Wednesday, January 11, 2017

B.I. dan Faiz.

Berbahasa Inggeris memang penting. Cuma kebolehan individu berbeza-beza. Ada bunyi macam orang British pelat, ada yang asal bunyi, ada yang pandai tapi tak ada bunyi 'orang putih' tapi power penguasaannya, ada yang boleh sebut peduli tak betul sangat, asal orang boleh faham, dan jenis ada aku kisah...

Yang aku kesiankan, si Faiz. Susah payah kita cipta nama setanding pemain dunia lain, yang tak bestnya, bila orang kita sendiri yang bash dia teruk. Peduli apa, dia mencuba. Asal maksud sampai. Aku tengok klip video dia bagi ucapan, sebelum dia naik, yang si penyampai anugerah, dia cakap dalam Spanish ke Portugese, selamba je. Dah tu siap kedengaran pentejermah. Kalau pun Faiz punya teruk B.I nya, tapi apa yang dia cakap sampai, 'mat saleh'2 kat sana faham, oklah. Kira, apa yang dia sebut, dia faham, kita faham. Kat dunia ni pun ada gak orang tak reti sangat berB.I., tapi boleh gak hidup kat tempat orang berB.I. sepenuhnya.


Biasalah dia bawa teks ucapan melalui hp dia.. Mana-mana pemenang anugerah kat dunia pun, waima pelakon, penyanyi, ada di kalangan mereka, siap-siap bawa teks. Pernah tengok anugerah OSCAR tu, siap lagi bawa teks ucapan, pandai speaking lagi, sebab dia tak tau nak cakap apa kat depan. At least dengan adanya teks tu, ada gak idea dia nak cakap apa.

Lumrah kat dunia ni, pemain-pemain handalan pun bukannya hanya ada di negara B.I sepenuhnya. Bukan ramai yang cakap, Messi dulu pun guna bahasa ibundanya sampaikan ucapan. Eh, mereka yang sukan, kita tengok skill permainan bukan bahasa bhai. Sukan ni, semua orang faham bahasa sukan. 




Thursday, January 5, 2017

Resipi Air Jamu Untuk Bersihkan Rahim Selepas Datang Haid

Setiap bulan, setiap wanita akan berdepan dengan tempoh datang haid. Selain masalah senggugut, ada juga yang mengalami masalah haid tidak teratur dan hal ini akan mengganggu hormon seorang wanita.

Apa yang boleh anda buat adalah mengamalkan air jamu ini. Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih. Cara untuk membuatnya juga mudah.




AIR JAMU 'DATANG HAID'
BAHAN-BAHAN:
2sm halia
2sm kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 cawan air
Gula batu atau madu *mengikut citarasa


CARA MEMBUAT:
Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.  

Note:
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih



KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan

Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.

AMARAN: Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.

Artikel asal dari RASA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails