan yang tidak dikenali ini telah mempertahankan Balai Polis Limbang daripada pemberontak-pemberontak yang diketuai oleh Salleh bin Sambas daripada Tentera Nasional Kalimantan Utara atau lebih dikenali sebagai TNKU. Pada tahun 1962, Kota Limbang hanya mempunyai sebuah balai polis yang bertindak sebagai penjaga keamanan untuk seluruh Limbang pada masa itu. Walaupun pada hakikatnya terdapat banyak ancaman daripada luar namun kerana faktor geografi Sarawak yang besar adalah mustahil untuk memungkin keseluruhan daerah terpencil seperti Limbang mempunyai rangkaian keselamatan yang sempurna dan kerana itulah keseluruhan keselamatan Limbang terletak di bahu anggota polis yang bertugas di Balai Polis Limbang.

Pada jam 2.00 pagi 8 Disember 1962, Balai Polis Limbang telah diserang hendap oleh beratus-beratus pemberontak daripada TNKU yang diketuai oleh Salleh bin Sambas. Pemberontak TNKU ini telah berjaya menyusup masuk secara senyap-senyap tanpa mampu dikesan oleh sentri yang bertugas pada masa itu. Dalam suasana malam yang gelap adalah mustahil untuk mengesan musuh yang datang ditambah lagi ramai anggota polis sedang tidur nyenyak. Tepat jam 2.00 pagi pemberontak TNKU ini telah mengepung Balai Polis Limbang dan berlakulah tembak menembak. Sasaran pemberontak TNKU adalah Pejabat Balai Polis yang menyimpan stor senjata serta berek kediaman anggota polis yang berhampiran serta sebuah rumah Ketua Polis berpangkat Inspektor iaitu Inspektor Latif. Serangan hendap ini telah mengucar-kacirkan semua anggota polis di Balai Polis Limbang kerana kekuatan Balai Polis Limbang sememangnya bukan untuk pertahanan perang tetapi hanyalah sebuah Balai Polis penjaga keamanan untuk penduduk setempat.

Di dalam serangan hendap ini beberapa pemberontak telah berjaya memutuskan dawai rintangan keselamatan dan berjaya memasuki stor simpanan senjata. Di dalam keadaan cemas ini, seorang anggota polis yang bertugas telah berhadapan dengan beberapa pemberontak TNKU. Anggota polis berpangkat Koperal ini adalah Koperal Kim Huat. Dengan semangat juang yang tinggi dia telah bergelut dengan beberapa orang pemberontak TNKU bagi mengelakkan mereka merampas senjata anggota polis yang diletakkan di dalam stor senjata. Namun apalah kudrat seorang anggota polis melawan berpuluh-puluh pemberontak dan akhirnya beliau sendiri terkorban kerana dibelasah teruk oleh pemberontak TNKU pada waktu itu.

Di dalam keributan suasana malam di Balai Polis Limbang itu, seorang anggota polis berpangkat Konstabel iaitu Konstabel Wan Jamaluddin bin Tuanku Alek telah bertindak untuk mengejutkan serta memberi amaran kepada kesemua anggota polis yang tidak bertugas yang sedang tidur nyenyak di berek polis. Setelah melakukan apa yang perlu, Konstabel Wan Jamaluddin kembali semula ke Pejabat Balai Polis dan di dalam perjalanan itu dia telah diserang oleh pemberontak TNKU yang sedang menunggu beliau. Tanpa menyerah kalah walaupun hanya seorang sahaja berhadapan dengan beberapa orang pemberontak TNKU, Konstabel Wan Jamaluddin tetap mempertahankan diri dan bergelut dengan pemberontak ini. Namun dia juga menemui ajal namun begitu berkat keberanian beliau, dikatakan bahawa beliau sempat membunuh 2 pemberontak TNKU seorang diri.

Berkat usaha Konstabel Wan Jamaluddin maka anggota polis yang tidak bertugas telah bangun dari tidur dan di dalam kelam-kabut telah cuba mempertahankan diri daripada tembakan pemberontak TNKU. Seorang anggota polis berpangkat konstabel iaitu Konstabel Essa bin Maratim telah secara diam-diam menyembunyikan dirinya di atas loteng berek polis. Dari situlah beliau menunggu musuh memasuki bilik berek dan apabila kelibat musuh sampai beliau telah menembak musuh dengan senjata yang ada sehinggalah pelurunya habis. Bagi mencari bekalan peluru yang kehabisan, Konstabel Insoll anak Chundang telah cuba untuk mendapatkan bekalan peluru di stor simpanan senjata tetapi malangnya di stor simpanan senjata telah dikawal oleh musuh dan apabila melihat kelibat Konstabel Insoll, beliau juga telah dihujani dengan tembakan daripada musuh maka rebahlah seorang lagi pahlawan ditangan pihak musuh.

Walaupun mempunyai kekuatan anggota yang sedikit, anggota polis Balai Polis Limbang tidak menyerah kalah. Mereka tetap bermati-matian melawan pemberontak-pemberontak yang jumlahnya beratus-ratus orang. Konstabel Bujang bin Mohammed tewas terkena tembakan di pejabat Sarjan. Konstabel Bishop anak Kunjan dengan Konstabel Sangga anak Jampang melihat sendiri kematian Konstabel Bujang bin Mohammed di depan mata namun menyerah kalah tiada di dalam diari mereka. Setelah 2 jam berbalas tembakan hampir keseluruhan Balai Polis Limbang telah dikepung dan dikuasai sepenuhnya oleh pemberontak TNKU.

Dalam pada itu, seorang anggota polis berpangkat konstabel iaitu Konstabel Zaini bin Titun yang bertugas menjaga sebuah bangunan kerajaan yang berdekatan dengan Balai Polis Limbang telah cuba membantu rakan-rakannya yang bertahan di pejabat Sarjan tetapi malangnya beliau kehabisan peluru dan mula bertahan. Kemudian datang pula Konstabel Muling anak Kusan yang bertugas di pos penjara juga turut membantu dan akhirnya berjaya ditangkap oleh pemberontak TNKU. Tepat jam 7 pagi akhirnya anggota polis Balai Polis Limbang barulah menyerah kepada pemberontak-pemberontak TNKU kerana mereka sudah kehabisan peluru dan tiada lagi senjata yang dapat digunakan. Pemberontak TNKU telah menangkap kesemua anggota polis yang masih hidup Senarai anggota polis yang terlibat adalah:

1. Koperal Kim Huat, Berbangsa Cina/Iban dari Kuap, Kuching. - Terkorban
2. Konstabel Wan Jamaluddin bin Tuanku Alek, Berbangsa Melayu dari Kuching. - Terkorban
3. Konstabel Insoll anak Chundang, Berbangsa Iban dari Saribas – Terkorban
4. Konstabel Bujang bin Mohammed, Kuching. Berbangsa Melayu dari Kuching - Terkorban
5. Konstabel Bishop anak Kunjan, Berbangsa Iban dari Undup – Ditangkap
6. Konstable Sangga anak Jampang, Berbangsa Iban dari Lundu - Ditangkap
7. Konstabel Zaini bin Titun, Berbangsa Melanau dari Mukah – Ditangkap
8. Konstable Muling anak Kusan, Berbangsa Iban dari Betong – Ditangkap

Hanya Konstabel Essa bin Maraitim sahaja yang tidak ditangkap secara langsung oleh pemberontak TNKU kerana beliau bersembunyi selama 4 hari tanpa makan dan minum di atas loteng berek tanpa disedari musuh dan akhirnya beliau diselamatkan oleh Pasukan Komando Diraja British yang ditugaskan untuk menggempur pemberontak TNKU dan menyelamatkan tebusan di Balai Polis Limbang pada 12 Disember 1962. Pasukan Komando Diraja British ini juga telah mencari saki-baki pemberontak TNKU yang melarikan diri sehingga ke Brunei dan akhirnya berjaya menangkap Salleh bin Sambas 6 bulan kemudian.

Kesemua anggota Balai Polis Limbang ini adalah antara contoh betapa semangat tidak menyerah kalah dan semangat mempertahankan tanahair daripada serangan musuh wajar menjadi kebanggaan setiap rakyat Sarawak. Semangat mempertahankan apa yang ada adalah tanggungjawab setiap rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa mahupun agama.


Psst:
Cerita  ini saya Copy&Paste saja dari blog lain. Saya pernah membaca sejarah ini dari artikel lain sebelum saya menemui blog yang menyiarkan cerita ini. Niatnya hanya satu, buat bacaan saya dan rakan-rakan agar. Seandainya ada cerita yang kurang betul, boleh komen. Sekadar perkongsian bersama.

Friday, September 19, 2014

[INFOGRAFIK] 10 Secrets About Your Metabolism That Can Help You Lose Weight

Source: URBANE WOMEN

[RESEPI] CORNFLAKES KACANG BERMADU

CORNFLAKES KACANG BERMADU
Bahan-bahan:

1 ½ cawan mentega

1 cawan gula halus/kasar

1 kotak besar cornflakes

1 ½ cawan gajus/kacang putih (dipanggang tanpa minyak)

½ cawan madu

1 atau ½ cawan kelapa kering

¾ cawan bijan(disangai)

Mangkuk kertas secukupnya

Cara membuat:

Panaskan kuali. Masukkan mentega dan cairkannya. Masukkan gula dan kacau hingga larut dan mendidih. Masukkan cornflakes, kacang/gajus, bijan dan kacau rata. Setelah rata masukkan madu dan kacau lagi sehingga sebati. Tutupkan api, baru masukkan kelapa kering dan gaul rata. Keluarkan dari kuali. Sediakan mangkuk kertas dan bubuhkan ke dalamnya. Kemudian, bakar ke dalam oven selama 10 minit.

Psst: Biskut ni, memang wajib ada di meja kami setiap Syawal.

Gambar, saya akan update kemudian.

Peringatan!!!!
Resepi ini bukan milik/ciptaan saya.
Namun.....
Resepi ini saya dapat dari Mak Su saya, yang kebetulan memperolehinya dari siaran radio Brunei.  Dari seseorang yang selalu menyumbangkan resepinya di radio Brunei. Kredit pada beliau.

Monday, September 15, 2014

[INFOGRAFIK] Diet & Calorie Count Statistics

Hari ini saya berkongsi bersama statistik pengiraan diet dan kalori secara grafik, pengetahuan bersama.. Kot-kot ada semangat nak mengurangkan segala yang terlebih ni.. Marilah kita bersama-sama mengamalkan hidup sihat selepas ini.



Tuesday, September 9, 2014

[INFO + RESEPI] SAYUR BAYAM

KHASIAT BAYAM

1. MEMBINA TULANG YANG KUAT
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

4. MENCEGAH KANSER
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG
Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.

6. MATA YANG SIHAT
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.

Sumber: Facebook Bernama Radio24
---------------------------------------------------------------------
CADANGAN RESEPI:
Bayam Tumis Sardin Bercili
(Inspirasi masakan dari Mommy Ryan Kitchen)

Bahan utama
Bahan:
Seikat bayam
Ikan sardin saiz tin kecil(saya ambil 1/2 dari isiannya;kalau ada 4 ekor, ambil 2 ekor je,ngan kuah sikit dan hancurkan kasar2)
Bawang besar(dihiris)
Bawang putih(dihiris)
Cili merah & hijau(dihiris keduanya)
Cili padi(optional-nak tambah pedas,diketuk)
Sos tiram, garam, serbuk perasa.

Cara memasak:
(Seperti lazimnya kita memasak kangkung goreng. Tapi ini cara saya memasak) 
  1. Bayam dibersihkan dan dipotong. Daun dan batangnya saya asingkan.
  2. Tumis bawang besar sehingga hampir layu. Barulah tumiskan bawang putih dan cili.
  3. Setelah itu, masukkan batang bayam, tumis sehingga lembut sedikit, baru masukkan isi ikan sardin bersama kuahnya.
  4. Masak sehingga kuah sardin hampir kering. Perasakan dengan sos tiram, garam dan perasa.
  5. Akhir sekali, barulah daun bayam. Goreng kacau sebentar sahaja.
  6. Siap, hidang.
Hasilnya:


Gambar kurang memuaskan kualitinya. Guna kamera handphone jer.

Simple dan sedap bagi sesiapa yang suka sederhana.

Selamat mencuba.

Wednesday, June 18, 2014

[INFO] KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati pelbagai macam jenis penyakit. Buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi.

http://2.bp.blogspot.com/-2KQIxB781Vo/Tq1PpzGAkCI/AAAAAAABoiQ/SWIQzo5b6b8/s640/PA304923.JPG

BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET
Apabila dibandingkan dengan pokoknya lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.
http://media.viva.co.id/thumbs2/2013/06/28/39634-0_663_382.jpg



KANDUNGAN BUAH SUKUN
Menurut kajian, kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asid amino essential, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khasiat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.

KHASIAT DAUN SUKUN
https://forestryinformation.files.wordpress.com/2012/04/042512_0843_tanamanujik2.png?w=780

Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati pelbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur asid hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskular. Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminu, airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik-baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

Artikel ini dipetik dari Facebook Bernama Radio24

Gambar sumber dari:
  1. Xing Fu
  2. Informasi Tanaman Kehutanan