Tuesday, August 11, 2009

Hari yang panas...

10:50 am...
Panas betul hari ni. Semalam pun sama. Mandi peluh jer. Kipas cuma keluarkan angin jer, takder rasa sejuk... Jerebu pun makin teruk kat Limbang ni(tak teruk mana pun,IPU pun takler bahaya mana pun, tapi memang teruk gak kalau ditengok mata kasar). Hujan dah beberapa hari turun. Kalau turun pun kejap jer, kadang2 tue, tak sampai 5 minit... bak kata aku, awan cuma nak jatuhkan air yang padat kat awan, tak pun hujan angin, awan byang bergerak membawa takungan air yang banyak, so awan pun jatuhkan sikit2...hahahahaa...adakah?
Mandi pun tak luak... Pas mandi jer, berpeluh balik... Apalah punya panas ni... Bila aku cakap begini, aku teringat pulak ngan satu member aku ni, kira junior aku kat UPM, macam tak bersyukur jer kalau kata begitu... Hujan slalu, salah, panas memanjang pun macam tu gak... Kira tak bersyukur ngan Allah berikan kat kita skarang ni. Kata member aku lagi, Allah buat macam tu supaya kita dapat menghayati bagaimana dan mengapa kejadian alam sebegini berlaku di dunia ni. Allah mahu kita menghayati dan memahami serta mencari hikmah di sebalik kejadian alam ini. Member aku nih memang alim, kata orang pakai tudung labuh. Kalau aku ngan dia, aku segan tul ngan dia ni. Yelah malu ngan kekurangan diri berbanding dia. Dia cukup sempurna, iman pun boleh tahan.
Hmm... nak jalan pun malas, panas terik, gelap jer kulit...Yelah aku pakai motosikal, bukannya kete. Lainlah kalau pakai kete...Oklah, ada masa update lagi...

No comments: