Monday, November 29, 2010

Tahun Baru dan 'Andalusia'

Salam Isnin semua....

Bila dah hujung tahun ni, mulalah gelisah perasaan ni... Apa daknya, tahun baru menjelang, tambah setahun lagi umur ni... Krisis 'Andalusia' pun bermula... Yang tak bestnya, bila diri ini dibanding-bandingkan oleh orang lain...

Ada di kalangan kawan aku dah kawen semenjak dari bangku skolah lagi.. Sudah pasti kes tak sepatutnya berlaku kalau kawen di bawah umur. Baiknya lelaki nak bertanggungjawab ataupun terpaksa... Kalau umur tu baru setahun jagung, aku tak heran sangat nak kawen awal-awal. Sebab aku ada impian untuk digapai... Bila masuk awal 20-an, belum ada lagi ura-ura nak menamatkan zaman bujang ni. Sebabnya, aku masih belajar lagi, pastu aku belum ada calon yang sesuai. Calon sesuai?? Sebab masa tu, takde sapa sudi nak pandang aku ni. Yalah, aku ni taklah cantik pun. Debab, gelap dan nerd... Ada kawan ku yang masih belajar tu, dah kawen. Suami pulak sekursus dengan dia. Yalah dari berkepit hari-hari, bagus kawen, lagi selamat. Tak kisah nak kepit hari-hari sebab dah sah... Pertengahan usia 20-an pulak, memang ramailah rakan-rakan yang seusia aku mendirikan masjid. Friendster pun banyak mesej menjemput datang majlis kawen mereka...

Jangankan kawan, aku punya sepupu pun dah da yang kawen. Macam Ija, Sanusi. Selamat dah... Beranak pun dah....Tahun baru ni, giliran abang si Sanusi; Faisal nak bina masjid. Faisal ni pulak sama umur aku. Kan lelaki pulak yang dulu... Yang aku ni entah bilalah kan... Jodoh adalah rahsia Allah.

Jiran-jiran jangan cakaplah... Anak-anak mereka lagi muda dari aku, dah kawen. Aku gak yang kelambatan.... Makcik-makcik sekampung dah bising dah tanya, bila... Dan jawapan aku senang jer, aku tak tau... Jawapan standard bagi golongan 'Andalusia', jodoh belum ada, seru tak sampai lagilah... Yang tak bestlah kat kampung aku ni, adalah seorang makcik ni, pangkat nenek saudara akulah, suka sangat nak kutuk perempuan lambat kawen. Dia siap cakap lagi, kalau lambat kawen, EXPIRED. Amboi, Mak Nek, tak sayang mulut nampak.... Yalah, anak 'dara' dia yang muda setahun dari aku dah kawen tahun lepas... Mak Nek, biarlah saya EXPIRED sebab usia lanjut, jangan pula EXPIRED sebab lain, contohnya tuttttttttttttt.....Faham-faham sendirilah. Mak Usu aku cerita, yang Mak Nek tu kawen lambat juga dekat-dekat 40 baru kawen... Eh, biar betik Mak Nek tu cakap kami, yang golongan 'Andalusia' macam tu, padahal dia lagi lewat yang teramat... Mudah-mudahan aku tidaklah selewat macam tu sekali...

Dan alasan aku kalau kalau orang tanya bila nak 'berteman':
  1. Saya belum bekerja tetap, makcik/nek. Takkan lelaki saja nak bekerja keras, saya pun nak rasa bekerjaya.
  2. Saya belum yakin nak kawen. Dalam Islam kita perlu yakin dalam semua perkara. Jadi, biarlah hati saya tetap dan yakin untuk menerima jodoh saya kelak.
  3. Kalau saya saja-saja nak kawen sebab ramai kawan saya dah kawen, maknanya hati saya belum tetap dan yakin. Dan semestinya saya tak naklah kawen sekejap di atas ketidaksefahaman dengan pasangan saya kelak. Dan yang penting, saya tak naklah menyesakkan fail-fail penceraian pada meja peguam syarie. Dahlah banyak kes tak selesai, ada pulak nak menambah bilangan penceraian di Malaysia ini.
  4. Bagi saya, saya nak pasangan saya nanti ,biarlah dia yang pertama dan terakhir bagi saya.. Insya-Allah. Maksudnya, biarlah jodoh tu serasi dengan saya. Saya takkan terburu-buru nak cari jodoh.
Itulah alasan aku kalau orang tanya kenapa tak kawen-kawen lagi. Skema sangatlah ayat aku taip yang mengatakan alasan. Hahahahaha....... So, korang baca sendiri dan fahamilah hati saya ini... Ceeeewahhhh....

Tahun 26... Tahun depan dah masuk 27 tahun. Fasa akhir 20-an tu. Mungkin tekanan sikit...  Ah biarlah, biar Allah saja yang menentukan. Aku hanya mampu merancang dan berdoa jer kepada-Nya.

Kalau dapat, aku nak pakai kasut macam ni:
hehehe..nak sangat pakai macam ni walaupun kaki aku kaki itik mix gajah sikit......

Sunday, November 28, 2010

How can I not love you - Joy Enriquez



Kalau tak pasal Mari Menari, aku tak tau lagu ni.... How can I not love you... Cinta itu tak dapat dielakkan... Betul tak????

Friday, November 26, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Hanya Pada-Mu

Ya Allah...
Jika semua ini ketentuan dari-Mu, aku redha...
Kau permudahkan hatiku agar aku dapat mengharunginya...
Tetapkan hatiku, agar aku tidak berpaling dari-Mu...
Hanya pada-Mu aku berdoa dan berserah kerana Kau Maha Mengetahui...
Amin...
(doakan kesihatan ku,ya sahabat.. semoga Allah swt merahmatimu)

D.E.M.A.M

polar bear pun boleh demam(sapa suh dok kutub sana)
 Nampaknya aku dah start nak demam... Aku rasa sejuk semacam... Orang lain panas, aku rasa sejuk giler... Kenapa pulak waktu ni sakit nak datang...? Tekak pun rasa perit semacam kalau nak telan makanan atau minum air... Wah...  Inilah part aku tak suka... Jadi rockers perempuan plak... Suara serak-serak basah gitu.... Dan masa-masa sakit ni, akulah manusia paling tak suka makan ubat... Kalau ubat pun, aku sanggup telan Paracetamol je. Dan kalau gi klinik pun sekadar nak minta surat MC. then, ubat-ubat yang dibekalkan nanti, sure tak kan habis. Selalu klinik bekalkan antibiotik(kalau selsema sekali), dan MESTI abis... Tapi lain jadik kat aku. Gerenti akan baki lagi... Mana tak susahnya penyakit nak datangkan.... Kalau nak elak demam jadi teruk, aku syorkan korang baca blog ni Please dong! Adalah dia terangkan serba sedikit mengenai mengelakkan demam secara biologi(bagi yang tak suka makan ubat macam aku ni haa...)

Calon SPM mati sesak nafas ketika hendak duduki peperiksaan

MUAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia ketika hendak menduduki peperiksaan di Sekolah Menegah Kebangsaan Ledang, Tangkak, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, pelajar terbabit tiba-tiba sesak nafas ketika ketua pengawas peperiksaan memberi taklimat. 
Beliau disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian.  
Sumber: Berita Harian Online

Takziah dan Al-Fatihah buat keluarga pelajar terbabit. Mudah-mudahan arwah pelajar tu ditempatkan di tempat orang beriman.... Kalau dah ajal datang menjemput, apa daya kita hendak mengelak. Semua itu ketentuan dari-Nya. Dari Dia kita datang, kepada-Nya kita kembali....

Buat calon-calon SPM tahun ni, selamat berjaya dan jangan lupa kesihatan anda......

Monday, November 22, 2010

^26 Going Back To 6^

Salam Isnin y'all...
Amacam tajuk entry??? Kalau si Jennifer Garner berlakon cerita 13 Going 30(dia berangan nak jadi dewasa sebab malu boobs dia kecik,tak macam kawan-kawan dia yang seusia dengan dia), aku nak sangat kalau aku jadi budak kecik lagi...
tak kisah pun keadaan fizikal macamana sekalipun.. sebab kecik lagi..tak kisah pun..yang penting kita happy bersama...

tengok cookies ni...innocent jer rupa budak-budak ni..senyum memanjang

Budak tak fikir sangat masalah. Yalah 'innocent' katakan. Selalu bergembira ngan kawan-kawan... Ya, kawan-kawan... Boleh main sama-sama...
main masak-masak/pondok-pondok ker

Dah tue hi-tea olok-olok...
jom main plastisin....girl cakap, "kita tenyek2 macam ni." boy cakap plak, "pakai benda ni lah."

 Main pondok-pondok ni memang favourite budak-budak perempuan... Kang adalah yang pegang peranan jadi mak, bapa, anak dan tah apa-apa lagi.... Tapi part watak bapa tu, kadang-kadang terpaksalah panggil budak laki yang rajin nak main game ni... hehehehe.....
Pada sapa yang lasak terutama budak lagi, of course lah bukan game yang disebut tadi.... Kadang-kadang perempuan pun lasak juga ikut budak laki....  Orang cakapkan lantaklah, kawan-kawan pun best.... Yang penting best...
aku rindu sangat nak main basikal ngan kawan2 keliling kampung... rempit lagi tu bila kena kejar...
tennis??? maybe the next roger federer???
let's drive this cute liltle hummer....mak oi..pokai bapak aku kalau nak hummer ni kecik..
main guli...best gilerlah main ni...sapa terer, memang slalulah dapat guli free...
Pas tu kan, bila budak kecik, kita tak kan sangat nak gaduh-gaduh, tak amik hati sangat kalau ada budak nak ejek kita ke apa.... Yang penting happy.... Rindu nak jadi budak kecik.... Tak perlu amik kisah sangat apa-apa perkembangan semasa... Tak perlu nak susah hati walaupun pada masa tu kita tak senang mana pun... Masa tu juga, telinga bagaikan kena tebat. Kalau parents kita marah nak rak, membebel, sehari dua memang insaflah, tapi tak lama kemudian, buat balik...
mak cakap jangan main tepi sungai...tapi aku tak peduli sebab best main-main ngan kawan..balik-balik memang telinga kena piatlah sebab tak dengar cakap mak.....
nilah part best main air laut...tapi masa aku kecik, akulah manusia paling takut nak main air.kalau kat tepi laut, aku pastikan aku takkan lalu kat gigi air...memanglah nampak terketar-ketar kalau kaki cecah air laut.....

Sunday, November 21, 2010

Farmville Oh Farmville

Salam Ahad....
Farmville oh farmville.... Aku dah lama main ni... Setahun lebih dah... Kalau ikutkan 2 kali bulan Ramadhan berlalu... Memang gilerlah main ni. Aku penah stop kejap. Dah tu sambung balik bila tengok kawan-kawan Facebook aku main macam best jer. Yelah dulukan aku main, tak ramai sangat kawan main, kawan-kawan Facebook pun tak ramai. Bila makin ramai kawan Facebook, barulah aku sambung main. Itupun ada kawan-kawan dah atasi level aku. Buat masa ni aku dah nak masuk level 66.. Sapa ada di antara korang nak menambah 'jiran' Farmville, add jer aku ni.. Sedia meng'approve'kan permintaan menjadi rakan. Dan semestinya, pada sesiapa yang rajin bagi hadiah, pasti aku balas... Jangan risau, beb.....
Inilah hasil setahun... Kalau betul-betul kan bagus... Kaya den....    



 Kebun aku ni taklah cantik sangat.  Sedang-sedang jer. Semua bangunan-bangunan aku masuk stor dah.. Tinggal kandang, reban, pokok-pokok dan kedai jer....

Laguku Untukmu

Friday, November 19, 2010

Saya Budak Baru Belajar

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan.

Salam Jumaat semua...
Wah... Pantun-pantun lagi. Bukan apa, sekarang ni tengah sibuk mengemaskini blog ungu ni haa... Cuma, blog aku memanglah simple-simple jer. Sebab aku tak reti nak hias-hias blog ni. Asal simple dan tak 'memenatkan' visitor loading page ungu ni, udah ler...
Satu lagi, kalau da siapa yang sudi joging/walking blog ungu ni, kalau ada cadangan buat macamana nak buat blog ni menarik, ataupun komen yang bernas, amatlah dialu-alukan. Kalau nak mencarut ke hapa, memang aku tak benarkan langsunglah..... Dan semestinya komen yang mencarut akan di'remove' serta-merta... Ada faham???

Perpisahan Terasing

TARA 4

OMG... Totally Malaysia is out from this competition.... Sedih tau... Langsung tak der wakil pun dari Malaysia... Dah takder mood nak tengok TARA ni... Takder sapa nak disokong... Ethan dan Khairie melambangkan Malaysia yang sebenar... 2 kaum bersatu untuk bertanding.... Mungkin dah nasib kot... Walaupun masih tak puas hati sebenarnya. TARA ni pun macam nak abis cepat jer. Macam yang lepas-lepas, yang pasangan dari Filipina; si Terry ni, ntah berapa kali asyik last jer, masih lagi diberi peluang... Ni tak, baru minggu lepas pasangan dari India, Suhaina dan Dimple keluar, pas tu minggu ni, ada lagi team yang keluar.... Macam tak adil jer.. Mentang-mentanglah TARA francais dari US, so yang Richards ni kan bekas kerakyatan US, mereka nak singkir team yang pesaing utama, iaitu Ethan dan Khairie... Macam politik jer kan...
Tapi kalau diimbas semula, Ethan ni jenis yang tamak sikit tau. Tengok macam tadi, masa nak daftar nama nak naik bot yang pertama sekali, mula-mula bukan main lagi, si Ethan plan ngan Richards dan Claire&Michelle nak naik bot yang sama, kononnya kalau bot kedua cukup kouta, akan berlepas terlebih dahulu. Tapi, perkiraan Ethan ni memang dah salah sebab, bot-bot yang digunakan memang dah ditetapkan masanya. Bila jer macam tu, teruslah si Ethan ni tulis nama mereka kat board bersama Jessi&Lani;bot pertama yang akan berlepas. Apalagi mamat Richard yang seorang ni, benganglah.... Dan Ethan masa tu pun diserang rasa bersalah sebab perkiraan yang salah... Mungkin masa tu Richards berdoa agar Ethan&Khairie ni kalah untuk pusingan ini. Yalah kira Richards ni jadi mangsa. Nasib baiklah Claire&Michelle ok masa tu. Khairie pulak cuba menenangkan Ethan. Sebab Ethan ni agak kelam-kabut berbanding Khairie. So, masa tu jugak tumpuan si Ethan ni pun terganggu sedikit. Kalau ikutkan Ethan&Khairie ni kira team yang paling cool la... Tapi apa kan daya, memang dah nasib mereka dalam TARA ni. Bayangkan kalau ada wild-card... Gerenti ada yang mengamuk beb..... Apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat....

Thursday, November 18, 2010

Aku,hujan rintik-rintik dan budak itu...

Tadi kan, tutup jer kedai, aku terus tunaikan niat aku nak beli burger kat gerai depan Jeti Limbang... Tiba-tiba pulak tekak ni mengidam nak makan burger. Korang janganlah fikir bukan-bukan tau... Sesaja nak makan. Ada bawa duit lebih, aku pun beli lebih, belanja budak-budak kat umah ni. Sapa lagi, sepupu-sepupu aku kat umah tu; Irfan dan Danish. Tapi si Danish aku cuma belikan sosej panggang je. Kedekut punyer kakak sepupu dia ni.. Hehehehhee... Bukan apa, Danish masih lagi budak kecik yang tengah mengira usia ke-3 tahun, hujung bulan depan. Lagipun, dia belum reti nak makan yang pedas-pedas...
Masa tu kan, tengah hujan rintik2... Kalau renyai-renyai, memang basah lembaplah. Ni, boleh lagi aku nak jalan-jalan. Bila tengah tunggu abang burger tengah siapkan burger aku pesan, adalah seorang budak ni. Kecik aje. Aku anggarkan usia dia dalam 9 atau 10 tahun. Memula tu, aku tengok dia berjalan menuju ke arah gerai tempat aku beli burger tu, aku macam kenal jer budak ni. Tapi masa tu cahaya kat situ taklah terang benderang mana pun. Tapi bila dia dah dekat, memang sah budak ni aku kenal. Aku taklah tau nama dia. Tapi budak ni selalu kena suruh bayar bil kat tempat aku. Terfikirlah pulak masa tu, sambil-sambil layan mood hujan ni, dia ni tak gi sekolah ke... Budak seusia dia, sepatutnya dok umah masa-masa macam tu, tak pun keluar mesti ngan keluarga dia....
Kalau tengok cara dia bercakap, serupa macam orang tua gamaknya. Tapi memang budaklah. Yang aku dapat simpulkan budak ni, dia ni jenis berfikiran matang. Mungkin usia dia ni, dia dah mula kerja. Yalah bil-bil Celcom dia bayar tu, nama orang lain. Pernah masa tu, budak tu cakap yang dia kena tanya tauke dulu...
Huiiii....Kecik-kecik dah reti cari rezeki. Dengan cara dia serta pemikiran dia, aku rasa memang dia ni terpaksa meninggalkan zaman persekolahan awal... Mungkin sebab kesusahan keluarga dia, memaksa untuk dia berusaha menolong keluarga mencari rezeki. Mungkin juga sebab dia ni takder sapa nak support kehidupan dia, so, jalan mudah dengan bekerja... Yalah, ada kalangan ibu bapa ni, mereka tidak ambil kisah sangat mengenai pendidikan anak-anak. Kalau golongan macam ni, memang aku da jumpalah. Kalau tak, macamana  aku boleh kata macam tu. Bila dah macam tu, anak-anak apalagi, ibu bapa tak kisah, anak-anak pun tak kisah sangat nak belajar. Orang dulu, mati-mati nak belajar, tapi budak-budak ni, zaman yang moden, kemudahan di depan mata, senang-senang nak tak nak sekolah. Tu lah budak sekarang ni suka sangat amik jalan mudah....

Wednesday, November 17, 2010

Gambar Kawen... Duduk? Atau berdiri?

Salahkah kita ambil tahu kepercayaan orang lain. Rasanya tak salahkan... Sepatutnya kita perlulah tau, cuma janganlah diikut sangat kalau mengarut dan terpesong dari agama kita.
Bila aku tengok gambar kawan aku kawen ni, dan tengok gambar yang dia amik dari studio yang dia letak kat dinding;terletaknya kepala katil dia, mengingatkan aku dengan kepercayaan masyrakat Cina. Masa dia posing kat bilik, nampaklah gambar studio tu.  Selalukan, yang dah kawen ni akan letak satu frame besar gambar yang diamik kat dalam/luar studio, nanti buatlah pose mesra-mesra, dan akan satu yang ok akan pasangan ni pilih yang bagus pas tu gantunglah frame gambar tu kat dinding kat kepala katil. Kebanyakan pasangan akan pilih yang pose berdiri la...
Aku kan keja ngan orang Cina. Sudah semestinya, aku tau sikit-sikit dengan kepercayaan mereka. Suatu hari tu, adalah kawan bos aku ni, Aunty Mimi datang kedai. Macam biasalah kalau datang sini memang nak bawa bos aku pi minum. Jadi hari tu dia bercerita pasal anak dia kawen (aku tak faham dengan bahasa mereka ni...aku tau pun, sebab Aunty Mimi masa tu tengah sibuk pasal persiapan kawen anak dia). Bila dia tengok aku, dia pun bawalah aku cakap Melayu dan ada campur sikit BI(biasalah pesara gomen).
So, dia ceritalah, yang orang Cina ni kalau nak amik gambar kawen dan letak kat kepala katil, elakkan amil pose berdiri. Sebagai contoh:
sekadar gambar hiasan. ni contoh jer, takkan nak pilih gambar shoot dari belakang kan...

Mula-mula tu tak faham kenapa. Dah tu, dia bagi sebablah... Sebabnya, kalau dah tua nanti, kalau letak gambar kawen kat kepala katil dalam pose berdiri, takkan senang. Maksudnya, dah tua gayut dan patut pencen, masih lagi bekerja. Walhal masa tu lah kita nak rehat setelah puas bekerja sewaktu kita berupaya.
Dan kalau letak gambar dalam keadaan pose duduk, adalah digalakkan. Sebabnya senang jer, sebalik yang pose berdiri tu. Alah, dah tua nanti, senang.... Tu jer...
sekadar gambar hiasan(contoh)..pinjam jap...macam ni pun kira ok..sejuk mata memandang...

Tu merupakan kepercayaan mereka... Tepuk dada tanya selera nak macamana pose...Komen korang macamana???

K.O.S.O.N.G

Assalamualaikum...
Salam Aidil Adha untuk semua...
Selamat bercuti kepada yang bercuti.... Kepada siapa yang balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang... Jangan pulak raya aji ni balik dengan keadaan yang memilukan orang tua ye... Pulanglah dengan keadaan yang menggembirakan orang tua kita... Kepada pemandu/pengendali pengangkutan awam, berhati-hati di jalan raya. Anda memegang amanah supaya keselamatan orang awam tidak melayang ye... Ingat-ingatlah orang lain juga...
Kepada yang takder cuti, selamat bekerja... Suatu pengorbanan juga tu. Kalau raya puasa kita dah cuti, apa salahnya kita berkorban untuk orang lain bercuti pulak... Jangan asyik-asyik kita jer. Orang pun nak cuti juga... Semangat tolenrasi mesti ada.
Kepada yang cuti sehari ni saja dan tak balik kampung atau tak ke mana-mana, renung-renungkanlah hari yang bermakna ini... Pengorbanan yang kita lakukan selama ini, adakah berbaloi.... Biarlah pengorbanan yang kita lakukan diredhai oleh-Nya dan kebaikan untuk kita bersama. Jangan pulak pengorbanan yang dilakukan sia-sia dan berlandaskan nafsu semata-mata. Jika pengorbanan yang berlandaskan nafsu semata-mata, boleh mengundang padah dan kemurkaan oleh-Nya. Semestinya akan berlaku sesuatu akibat pengorbanan yang sia-sia itu. Dan akan ramai terluka akibat dari itu. Akhirnya hidup merana....
Tiba-tiba pulak fikiranku kosong...
Jika ingat pengorbanan yang pernah aku lakukan, memang sakit... Mengalah dan berkorban adalah perkara yang sama. Aku mengalah dan aku korbankan kebahagiaan ku sendiri demi kebahagiaan orang lain... Aku sedar, sudahlah terluka, aku biarkan diriku terluka lagi. Namun aku redha dengan apa yang kulakukan walaupun aku sendiri terluka. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Apapun pengorbanan kita lakukan, lakukanlah demi-Nya. Rujuklah kisah-kisah pengorbanan para rasul dan nabi, contohilah dan amalkan dalam kehidupan kita ... Percayalah, biarlah kita beralah, akan ada kegembiraan menanti kita....

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam...
Esok dah raya haji... So, aku nak amik kesempatan nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat seluruh umat Islam di saentero dunia ini. Maaf zahir dan batin. Semoga kita memperolehi keberkatan dari Yang Maha Esa....
Add caption

Monday, November 15, 2010

Kembali

Salam.
Aku kembali lagi setelah 'cuti' berblog selama 3 hari. Dari hari Jumaat sampai Ahad semalam aku ke Miri. Bukan untuk suka2 bercuti atau makan angin. Aku terpaksa menghadiri peperiksaan khas nak jadi guru, Sabtu lepas. Nak tak nak terpaksalah turun ke Miri. 
Pemergian aku ke Miri ini pun bukan jer pasal peperiksaan, tapi boleh dikatakan untuk menghiburkan hati yang gundah ini. Kira bercutilah juga walaupun masa yang singkat. Nak citer kat blog ni, sayang takder gambar aku amik masa kat Miri hari tu. Boring jugak kan kalau citer takder gambar2... 
Dan, apa kata aku insert jer gambar2 bandaraya Miri yang aku grab dari Uncle Google....
pemandangan Bandaraya Miri di kala malam

pemandangan dari atas


Wednesday, November 10, 2010

Nakal?

Pagi tadi aku dengar radio stesen HotFM melalui channel 708 Astro.. Sonang cito, 8TV ler... Kat Limbang ni, standard arr... Banyak belum ada... Aku ni rajin sangat melayan celoteh penyampai2 radio Fafau, AG ngan FBI tu... Pagi ni plak pasal kenakalan semasa di sekolah....

Meh aku refresh masa skolah dulu2... Bajet nakal jugak la... Tapi ada ke benda yang bikin aku ni nampak nakal sangat ke??? Takder sangat... Hmmmmmm....(thinking mode jap)....

Adalah satu kisah... Aku pun tak tau nakal ke tak.. Korang nilaikan la ye... Masa Darjah 1 dalam tahun 1991. Kes meniru la ni. Masa tu exam hujung tahun. Paper BI la. Aku ingat lagi. Kelas BI masa tu Mr Ningkan yang ajar. Jadi masa tu exam pun bukan susah mana pun... Faham2la budak Darjah 1. Dengan silibus masa tu, memang kacanglah... Tapi lain ngan aku ni. Dengan selamba aku boleh lagi amik buku teks BI dalam beg, dan dengan selamba membuka buku. Padahal masa tu arahan senang saja,"Jangan buka buku". Kan simple je arahan Mr Ningkan. Tapi entah mengapa aku masa tu, antena tak tuning ngan betul, aku buka buku nak tau jawapan. Masa tu exam memang kelas senyap je... Semua buat hal masing2....

And then.....
Mr Ningkan masa tu tengah buat rondaan di setiap meja2 kami. Aku ngan asyik skali meniru(sebenarnya masa tu aku tak tau sangat pasal exam2 ni...budak2 la katakan)... Tiba2 buku teks aku ditarik ngan kasarnya oleh Mr Ningkan dan dihempasnya buku aku tu ke lantai... Classmates apalagi, semua menengok kat aku.
Mr Ningkan cakap, " How many times I say, do not take out and open your any books.... You're now in exam." Kira macam tue lah Mr Ningkan cakap... Merah padam muka tahan malu... Apalagi boys yang slalu buli aku, ketawa sakan bila aku kena marah depan2 classmates... Memang malu siot... Tahan je lah kan... Dah abis exam tu, apalagi boys yang slalu buli aku, mengejek aku tak abis2... Keluar gak lah air mata sebab kena buli...

Kalau nak diikutkan aku ni taklah nakal mana pun. Sekadar meniru tu jer... Tu pun aku tak tau langsung apa2 pasal exam... Penghabisannya aku jadi mangsa kenakalan boys kelas aku sejak hari tu. Slalu mereka akan bikin aku sampai menangis la(biasalah budak perempuan...pantang kena buli, nangis...Congek* la katakan).
Itulah zaman kanak2 dulu....

Zaman kolej ngan U ada lain sikitlah... Sebab dah besar dan pandai2 hidup sendiri kat tempat orang.... N biasalah kalau skip kuliah n tutorial... Nakal yang memang ada dalam diri masing2... ahaksssss........ Kenakalan pun takder sangat melainkan skip kuliah n tutorial.... Tu jer.... *wink*wink*wink............

Glosari
*congek- dialek bahasa melayu Sarawak bagi cengel....pantang kena buli/marah/ejek, menangis....

Tuesday, November 9, 2010

Hate That

I hate it.... Really hate it... That bitch makes me hot temper right now... I don't know why she always to know about me and what I doing in past and now. Because she had ever working here, and she thought she knows everything about what I should do... What the fuck(tak tapis2 lagi nak mencarut)... And what embarrassing her, my colleague said she had doing something that she shouldn't... You know I know la... Understand what I mean?
And what I really pissed off is what she wrote on her Facebook about me yesterday... She might not mentioned my name on it... But she wrote the word cynically point to me... What this bitch thinking? She thought she like 'angel' and perfect??? Go to hell la....
I hate that...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails