Saturday, February 5, 2011

Semangat Yang Hilang

Hari ini hari Sabtu.
Tarikh hari ni 05.0.2011, dua hari selepas tahun baru Cina.
Setelah dua hari bercuti free, apalagi hari ni masuk keja balik...
Tapi mood masih lagi rasa nak cuti...
Nak cuti.... Nak cuti....
Tak der semangat nak keja buat semantara waktu....
Semangat yang hilang...


Tiba-tiba pulak terselit lagu ni...
Apa-apa pun enjoy....

Friday, February 4, 2011

Andainya Kau Mengetahui

Aku ni keja biasa-biasa aje. Bukan pegawai kerajaan mahupun penolong kanan pegawai... Bukan juga pekerja syarikat swasta besar-besar dan terkenal. Aku hanya bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai biasa sahaja. Memang gaji tidaklah besar mana pun. Tak sampai riban-riban. Tapi aku bersyukur yang aku dapat mencari duit dari hasil titik peluh aku, tanpa menyusahkan orang tua aku. Aku syukur, di saat kesukaran untuk mencari kerja yang setaraf dengan ijazah ni, aku masih lagi diterima bekerja di sini walaupun kelayakan ku ini lebih dari apa yang ditawarkan... Aku tak boleh nak mengamalkan memilih kerja di saat persaingan mencari kerja yang sengit pada masa ini. Kerjalah apa yang boleh selagi halal sementara mencari kerja yang tetap dan stabil.. 

Walaupun kerja aku ini tak pernah dihargai dan direstui oleh nenek serta atok ku, aku pasrah... Jauh di sudut hati, aku kesal kerana mereka tidak pernah faham dan tidak mahu faham mengapa aku bekerja hanya sebagai pembantu jualan. Yang mereka tahu hanya menjaga air muka mereka... Nek, aku bekerja untuk mencari pengalaman kerja, walaupun bukan pegawai... Aku tak nak menyusahkan nenek menampung perbelanjaan ku. Aku tak nak jadi biawak hidup...Biarlah keja tu tak seberapa, tapi aku takkan menyusahkan sesiapa. Aku pun ada keinginan. Biarlah keinginan itu aku penuhi sendiri dengan hasil titik peluh aku sendiri tanpa menyusahkan kalian. Aku juga ingin belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang di luar kebiasaan. Apa salahnya aku belajar berniaga dari bangsa lain. Tidak salah kan... 

Kawan, mungkin kerja ku tidak se'glamour' kalian, tapi aku masih seperti dahulu. Tidak pernah berubah. Periang..Namun, ingatkah kalian akan aku?? Sejauh mana kalian mengingati aku?? Oh lupa pulak aku, lawa-lawa kawan aku ni berpakaian... Baju kurung sutera, heels, lawa dan segak... Aku?? Bekerja hanya t-shirt dan jeans... Bersandal/sneakers/selipar jepun kira simple. Macam kutu rayau kan??? Ooo ye.. Kalian pun tak sudi nak tegur sebab aku macam ni kan...Kan... Hmm... Sempurna sekali perangai kalian... Dan siapalah aku ni  kan... Tak setaraf dengan kalian, takder kereta cuma da motosikal(itupun atok bagi pakai); dan kalian sudah semestinya nak kawan ada kereta, senang nak bodek nak mengekor, takder barang-barang brand macam kalian, takder duit yang banyak nak belanja kalian kat tempat eksklusif. Dulu kan main, BFF.. Skang ni haram nak mampos nak ngaku aku ni kawan. Jangan kawan, ntah-ntah tak mengaku tak kenal pun ngan aku ni. Tapi takper lah, aku boleh jadi seorang pelakon yang cuba untuk tidak mengenali kalian... Tapi jangan haraplah aku akan mengaku kalian kawan aku lagi, sebab kalian tak pernah nak menerima aku seadanya. Sekali begitu, selamanya akan begitu...

Kerana aku merupakan seorang kawan yang dapat berkawan dengan siapa saja yang sudi berkawan denganku, selagi mereka berkawan menerima aku seadanya, aku juga begitu, menerima mereka seadanya....

Psst:
> Menaip di saat tengah down... Cuba menahan air mata untuk tidak menangis...
> Bos aku cakap, sikalang deglee pun sama macam SPM sudah..Susah mau cari kilija sama deglee. Kalau anak saya ada deglee, tapi tarak kilija bagus, saya suruh  kilija biasa sama saya... Malu tau tidak, itu belakang kila... Mau pandai hidup dulu.(tengok prinsip orang Cina, sentiasa mengambil sikap positif, jangan heran kalau  mereka bangsa yang cepat maju...tak heran Chinatown ada di seluruh dunia).
> Ku dedikasikan buat kawan yang pernah mengaku aku ni kawan dan siapa mengenali aku...