Saturday, April 23, 2011

Aku Rindu Dia

Aku rindu dia...
Dia yang melahirkan aku...
Dia yang membesarkan aku...
Dia yang mendidik aku...
Dia yang menjaga keperluan aku sewaktu aku kecil...
Segalanya dia, dia dan dia...

Kini...

Tiada panggilan manjaku lagi untuk dia...
Tiada lagi bebelan dari dia lagi...
Tiada lagi cubitan manja, garang dari dia
Tiada lagi ku merasa hasil air tangan dia... Ayam masak merah yang ku rindui dari tangan dia...

Ya... Dia itu adalah ibuku... Mak, aku merinduimu.... Namun, dia telah tiada... Telah jauh meninggalkan kami... Allah lebih menyayangimu... Hanya doa dari anakmu agar kau sejahtera di sana...


Khas buat arwah mak ku... Lagu yang aku hafal sewaktu aku kecil, dan selalu dimarahi dia kerana bising...

Al-Fatihah buat Allahyarham Masni binti Hussein....

Sunday, April 17, 2011

Kucing Oh Kucing... Arnab??

mengingatkan aku akan kucing aku dulu.
Kucing sekarang dah tak macam dulu lagi... Masa aku masih jadi budak skolah, kami da membela seekor kucing(wah..skema btul ayat aku ni). Tak ingat lagi nama kucing tu. Tapi kucing aku tu lain dari kucing sebelum-sebelum ni... 
 
Bapak aku pulak suka memancing(biasalah seorang pelaut, hobi sampingan masa sengga ialah memancing). Stail memancing pun lain sikit, sebab tak nampak pun kayu pancing atau jala bapak aku ni. Yang ada, banyak gulungan tali tangsi dalam beg. Tu je.... Tapi hasil dia, marvellous... Sebulan tak risau nak turun pasar ikan nak dapatkan sumber protein tu.. Cuma yang merisaukan, tempat nak menyimpan ikan-ikan tu... Peti sejuk pulak kecik... Pandai-pandailah nak buat macamana ikan-ikan tu..

Kalau bapak aku balik umah dan bawa hasil pancingan dia, kami sekeluarga akan berkumpul tengok hasil-hasilnya. Termasuklah kucing aku ni. Bagi kucing, tengok ikan-ikan segar bak emas depan mata... Tapi, lain pulak halnya dengan kucing aku ni. Bapak aku bagilah sekor ikan kat dia... Korang tau, apa reaksi kucing aku ni? Macam lelaki gay yang tengok perempuan seksi depan mata, dan mata si gay hanya berkelip-kelip... Maksudnya kucing aku ni takder perasaan tengok ikan masih segar... Pas tu, boleh lagi kucing ni menghidu-hidu ikan tu, dan selamba derk jer berdiri kat tepi aku. Pas tu, bapak aku balinglah ikan tu(baling manja-manja je, taklah sampai baling menghalau kucing ni), terlompat kucing ni bila ikan tu kat kaki dia akibat terkejut. Then apalagi, dia goreng-gorenglah ikan tu ngan kakinya(macam kucing main-main ngan benda). Dan stop macam tu je. Lunyai jer ikan tu, tapi langsung tak dimakan pun... Huhhh... Kucing... Kucing.... Kekadang ikan-ikan segar ni, arwah mak aku main letak jer kat atas lantai bila nak tunggu menyiang.. Selamat.. Sebab kucing aku ni dia duduk aje kat tepi pintu sambil tengok arwah mak buat keja ikan ni. Kira jadi bodyguardlah, mem'protect' ikan-ikan kat besen dari kucing-kucing terbiar datang mencuri.

Hari tu, bapak aku tertangkap lobster. Besar gaklah. sekor jer... Merasa juga makan lobster sekali dalam seumur hidup ni. Yelah kan mahal lobster sekilo... Bila bapak aku bawak balik lobster tu, kucing aku ni, terkejut ngan makhluk tu(lobster), sampai kucing aku ni lari lintang-pukang. Gara-gara bapak aku mengejutkan kucing aku ni ngan lobster tu. Jenuh gaklah memujuk kucing aku(yelah mencari dan memujuk) balik rumah. 

Bila ingat balik, nak gelak pun ada. Kucing kan sinonim ngan ikan. Tapi kucing-kucing belaan kami, memang baiklah... Yang tak bestnya, aku kena masakkan ikan-ikan ni dulu untuk santapan kucing-kucing kami. Kalau tak masak atas api, takkan kucing-kucing ni nak menyentuhnya. Masak pun rebus je, letak garam sikit(kenalah letak, sebab pernah rebus kosong, kucing-kucing kami tak lalu nak makan)..Haa, amik kau... Nak kena masak baru makan. Kucing dah pandai demand pasal makanannya.... Ikan pun kena masak terlebih dahulu....

Kucing kami gemar tangkap tikus tapi takkan makan tikus yang mereka tangkap. Tak tau pulak pasal apa. Tapi kalau makan pun, kucing kami ni hanya makan kepala tikus tu je, badan tikus dia akan letak kat depan pintu, souvenir untuk tuannya(yucksss....). Kalau dah macam tu, memang akan masuk bilik airlah alamatnya kucing aku ni. sebab tak nak ada bau tikus kat mulut dia....

Tapi tu semua hanya tinggal kenangan.... Rindulah nak ada kucing lagi.... Skang ni dah meroyan nak ada pet.... Asyik-asyik tanya member, mana lagi bagus, kucing atau arnab..... Teringin gak nak bela iguana... Pada sapa-sapa pernah bela, tak pun ada member bela haiwan tu, share-share lah tips untuk membela iguana.. Tak pun arnab... Aku nak pet gak.... Hehehehee... 

alaaa..tomei...makhluk Tuhan paling comel...miawwww

ntah nape tergerak hatiku hendak membela haiwan ni.....comei..comei..comei....
Psst..
>Tak jadi terus aku nak bela iguana, bila aku Google gambo haiwan ni...Makin besar makin geli aku tengok.... Dahlah penggeli cicak... Tak dapat aku bayangkan memegang haiwan tu...

Thursday, April 14, 2011

One Touch, One Tupperware

Dulu, arwah mak aku suka simpan tin bekas susu tepung.. Tak pun tin Milo. Arwah juga simpan botol kaca Nescafe tu. Arwah cakap, nak simpan untuk makanan-makanan kering, biskut-biskut raya(kalau time raya), takpun simpan rempah ratus... Kreatif kan arwah mak aku. Arwah pun suka buat snek, makanan kering. Dan aku ngan adik akulah peminat setia makanan dari air tangan arwah. Arwah pernah kata, dia buat semua ni punyalah ambil masa, tapi mengabiskannya punyalah sekejap. Tak sampai seminggu, tin-tin tu pun kosong.... Bertuah benor anak-anak arwah... Nyaman bha... Dan aku akui sewaktu zaman kanak-kanak dan remajaku, jarang membeli 'junk food' di kedai...

Sekarang dia sudah tiada... Al-Fatihah...Tak sempat nak menghadiahkan arwah dengan bekas-bekas produk Tupperware ni. Yalah zaman dulu, zaman kena sara oleh mak ayah, bebudak lagi, manalah ambil kisah ngan Tupperware ni... Harga pun boleh tahan,tahap belum mampu nak beli bekas-bekas macam Tupperware ni... Tapi walaupun mahal, amat berbaloi kerana kualitinya yang tak pernah mengecewakan peminat produk Tupperware.

Ok... Ni haa, aku nak bagitau sama orang-orang kampung(ya- jawapan orang kampung tengah bersidang). Kepada siapa peminat produk Tupperware(apo ko bondanya jang..), Alaa.. Container atau bekas makanan tu.. Sesuai dengan jenama, harga dan kualitinya, korang takkan menyesal memilikinya...

Sila klik kat sini:

Menjadi idaman para peminat Tupperware, dengan hanya satu sentuhan jari di tengah-tengah penutupnya, makanan yang kita simpan seperti lebihan snek keropok, makanan kering, akan kekal ranggup dan segar. Serta tahan lama......

Apalagi....
SMS dan cara-caranya ada ditunjukkan seperti gambar di atas.. Kopak dah kredit prepaid aku mengirim SMS ni haa. Manalah tau tuah badan.. Jadi pengirim SMS ke-100 dan akan memenangi sebuah hamper Tuppperware dan berpeluang memenangi Samsung Galaxy Tab..... Ni semua pasal Samsung Galaxy Tab, idaman hati ku... Meh beramai-ramai SMS....

Tuesday, April 12, 2011

Hajjah "Marlboro"

Assalamualaikum...

Lama dah tak mengemaskini blog. Dengan kemalasan melampau, keja yang melambak, sindrom sekatan idea... Aku banyak idea,tapi bila dah nak mengayat, idea-idea tersebut terbang melayang.... Hahaahahhaa.... Terukkan... Orang cakap catat kat buku catatan/kertas, tapi kalau dah tulis kat buku and then nak re-type lagi, aku rasa macam tak best je. Kan best kalau taip terus... Fresh from farm omputeh cakap....

Ok back to our entry...
Semalam kan, macam biasa walaupun hari Ahad, aku kenalah keja... Jangan cakaplah betapa boringnya aku keja hari Ahad.... Ok, aku nak cerita hal semalam sampai aku sanggup memper'tajuk'kan entri ni sampai begitu rupa.. Sebab kisah semalam mengingatkan aku ngan salah seorang ustazah aku semasa aku di bangku sekolah(aku pun lupa dah nama ustazah tu). Masa tu subjek Pendidikan Islam, dan tajuk yang dibincangkan berkenaan ibadat haji. Yalah, ibadat haji biarlah kita buat bersungguh kerana-Nya, barulah haji makbrur... Jangan pulak takbur, last-last ibadat haji jadi haji marlboro....

Adalah satu customer ni, seorang wanita dalam usia awal 60-an, datang ke tempat aku ni, kelihatan seperti orang Brunei(memang pun, kata kawan keja aku pada masa tu). Aku ingat dia nak bertanya pasal produk prabayar Celcom ke, tak pun tanya arah. Rupanya dia nak bayar bil(memang jarang rakyat Brunei nak langgan broadband Celcom... kalau roaming pun mahal, melainkan mereka bekerja di Malaysia, tak pun dok kat sempadan Brunei-Malaysia). Dan dia bertanya terlebih dahulu dapat buat pembayaran ke tak(sebab kat depan kaunter aku, ada notis pemberitahuan yang menyatakan pembayaran secara kad kredit/kad debit tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu). Nampak macam orang baik-baik... So, macam biasalah tugas dalam perkhidmatan pelanggan, aku kenalah beretika kan... Kan cakap awal-awal, nampak...Ye, nampak macam baik. Bagusnya dia ada bawa penyata bil sekali, dan senang untuk aku menerangkan berdasarkan bil. Nama wanita tersebut tertera PUAN HAJJAH. Dan bertanya jugaklah. Dia kata dia dapat SMS dari Celcom yang dia telah mencapai FUP yang sepatutnya. Dan dia tanya, adakah dia dikenakan caj lebih. Aku jawablah dengan jawapan yang sepatutnya, tak ada caj lebihan, cuma talian broadband dia akan dihadkan kelajuannya sehingga tarikh bil sepatutnya, talian akan normal seperti biasa dan FUP akan direset ke 0. Dan cun jugaklah tarikh bil dia pada 8hb setiap bulan, kira talian broadband dia menjadi biasa, cuma masa tu, talian dia disekat kerana TUNGGAKAN 3 BULAN....
Dan tak semena-mena dia naik angin. Aku pun tak tau pasal apa...
Korang tau, dia cakap apa??? "Aku cuma nak tau, kalau aku bayar ni, 'line'nya kena buka ke tidak??!! Bukan apa yang kau cakapkan itu aku mau. Kan senang!!!!"(siap tanda seru lagi tu, menunjukkan betapa kurang ajar wanita ini, bertanya dan bercakap dengan aku)... Dia tanya pasal tu, aku pun kenalah jawab pasal tu... Takkan aku nak melalut tak tentu pasal,keluar dari topik pertanyaan dia, aku pun taklah suka nak melalut tak tentu pasal.
Bengang tak korang??? Aku bengang sungguh.... Dalam kebengangan, aku cool jer, walaupun dalam hati, menyumpah wanita ni bagai nak rak... Suara pun masih maintain ayu gitu, walaupun air mata nak keluar dah... Dan dia tetap membebel dan MENCARUT tak tentu arah(bayangkan gelaran HAJJAH di depan nama dia dengan perangai dia masa tu). Maki, jangan cakaplah, makian dan hinaan dalam bebelan dia. Nasib masa tu, aku dapat kawal kebaranan aku(sebab aku ni mudah baran), kalau tak, tak pasal-pasal aku buat aksi bercekak pinggang(dan amat ditakuti oleh kawan dan bos aku, kalau dah macam tu, aku dah meletup). Dan setelah siap memasukkan bayaran dia dan wanita blah dari kaunter aku, dan di depan kedai, dia menoleh aku dan berkata, "Macam orang paloi usulnya,". Ni frasa bahasa Melayu Brunei yang bermaksud, kelihatan macam orang bodoh(paloi more means to bodoh). Sapa tak hot.... Kalau siapa dapat bayangkan kejadian ni, dapat rasa tak. Selama aku keja, walaupun penah dapat cacian, makian dari pelanggan, kejadian inilah yang membawa kesan mendalam sekali. Aku boleh ingat nama penuh dia termasuk gelaran sekali. Sampai aku terbayang-bayang kejadian ni sampai sekarang.

Memang kalau ada yang baca entri aku ni(kalaulah ada) akan cakap 'dude, customer always right'. Aku dah buat sehabis baik, ok. Buat sepatutnya. Yalah dari kena train secara formal, masa jadi CSC kat KFC Sri Serdang sampai informal train. Baca buku, artikel kat internet, bahkan bengkel-bengkel ketrampilan diri dan kerjaya dari zaman sekolah sehingga sekarang. Dude, cuba bayangkan perhubungan antara manusia dan bukan peniaga-pelanggan. Kejadian macam tu, tak seharusnya berlaku. Aku pun pelanggan gak. Manusia biasa. Dia Islam, aku pun Islam. Dia Melayu, aku Melayu(walaupun tak sepenuhnya). Berkenaan dengan Melayu, walaupun di mana saja Melayu ni, sudah semestinya akan ingat kepada pepatah, 'orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa". Tak salah kita buat baik dengan orang walaupun orang tu taraf lagi rendah dari kita. Dalam kes aku ni, wanita ni dari negara Brunei, salah satu negara di dunia ni yang takut akan laknat Allah SWT kalau negara tu melanggar perintah Allah SWT. Apakata, pembesar negara tu, bagi definisi yang betul mengenai laknat ni. Orang dari negara ni selalu menganggap diri mereka lagi bagus dari orang negara lain, khasnya Malaysia. Tak semestinya negara dia ni mengamalkan Islam sepenuhnya, tak lari dari dosa-dosa kecil bahkan besar... Memang orang Malaysia kagum ngan negara tersebut, tapi pada siapa tahu hakikatnya, tiada apa yang aku kagumkan... Memang rakyatnya tak akan buat kemungkaran di tempat sendiri, tapi keluar ke negara lain terutamanya ke Malaysia, wajah sebenar rakyatnya terserlah.... Datang ke tempat orang tak semena-mena, memandang rendah orang lain. Arak, dadah(bukti dah kat 999@TV3), pelacur, jangan cakaplah.. Aku takkan cerita benda-benda kalau aku tak dengar dan lihat dengan sendirinya... Bagi mereka, merekalah manusia paling bagus dari semua. Haji/hajjah menunjukkan taraf mereka lagi tinggi dari kami yang bekerja di kedai ni. Aku bukannya alim mana pun... Baik pun suam-suam kuku. Tapi aku dididik beragama, berbaik dengan orang lain, ingat asal-usul diri. Bila wanita itu memaki, menghina aku, aku telan je. Takkan aku nak buat macam tu. Dia cakap aku bodoh, takkan aku nak tunjuk aku ni bodoh. Biarlah aku berdiam diri. Dan aku berdoa agar dia mendapat balasan setimpal dari Allah SWT.

Apakah dia telah menunaikan kesemua rukun Islam, dia layak memperendahkan orang lain?
Apakah gelaran hajjah di depan nama dia, ukuran untuk menjadikan dia setaraf Tuhan??

Tidak... Sudah semestinya tidak... Ya, mereka memang mampu untuk menunaikan haji ke Makkah. Tapi adakah hati dan sikap mereka mampu untuk melupakan kealpaan dunia, mampu bersedia ke alam lain. Adakah mereka mampu meninggalkan dan melupakan sifat dan sikap terburuk mereka???? Hanya mereka saja yang tahu.... Sesungguhnya kita semua hamba Allah SWT dan semuanya sama di sisi Allah SWT. Cuma yang membezakan amal dan keimanan setiap orang. Jadi, tak semestinya gelaran haji dan hajjah menunjukkan mereka ni dah berubah menjadi baik sepenuhnya dan alim giler... Contohnya, kes yang berlaku ni... Agaknyalah, ibadat haji yang wanita ni buat tak makbrur kot. Datang sana hanyalah buat ibadat haji marlboro... Nak menunjuk kat orang. Tu dah masuk kes riak dah... Cuba buat macam biasa je.. Tunailah ibadat itu kerana Allah SWT. Janganlah kerana nak menunjuk kat orang lain... Allah SWT melarang kita bersifat riak tau...