Tuesday, April 12, 2011

Hajjah "Marlboro"

Assalamualaikum...

Lama dah tak mengemaskini blog. Dengan kemalasan melampau, keja yang melambak, sindrom sekatan idea... Aku banyak idea,tapi bila dah nak mengayat, idea-idea tersebut terbang melayang.... Hahaahahhaa.... Terukkan... Orang cakap catat kat buku catatan/kertas, tapi kalau dah tulis kat buku and then nak re-type lagi, aku rasa macam tak best je. Kan best kalau taip terus... Fresh from farm omputeh cakap....

Ok back to our entry...
Semalam kan, macam biasa walaupun hari Ahad, aku kenalah keja... Jangan cakaplah betapa boringnya aku keja hari Ahad.... Ok, aku nak cerita hal semalam sampai aku sanggup memper'tajuk'kan entri ni sampai begitu rupa.. Sebab kisah semalam mengingatkan aku ngan salah seorang ustazah aku semasa aku di bangku sekolah(aku pun lupa dah nama ustazah tu). Masa tu subjek Pendidikan Islam, dan tajuk yang dibincangkan berkenaan ibadat haji. Yalah, ibadat haji biarlah kita buat bersungguh kerana-Nya, barulah haji makbrur... Jangan pulak takbur, last-last ibadat haji jadi haji marlboro....

Adalah satu customer ni, seorang wanita dalam usia awal 60-an, datang ke tempat aku ni, kelihatan seperti orang Brunei(memang pun, kata kawan keja aku pada masa tu). Aku ingat dia nak bertanya pasal produk prabayar Celcom ke, tak pun tanya arah. Rupanya dia nak bayar bil(memang jarang rakyat Brunei nak langgan broadband Celcom... kalau roaming pun mahal, melainkan mereka bekerja di Malaysia, tak pun dok kat sempadan Brunei-Malaysia). Dan dia bertanya terlebih dahulu dapat buat pembayaran ke tak(sebab kat depan kaunter aku, ada notis pemberitahuan yang menyatakan pembayaran secara kad kredit/kad debit tidak dapat dilaksanakan buat sementara waktu). Nampak macam orang baik-baik... So, macam biasalah tugas dalam perkhidmatan pelanggan, aku kenalah beretika kan... Kan cakap awal-awal, nampak...Ye, nampak macam baik. Bagusnya dia ada bawa penyata bil sekali, dan senang untuk aku menerangkan berdasarkan bil. Nama wanita tersebut tertera PUAN HAJJAH. Dan bertanya jugaklah. Dia kata dia dapat SMS dari Celcom yang dia telah mencapai FUP yang sepatutnya. Dan dia tanya, adakah dia dikenakan caj lebih. Aku jawablah dengan jawapan yang sepatutnya, tak ada caj lebihan, cuma talian broadband dia akan dihadkan kelajuannya sehingga tarikh bil sepatutnya, talian akan normal seperti biasa dan FUP akan direset ke 0. Dan cun jugaklah tarikh bil dia pada 8hb setiap bulan, kira talian broadband dia menjadi biasa, cuma masa tu, talian dia disekat kerana TUNGGAKAN 3 BULAN....
Dan tak semena-mena dia naik angin. Aku pun tak tau pasal apa...
Korang tau, dia cakap apa??? "Aku cuma nak tau, kalau aku bayar ni, 'line'nya kena buka ke tidak??!! Bukan apa yang kau cakapkan itu aku mau. Kan senang!!!!"(siap tanda seru lagi tu, menunjukkan betapa kurang ajar wanita ini, bertanya dan bercakap dengan aku)... Dia tanya pasal tu, aku pun kenalah jawab pasal tu... Takkan aku nak melalut tak tentu pasal,keluar dari topik pertanyaan dia, aku pun taklah suka nak melalut tak tentu pasal.
Bengang tak korang??? Aku bengang sungguh.... Dalam kebengangan, aku cool jer, walaupun dalam hati, menyumpah wanita ni bagai nak rak... Suara pun masih maintain ayu gitu, walaupun air mata nak keluar dah... Dan dia tetap membebel dan MENCARUT tak tentu arah(bayangkan gelaran HAJJAH di depan nama dia dengan perangai dia masa tu). Maki, jangan cakaplah, makian dan hinaan dalam bebelan dia. Nasib masa tu, aku dapat kawal kebaranan aku(sebab aku ni mudah baran), kalau tak, tak pasal-pasal aku buat aksi bercekak pinggang(dan amat ditakuti oleh kawan dan bos aku, kalau dah macam tu, aku dah meletup). Dan setelah siap memasukkan bayaran dia dan wanita blah dari kaunter aku, dan di depan kedai, dia menoleh aku dan berkata, "Macam orang paloi usulnya,". Ni frasa bahasa Melayu Brunei yang bermaksud, kelihatan macam orang bodoh(paloi more means to bodoh). Sapa tak hot.... Kalau siapa dapat bayangkan kejadian ni, dapat rasa tak. Selama aku keja, walaupun penah dapat cacian, makian dari pelanggan, kejadian inilah yang membawa kesan mendalam sekali. Aku boleh ingat nama penuh dia termasuk gelaran sekali. Sampai aku terbayang-bayang kejadian ni sampai sekarang.

Memang kalau ada yang baca entri aku ni(kalaulah ada) akan cakap 'dude, customer always right'. Aku dah buat sehabis baik, ok. Buat sepatutnya. Yalah dari kena train secara formal, masa jadi CSC kat KFC Sri Serdang sampai informal train. Baca buku, artikel kat internet, bahkan bengkel-bengkel ketrampilan diri dan kerjaya dari zaman sekolah sehingga sekarang. Dude, cuba bayangkan perhubungan antara manusia dan bukan peniaga-pelanggan. Kejadian macam tu, tak seharusnya berlaku. Aku pun pelanggan gak. Manusia biasa. Dia Islam, aku pun Islam. Dia Melayu, aku Melayu(walaupun tak sepenuhnya). Berkenaan dengan Melayu, walaupun di mana saja Melayu ni, sudah semestinya akan ingat kepada pepatah, 'orang memberi, kita merasa, orang berbudi, kita berbahasa". Tak salah kita buat baik dengan orang walaupun orang tu taraf lagi rendah dari kita. Dalam kes aku ni, wanita ni dari negara Brunei, salah satu negara di dunia ni yang takut akan laknat Allah SWT kalau negara tu melanggar perintah Allah SWT. Apakata, pembesar negara tu, bagi definisi yang betul mengenai laknat ni. Orang dari negara ni selalu menganggap diri mereka lagi bagus dari orang negara lain, khasnya Malaysia. Tak semestinya negara dia ni mengamalkan Islam sepenuhnya, tak lari dari dosa-dosa kecil bahkan besar... Memang orang Malaysia kagum ngan negara tersebut, tapi pada siapa tahu hakikatnya, tiada apa yang aku kagumkan... Memang rakyatnya tak akan buat kemungkaran di tempat sendiri, tapi keluar ke negara lain terutamanya ke Malaysia, wajah sebenar rakyatnya terserlah.... Datang ke tempat orang tak semena-mena, memandang rendah orang lain. Arak, dadah(bukti dah kat 999@TV3), pelacur, jangan cakaplah.. Aku takkan cerita benda-benda kalau aku tak dengar dan lihat dengan sendirinya... Bagi mereka, merekalah manusia paling bagus dari semua. Haji/hajjah menunjukkan taraf mereka lagi tinggi dari kami yang bekerja di kedai ni. Aku bukannya alim mana pun... Baik pun suam-suam kuku. Tapi aku dididik beragama, berbaik dengan orang lain, ingat asal-usul diri. Bila wanita itu memaki, menghina aku, aku telan je. Takkan aku nak buat macam tu. Dia cakap aku bodoh, takkan aku nak tunjuk aku ni bodoh. Biarlah aku berdiam diri. Dan aku berdoa agar dia mendapat balasan setimpal dari Allah SWT.

Apakah dia telah menunaikan kesemua rukun Islam, dia layak memperendahkan orang lain?
Apakah gelaran hajjah di depan nama dia, ukuran untuk menjadikan dia setaraf Tuhan??

Tidak... Sudah semestinya tidak... Ya, mereka memang mampu untuk menunaikan haji ke Makkah. Tapi adakah hati dan sikap mereka mampu untuk melupakan kealpaan dunia, mampu bersedia ke alam lain. Adakah mereka mampu meninggalkan dan melupakan sifat dan sikap terburuk mereka???? Hanya mereka saja yang tahu.... Sesungguhnya kita semua hamba Allah SWT dan semuanya sama di sisi Allah SWT. Cuma yang membezakan amal dan keimanan setiap orang. Jadi, tak semestinya gelaran haji dan hajjah menunjukkan mereka ni dah berubah menjadi baik sepenuhnya dan alim giler... Contohnya, kes yang berlaku ni... Agaknyalah, ibadat haji yang wanita ni buat tak makbrur kot. Datang sana hanyalah buat ibadat haji marlboro... Nak menunjuk kat orang. Tu dah masuk kes riak dah... Cuba buat macam biasa je.. Tunailah ibadat itu kerana Allah SWT. Janganlah kerana nak menunjuk kat orang lain... Allah SWT melarang kita bersifat riak tau...

No comments: