Saturday, March 12, 2011

Kamus Dialek Sarawak...Tema: Majlis Perkahwinan

Sempena cuti sekolah ni, ramai plak yang nek pelamin.. Kawan-kawan pun da dah yang menjemput datang majlis mereka... Skang ni cuma jemput secara Facebook je ngko.. Jimat bajet kawen.... Tapi mungkin sorang dua jer aku pergi majlis mereka. Yang lain, aku minta mahap banyak-banyak, sebab masa dan tempat korang jauh. Kalau da masa boleh gak aku ke sana.. Ni, pasal keja.. Susah sikit...

Ok... Istilah dialek Sarawak pada kali ni ialah kenduri... Kalau ikutkan dalam Bahasa Melayu ialah kenduri. Tapi kalau sesiapa yang berada atau bakal menjejakkan kaki ke Sarawak ni, jangan terkojut kalau da orang bawa hangpa PENGILAN... Kalau dialek Melayu dari Semenanjung aku tak taulah kalau maksud tu lain sikit.. Tapi kalau kat Sarawak ni memang kenduri itu ialah PENGILAN, PILAN atau PANGGILAN

PENGILAN, PILAN, atau PANGGILAN, adalah benda yang sama... Cuma penggunaan ayat berlainan setiap dialek setempat. Kebiasaannya PENGILAN atau PILAN(selalu dengar orang Serian cakap macam ni)... Tapi kalau masuk kawasan Limbang atau Lawas, dialek akan kedengaran lain dari kawasan Sarawak yang lain. Jadi kalau orang-orang sana bawa pegi PANGGILAN, maksudnya kenduri. Nenek aku cakap, PANGGILAN ni artinya(ceewahh) tuan sesuatu majlis tu memanggil kita(kira menjemputlah) ke majlis mereka. Makanya, kita pegi majlis orang yang memanggil kita datang ke rumah...

Kenduri= PENGILAN, PILAN atau PANGGILAN.

Psst:
1. Panggilan kalau kat Sarawak ni bukanlah panggilan,kena panggil...
2. Panggil plak lain plak ayatnya... Nanti aku buat entri pasal ayat tu.....

Thursday, March 3, 2011

Mac daa....

As'Salam.
Skang ni kita di awal bulan Mac. Bulan 3 paling senang. Bagi aku, bulan permulaan klimaks dalam satu-satu tahun... Kalau Januari dan Februari merupakan bulan bersukaria, jadi bulan Mac ni merupakan permulaan klimaks dalam setahun ni....
Bila dah masuk bulan Mac ni, ada 4 bulan lagi usia ku bertambah setahun... Dah masih belum ada tanda-tanda kegembiraan buat ku...
Seperti:
  • mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.
  • tanda-tanda dilamar.(cehhhh)
Itulah yang aku nanti-nantikan... Walaupun masih di awal tahun, tapi kalau dihitung dan dilalui hari-hari, dari Mac ke April ke Mei ke Jun ke Julai ke Ogos ke September ke Oktober ke November dan terakhir sekali Disember.... Dan genaplah 365 hari(tahun biasa ini tahun).... Bukankah akan berlalu hari-hari itu... Kalau dapat tahankan hari, aku nak sangat tahankan masa ketika aku masih di universiti. Buat sehabis baik... Hmm, itulah, sapa suruh buat main-main masa tu.

Yang terakhir tu... Biasalah hati seorang wanita. Siapa-siapa pun akan terdetik di hatinya bila isu ini timbul... 

Pssst:
1. Entry pertama di bulan Mac.
2. Baru nak update... Idea tak jalan daa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails