Friday, November 25, 2011

Kamus Bahasa Sarawak- Dialek Suku Kedayan 3

Peribahasa yang sinonim ngan suku Kedayan

INDA MAJAL, INDA BELUEH

Ok, aku fahamkan satu-satu

Inda atau nda-tidak

Majal-degil/keras kepala/sikap memaksa

Belueh- mendapat/memperolehi

Jadi, INDA MAJAL, INDA BELUEH, maksudnya, TIDAK DEGIL/KERAS KEPALA TIDAK MENDAPAT/MEMPEROLEHI.

Nampak pelik jer bunyi maksudnya. Ok, peribahasa tersebut lebih kurang peribahasa Melayu, DI SITU ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN.

Inda majal, inda belueh, kira kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, tak mudah putus asa, tambah sikap degil, keras kepala lagi(dalam konteks positif ye), tak mustahil sesuatu yang kita kerjakan itu menunjukkan hasilnya. Yalah sudah semestinya kita akan beroleh hasilnya.

Boleh mengunjungi group Generasi KADAYANdotCOM dan KOMUNITI KADAYAN SEJAGAT di Facebook. Nak belajar dan mengetahui dialek ni, boleh melawat group ni.

No comments: