Wednesday, December 26, 2012

Bahasa Melayu

Siapa ada menonton APM 2012 awal bulan ni? APM tak tau? Ala, Anugerah Planet Muzik. Anugerah untuk karyawan seni di nusantara, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Pada tahun ni, Singapura menjadi tuan rumah APM. 

Entri ni tidak ada kaitan dengan keglamoran APM. Kalau nak tengok fesyen artis, banyak lagi blog hiburan di alam maya ni. Kalau nak baca kritikan anugerah, pun ada di blog hiburan dan kaki kritik.

Tapi saya nak meluahkan kekaguman penggunaan Bahasa Melayu di Singapura, terutama rancangan tv bahasa Melayu mereka. Kalau orang lain sibuk menonton sebab nak tau pemenang anugerahlah, baju sapa cantik, tak cantiklah... Tapi saya suka meneliti di sebalik yang tersurat. 

Memula saya dengar salah seorang penyampai anugerah menyebut perkataan ikon secara baku.. 'E-KON'.. Sebab kita jarang benor nak dengar perkataan 'ikon' ni secara baku. Selalu kita menyebut perkataan ini secara slanga Bahasa Inggeris,'AI-KON'(icon). Dari bahagian itu, saya cuba mendengar pertuturan selebriti Singapura dalam rancangan itu. Jarang sekali saya dengar mereka berbicara dalam bahasa Inggeris atau meminjam perkataan bahasa Inggeris dalam tempoh APM itu. Padahal, artis kita yang terang-terang Melayu, punyalah lorat nak guna bahasa Inggeris yang bercampur-campur ngan bahasa Melayu.

Satu lagi, yang amat ketara. Semasa Soo Win Ci bergandingan 2 orang selebriti Singapura untuk menyampaikan anugerah. Waktu tu, salah seorangnya memperkenalkan Soo Win Ci sebagai Top 5 Masterchef Selebriti Malaysia. Dia tak sebut 'TOP FIVE FINALIST', tapi sebut dengan bakunya 'PESERTA LIMA TANGGA TERATAS'.

Entri ini, hanya pandangan saya. Mungkin ada antara pembaca kata, apalah sangat kan. Ehh... Kita yang Malaysia ni bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tau. Rancangan bahasa Melayu, kalau boleh, daulatkanlah bahasa tu. Ni tak, artis lagi, mengada nak Manglish lah konon.. Kalau speaking abis tak apalah juga. Ni sekerat-kerat, apa kes... Singapura lagi yang Melayu minoriti dalam negara mereka, boleh lagi nak mempertabatkan dan menggunakan bahasa Melayu ngan baku dan baik sekali walaupun majlis anugerah 'geran' tau...

Psst:
3 negara serumpun, mestilah martabatkan bahasa Melayu,siapa lagi selain 3 buah negara ni... Takkan Thailand kot, kankunkap....

Thursday, December 20, 2012

Arigato

Terima kasih buat mak ngah sekeluarga kerana sudi menghadiahkan cenderamata dari Jepun.. Mereka baru balik melawat anaknya yang menetap di sana dan sambil-sambil tu melancong. Dari hari tu lagi, saya pesan, kalau dapat rantai kunci yang bertemakan Jepun pun jadi. Sebab sekarang ni hobi terbaru saya, mengumpul rantai kunci dari pelbagai tempat.

Thursday, October 18, 2012

[VIDEO]: JAGALAH DIRI by Jaclyn Victor

video dari Youtube

Lirik lagu:

Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada Yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu mohon  Kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Psst:
Lagu soundtrack filem 29 Februari.

Tuesday, October 16, 2012

SPAM...SPAM...

Assalamualaikum...

Tak tau nak buat apa ngan email spam... Saya ada alamat emel yang berbeza-beza.

Ada khas untuk urusan rasmi, selalu guna nama sendiri. Sebab itu lagi senang kalau urusan rasmi.

Dan ada alamat emel main-main. Selalu alamat emel main-main guna ID yang jauh dari nama sendiri... Selalu alamat emel tu, saya buat dari zaman sekolah... Contohnya: mm_miesya84@yahoo.com. Ni alamat emel dari Form 4 lagi tau... Masa tu masih budak-budak katakan,jadi ID emel pun menunjukkan kebudakan. Selalu untuk YM, FB, Twitter.. Sebab kalau notification dari FB terutamanya, akan berjela-jela kalau sampai. 
So, perlu da alamat emel khusus, kalau campur-aduk nanti, jenuh nak nengok emel sampai...

Balik pada cerita awal tadi..Kalau alamat emel tu urusan rasmi, memang saya takkan bagi sembarang. Dah tu, kalau da isi online form yang tak rasmi, memang saya elakkan guna alamat emel urusan rasmi. Sebab da orang katalah, emel spam senang masuk kalau kita da isi online form. Tapi tak semualah.

Tapi, Yahoo skang da melampau sikit... Dah bertahun-tahun, buat satu alamat emel untuk urusan rasmi, dan selamat dari emel spam, baru bulan lepas, emel spam dah berani masuk... What the hell!!! Yang tak bestnya emel spam ni banyak pelik-pelik... Terutamanya emel iklan bagi panjang anu... Dan tambah tak best, emel dari oversea punya emel.... Huwaaaaaa.... Saya dah klasified spam, berjela-jela sampai... Dah tak tahu nak buat apa.. Buka emel tu, dan link untuk unsubscribe pun takde. Macamanalah, bukannya saya ada subscribe newsletter tak berfaedah ni... Website entah mana pun saya tak tau. Sebabnya, emel ni hanya akan bagi satu link. Takut pulak nak klik, tak pasal-pasal kene virus... Kan naya..

Ada apa-apa cadangan nak hapuskan emel spam ni, kawan??

Friday, October 12, 2012

[INFO]: LIMAU (Orange)

LIMAU (Orange)
Untuk tulang yang sihat

Ia paling popular di England, sebenarnya berasal dari negara China. Limau dikatakan mula ditanam kira-kira 500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa dan dibawa ke Eropah oleh pedagang Arab.
Pada awal kedatangannya ke Eropah, limau mempunyai rasa pahit sedikit, seperti limau yang sesuai dibuat 'marmalade'. Hanya 300 tahun kemudiannya, barulah limau manis seperti yang kita nikmati kini, dibawa masuk ke Eropah daripada Sepanyol.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Ketika membeli buah limau, pastikan ia tidak bertompok-tompok dan mengkal- ia harus terasa berat ketika dipegang, menandakan ia kaya dengan jus asli. Elakkan membeli limau yang mempunyai kulit berkedut kerana ia menandakan limau berkenaan sudah tua dan isinya kering. Pastikan tidak ada bahagian kulit yang lembut atau kehitaman.

KHASIAT DAN VITAMIN
Limau segar mengandungi 37 kalori bagi setiap 100g isi limau. Ia juga mempunyai 1.1g protein, 0.1g lemak dan 8.5g karbohidrat bagi jumlah yang sama. Sememangnya limau segar sudah terkenal sebagai sumber vitamin C iaitu sebanyak 54mg bagi setiap 100g. Vitamin ini penting untuk pemulihan dan menjaga gusi dan otot yang sihat. Segelas jus limau segar memberikan kira-kira 60% daripada jumlah vitamin yang disyorkan untuk orang dewasa.
Ia juga mengandungi 1.5g serat bagi setiap 100g isinya, yang tentunya baik untuk sistem penghadaman yang sihat selain kewujudan kalium, kalsium dan magnesium untuk tulang yang sihat.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 (terbitan Karangkraf)

[INFO]: TEMBIKAI JEPUN (Cantalaoupe Melons)

TEMBIKAI JEPUN (Cantaloupe Melons)
Ia mestilah berat dan harum

Tembikai Jepun mempunyai isi berwarna jingga, berbau harum dan kulitnya sedikit hijau kelabu seolah-olah bersalut jaring. Isinya berair, mempunyai bau yang sangat harum dan sangat lazat.
Untuk mendapatkan hidangan pencuci mulut yang menyegarkan, keluarkan sedikit isi tembikai Jepun dan dihidangkan dengan buah-buahan lain yang segar seperti strawberi, raspberi, anggur tanpa biji, peach dan pisang, rendamkan dalam jus lemon dan ditambah dengan cili Tobasco.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Tembikai Jepun ini boleh diperolehi di pasaraya dan pasar basah sepanjang tahun. Memilih tembikai Jepun tidak sukar. Tembikai yang masak akan terasa berat, menunjukkan ia berair. Tembikai ini akan mengeluarkan bau yang harum dan manis. Cari tembikai yang mempunyai permukaan berjaring nyata.
Tembikai yang belum masak akan menjadi ranum selepas dibiarkan dalam mangkuk buah pada suhu bilik. Buah yang sudah masak harus dimakan pada hari ia dibeli atau beberapa hari selepas membelinya untuk memastikan isinya tidak rosak. Selepas memotong tembikai, balut buah yang tidak dimakan dengan plastik pembungkus dan simpan dalam peti sejuk.

KHASIAT DAN VITAMIN
Tembikai Jepun adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan berat badan. 100g bahagian tembikai ini mengandungi 19 kalori, 0.6g protein, 0.1g lemak dan 4.2g karbohidrat daripada gula asli.
Tembikai jenis ini mengandungi lebih vitamin C daripada jenis lain dengan 26 mg bagi setiap 100g. Ia juga mengandungi karotin, vitamin A juga sedikit vitamin B. Terdapat juga kalium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 b(terbitan Karangfraf)

[INFO]: TOMATO PLUM (Plum Tomato)

TOMATO PLUM(Plum Tomato)
Kaya vitamin C

Ia mula diperkenalkan di Eropah kira-kira 400 tahun dahulu sejak dibawa balik dari Peru oleh orang Sepanyol. Bagaimanapun, orang-orang Itali yang mula-mula mengetahui mengenai kepelbagaiannya dalam masakan.
Di Britain, tomato mulanya diperkenalkan sebagai tanaman dalam taman dan tidak begitu popular dalam hidangan Britain sehingga akhir abad ke 19.
Pada mulanya tomato berwarna kuning sehingga ia dinamakan pomo d'oro atau epal emas, oleh orang Itali. Kemudiannya, ia digelar pomme d'amour atau epal cinta. Kini kebanyakan tomato berbeza dari warna kuning hinggalah ke warna merah pekat.
Tomato mempunyai kaitan dengan keluarga kentang dan lada. Ia adalah sejenis buah, walaupun dimasak dan dianggap sebagai sayuran. Tomato plum, yang berasal dari Itali mempunyai bentuk bunjur dan berwarna terang.
Isinya tebal dan mempunyai bau. Bijinya kurang berbanding tomato jenis lain dan amat mudah dimasak.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Tomato plum boleh dibeli di mana-mana pasaraya dan selalunya sudah sedia dibungkus. Selalunya ia datang dalam saiz biasa ataupun lebih kecil. Adakalanya ia tidak dipisahkan daripada tangkainya dan mempunyai lebih bau dan rasa berbanding tomato yang sudah dibuang tangkainya.
Ketika membeli, pastikan ia mengkal dan masak tanpa bahagian-bahagian yang lembut ataupun terdapat tanda-tanda berkulat pada kelopaknya.
Periksa tomato yang datang tanpa tangkai sebelum membelinya. Kulitnya haruslah tegang dan cerah, selain tangkainya masih lagi segar.
Keluarkan tomato daripada bungkusannya selepas membeli dan simpan pada suhu bilik. Jangan menyimpannya dalam peti sejuk kerana ia akan mengubah rasanya.

KHASIAT DAN VITAMIN
Tomato plum mempunyai kandungan kalori yang rendah, iaitu kira-kira 18 dalam 100g tomato. Ia juga mempunyai sebanyak 0.8g protein, kurang 0.5g lemak dan 3g karbohidrat.
Nutrien yang paling penting ialah vitamin C dengan tomato plum yang biasa mengandungi satu pertiga daripada sukatan harian vitamin C yang dicadangkan untuk orang dewasa.
Cara terbaik mengekalkan vitamin ini ialah dengan menyediakan tomato sebelum menghidangkan makanan atau memakannya dalam keadaan mentah. Warnanya yang merah gelap menunjukkan kewujudan vitamin A yang baik untuk penglihatan. Terdapat juga sedikit vitamin B kompleks dan mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 (terbitan Karangkraf)

[INFO]: KACANG PARANG (Mange Tout)

KACANG PARANG (Mange Tout)
Sesuai untuk masakan timur

Tidak salah lagi jika ada di antara kita yang menganggap kacang parang atau mange tout sebagai kacang pea kerana ia sememangnya berasal dari keluarga yang sama. Namanya datang dari bahasa Perancis yang bermaksud 'makan semuanya' kerana semua bahagian kacang ini boleh dimakan, dari kulit sehingga ke kacangnya yang manis di dalam.

CARA MEMASAKNYA
Ia cukup rangup dan lembut untuk dimakan secara mentah, kacang ini sesuai untuk dimasukkan dalam salad atau masakan tumis serta pelengkap sayur-sayuran.

Tidak banyak persediaan yang diperlukan, hanya perlu membuang bahagian hujung dan pangkalnya sahaja sebelum memasaknya. Ia boleh dimasak dengan mengukusnya, rebus, tumis, goreng, ataupun dimasak secara ketuhar mikro. Tidak perlu bimbang kerana apa pun caranya, warnanya yang hijau tidak akan hilang apatah lagi nutriennya. Ia sangat sesuai dalam masakan oriental, juga digabungkan dalam masakan yang menggunakan daging biri-biri dan ayam.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Kacang yang segar seharusnya berwarna hijau terang dengan keadaannya yang nampak rangup, kerana ia akan sangat segar di dalam dan akan rapuh apabila dipatahkan.

Kacang ini boleh diperolehi di pasaraya atau di pasar basah,dijual secara timbang, ataupun sudah dipeketkan. Kacang yang telah dipeketkan selalunya sudah dibuang hujung dan pangkalnya.Tetapi, pastikan kesegaran kacang ini diperiksa untuk memastikan tiada kulat pada kulitnya.

Kacang yang dijual secara timbang selalunya tidak dibersihkan bahagian hujungnya, tetapi untuk membersihkannya tidaklah sukar, hanya perlu mematahkan mana-mana bahagian hujung kacang itu dan tarik keluar 'benang' keras yang terdapat di sisinya.

Ia akan bertahan untuk selama satu atau dua hari dalam kotak salad dalam peti sejuk. Pastikan tarikh luput diperiksa terutama sekali sekiranya tidak bercadang untuk memasaknya dengan segera.

KHASIAT DAN VITAMIN
Hanya 32 kalori terdapat dalam setiap 100g kacang parang, 3.6g protein, 0.2g lemak dan 4.2g karbohidrat. Vitamin C paling banyak boleh diperolehi dalam kacang ini berbanding vitamin A dan B kompleks.Kehadiran vitamin C penting untuk mendapatkan gusi dan ligamen yang baik serta untuk mengekalkan sistem ketahanan badan. Kacang parang turut mengandungi sedikit mineral kalium, kalsium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 (terbitan Karangkraf)

[INFO]: CLEMENTINE

CLEMENTINE
Isinya tidak terlekat pada kulit


Ia adalah sejenis kacukan antara limau masam dengan limau mandarin Mediterranean. Clementine mempunyai kulit berkilat dan isinya tidak terlekat kepada kulitnya. Isinya berbau harum, manis dan berair. Ia enak dimakaan mentah. Selain itu, sesuai untuk dicampurkan dalam masakan yang menggunakan daging yang kaya dengan lemak seperti daging itik.
Jusnya dicampurkan dalam kuah salad terutamanya pada campuran minyak zaitun dan herba yang dimayang halus, dicampur jus lemon atau limau nipis.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Buah yang baik mempunyai kulit berkilat dan tidak terasa lembut jika disentuh. Periksa kulitnya untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan atau tompok lembut yang menandakan isinya sudah rosak. Kulitnya harus boleh dikupas dengan mudah dan meninggalkan isi yang segar dan sedikit biji.
Selepas membelinya, simpan dalam mangkuk buah pada suhu bilik untuk memastikan ia tidak rosak. Jika disimpan dalam kawasan sejuk, ia akan bertahan lama. Cara yang baik ialah dengan membelinya dalam kuantiti sedikit dan nikmatinya ketika masih segar.

KHASIAT DAN VITAMIN
Terdapat 37 kalori dalam 100g isi clementine segar atau sekurang-kurangnya 30 kalori dalam clementine bersaiz sederhana. Hanya terdapat 0.4g protein dan 0.1g lemak dan 3.4g karbohidrat.
Ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan. Terdapat sebanyak 41mg vitamin C bagi setiap clementine sederhana saiz. Vitamin ini penting untuk mendapatkan kulit yang bersih, meningkatkan sistem imunisasi dan mengekalkan kekuatan gusi, ligamen dan otot.
Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan asli. Terdapat juga sedikit vitamin B dan ia membantu mengatasi masalah penghadaman serta meningkatkan keupayaan sistem saraf. Selain itu juga, clementine mengandungi kalium, kalsium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1(terbitan Karangkraf)

[INFO]: AVAKADO(AVOCADO)

AVAKADO(AVOCADO)
Mentega orang miskin



Berasal lebih 2000 tahun lalu di bahagian Tengah dan Selatan Amerika, buah AVOCADO yang mempunyai isi lembut ini adakalanya dipanggil mentega orang miskin (poor man's butter), ataupun mentega dari pokok. Ini adalah terjemahan daripada bahasa Aztec untuk buah berbentuk pear, iaitu ahuacatl. Kini buah yang dianggap mewah ini sudah boleh diperolehi di serata dunia. Kulitnya sama ada berwarna hijau berkilat jenis Ettinger atau Hass yang berwarna gelap. Sangat digemari dalam penyediaan sandwic dan salad, selain turut popular sebagai sos dan sup sejuk.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Terdapat pelbagai jenis avakado dalam pasaran. Avakado jenis Hass lebih sederhana besar dengan warna hijau gelap dan kulitnya agak kasar. Jenis Fuerte pula mempunyai kulit yang lebih licin, saiznya juga lebih besar dan warnanya hijau pucat. Avakado yang paling besar ialah Ettinger yang juga mempunyai kulit licin,hijau pucat dan nipis.
Hass

Fuerte

Ettinger

 Avakado boleh diperolehi sepanjang tahun, dan kebanyakannya diimport daripada Afrika Selatan, negara Mediterranean dan Amerika Syarikat. Avakado yang masak mempunyai isi yang mengkal tetapi agak lembut apabila ditekan. Selalunya, avakado yang dijual di pasaraya sudah sedia untuk dimakan dan tidak boleh disimpan lama. Oleh itu, kita harus memastikan tarikh lupus buah ini. Sekiranya tidak mahu makan avakado sebaik sahaja kita membeli buah berkenaan,pastikan kita menyimpannya dalam kotak salad untuk selama beberapa hari.

KHASIAT DAN VITAMIN
Avakado adalah salah satu daripada buah-buahan yang paling berkhasiat, walaupun ia mempunyai kandungan kalori tinggi iaitu 189 bagi setiap 100g. Terdapat juga 19.3g lemak yang membuatkan ia minyak sayuran tidak tepu. Kandungan lemak ini tidak meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah dan dianggap berupaya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Avakado juga mengandungi asid lemak yang diperlukan untuk memperkuatkan dinding sel.
Isi avakado tidak mengandungi kolestrol tetapi ada sebanyak 2.1g protein bagi setiap 100g dan hanya 1.9g karbohidrat untuk memberikan tenaga.
Vitamin E boleh diperolehi pada kulitnya dan ia juga adalah sejenis antioksida yang mengekalkan keadaan arteri yang baik serta jantung yang sihat. Avakado juga kaya dengan vitamin B6 yang baik untuk sistem saraf, B1, B2 dan niasin selain asid folik. Selain itu, kita juga boleh mendapat bekalan kalium dan fosforus.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1(terbitan Karangkraf)

[INFO]: KUBIS (CABBAGE)

KUBIS(CABBAGE)
rendah kalori dan kurang lemak

Pelbagai jenis kubis yang ada di pasaran kini, bunga kubis, kubis Brussels dan brokoli datangnya daripada keluarga yang sama, iaitu kubis laut- Brassica oleracea L, yang tumbuh secara liar di kawasan Mediterranean, barat laut Eropah dan selatan semenanjung Britain.
bunga kubis(cauliflower)

kubis Brussel (Brussel sprout)


brokoli (broccoli)

Jenis yang sangat cantik ialah kubis Hispi, selalunya dicampurkan dalam stok untuk hidangan sampingan.
kubis Hispi
Kubis lain seperti kubis putih yang rangup, kubis merah yang sesuai digandingkan dengan buah epal dan juniper.
kubis putih
kubis merah
Kubis hijau termasuklah yang mempunyai rasa pedas, jenis savoy yang sesuai untuk digoreng.
kubis hijau
PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Kepelbagaian kubis membuatkan ia mudah diperolehi sepanjang tahun. Terdapat beberapa panduan untuk membeli dan memastikan kubis yang beli itu masih segar. Daun yang paling luar haruslah kelihatan segar dan rangup dengan warna yang menarik.
Kubis bulat harus padat, kubis putih berkeadaan bulat, keras dan berat. Daunnya berkeadaan rangup.
Elakkan membeli kubis yang mempunyai daun lembut, terdapat kesan kulat ataupun dimakan serangga. Kubis segar boleh disimpan dalam kotak salad dalam peti sejuk untuk selama seminggu.

KHASIAT DAN VITAMIN
Terdapat 90% air dalam sebiji kubis dan sangat rendah dari segi kalori dengan hanya 26 kalori bagi setiap 100g. Jumlah ini mengandungi 1.7g protein, 4.1g karbohidrat dan hanya 0.4g lemak.
Kandungan vitamin C dalam 100g kubis adalah sebanyak 49mg. Masak untuk seketika kubis memandangkan vitamin C mudah hilang jika ia dimasak dalam suhu terlalu panas. Memakan kubis mentah boleh mengekalkan kandungan vitamin C. Kubis mengandungi sedikit serat dan mineral termasuk kalium, sedikit kalsium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 (terbitan Karangkraf)

[INFO]: ZAITUN HIJAU(GREEN OLIVES)

ZAITUN HIJAU (Green Olives)
Menambah rasa enak pada salad


Buah zaitun banyak ditanam di kawasaan Mediterranean dan negara yang mempunyai cuaca yang sama seperti California. Ia telah muncul sejak zaman pra-sejarah dan sering disebut dalam sastera Greek dan Roman.
Walaupun terdapat banyak jenis buah zaitun hijau yang boleh diperolehi, tidak terdapat banyak perbezaan antara buah zaitun hijau dengan zaitun hitam- warnanya bergantung kepada kematangan dan bukannya jenis. Buah zaitun hijau dituai apabila ia mencapai saiz tertentu tetapi masih belum matang.
Sesetengah negara, seperti Sepanyol, mereka akan membiarkan buah zaiton hijau untuk beberapa ketika supaya ia menjadi lembut sebelum membuang bijinya dan memasukkan kacang almond atau ikan bilis.
Ada kalanya buah zaitun direndam dalam air garam atau minyak zaitun, bahan seperti kulit lemon, bawang putih atau cili ditambah untuk memberikan rasa yang enak. Selain digunakan untuk menghiasi minuman,ia juga boleh menambah rasa kepada salad.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Ketika membeli buah zaitun hijau, pastikan warnanya hijau pucat dan tiada tanda-tandad ia sudah rosak atau wujud kulat putih. Pelbagai jenis buah zaitun boleh diperolehi di pasaraya. Saiznya bergantung kepada negara asalnya dan jenis dan ia wujud dalam banyak keadaan- bentuk asal, sudah dibuang biji atau yang diisi dengan bahan lain; dalam botol, tin ataupun dijual timbang; dijerukkan dalam air garam ataupun minyak.

  • Boleh juga membeli buah zaitun yang direndam dengan herba dan rempah ratus di sesetengah pasaraya besar.
  • Buah zaiton yang dibotolkan atau ditinkan dalam air garam ataupun minyak boleh disimpan lama jika ia tidak dibuka dalam suhu bilik. Sebaik sahaja ia dibuka, tutup semula botol berkenaan atau pindahkan ke dalam bekas yang bertutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Buah zaitun yang dibeli secara timbang perlu disimpan di dalam peti sejuk secepat mungkin selepas dibeli. Jika perlu, simpan buah zaitun dalam sedikit minyak zaitun.

KHASIAT DAN VITAMIN
Buah zaitun mempunyai kandungan lemak yang tinggi baik kalori mahupun lemak. Terdapat 103 kalori dalam 100g buah zaitun yang sudah dibuang biji dan dijerukkan dalam air garam.
  • Jumlah yang sama turut mengandungi 11g lemak tidak tepu termasuk 1g protein dan sedikit karbohidrat.
  • Buah zaitun hijau mengandungi vitamin A, yang penting untuk penglihatan yang baik sedikit vitamin E yang membantu kesihatan kulit, dan sedikit vitamin lain seperti vitamin dalam kumpulan B.
  • Mineral yang terkandung dalam buah zaitun ialah kalium,yang membantu penyeimbangan air dan kalsium serta magnesium.
Sumber: Majalah RASA Edisi 1(terbitan Karangkraf)

Limbang Itu Dalam Sarawak


Assalamualaikum...

Ya, Limbang itu salah satu daerah di Sarawak, bukan luar negara ya, walaupun 'dikepit' 2 bahagian negara Brunei Darussalam. 

Hari tu chat ngan junior masa UPM. Skang ni jadi guru, kat salah sebuah sekolah rendah kat kawasan pedalaman Kuching. Lama gak dia jadi cikgu. Alah bisa tegal biasa... Kan guru Semenanjung ni pantang dengar kalau kena posting kat Sabah atau Sarawak. Baru dengar nama negeri tu, tak tengok lagi daerah kat mana,dah mengeluh. Sebelum nak buat spekulasi, cuba buat kajian melalui carian Google terlebih dahulu. Tak eloklah dengar dari mulut orang yang buat cerita bukan-bukan kan...

Ok, sambung citer saya tu. Budak tu jemput datang ke tempat dia. Kat sekolah dia mengajar. Sebelum dia tanyalah, saya berada kat mana skang ni. Memang dia tau saya ni orang Limbang. 

Ni lah printscreen perbualan kami berdua:

Nak gelak pun ada, saya memang dok Sarawak, kena suruh datang Sarawak lagi. Tapi saya faham... 

Ok... Kalau nak tau Limbang ni kat mana,meh tengok peta bawah ni:
ni peta Sarawak.

Limbang diapit oleh 2 bahagian negara Brunei Darussalam
Mungkin kalau da yang tak tau, Limbang ni oversea. Sebab kalau guna jalan darat nak ke Limbang, kena pakai passport. Pakai passport pun sebab kita kena lalu 'oversea' terlebih dahulu iaitu negara Brunei Darussalam. Kalau nak gi Limbang melalui kapal terbang pun boleh, tak perlu pun guna passport kalau dari Miri atau Lawas. Jalan laut, naik feri dari Labuan pun boleh...

Tuesday, October 2, 2012

Bukan Pencinta Merah Jambu

Percaya atau tidak, ada segelintir orang tak tau MERAH JAMBU tu apa. Yang mereka tau PINK. Dalam BM, MERAH JAMBU ye. Jangan pulak pepandai letak kat karangan BM warna MERAH JAMBU, PINK. Tak pasal-pasal tolak markah. Orang tua kat Sarawak ni(tak tak taulah kalau Sabah atau di Semenanjung), mereka sebut PINK ni, warna KALAS. Tak tau kenapa, tapi lucu bila orang-orang tua sebut warna tu.

Well, tajuk entri bukan pencinta MERAH JAMBU atau PINK, mestilah saya orangnya. Tak semua wanita ni dikaitkan dengan warna ni. Warna kegemaran saya, MERAH, BIRU dan UNGU. UNGU pun ada tak tau apa warnanya tu. Kalau sebut PURPLE, baru panjang oooooo nya... Tapikan UNGU ni selalu cenderung kepada MERAH JAMBU... Kalau cerahlah....

Ada 3 sebab utama kalau saya memakai pakaian/barangan/aksesori berwarna PINK ni:

  1. Pakaian/barangan/aksesori tu dibelikan/dihadiahkan oleh orang. Contoh, Mak Ngah saya, selalu jalan-jalan bercuti, akan adalah buah tangan dia belikan untuk kami, seperti kain. Nak tak nak, amik jer kan. Takkan nak tolak rezeki.
  2. Di saat kecemasan-tiada pilihan saiz. Dah saiz bam yang tinggal pun warna PINK. Nak tak nak beli jer. Selalu kena macam ni, bila on the spot kene bermalam kat satu tempat, dan tak bawa baju lebih. Contoh, pernah hari tu gi KK, ingat balik hari, pas tu, hujan lebat dan banjir besar area Weston, tak dapat nak lalu jalan kat sana, jadi decide bermalam kat KK je. Takder baju lebih, shopping dulu apa yang patut. Dah jumpa, malas nak survey kat tempat lain, belilah jer baju warna tu yang saiz bam. Asal ada...
  3. Pattern baju/kain/aksesori tu cantik. But not the color ok.... Let say, kain baju kurung tu, warna dasar dia PINK, tapi corak bunga-bunga dia cantik selain dari warna tu, memikat hati ni, tutup mata beli jer lah... Biasalah wanita kan... Hehehhee....

Bersangka-Baik

Nama jer ahli keluarga sendiri kan. Tapi apa yang menyedihkan, bila ada di kalangan mereka menuduh/mengata kita ni cuba menyantau/menyihir mereka dengan pemberian yang tak seberapa tu.... Kita tak minta lebih atau balasan dalam memberikan buah tangan atau hadiah. Yang kita mahu dari mereka, bersangka baik saja... Walaupun sedikit kebaikan kita lakukan, tapi segelintir orang akan tengok kebaikan yang kecik itu, sebesar-besar kejahatan. Nauzubillah.... Tidak terlintas di fikiran nak buat orang lain macam tu. Cukuplah sekadar berdoa agar mereka bersangka baik jer. Ku doakan kepada-Nya agar mereka itu terhindar dari perasaan bersangka jahat, dengki dan bermulut jahat... Saya tak nak ada sengketa ngan sapa-sapa...
Peace....

Monday, October 1, 2012

[GAMBAR]: Diam-diam Harimau

Kalau Berniaga, Buatlah Macam Berniaga

Hari ni plan jadi dirancang... Cuma lari sikit dari plan asal... Kata pukul 9 pagi nak bertolak, tapi pukul 10 pagi baru bertolak. Dah tu, beli barang lagi kat Morsjaya...

Saya nak citer satu situasi ni jer... Dalam pukul 11 tu plan nak breakfast... Hahahaha.. Lewat kan... Perut pun berkeroncong hebat. Ingat nak breakfast kat tempat dekat-dekat ngan keta. Yalah, hujung kedai parking. Kawan saya ni, nak makan roti canai, that's mean, kene jalan jauh ke hujung kedai sebelah sana... Huhuuu... Kawan ingat nak bawa keta sekali, tapi saya nak jalan jer. Nak alih kereta, amik masa dan belum tentu dapat parking lagi, dahlah hari Ahad. 

Jauh pun boleh tahan. Ngan panas lagi. Ngan sesak ngan manusia lagi hujung-hujung minggu ni. Sampai-sampai sana, punyalah lama tunggu meja kami kena servis... Kawan saya dah hangin.. Itulah sapa suruh gi sini. Sampai orang meja sebelah, order lagi, berkali-kali dia order sebab tak sampai-sampai lagi dari tadi. Siap mencarut lagi tau.... Nak salahkan sapa ek....

Bila meja kami kena servis, macha yang serve tu, bermasam muka. Tanya makan, so, kawan saya ni lambat sikit nak jawab, macha tu buat muka nak marah.... Apalagi, as customer always right, kawan saya pun buat muka hangin kat macha tu. Lastly, baru macha tu nak buat muka manis-manis sikit, nak amik order. Kawan saya ni, ingat nak blah dah bila macha tu buat muka then kalau dia marah kitaorang... Boleh tahan lagi...

Order lambat satu hal.. Keadaan yang sesak, tempat tak berapa bersih, panas lagi....  Saya ngan kawan order roti sardin. Dah tu untuk daughter dan nephew dia roti kosong. Dan siap tapau 4 keping lagi...Yang ok macha ni, dia akan repeat order sebelum kompom lari lagi..Sampai-sampai, ok lagi.. Air minuman? Teh tarik, macam tak tarik jer gamaknya. Kalau bapak saya ada sekali masa tu, sah-sah teh tarik tu masuk balik dapur, request tarik lagi... Tu nampak macam, mereka siap bancuh tuang terus ke gelas... Tinggi buih pun tak keluar dari mulut gelas tu... Kawan saya tu dah tak berselera nak menghabiskan sebab mood dah lari. Saya pulak? Semestinya saya abiskan. Rezeki tu... Sedap tak sedap, memang dah sikap saya untuk menghabiskan. Itupun, kawan suruh makan lagi bahagian roti daughter dia. Sebab dia tengok saya cepat abiskan makanan. Dah tu sikap saya jugak. Cuma kalau bab roti canai dan berkaitan dengannya, saya cukup satu jer. Badan memang bam, tak semestinya saya melantak banyak gak. 

Bila part membayar lagi satu hal.... Sebab dah tak tahan nak berlama-lama, mana lagi bau asap rokok lagi, kedai makan Cina sebelah yang selalu letak stall sup kat depan kedai, dan wap-wap dia melencong ke arah kami lagi. Punyalah liat macha ni nak gi meja kami. Dahlah orang nak bayar, saya ngan kawan bersilih ganti melambai pekerja dan macha tadi, nak suruh kira.. Penghabisannya, kawan pun gi kaunter yang tak berorang tu. Tension tul... Bila kawan dah ke kaunter, barulah macha tadi ke meja kami, baru nak kira. Laa, kawan saya dah tercegat kat kaunter tu, macha ni baru terhegeh kira....

Cepat-cepat kami blah dari sana. Dan kawan sempat berbisik kat saya, komplen pasal kualiti keja restoran mamak tu.. Harga?? Tak padan ngan servis dia. Roti sardin tu RM5 sekeping tau!!! Laa, ingatkan dalam 2 hengget lebih ke.. Ee, kalau RM3, saya boleh terima lagi.. Ni, sardin punya rasa pun kosong, terus dari tin, cubalah masak sikit, bagi ada perasa... Kuah cicah, macam masak lemak je.... Tapi memang saya takkan pijak lagi kedai makan mamak tu dan cawangan dia sekali...

Psst:

  • Gambar tak disertakan sekali, sebab takde mood dah nak amik gambar masa tu.... Bayangkan jer... Sapa dok Miri, dan tau kedai makan ni area Morsjaya, faham-fahamlah ye...
  • Entri ni buat pada sebelah malamnya(baru nak publish hari ni).


Sunday, September 30, 2012

[BERITA]: Bayi 13 bulan maut digilis kereta bapa


Bayi 13 bulan maut digilis kereta bapa

Uzair menunjukkan tempat kejadian beliau melanggar anaknya (gambar kecil). - Foto Lim Poh Chin
Uzair menunjukkan tempat kejadian beliau melanggar anaknya (gambar kecil). - Foto Lim Poh Chin

Padang Terap: Seorang bayi 13 bulan maut akibat kecederaan parah di muka dan kepala selepas digilis kereta yang dipandu bapanya, di Felda Lubok Merbau di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang, ketika mangsa, Auni Iylia Aifa Muhammad Uzair bermain di luar rumah mereka yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya. 


Tak sedar 

Bapa mangsa, Muhammad Uzair Zul, 22, berkata ketika itu, dia baru selesai mengisi minyak dan terus memandu keretanya tanpa menyedari Auni berada di depan kereta.

“Sebaik selesai mengisi minyak saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti saya terlanggar kerusi.

“Saya menoleh ke belakang untuk memastikan apa yang dilanggar tetapi tidak ada apa-apa. Saya keluar dari kereta dan melihat bahagian bawah dan ternampak tubuh anak saya dengan kesan darah yang banyak.

“Saya melaungkan takbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. 
Muhammad Uzair berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah berlari keluar lalu mendukung anaknya ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, kira-kira 50 meter dari rumah mereka tetapi mangsa tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak kedua daripada dua beradik itu seorang yang manja dan sentiasa dikawal jika bermain di luar rumah.

Namun katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar dan kejadian yang berlaku benar-benar menyedihkan mereka sekeluarga.

“Apa yang berlaku amat memilukan malah malam sebelum kejadian itu, dia sedikit berbeza apabila mengucup lama kedua-dua pipi saya.

“Walaupun masih tidak percaya apa yang berlaku, namun saya menerima takdir ini,” katanya. 

Jenazah Auni dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lubuk Merbau di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.


Inilah orang cakap, malang tak berbau. Nak salahkan parents dia, tak leh nak hukum sapa. Kita bukan Tuhan. Cuma, nasihat, berhati-hati dan perhatikan anak-anak lebih. Budak kecik tak reti lagi apa yang dia buat tu sama ada baik atau tidak. 
Buat keluarga arwah, takziah dari saya. Al-fatihah buat arwah Auni. Damailah kau di sana wahai Auni.

Syarat Jadi Seorang Isteri Yang Jarang Kita Ambil Berat


Haa....perempuan-perempuan di luar sana... Take note ye yang belum berkahwin. Yang dah berkahwin tu, tajamkan lagi skill memasak... Tapi tak perlu sangat jadi chef terhandal, cukuplah hasil masakan kita(walaupun tak seberapa) menambat hati suami dan anak-anak... Biar kita tak reti masak macam chef terkemuka, tapi kalau kita ikhlas melakukannya demi orang tersayang, insya-Allah, sayang bertambah-tambah.

Ingat kat arwah mak, dulu masa saya masih dalam form3,4 macam tu. Saya ni taklah terer sangat nak masak-memasak... Sekadar masak nasi,jerang air,masak megi, bolehlah. Arwah selalu bising pasal saya tak pandai masak. Serius, masa tu kejar cita-cita konon.. Belajar sungguh-sungguh.. Masak-memasak ni kemudianlah. Akibat sikap bena tak bena ni, arwah pun bising.. Yelah, saya kan anak perempuan. Jadi, memasak perlu gak dari awal.
Sampai arwah cakap,"Ni kalau, da orang pinang ko, aku terus terima je pinangan tu. Mudahanlah, ko reti buat keja rumah, terutama sekali memasak. Biar berakal sikit."
Hahh, kan dah kena... Huhuhuhuuu... Tapi kan, masa tu, saya dah boleh masak. Tahap makan untuk perut sendiri. Kalau dah kena tinggal, perlu pandai berdikari kan. Takkan nak makan megi hari-hari. Kalau nak masak untuk ramai, tak konfiden lagi. Manalah tau, tak kena ngan selera mereka. Tambah-tambah bapa saya.. Huhuhhuuu... Tahap Papa Joe Masterchef tu komennya. Yang ni, Papa Jay la ye. Ingat dulu, masaklah konon untuk mereka, terung sambal berkicap, bapak cakap terung hangus... Terus saya kecik ati dan tak nak masak dah.... Dah besar ni, baru pandai sikit pikat selera mereka, cuma arwah mak tak sempat. 

Buat wanita di luar sana, kalau nak asah skill tu, rajin-rajinlah belek majalah memasak, blog masakan... Tak pun, tengok tv channel memasak... Lagilah, bila dah da skill, faham konsep, tak perlu dah resepi-resepi segala. Selagi da bahan cukup kat dapur, dah boleh masak makanan yang menyelerakan walau masak terjun, biar simple....

Saturday, September 29, 2012

[INFO]: Buah Keras


BUAH KERAS
Gambar sumber: 21food

Gambar sumber: My Green Australia

·Bahasa Inggeris: CANDLENUT/CANDLEBERRY/INDIAN WALNUT/VARNISH TREE/KUKUI NUT TREE.
·Indonesia: KEMIRI
·Spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae.
·Nama saintifik: Aleurites molu ccana

FUNGSI UTAMA
·         Makanan
o   Rasa dan tekstur sama seperti kacang macadamia(kalau tidak menemui buah keras untuk memasak,boleh ganti ngan kacang macadamia.
o   Kandungan minyak yang tinggi.
o   Beracun ketika mentah.
o   Di Pulau Jawa- digunakan untuk buat kuah jadi pekat.
o   Dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk dijadikan sebagai perasa(inamona). Inamona adalah ramuan utama dalam ‘poke’- makanan tradisional Hawaii(pokok buah keras juga dikenali sebagai pokok rasmi Hawaii.

Gambar sumber: Awesome America
·        Perubatan
o   Minyak- perengsa+pencahar/minyak jarak untuk peransang rambut/penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut.
o   Isirung- ubat julap.
o   Di Jepun, kulit batang pokok buah keras berfungsi untuk merawat tumor.
o   Di Sumatera, biji-biji buah keras ditumbuk, kemudian dibakar dengan arang dan disapu pada bahagian pusat badan, supaya dapat merawat cirit-birit.
o   Di Kepulauan Jawa, kulit batangnya telah dipergunakan merawat cirit-birit dan disentri.
o   Di Malaysia- isirung jadi pulpa/daun-daun direbus, digunakan sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi, bengkak dan gonorea.

Azan

Dah masuk malam ke-3, saya kat Miri ni, tempat kawan saya. Adalah dalam 2 tahun saya tak ke sini, tempat member saya ni. Dia dok kuarters guru. Tapi sekolah dia jauh dari kuaters. Dan sebelah kuarters ni, ada sekolah.

Apa yang menghairankan saya kali ini, tiada langsung azan berkumandang. 
 

Dulu, saya selalu stay kat tempat kawan saya ni, ada jer azan bila masa telah masuk. Memang hairan. Selalunya azan yang berkumandang dari surau sekolah sebelah kuarters ni. Yalah, sekolah pun sekolah berasrama. Budak cuti pun, saya tetap mendengar azan dari surau sekolah tu. 

Adakah azan sekarang ni 'diharamkan' ke kat kawasan ni? Kalau tak nak dengar kuat sangat, kita boleh adjust kenyaringan speaker tu. Ok, saya tak dapatlah nak kata apa.. Tapi inilah yang saya hairankan. Adakah azan dihalang di kawasan ini? 5 kali sehari semalam jer. Tak sampai 5 minit pun.. Tapi kalau bunyi muzik tekno kuat-kuat, tahan pulak telinga tu nak dengar.... Deruman kereta yang dibuahsuai pulak, tak ganggu pulak telinga yang slalu komplen azan bising...

Sedangkan surau kampung sebelah lagi saya dengar, inikan pulak sebelah-menyebelah... Apa nak jadikan.... Bila kita terlalu berfikiran liberal dan free thinker, beginilah...

(Terkilan+Sedih)+Boring

boring...dah ler tinggal sorang..member balik kampung sat...dan aku tak tau nak buat apa dalam 3 hari setengah ni... keja? aku dah tak keja lagi... dan perlu cari keja baru...jujurnya,aku lagi terkilan ngan keja lama aku tu...mana nak cari pekerja setia dan jujur macam aku ni.bukan nak ninggi diri, tapi itulah aku yang sebenarnya.sukar mana pun keja, aku tetap setia dan patuh akan arahan bos...sedih tau...aku niat,aku hanya akan berhenti jika permohonan keja yang aku pohon diterima dan menerima aku bekerja...sebab menunggu itulah, aku kena keja sementara selagi boleh....sedih...terkilan...nak nak cekau duit,nak bayar loan PTPTN lagi..macam tak pernah nak kurang jer...makin up adalah...

macam ni lah keadaan aku...fikiran masih lagi kosong..perlukan semangat...

Monday, September 17, 2012

[VIDEO]: Blind Masterchef

Demam Masterchef dah mula kat Malaysia ni.. Pada yang minat dalam masakan dan makanan, inilah yang dinanti.. Masterchef Malaysia dah start minggu lepas. Minggu ni mulalah bootcamp... Malam tadi pun dah start tayangan US Masterchef kat Star World Astro...

Memang berbeza rancangan dua ni, walaupun francais yang sama dari Australia. Cuma yang Malaysia ni untuk musim ke-2, peserta dia nampak over-confident. Kalau masakan tu sedap, tak kisahlah makanan tradisional atau moden, tapi juri terpikat, tak apa gak. Ni, macam main-main saja masak... Dah tu yang terpilih masuk bootcamp, ya ampun, da dah siap bergaduh, sindir-menyindir...Siap mulut neraka macam AA pun ada. Kan pelik macam tu kat Malaysia... Buat menyampah adalah. Cuba macam musim yang lepas, cool jer peserta dia. Cik kak oi, ni Malaysia, adab sopan tak de ker,nak tunjuk gak ke perangai macam tu. Masakan entah apa-apalah. 

Lainlah, US... Mereka memang dilaga-lagakan antara satu sama lain, sebab US... You know I mean.... Semangat persaingan di kalangan mereka memang tinggi, memang dah tu perangai US... Tak heran kalau kita tengok reality show yang lain... But, kalau mereka dah minat tu, masakan pun, mak usu aku cakap, kalau hari-hari makan cam gitu, lari bajet.. Sungguh-sungguh mereka buat... Yelah western food.. Tapi bagi mereka, tu lah makanan harian mereka tapi diberi sentuhan moden/fusion kan.

Tapi da satu peserta ni yang memberi inspirasi buat sesiapa... Peserta pertama yang buta dalam sejarah US Masterchef(or Masterchef ever kot..), Christine Ha. Seorang pascasiswazah, pintar berkata-kata dalam berfalsafah dan ikhlas.. Seorang yang yakin apa yang dia masak, nak over-confident pun dia sedar akan kekurangan diri dia... Tapi kurangnya dia, tapi dia memiliki kelebihan yang orang jarang nak peduli.. Deria rasa dan sentuhan yang kuat... Sampai chef Ramsay, ramai peserta mengabaikan deria rasa dalam masakan.... Semalam pun Christine, merasa segala masakan dia sebelum menghidang kepada juri, dan siap berseloroh lagi, "because I'm cannot see."...... Jom jamu mata semula adegan penuh inspirasi ni:


Psst:
Ambillah dari sudut positif ya...

Saturday, September 1, 2012

[BERITA]: Singapura Guna Kamera Pantau Sampah Dari Tempat Tinggi- Malaysia Bila Lagi?

Kan bagus PBT Malaysia macam ni...


Kamera pantau sampah dari tempat tinggi

 Imej kamera litar tertutup menunjukkan seorang penduduk pangsapuri di Singapura membuang objek melalui tingkap kediamannya.Imej kamera litar tertutup menunjukkan seorang penduduk pangsapuri di Singapura membuang objek melalui tingkap kediamannya.
Singapura: Bandar raya ini bakal menyaksikan pemasangan kamera pemantau di 110 tempat dalam masa tiga bulan akan datang bertujuan membanteras masalah pembuangan sampah dari tempat tinggi. 

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata, kamera berkenaan akan dipasang di beberapa kawasan perumahan di Bukit Panjang, Pasir Ris, West Coast, Hong Kah dan Sembawang kerana disifatkan mempunyai masalah pembuangan sampah serius yang membabitkan bukan hanya sisa makanan tetapi membabitkan kotoran seperti najis dan air kencing. 


Didakwa di mahkamah 

NEA memberi amaran mereka yang ditangkap melakukan kesalahan itu menerusi kamera pemantau akan didakwa di mahkamah dan kes mereka akan disiarkan kepada umum. 

NEA berkata kamera terbabit menggunakan perisian menganalisis video didapati amat berkesan untuk mengesan pembuangan sampah walaupun puntung rokok. 

“Ketika kajian perintis dilakukan tahun lalu, kamera pemantau ‘menangkap’ dua orang yang membuang puntung rokok dari tingkap mereka pada waktu malam,” kata seorang pegawai NEA. Kedua-dua pesalah terbabit didakwa di mahkamah dan didenda masing-masing S$800 (RM2010) dan S$1000 (RM2512). 

Di bawah undang-undang mereka boleh didenda maksimum sehingga S$1,000, dikenakan Perintah Kerja Pemulihan (CWO) tidak melebihi 12 jam atau kedua-duanya sekali. 
Bagi kes pembuangan sampah, NEA berkata kamera dipasang selepas membuat penilaian keadaannya dan selepas usaha pendidikan dibuat bersama majlis perbandaran. - Agensi


Sumber: Berita Harian Online

Pentingnya educate orang awam tentang kebersihan. Kekadang tong sampah depan mata pun, boleh lagi selamba badak buang sampah macam tu. Saya tak tau lah mentaliti rakyat Malaysia ni. Susah sangatkah nak jadi pembersih. Kita boleh ikut benda yang positif dari Singapura ni. Pasal nak educate rakyat, sampai mahkamah tentukan hukuman hanya membuang sampah merata. Dahlah denda pun bukannya murah...

Saya lagi ingat kat salah seorang guru besar masa sekolah rendah dulu. Tuan Haji Ibrahim, sekarang dah pencen. Saya masih ingat lagi akan amanat beliau satu hari perhimpunan. Dia cakap, sampah yang kita nak buang tu, kalau tak jumpa tong sampah, letak dulu dalam satu beg plastik atau masuk poket(yang kecik), then kalau jumpa tong sampah, barulah dibuang... Sampai sekarang, saya masih amalkan. Kalau yang besar-besar, selalu saya akan letak dalam satu beg plastik, tak pun kotak kecik, pastu buanglah kat tong sampah. Sama gak yang kecik-kecik, simpan poket, jumpa tong, buang... Senang jer tu...

Lagi satu kalau dok umah flat. Sama kes berita kat atas ni.... CCTV digunakan untuk pantau aktiviti membuang sampah... Huhhh... Jangan kan sampah pepejal, sampah cecair sama kot.... Saya pernah dok flat kat Sri Serdang, pernah kena. Dok baguih, jemur baju, cadar tilam, ntah mana uncivilized punya orang kat tingkat atas, selamba buang air(kumbahan??) dari beranda dapur... Macam tak ada bilik air jer, suka-suka hati buang air dari atas. Awak dok umah flat, kat atas lagi tu... Kena ingat gak... Kalau rumah bukan atas tanah kita, manalah boleh buat sesuka hati. Paksalah saya cuci semula baju-baju ngan cadar sekali lagi... Bengang wei...

Psst:
Kalau malas sangat, jangan ngelat kalau ada PBT kutip cukai... Yelah, tu kan gaji buat pekerja kebersihan... Kalau tak nak kena cukai, apakata tanamkan sikap pembersih... Dah tu pihak PBT kuatkuasakan undang-undang macam ni...

[BERITA]: Hakim Sokong Samsung

Mahkamah Jepun tolak produk firma Korea tiru Apple 

Tokyo: Mahkamah Tokyo semalam menolak dakwaan Apple Inc bahawa Samsung melanggar hak ciptanya, keputusan terkini dalam pertarungan perundangan global mengenai paten telefon pintar yang melagakan dua gergasi teknologi berkenaan. 
Samsung dari Korea Selatan, pengeluar telefon terbesar dunia, mengalu-alukan keputusan Mahkamah Daerah Tokyo bahawa teknologinya untuk menyesuaikan peralatan telefon bimbit dengan komputer tidak melanggar hak cipta Apple. 

“Kami sudah lama berpendirian begitu. Kami akan terus menawarkan produk inovatif kepada pengguna, dan meneruskan sumbangan kami kepada pembangunan industri telefon bimbit,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan. 

Peguam Apple yang hadir enggan memberi kenyataan, dan tidak diketahui sama ada Apple akan mengemukakan rayuan. 

Dalam sesi yang berlangsung selama beberapa minit, Hakim Tamotsu Shoji, berkata beliau tidak berasa produk Samsung menyamai teknologi Apple dan menolak saman berkenaan, yang difailkan Apple Ogos tahun lalu. 

Apple, pengeluar iPhone dan iPad yang beribu pejabat di California, terbabit dalam kes perundangan serupa di seluruh dunia mengenai sama ada telefon pintar Samsung, yang bergantung kepada teknologi Android Google Inc, secara tidak sah menggunakan reka bentuk Apple, idea atau teknologinya. 
Dalam satu kes seumpama itu, juri di California minggu lalu memutuskan produk Samsung secara tidak sah menggunakan ciptaan Apple. Juri mengarahkan Samsung membayar ganti rugi sebanyak AS$1 bilion (RM3 bilion) dan kini menilai permintaan Apple untuk menarik balik lapan produk Samsung dari pasaran dan dilarang di Amerika, termasuk telefon pintar popular, Galaxy. 

Produk terbaru Samsung, Galaxy S3, tidak termasuk dalam keputusan Amerika itu. 

Keputusan semalam adalah yang pertama dibuat di Jepun dalam perbalahan perundangan kedua-dua pihak di seluruh dunia, tetapi teknologi lain turut dibawa ke mahkamah oleh kedua-dua syarikat itu dalam kes perundangan berasingan di Jepun. 

Keputusan di sini adalah kes pertama didengar di mahkamah negara lain. Samsung sudah jual 50 juta Galaxy S dan Galaxy S2 di seluruh dunia. - Agensi

Sumber: Berita Harian Online

Psst: 
Bagi saya, saya lagi suka Samsung. Mampu milik gitu. Samsung produk lebih mesra pengguna. Tak complicated seperti iPhone. Walaupun saya memiliki smartphone Samsung, tapi selalu guna bos punya.. Note dia, Tab 10.1... Serius senang.. iPhone, macam 'sombong' sikit, macam US gak lah. Ada gak iPhone dalam kedai tempat saya keja ni.. Biasalah, as Celcom CXP, kami ada menawarkan pakej menarik smartphones dan semestinya ori... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails