CLEMENTINE
Isinya tidak terlekat pada kulit
Isinya tidak terlekat pada kulit
Ia adalah sejenis kacukan antara limau masam dengan limau mandarin Mediterranean. Clementine mempunyai kulit berkilat dan isinya tidak terlekat kepada kulitnya. Isinya berbau harum, manis dan berair. Ia enak dimakaan mentah. Selain itu, sesuai untuk dicampurkan dalam masakan yang menggunakan daging yang kaya dengan lemak seperti daging itik.
Jusnya dicampurkan dalam kuah salad terutamanya pada campuran minyak zaitun dan herba yang dimayang halus, dicampur jus lemon atau limau nipis.
PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Buah yang baik mempunyai kulit berkilat dan tidak terasa lembut jika disentuh. Periksa kulitnya untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan atau tompok lembut yang menandakan isinya sudah rosak. Kulitnya harus boleh dikupas dengan mudah dan meninggalkan isi yang segar dan sedikit biji.
Selepas membelinya, simpan dalam mangkuk buah pada suhu bilik untuk memastikan ia tidak rosak. Jika disimpan dalam kawasan sejuk, ia akan bertahan lama. Cara yang baik ialah dengan membelinya dalam kuantiti sedikit dan nikmatinya ketika masih segar.
KHASIAT DAN VITAMIN
Terdapat 37 kalori dalam 100g isi clementine segar atau sekurang-kurangnya 30 kalori dalam clementine bersaiz sederhana. Hanya terdapat 0.4g protein dan 0.1g lemak dan 3.4g karbohidrat.
Ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan. Terdapat sebanyak 41mg vitamin C bagi setiap clementine sederhana saiz. Vitamin ini penting untuk mendapatkan kulit yang bersih, meningkatkan sistem imunisasi dan mengekalkan kekuatan gusi, ligamen dan otot.
Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan asli. Terdapat juga sedikit vitamin B dan ia membantu mengatasi masalah penghadaman serta meningkatkan keupayaan sistem saraf. Selain itu juga, clementine mengandungi kalium, kalsium dan magnesium.
Sumber: Majalah RASA Edisi 1(terbitan Karangkraf)
No comments:
Post a Comment