Friday, October 12, 2012

[INFO]: KUBIS (CABBAGE)

KUBIS(CABBAGE)
rendah kalori dan kurang lemak

Pelbagai jenis kubis yang ada di pasaran kini, bunga kubis, kubis Brussels dan brokoli datangnya daripada keluarga yang sama, iaitu kubis laut- Brassica oleracea L, yang tumbuh secara liar di kawasan Mediterranean, barat laut Eropah dan selatan semenanjung Britain.
bunga kubis(cauliflower)

kubis Brussel (Brussel sprout)


brokoli (broccoli)

Jenis yang sangat cantik ialah kubis Hispi, selalunya dicampurkan dalam stok untuk hidangan sampingan.
kubis Hispi
Kubis lain seperti kubis putih yang rangup, kubis merah yang sesuai digandingkan dengan buah epal dan juniper.
kubis putih
kubis merah
Kubis hijau termasuklah yang mempunyai rasa pedas, jenis savoy yang sesuai untuk digoreng.
kubis hijau
PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Kepelbagaian kubis membuatkan ia mudah diperolehi sepanjang tahun. Terdapat beberapa panduan untuk membeli dan memastikan kubis yang beli itu masih segar. Daun yang paling luar haruslah kelihatan segar dan rangup dengan warna yang menarik.
Kubis bulat harus padat, kubis putih berkeadaan bulat, keras dan berat. Daunnya berkeadaan rangup.
Elakkan membeli kubis yang mempunyai daun lembut, terdapat kesan kulat ataupun dimakan serangga. Kubis segar boleh disimpan dalam kotak salad dalam peti sejuk untuk selama seminggu.

KHASIAT DAN VITAMIN
Terdapat 90% air dalam sebiji kubis dan sangat rendah dari segi kalori dengan hanya 26 kalori bagi setiap 100g. Jumlah ini mengandungi 1.7g protein, 4.1g karbohidrat dan hanya 0.4g lemak.
Kandungan vitamin C dalam 100g kubis adalah sebanyak 49mg. Masak untuk seketika kubis memandangkan vitamin C mudah hilang jika ia dimasak dalam suhu terlalu panas. Memakan kubis mentah boleh mengekalkan kandungan vitamin C. Kubis mengandungi sedikit serat dan mineral termasuk kalium, sedikit kalsium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 (terbitan Karangkraf)

No comments: