Wednesday, August 12, 2009

Selamat pagi... Gud morning everybody...Hahahaaa...Bangun2 jer, terasa kebas kaki.. Apa taknya, pagi2 dah sejuk.. Hujan semalaman. Tido pun best giler... Hahhahaaa...So, macamana ngan korang? Dengar2 citer, kat Miri pun hujan gak.. Alhamdulillah... Rahmat dari Allah.. Syukur ke hadrat-Nya... Mungkin berkat pihak yang melakukan solat sunat hajat memohon hujan....
Wah, pagi2 dah aku meng'blog'. Oklah, see me the next blog...

Tuesday, August 11, 2009

Rahmat Allah...
Alhamdulillah, petang tadi hujan turun membasahi bumi Limbang. Setelah beberapa hari panas terik dan jerebu.. Mula2 tadi, dalam pukul 3 lebih, awan memang kelihatan gelap. Memang menunjukkan nak hujan. Tak lama lepas aku mengangkat kain di ampaian, hujan pun mula turun, walaupun hanya titisan kecil, tapi syukur sebab tak ler panas sangat. Serasanya, tak sampai 1 minit, hujan gerimis(rintik2 kecil jer) pun berhenti dan matahari memancarkan sinarnya kembali. Tapi dah masuk pukul 4, hujan mula turun lebat. Keadaan sekeliling mula gelap. Masa tu, aku tengah mengajar cousin ku yang nak PMR tahun ni...Bila hujan turun lebat, aku pun jerit, baguslah hujan turun.... Mengajar pun jerit2 ngan cousin ku ni. Yelah hujan turun lebat mengenggelamkan suara ku... Apalagi, semangat nak mengajar pun kurang, ada godaan lain datang buat mood aku malas mengajar. Gara2 hujan ni, kalau tido nih, sedap siot..... Dan hujan ni pun belum lagi berakhir sehingga blog ni ditulis. Yang best hujan ni dapat menyejuk permukaan bumi Allah ni. Cuma yang kami risau, takut jadi banjir kilat je. Sejak bukit kat kubur tu ditarah, banjir kilat alan berlaku. Walaupun hujan tak lebat, tapi hujan turun berterusan, boleh banjir tanpa kita sedar. Macam hari tu, hujannya tak lebat mana pun, cuma berterusan, apalagi banjir warna kuning(tanah kuning dari bukit yang ditarah). Dahlah orang depan kami tu, dia kasi kat bawah laluan air lat parit dia....Tu lagilah membantu banjir...
K guys... Nantikan my next post...

Hari yang panas...

10:50 am...
Panas betul hari ni. Semalam pun sama. Mandi peluh jer. Kipas cuma keluarkan angin jer, takder rasa sejuk... Jerebu pun makin teruk kat Limbang ni(tak teruk mana pun,IPU pun takler bahaya mana pun, tapi memang teruk gak kalau ditengok mata kasar). Hujan dah beberapa hari turun. Kalau turun pun kejap jer, kadang2 tue, tak sampai 5 minit... bak kata aku, awan cuma nak jatuhkan air yang padat kat awan, tak pun hujan angin, awan byang bergerak membawa takungan air yang banyak, so awan pun jatuhkan sikit2...hahahahaa...adakah?
Mandi pun tak luak... Pas mandi jer, berpeluh balik... Apalah punya panas ni... Bila aku cakap begini, aku teringat pulak ngan satu member aku ni, kira junior aku kat UPM, macam tak bersyukur jer kalau kata begitu... Hujan slalu, salah, panas memanjang pun macam tu gak... Kira tak bersyukur ngan Allah berikan kat kita skarang ni. Kata member aku lagi, Allah buat macam tu supaya kita dapat menghayati bagaimana dan mengapa kejadian alam sebegini berlaku di dunia ni. Allah mahu kita menghayati dan memahami serta mencari hikmah di sebalik kejadian alam ini. Member aku nih memang alim, kata orang pakai tudung labuh. Kalau aku ngan dia, aku segan tul ngan dia ni. Yelah malu ngan kekurangan diri berbanding dia. Dia cukup sempurna, iman pun boleh tahan.
Hmm... nak jalan pun malas, panas terik, gelap jer kulit...Yelah aku pakai motosikal, bukannya kete. Lainlah kalau pakai kete...Oklah, ada masa update lagi...

Saturday, August 8, 2009

HARI YANG HAMPEH

Sabtu, 08 Ogos 2009....
Siang tadi aku da gi satu exam ni... Setiap tahun aku gi exam ni, lulusnya tak jugak... Exam pa lagi, exam masuk jadi PTD- pegawai tadbir dan diplomatik.. Aku satu pun tak prepare pape.. Just harapkan nasib dan pengetahuan... Nampaknya pengetahuan aku pun mula merosot... Ntah nape... Slalu da jer part sahsiah... Orang kata, kalau paper ni, just positive jer jawapannya... Tapi bagi aku macam hipokrit jer... Tapi kalau nak diterima masuk ke jawatan kerajaan, terpaksa ler kita hipokrit... Dahlah paper 1 tadi, pengetahuan am malaysia dan dunia.. Soalannya semua menjurus kepada politik... Hmmm...Trus takder mood nak menjawab.. Kalau selalu, mesti sejarah pasal malaysia... Ni tak, pasal politik semasa... Paper 2 plak pasal penyelesaian masalah... Slalu bercampur aduk soalan ni, ada maths, logik, mantik.... Tapi kali dapat aku katakan exam hari ni, tahun ni untuk paper 2, semuanya maths... Dahlah masa 45 minit, soalan da 40... Kalau stakat level PMR atau SPM, bolehlah jawab masa segitu... Ni, macam tak penah belajar maths jer. Apalagi, aku main hentam jer, kalau soalan tu memang memerlukan cara penyelesaian yang panjang... Bukan per, masa tidak mencukupi..Dahlah hampir separuh soalannya macam itu... Soalan pemahaman ok ler... Yang biasa kita buat masa zaman skolah... Masuk pulak, paper yang keempat dan kelima, dua2 paper esei... satu BM, n satu lagi BI... Dahlah masa tu, aku dah mula mengantuk... Part ni memang no komen... Bukan no komen sebab aku buat baik, tapi memang aku malu nak ngaku esei aku... Budak UPSR boleh lagi buat lagi baik dari esei aku tue... Ketara tak studi, tak prepare, tak alert ngan perkembangan semasa.. Kalu budak2 skolah tengok soalan tue, mesti diorang cakap, senang... Tapi hakikatnya, bagi kita, memang susah.... Apalah nasib... Macam tak layak jer jadi PTD...
Ok, guys... Next time aku kasi lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails