Sunday, September 11, 2011

Aku Derma Darah Lagi (aku tak tau nak letak tajuk apa daa)

Selamat berhari Ahad semua. Selalunya aku cuti hari ni, tapi dek cuti panjang pada hari raya, makanya, aku kena cover hari cuti aku dalam sebulan ni... Kalau tak potong gaji.... Biasalah jadi kuli yang jadi kuli gak(bos aku cakap tau), memang macam ni... Hahahaha....

Sebelum masuk keja tadi, sempat gaklah aku menderma darah. Mungkin aku tak kaya berkepuk-kepuk duit, tapi aku derma darah kira ok. Menderma jugak kan. Dah macam kemestian je. 3 bulan sekali, aku mesti buat. Bukan kurang darah pun. Tambah sihat adalah... Taklah kurus terus badan ni nak menderma... Aku tak kisah bentuk badan macamana, yang penting kesihatan terjaga... Ada satu pakcik yang pernah sama-sama menderma, aku dengar dia bercerita ngan kawan-kawan dia, kalau dia tidak menderma darah, dia akan rasa pening-pening. Kira suatu kaedah pengubatan jugaklah... Tak taulah kalau ada penerangan saintifik pasal ni.

Tapi paling sedih bila ada orang mengata yang aku ni menderma sebab nak makan free... Seolah-olah aku ni menjual darah demi sesuap nasi. Aku tak pernah berniat sampai macam tu. Walaupun ada masanya aku kekurangan duit pun masa tu, aku masih lagi boleh beli nasi bungkus. Aku tak kemaruk sangat ngan ayam goreng Sugarbun, sebab aku dah boring ngan ayam goreng dari restoran fastfood. Memanglah setelah menderma, kami diberi kupon makan di Sugarbun. Kira ok tau mereka bagi nasi ngan ayam goreng. Macam pertama kali aku menderma, masih kat UPM masa tu, lepas menderma dia cuma bagi kuih ngan snek-snek ringan. Tapi yang bagusnya dia bagi ubat untuk membina sel darah merah... Dapat makan atau tidak, aku tidak peduli. Orang yang mengata tu yang lebih kan...

Niat aku hanya satu. Membantu pada yang memerlukan. Aku sekarang ni pun, takda siapa memerlukan. Biasalah memasing tengah senang, mana nak ingat aku. Jadi sekurang-kurangnya ngan aktiviti ni dapat mengurangkan lara di hati ku. Walau tak mengenali orang yang amat memerlukan, tapi aku rasa bangga dapat membantu... Lepas ni aku nak mendaftar pulak menjadi penderma organ. Aku tak kisah orang cakap apa. Aku buat kerana Allah. Bukan kerana sesiapa. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails