Hari ni plan jadi dirancang... Cuma lari sikit dari plan asal... Kata pukul 9 pagi nak bertolak, tapi pukul 10 pagi baru bertolak. Dah tu, beli barang lagi kat Morsjaya...
Saya nak citer satu situasi ni jer... Dalam pukul 11 tu plan nak breakfast... Hahahaha.. Lewat kan... Perut pun berkeroncong hebat. Ingat nak breakfast kat tempat dekat-dekat ngan keta. Yalah, hujung kedai parking. Kawan saya ni, nak makan roti canai, that's mean, kene jalan jauh ke hujung kedai sebelah sana... Huhuuu... Kawan ingat nak bawa keta sekali, tapi saya nak jalan jer. Nak alih kereta, amik masa dan belum tentu dapat parking lagi, dahlah hari Ahad.
Jauh pun boleh tahan. Ngan panas lagi. Ngan sesak ngan manusia lagi hujung-hujung minggu ni. Sampai-sampai sana, punyalah lama tunggu meja kami kena servis... Kawan saya dah hangin.. Itulah sapa suruh gi sini. Sampai orang meja sebelah, order lagi, berkali-kali dia order sebab tak sampai-sampai lagi dari tadi. Siap mencarut lagi tau.... Nak salahkan sapa ek....
Bila meja kami kena servis, macha yang serve tu, bermasam muka. Tanya makan, so, kawan saya ni lambat sikit nak jawab, macha tu buat muka nak marah.... Apalagi, as customer always right, kawan saya pun buat muka hangin kat macha tu. Lastly, baru macha tu nak buat muka manis-manis sikit, nak amik order. Kawan saya ni, ingat nak blah dah bila macha tu buat muka then kalau dia marah kitaorang... Boleh tahan lagi...
Order lambat satu hal.. Keadaan yang sesak, tempat tak berapa bersih, panas lagi.... Saya ngan kawan order roti sardin. Dah tu untuk daughter dan nephew dia roti kosong. Dan siap tapau 4 keping lagi...Yang ok macha ni, dia akan repeat order sebelum kompom lari lagi..Sampai-sampai, ok lagi.. Air minuman? Teh tarik, macam tak tarik jer gamaknya. Kalau bapak saya ada sekali masa tu, sah-sah teh tarik tu masuk balik dapur, request tarik lagi... Tu nampak macam, mereka siap bancuh tuang terus ke gelas... Tinggi buih pun tak keluar dari mulut gelas tu... Kawan saya tu dah tak berselera nak menghabiskan sebab mood dah lari. Saya pulak? Semestinya saya abiskan. Rezeki tu... Sedap tak sedap, memang dah sikap saya untuk menghabiskan. Itupun, kawan suruh makan lagi bahagian roti daughter dia. Sebab dia tengok saya cepat abiskan makanan. Dah tu sikap saya jugak. Cuma kalau bab roti canai dan berkaitan dengannya, saya cukup satu jer. Badan memang bam, tak semestinya saya melantak banyak gak.
Bila part membayar lagi satu hal.... Sebab dah tak tahan nak berlama-lama, mana lagi bau asap rokok lagi, kedai makan Cina sebelah yang selalu letak stall sup kat depan kedai, dan wap-wap dia melencong ke arah kami lagi. Punyalah liat macha ni nak gi meja kami. Dahlah orang nak bayar, saya ngan kawan bersilih ganti melambai pekerja dan macha tadi, nak suruh kira.. Penghabisannya, kawan pun gi kaunter yang tak berorang tu. Tension tul... Bila kawan dah ke kaunter, barulah macha tadi ke meja kami, baru nak kira. Laa, kawan saya dah tercegat kat kaunter tu, macha ni baru terhegeh kira....
Cepat-cepat kami blah dari sana. Dan kawan sempat berbisik kat saya, komplen pasal kualiti keja restoran mamak tu.. Harga?? Tak padan ngan servis dia. Roti sardin tu RM5 sekeping tau!!! Laa, ingatkan dalam 2 hengget lebih ke.. Ee, kalau RM3, saya boleh terima lagi.. Ni, sardin punya rasa pun kosong, terus dari tin, cubalah masak sikit, bagi ada perasa... Kuah cicah, macam masak lemak je.... Tapi memang saya takkan pijak lagi kedai makan mamak tu dan cawangan dia sekali...
Psst:
- Gambar tak disertakan sekali, sebab takde mood dah nak amik gambar masa tu.... Bayangkan jer... Sapa dok Miri, dan tau kedai makan ni area Morsjaya, faham-fahamlah ye...
- Entri ni buat pada sebelah malamnya(baru nak publish hari ni).
No comments:
Post a Comment