Saturday, August 27, 2011

Sudah Gaharu Cendana Pulak, Sudah Tahu Bertanya Pulak Da.....

Danish, sepupu aku ni bakal berusia 4 tahun hujung tahun ni.. Tapi badan masih lagi kecik... Kecik-kecik dia, suara besar... Antara dia ngan abang dia, Irfan, dia ni lambat untuk pandai bercakap. Skang ni dia dah petah bercakap walaupun pelat... Tak macam abang dia, umur 2 tahun dah reti berkata-kata, faham apa kita cakap... Cuma adik dia ada lambat sikit... Tapi melayan Danish memang best... Sestress mana pun kita, dia datang bermanja-manja ngan kita, hilanglah perasaan stress... Aku pun suka ngan budak-budak. Orang cakap, mungkin aku tak ramai adik-beradik, aku senang melayan budak-budak ni.

Danish ni adakalanya kelakar jugak.... Hari tu, mama dia, Mak Usu aku cerita, Danish dah boleh memahami sedikit apa yang berlaku di sekeliling dia. 

Petang tu, mama Danish seperti biasa mencuci pinggan di dapur. Danish masuk dapur nak menjengah mama dia setelah puas berlari sana-sini. 

Danish: Mama buat apa tu?

Mama Danish:  Tido.(padahal Mak Usu aku ni tengah mencuci pinggan di sinki).

Danish: Bukan jua mama tido. Basuh inggan jua tu. (Dengan muka tak puas ati ngan jawapan mama dia-aku memang tau dia macamana kalau tak puas ati).

Mama Danish: Tau pun mama buat apa. Mengapa tanya lagi....

Mama Danish memang sengaja buat macam tu, nak test Danish, sejauh mana kepekaan dia ngan sekeliling... 

Teringat pulak birthday abang dia. Aku janji dah nak beli kek, tapi tunggu aku balik keja. Siap called dia lagi jangan tido dulu. Sampai jer kat umah, tengok dah membuta si Irfan. Danish pulak excited nak potong kek abang dia.. Last-last, Danishlah on behalf abang dia potong kek. Dan Irfan, jangan haraplah nak bangun kalau dah tido... (sayangnya gambar dia potong kek dah terbuang)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails