Thursday, July 26, 2012

Wednesday, July 25, 2012

[VIDEO]: Perkahwinan Pasangan Muda Cetuskan Fenomena

Saya rasa semua dah tengok video perkahwinan pasangan muda Syafiq dan Yana kan.


Bagi saya, bila persetujuan kedua belah pihak terutamanya wali pihak wanita, kita tak perlu persoalkan. Umur? Ya memanglah muda, tapi keduanya telah baligh kan... Kiranya berdua juga dah tahu, faham dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Bila dah semua difahami dan dipersetujui, apa hak kita nak mempertikaikan. Nikah pun dah sah. Saya ni taklah pandai agama, tapi kita harus faham kenapa kan. Baca komen orang yang lebih berpengalaman dan pandai agama mengenai perkahwinan mereka ini.

Bila tengok video perkahwinan pasangan muda ni, ingat kat arwah mak. Kawen muda macam ni ke? Taklah. Tapi arwah mak selalu ugut-ugut manja kat saya, kalau tak reti masak, nak buat keja rumah, kalau da orang minang, trus arwah mak approved... Takutnya. Dahlah masa tu Tingkatan 4... Memang arr tak reti nak masak ikut tekak orang kat umah, kalau keja umah tu bolehlah buat. Macamana nak kawen kalau masak tak reti. Bila arwah cakap macam tu, sedih gaklah. Anak dia ni ada cita-cita lain, takkan nak kawen awal. Nak gak membahagiakan dan membanggakan mak bapak.

Tapi sayang, mak dah pergi dulu. Kata terakhir arwah kat saya, masa tu dia sedar kejap, "Mak tak sempat nak tengok kamu(anak-anak dia 2 orang ni) bersanding."

Sedih gak arwah mak cakap macam tu. Sempat lagi dia berseloroh kat saya, dan tak ambil pusing sangat. Tapi memang sedih bila ingat kata-kata itu...Macam keluarga Syafiq dan Yana ni, kedua mak bapak mereka mesti seronok kan, mengerjakan majlis perkahwinan untuk anak-anak mereka.. Sapa tak gembira, anak kawen, penat-penat menyiapkan majlis janji semua orang happy.

Oklah, sebelum akak ni melalut lebih jauh, akak nak ucapkan selamat pengantin baru, selamat menempuh alam rumahtangga buat Syafiq dan Yana ni. Tak kenal akak pun tak pe, janji korang popular. Diharap berbahagia ke akhir hayat kalian. Kalau da masalah tu, sama-sama selesaikan ye... Biasalah lidah lagi tergigit, ni kan pulak suami isteri.

Psst:
Buat Syafiq dan Yana, biarlah orang nak kata apa. Kita dah buat benda baik, orang pandang jahat. Yang jahat lagilah orang tengok kita jahat. Ingat satu ayat ni: Anjing hanya menyalak pada orang yang ia tidak kenal. Renung-renungkan. Selamat berpuasa ye......

Tuesday, July 24, 2012

[BEBELANKU]: Masihkah Kita Ingat Akan Cikgu Merotan Kita?

Assalamualaikum.

Amacam tajuk?

Tadi bukaklah akaun Twitter kejap. Saya memang tak reti sangat nak bertwitter. Apatah nak mengemaskini status kat Twitter.  Dan saya suka follow orang. Salah sorangnya ialah Encik Ben Ashaari

Tweet dia yang menarik perhatian saya:

Ya, itu dia. Encik Ben mengimbau memori lama. 

Sapa tak nakalkan. Budak pendiam pun ada nakalnya. Aku ni kira-kira pendiam arr, tapi nakal tetap ada. Malu tau ai nak ngaku ai ni budak baik macam malaikat... 

Rotan? Zaman sekolah memang selalulah. Jangankan sekolah, kat umah pun da tau. Kalau kat sekolah, memang tapak tangan yang selalu kena. Melainkan kesalahan berat kat sekolah, barulah kena kat bontot... Opss... Tangan yang selalu kena rotan memang kebal dah. Ada kawan-kawan saya tak kisah dah bila kena rotan tau. Tangan dah keras, kata mereka. Yelah, rotan pulak macam-macam saiznya.

[sumber]
Masa sekolah rendah tahap 1(darjah 1 hingga 3), saya tak ingat sangat guru mana yang pernah merotan saya. Alah budak tahap 1, memang perangai, ya ampun, Tuhan jer yang tau. Guru-guru yang kena mengajar budak tahap 1, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Rotan pulak macam makanan sampingan.

Masuk darjah 6, itulah tahun yang 'azab' bagi kami. Semasa itu Cikgu Irene merupakan guru kelas dan memerangkap guru BI kami. Dia terkenal ngan cikgu rotan. Sesapa pernah berguru ngan cikgu Irene, memang tau arr.. Salah sikit,rotan. Silap banyak jangan cakaplah, rotan lagi dan lagi. Terutamanya kelas dia ajar BI. Dahlah rotan dia tu gemok macam ibu jari, lagi besar dari rotan guru besar kami. Sekali libas, berbirat tangan. Memang seksa arr. Dah tak kira lagi budak nakal atau tidak. Kira masa itu, BI ada power arr. Kena pastikan betul, kalau tak rotan makan tangan.

Sepanjang darjah 6, tak pernah lagi ada aduan dari ibubapa kami masing-masing pasal kena azab rotan ni. Saya selalu citer kat arwah mak pasal ni. Ingat dapat back-up, sebaliknya, arwah mak  cakap, "Pada muka. Lain kali jangan malas belajar. Itu pengajaran buat kamu."
Mak bapak zaman kami takkan campur tangan hal anak-anak kat sekolah. Sekadar rotan untuk menghukum, apalah kan. Cikgu nak rotan anak saya, rotanlah. Selagi tak mengancam nyawa kami. Tak macam sekarang, rotan macam batang lidi kena kat anak, trus datang komplen, masuk tv skali...

[sumber]

Naik sekolah menengah, rotan-merotan ni kurang sedikit. Memasing dah baligh katakan. Merotan pun guru disiplin/pengetua lebih banyak buat. Masa di Tingkatan 1. Dan saya pernah kena rotan oleh guru disiplin atas alasan buat bising kat kelas(ketua kelas dendam kat saya). Jadi senarai nama 'pembuat bising' dihantar ke pejabat guru disiplin kami, nama pun kena panggil dari pejabat melalui PA system. Then dapatlah 2 kali rotan dari guru disiplin tersayang. Since that day, saya bertekad tak nak lagi kena rotan sampai abis skolah(punyalah tekad tu,jadi budak 'baik' arr). Tapi niat tu taklah caya sangat. Tingkatan 3 kelas PI, ustazah pernah sekali rotan sebab markah exam PI saya tak memberansangkan(lulus jugaklah,ok). Tapi dapat sekali libas je. Lulus pun tak capai target ustazah. Kawan-kawan kelas PI yang lain da kena 2,3 rotan sebab gagal.

Itulah kali terakhir saya kena rotan zaman sekolah. Tanpa hukuman sebegitu, kita takkan ingat apa yang bakal berlaku akan datang... Bagi aku, hukuman rotan, taklah melampau sangat pun. Cuma orang kita sekarang, suka buat isu rotan ni sampai masuk tv.. Dah tu jadi politik ler... 

[sumber]

Eh, kita flash-back zaman sekolah dulu-dulu, ok jer kan. Apasal skang ni tak ok. Rotan pun kat tapak tangan. Sebab guru ada garis panduan dan sempadan dalam mendidik anak murid. Lainlah, guru tu merotan tempat yang tak sepatutnya. Itu dah kira mendera.

[sumber]

Monday, July 23, 2012

[GAMBAR]: Kueh Bongkol (Ini bukan entri resepi, sesaja nak share gambar)

Mari jamu mata anda ngan gambar-gambar saya amik dari Google.

[sumber]

Saya nak sangat makanan ni kalau waktu buka puasa... Masuk hari ke-3, saya masih mencari...

[sumber]

Ya, itu dia Kuih Bongkol. Kalau kat Sarawak, kueh ni kitaorang panggil Kuih Bongkol... Lemak manis, lemak santan tepung pulut dan manis gula apong bersatu... Fuhhh.... Lama dah tak membeli... Memang kueh ni cepat abis.. Selalu saya beli, masih terasa panas, kira baru lepas stim... Perghhh... Semalam mencari, hari ni sambung lagi pencarian kueh ni... Kat tempat saya ni, Limbang, kalau bazaar ramadhan amat kurang kueh-mueh peniaga nak jual. Semuanya makanan berat-berat, makanan kebiasaan. Dan kueh ni amat jarang orang sini nak buat. Tak tau kat tempat lain...

[sumber]

Grab lagi gambar dari blog orang lain. Hahh... Macam ni lah isi kueh bongkol, lembut-lembut... Yang coklat-coklat itu, sira gula apong... Pergh.... Lemak manis berkrim sedapnya....

Saya tak reti nak buat kueh macam ni. Hehehehehee....

HARI KEMERDEKAAN SARAWAK




[mood cakap bahasa Melayu Sarawak]

Sari tok, adalah sorang duak kawan aku kat FB share gambar atas tok kat wall dak masing-masing . Sebagai anak jati Sarawak, aku langsung sik tauk pun bila Sarawak merdeka. Yang aku faham dari buku sejarah sepanjang aku skolah, Sarawak di-mbak sidak Malaya ekot dak ngan Sabah dan Singapore untuk bentuk Malaysia pada 16 September 1963. Sampey kinetok mesti ingat tarikh tok.. Aku akan nganok sapa yang sik tauk apa yang berlaku dalam 16 September marek dolok-dolok ewh... Orang ya bukan truly Malaysian mun sik tauk. 

Tapi lepas tauk bila Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963, akan sentiasa lekatlah... Sik perlu gago nak ingat birthday Justin Bieber mun sik tauk merdeka negeri terchenta tok bila.

Patutlah, masa aku diat cita Hidden Cities kat History Channel  @555 Astro(mun sik silaplah) riya, gik terbayang-bayang da sorang ompuan puteh bercerita hal Sarawak. Nya madah, Sarawak sememangnya dah merdeka sebelum masuk Mala di-mbak sidak Malaya molah Malaysia. Tertanyak juaklah, mun orang ya cita kedak ya. So, bila diat da orang share gambar di atas, trus aku Google untuk pastikan lah. Nang ada juak blog pasal tok, tapi mostly, in English. 

Dan salah satu petikan dari Wikipedia;

Independence

Sarawak was officially granted independence on 22 July 1963, and joined with Malaya, Sabah, and Singapore, in the federation of Malaysia, formed on 16 September 1963, despite the initial opposition from parts of the population. Sarawak was also a flashpoint during the Indonesian Confrontation between 1962 and 1966.


Jadi selama tok tagline 'Sarawak Merdeka Dalam Malaysia' adalah sik betul sama sekali. Mek orang dah merdeka sebelum ekot dak len molah Malaysia. Mun tagline 'Sarawak Maju Dalam Malaysia' boleh diterimalah...

Anyway, sempat gik nak wish SELAMAT HARI MERDEKA BUAT SARAWAK. Ingat ok, 22 JULAI 1963, Sarawak merdeka... Ingat sampey bila-bila. Biar sekda masuk buku sejarah hal tok, biar tarikh keramat ya masuk dalam ati kita semua.

Psst: 
Entri tok cuma pendapat aku jaklah. Sik perlulah sapa-sapa yang terasa apa yang tertulis. Aku bukan sapa-sapa dalam dunia politik, cuma mok share yang patut kita tauk jak nak.. Mun sik paham aku tulis tok, sila berkawan ngan miak Sarawak. Cuma jangan dianok jak. Ingat, skali miak Sarawak tok dihina,dikeji, sebumi Sarawak akan nganok orang ya balit...That's our spirit...

Selamat Berpuasa Semua!!!!


Friday, July 20, 2012

[VIDEO]: Harapan Ramadhan - Raihan ft Man Bai


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433

Assalamualaikum...

Beberapa jam lagi, Ramadhan bakal mendatang. 

Ramadhan 1433H. Tak sabarnya hendak ketemu...

Namun dalam beberapa jam itu, sempatkah kita menyambutnya?

Ajal itu rahsia Allah SWT, maka bila-bila dalam beberapa jam lagi ajal datang memjemput, apalah kuasa kita hendak menghalanginya... Allah lagi Maha Mengetahui....

Harapan saya untuk Ramadhan tahun ini semoga amal ibadat diterima oleh-Nya. Mudahan amal pada bulan Ramadhan berterusan ke bulan-bulan yang lain. Kira suatu permulaan yang baik bagi yang cuba menjadi lebih baik. 

Kalau boleh nak puasa penuh sebulan(insya-Allah..biasalah perempuan). Dan paling penting, mudahan saya dapat mengawal rasa marah(itu sudah semestinya), dan lebih bersabar.

Itulah harapan saya.... Bersama-sama kita memperolehi keberkatan dari-Nya.

Amin.

Sumber: klik sini

Wednesday, July 4, 2012

[BEBELANKU]: Ponteng


Lain pulak kes saya zaman u....

" WE'RE HAVING EXAM... TODAY??? "

Mau taknya terketaq-ketaq pale lutut ai.... Saya ni budak Fizik zaman u. Selalu berkepit ngan 2 kawan saya ni. Nak kata budak baik, suam-suam kuku. Ada masanya skip kuliah, terutamanya kuliah subjek Konsep Biologi. Budak Fizik amik Kimia ngan Biologi skali. Tapi budak Biologi, tak de pun amik subjek Fizik. Kimia sahaja.... Kalau ikutkan, konsep biologi tu, satu level biologi SPM. Tak susah mana pun. Paling senang, baca, faham teori dan konsep.. Dah... Ini, buku biologi dijadikan satu alat untuk mempercepatkan proses mengantuk.... Hahahahhaha... Nakal tak ai......

Penah skali tu. Oleh sebab slalu skip kuliah biologi(ikut pensyarah yang ajar, ada yang tak...), kitaorang pun slalu ketinggalan.
Dan satu hari tu, saya ngan 2 lagi dah plan nak skip kelas biologi hari tu. Bila kami lalu depan dewan kuliah itu, ada sorang coursemate, melambai saya dan berkata,
"Hang tau tak, hari ni ada exam bio?"

"Astaga.. Ya ke? Alamak.. Kitaorang tak tau pulak hari ni ada exam," jawab saya.

Nampak sangat selalu skip kelas biologi ni. Lantas, saya inform kat 2 kawan saya ni. Apalagi, terkejut beruk mereka bila dapat tau pasal exam. Terus kitaorang baca nota bio. Kawan saya, yang bernama Vera, berabis membaca. Saya ngan Diana, rileks je. Bagi saya, di saat-saat akhir macam tu, memang takkan masuk lagi segala nota. Kalau sekadar sekilas pandang oklah. Bagi saya, saya ok ngan subjek biologi ni. Nasib saya da buat ulangkaji. Tapi, serius, memang tak tau pun ada exam. Nasib hari tu, hati kami kuat nak lalu depan dewan kuliah tu. Slalu kalau nak skip, kitaorang takkan jalan jauh gi fakulti kitaorang. Trus straight balik hostel.

Sejak hari tu, kami tak sudah nak skip kelas biologi. Biarlah boring macamana pun.

Kenapa kami selalu skip kelas biologi ni?
Masa semester tu, saya ingat lagi kuliah biologi ni mula pukul 9 pagi di dewan kuliah sains di Fakulti Sains UPM. Dan pukul 8 pagi hari yang sama kuliah biologi tu, pun kami da kuliah salah satu subjek fizik. Tak salah saya, Fizik Keadaan Pepejal. Kuliah tersebut diadakan di ITMA, Institut Teknologi Maju UPM. Kalau diikutkan memang jauh dari Fakulti, Jalan kaki dari sana balik fakulti cukup memeluhkan ketiak. Dahlah pensyarah fizik tu suka amik masa lebih. Macam tak faham-faham yang kami ni ada kuliah pukul 9. Memang dah kena gitau oleh ketua jabatan masing-masing, para pensyarah harus menamatkan kelas 5 minit awal. Sebab kebanyakan pelajar ada kuliah pada pukul 9 pagi. Tapi Dr R yang mengajar kami Fizik Pepejal tu, memang lebih arr.. Paling melampau dia boleh curi masa lebih. Dah abis, nak-nak dalam 5 minit nak ke dewan kuliah seterusnya. Bila masuk kuliah biologi tu, kena pulak Dr Bio(yang perempuan tu,aku lupa dah nama dia), sindir-sindir kami pulak lambat masuk....

Dalam kami 3 orang tu, Vera diikutkan lagi kakak dari kami. Otometik lah, dia dijadikan 'kak Long' kami. Dia selalu mengeluh, kalau macam ni, boleh gila jadinya. Berkejaran masa nak kuliah. Dalam seminggu, 3 kali kelas pukul 8 ngan 9 pagi.. Dr R suka curi masa kuliah orang lain.... Penghabisannya, kalau dah terlampau lewat, memang kami skip kelas biologi tu. Masuk kuliah biologi pun asyik kena sindir...

Alhamdulillah, walaupun kami ni suam-suam kuku dalam subjek biologi, ketiga-tiga kami lulus cemerlang!!! Konsep Biologi pun kan... Nasib tak Bil

Psst:
Sila jangan iku perangai kami ye buat adik-adik pembaca...!!!!!

[WORDLESS WEDNESDAY]: This is how logic thinker think

[WORDLESS WEDNESDAY]: To Whom It Concern

credit to: Nurul Rashidah

[BEBELANKU]: Kisah iPad Di Pagi Hari

Awal pagi ni, saya didatangi seseorang, bertanyakan produk postpaid..  Sepasang suami isteri, si suami tu dalam 50-an. Pada mulanya, saya ingat mereka ni warga asing, dah ditanya, ternyata orang Malaysia dari Miri . Tapi slang bercakap, bukan orang tempatan. Macam dari seberang pulak....

Ni sedikit dialog kami. Biar saya nama lelaki tersebut, Encik A.

Encik A: Sini boleh register pakai bil?

Saya: Boleh.

Encik A: Macamana proses? Pembayaran?

Saya: Untuk register, hanya bayar RM50.

Encik A: Saya mau ngan internet skali.

Saya: Ok... Itu mau tambah bayaran.

Encik A: Yakah. Takkanlah macam tu.

Saya. Ya, encik. RM50 tu untuk panggilan. Sebulan minimum bil RM50. Dah h internet memang tak masuk dalam caj RM50. Itu perlu tambah servis untuk internet, caj pun lain.

Encik A: Yalah saya mau register sebab pakai iPad.

Saya jadi blurr kejap.

Saya: Ok. Sekarang ni encik nak register untuk internet service ke atau apa?

Encik A: Saya mau dua-dua. Call n internet skali. Untuk iPad saya ni. Pas tu boleh set kan sekali setting dia.

Saya: Memanglah, sekali encik dah register, memang setting dia automatik gak.

Encik A: Manalah tau tidak dapat. Register nanti rugi takda setting. Kan pakai iPad ni. 

Jap, iPad? My brain automatic said, iPad just for browsing but not for telephone. Entah berapa kali dia sebut iPad, iPad....
Fikiran stuck kejap, dan mulut saya ni automatik tanya kat dia:

Saya: iPad boleh buat call ke?

Encik A: Boleh apa...

Lalu, Encik A pun mengeluarkan sesuatu yang masih tertutup. Dalam hati saya, kecik jugak iPad dia ni. Sekali buka pouch 'iPad' dia, tertera kat sudut bawah 'iPad' dia tu, Samsung. Rasa nak ketawakan dia je, bongkak sangat rasa pakai iPad, tapi sebenarnya Samsung Tab. Untuk pengetahuan korang, iPad yang dimaksudkan oleh Encik A ini ialah Samsung Galaxy Tab 7 Plus.... Laa, bagitau jer lah, yang benda ni Samsung Galaxy Tab. Tak yah bongkak sangat sebut iPad, iPad. I'm not too jakunlah ngan smartphones skang ni. Cuma tak mampu jer nak membelinya.

Saya kalau dah macam ni gamaknya perangai orang, saya buat-buat tak reti. Malas nak layan. Eksen jer. Tu dialog je, tak tengok lagi gaya dia tengah bercakap macamana... Buat research dulu beza iPad ngan Samsung Galaxy Tab tu... Tak semua komputer tablet tu sesuka hati nak panggil iPad. Kang ada yang kena saman Apple.. Dahlah Apple-Samsung tak sebulu....

ni Samsung Galaxy Tab 7 Plus/7.7(sama jer patern )
Kalau Samsung Galaxy Tab 10.1, takperlah juga kalau tersebut iPad, saiz lebih kurang sama. Ini saiz 7" lebih mereka panggil iPad.



ni dua bijik iPad. Besar dalam 10"

Psst: 
Kalau nak show-off pun ikut kemampuan. Taulah mampu beli Samsung Galaxy Tab 7.7, takyahlah nak tokoktambah cakap gadget tu iPad pulak. Saya ni, walaupun taklah ada smartphone macam korang, komputer tablet ke, tapi saya perlu tau gadget-gadget macam tu...

Tuesday, July 3, 2012

[BERITA]: 'Bujang Seblak' Tewas Jua


Bujang Seblak tewas jua


by Kepu Sidi. Posted on July 3, 2012, Tuesday


DENDAM TERBALAS JUA: Embol dengan perasaan geram cuba mengoyakkan rahang buaya berkenaan sambil disaksikan oleh Indet. (Gambar kiri) Indet menunjukkan bekas tembakan di bawah dagu buaya yang telah berjaya ditangkapnya.



SARATOK: Buaya jantan yang dipercayai membaham isteri Tuai Rumah Embol Asom dari Sungai Anak, Pelunga Roban, dua minggu lalu berjaya ditewas setelah memakan pancing berumpankan anjing yang dipasang pawang buaya Indet Sanabong.

Kepastian bahawa buaya terbabit adalah Bujang Seblak yang bertanggungjawab membaham Siah Monsung adalah berdasarkan terdapat kesan tembakan di bawah dagu buaya terbabit yang masih jelas kelihatan.

Perkara ini turut mendapat kepastian daripada pawang buaya Indet Sanabong yang terkenal dengan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang memburu buaya.

Buaya sepanjang 12 kaki itu berjaya didaratkan oleh Indet bersama seorang pembantu dan dua penduduk kampung ter-babit pada sekitar jam 8 pagi semalam.

Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh penduduk kampung terbabit, satu tepukan di kepala reptilia terbabit telah menyebabkan ia terus diam dan menuruti kata-katanya (Indet).

“Pada mulanya, buaya yang terkena pancing pawang yang hanya bertali rotan itu begitu kuat meronta dan seolah-olah mahu menyerang balas.

“Namun sebaik sahaja pawang berkenaan membaca menteranya dan menepuk di kepala buaya tersebut ia terus berhenti dan seolah-olah menjadi bodoh dan menuruti segala perintah pawang berkenaan,” cerita mereka yang ditemui oleh pemberita semalam.

Sementara itu, Indet, 49, yang ditemui Utusan Borneo berkata beliau amat yakin buaya yang membunuh isteri Tuai Rumah Embol adalah buaya yang berjaya ditewaskannya itu.

“Salah satu bukti yang paling nyata kita dapat lihat ialah satu kesan tembakan yang terdapat di bawah dagu buaya ini.

“Tambahan pula, tugas saya selaku pawang buaya ini adalah hanya menewaskan mana-mana buaya yang pernah berbuat dosa iaitu dengan menjadikan manusia sebagai mangsa mereka atau dalam bahasa Iban ‘Puni’, memakan daging manusia.

“Ini bermaksud mana-mana buaya yang pernah memakan daging manusia akan dikira berdosa dan saya yakin ia tidak akan terlepas dari memakan umpan yang telah dipasang dan semua perkara itu sudah termeterai dalam perjanjian men-tera saya,” jelas Indet.

Tambahnya, buaya terbabit telah memakan umpan yang telah dipasang mereka di kawasan Lubok Sungai Nyiar, iaitu kawasan buaya besar ber-kenaan sering timbul.

“Tugas saya memancing buaya di Sungai Seblak untuk memburu buaya yang bertanggungjawab akan saya hentikan hari ini (semalam) kerana saya yakin bahawa buaya yang bertanggungjawab dalam melakukan serangan terhadap isteri Tuai Rumah Embol telah berjaya ditangkap,” katanya.

Pada seminggu lepas Indet juga telah berjaya menewaskan dua ‘orang kanan’ Bujang Seblak iaitu seekor buaya jantan yang dikenali sebagai Bujang Muara  sepanjang 9.2 kaki dan seekor buaya betina dikenali dengan jolokan ‘Dara Nanga’ sepanjang 8.9 kaki.

Kedua-dua buaya terbabit telah memakan umpan yang dipasang oleh Indet di kawasan kira-kira satu kilometer dari muara Sungai Anak.

Sementara itu, pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang turut sama melancarkan gerakan memburu buaya bermasalah di Sungai Seblak sejak beberapa hari lepas turut mendapat seekor buaya betina sepanjang sembilan kaki berhampiran muara Sungai Anak.

Pada masa yang sama, buaya yang diberikan jolokan penduduk setempat dengan nama Bujang Seblak telah dibawa ke pekan Roban dengan menggunakan bot dari Sungai Anak.

Ketibaan buaya terbabit di pekan kecil Roban ‘disambut’ oleh ribuan penduduk yang telah bersedia untuk melihat sendiri buaya berkenaan dan ia telah dibawa ke balai polis untuk tindakan yang selanjutnya iaitu pengumpulan data.
Namun begitu pelbagai persoalan timbul daripada mulut masyarakat setempat, khususnya yang pernah bertembung dengan buaya terbabit di sungai berkenaan.

Persoalannya, adakah buaya berkenaan betul-betul Bujang Seblak atau buaya biasa kerana buaya yang diberi jolokan Bujang Seblak menurut penduduk mempunyai saiz yang amat besar, iaitu saiz belakangnya hampir menyamai sebuah kereta Kancil.

Tetapi buaya yang berjaya ditewaskan bersaiz sederhana sahaja kata mereka dan ia terus menjadi tanda tanya adakah buaya yang sebegitu besar ada wujud di Sungai Seblak atau sebaliknya.

Sekitar jam 4 petang semalam, buaya terbabit dibawa semula ke Rumah  Embol di Sungai Anak oleh pihak SFC untuk dibedah isi perutnya bagi pengumpulan data sebelum ia dikuburkan.

Sumber: Utusan Borneo 


[BEBELANKU]: Marah

Geram...................

Ni pasal orang marah kat saya.....................

Orang marah tu pun baru pas kena marah orang lain.......................

Tapi tosahlah nak lepaskan kemarahan tu kat orang lain.............................

Sapa tak geram.....

Kalau geram kena marah, marahlah balik kat orang tu.............

Dia ni customer, ada hak nak marah CS yang marah dia.............

Jadi bila customer ni marah saya hanya kerana kena marah CS lain, saya pun angin juga..................

Saya ni tak ada sebab orang tu nak marah saya, saya cakap bagus-bagus, jangan pulak nak herdik saya yang tak berdosa kat dia...............................

Apa lagi, "Kalau hanya kena marah oleh mereka, tak perlu marah saya kat sini, marahlah kat orang marah kamu tu."

Kan dah kena ayat oleh saya.........

Monday, July 2, 2012

[GAMBAR+BEBELANKU]: Hantaran

tak tau nak kredit sapa, sebab ramai yang share gambar ni


Kalau orang India, hantaran dipanggil 'dowri'. Dan selalunya yang menyediakan hantaran adalah dari pihak perempuan(sila betulkan saya, kalau fakta silap). Dan dekat Malaysia ni, khasnya orang Melayu hantaran dibagi oleh pihak lelaki.

Macam dah jual anak dah gamaknya minta hantaran tinggi-tinggi kan. Hantaran sebenarnya, taklah wajib sangat pun berbanding mas kahwin. Hantaran ini digunakan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kedua belah pihak. Mengikut statistik di gambar atas ni, memang nampak melampau ler. Ramailah orang yang akan lambat kahwin. Lebih-lebih lagi calon isterinya itu lulusan universiti. Jangankan lulusan universiti, lulusan STPM pun dah mentadarah nengok statistik hantarannya. 

Tapi ada sorang dua rakan saya, mak mereka tidaklah meletakkan hantaran secara mendadak. Hantaran hendak dibagi biarlah berpatutan, lagipun majlis perkahwinan ni tak dapat nak bajet macamana. Karang letak hantaran rendah, tapi perbelanjaan kahwin lagi banyak dari hantaran susah. Letak tinggi pulak, belanja majlis pulak kurang, rugi pulak pihak lelaki. Dan mak kawan saya itu, cuma cakap, bagilah nak bagi berapa, kalau terkurang untuk belanja kahwin tu, sama-sama keluar duit. Bestnya mak kawan saya tu, taklah demand!!! 

Ada segelintir orang, dengan bongkak lagi, dalam keluarga tak ada lagi orang ada hantaran kurang RM10k... Anak pulak keja biasa-biasa, taklah tinggi mana pun belajar. Tapi hantaran letak setaraf ijazah..Ayo, tu lah sebenarnya kalau dalam Islam ni, bila berlebih, akan ada satu sifat yang jelik, menunjuk dan bongkak. Kalau nak show-off hantaran mahal, tak yah cakap macam tu, buktikan majlis kahwin anak tu, 'grand' mengalahkan retis okayyyy...... Tak yah sampai mengungkit keturunan kita macamana. Anak tu pun satu tempat orang tau perangai macamana, tapi masih lagi nak puji kasi up tak hengatttt...... Memang tak padan hantaran RM10k tau.

Saya pula? Terpulang kepada keluarga. Tapi apa yang saya nak ialah, biarlah simple. Nikah kat pejabat agama pun jadi, jimat kos, sanding pun tak naklah tukar baju berpasang-pasang(tak yah sanding pun ok-kang ada yang bising). Buat majlis walimatururus yang simple, jemput saudara mara dekat, rakan yang sudi datang(tak paksa kalau tak dapat)... Dan jiran tetangga... Jangan pulak jiran sebelah rumah tak dijemput, tapi orang kampung bersebelah-belah jauhnya dijemput pulak ye. Ni jugak masalah orang kita kan, hal menjemput ni...

[INFO]: As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini dan Hari Jilbab Sedunia


Adakah hari jilbab sedunia memperingati Marwah as-Syarbini??

Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini

Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr.Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.



Sumber: Dunia macam-macam@Facebook

Psst:
Kita yang kat Malaysia ni yang aman damai, takde orang nak kacau pasal bertudung, tapi ada yang masih lagi tak mengikut yang telah ditetapkan syariat. Orang Malaysia gi merantau ke luar negara, kalau iman tak kuat, terus terbang tudung dan alasan nanti, takut kena tembak/tikam... Tapi dalam hati trus cakap, bestnya, boleh ler aku buat macam-macam fesyen rambut, warnakan rambut pun boleh. Tapi dalam kes Marwah As-Syarbini, di saat nafas terakhir arwah, mempertahankan dirinya hanya kerana jilbab. Saya mungkin tidak sehebat wanita itu, tapi insya-Allah, selagi bernafas di muka dunia ini, biarlah selamanya saya bertudung. Jangan pulak bertudung kerana trend, tapi baju di badan seperti pembungkus nangka pulak..

Sunday, July 1, 2012

[GAMBAR]: Zaman Budak I.T. Ek?

gambar: Sabahan Troll @ Facebook
Sebagai CS, memang salah satu keja saya ni ialah mendaftar postpaid terutamanya broadband. Selalu kalau pasal bil, kami lebih menggalakkan pelanggan menggunakan e-billing. Oleh itu, perlu sertakan sekali alamat email semasa mendaftar.

Macam dalam gambar di atas, bila ditanya alamat email, kebanyakan mereka termasuk budak yang baru menginjak usia 18 tahun(mentang-mentang dah dapat daftar broadband nama sendiri kan), mereka jawab tak ada. Dah tu, saya tanya lagi, Facebook ada tak? Dengan muka eksen kat saya ni, ada... Serius, saya rasa nak ketawakan je mereka-mereka ni. Cakap kat saya, kan main eksen lebih, macam bijak sangat. Tengok-tengok nampak sangat kebodohan mereka. Macam Si Kocoh kat gambar kat atas ni.

Zaman saya sekolah dalam milinium gak dalam 2001(Form 5). Walaupun saya tak pernah ambik kelas IT kat sekolah, tapi tau lah juga email tu apa, apa kaitan ngan Facebook... Budak sekarang, amik je subjek IT kat sekolah, tapi macam haram tak tau pulak kaitannya.