Monday, November 29, 2010

Tahun Baru dan 'Andalusia'

Salam Isnin semua....

Bila dah hujung tahun ni, mulalah gelisah perasaan ni... Apa daknya, tahun baru menjelang, tambah setahun lagi umur ni... Krisis 'Andalusia' pun bermula... Yang tak bestnya, bila diri ini dibanding-bandingkan oleh orang lain...

Ada di kalangan kawan aku dah kawen semenjak dari bangku skolah lagi.. Sudah pasti kes tak sepatutnya berlaku kalau kawen di bawah umur. Baiknya lelaki nak bertanggungjawab ataupun terpaksa... Kalau umur tu baru setahun jagung, aku tak heran sangat nak kawen awal-awal. Sebab aku ada impian untuk digapai... Bila masuk awal 20-an, belum ada lagi ura-ura nak menamatkan zaman bujang ni. Sebabnya, aku masih belajar lagi, pastu aku belum ada calon yang sesuai. Calon sesuai?? Sebab masa tu, takde sapa sudi nak pandang aku ni. Yalah, aku ni taklah cantik pun. Debab, gelap dan nerd... Ada kawan ku yang masih belajar tu, dah kawen. Suami pulak sekursus dengan dia. Yalah dari berkepit hari-hari, bagus kawen, lagi selamat. Tak kisah nak kepit hari-hari sebab dah sah... Pertengahan usia 20-an pulak, memang ramailah rakan-rakan yang seusia aku mendirikan masjid. Friendster pun banyak mesej menjemput datang majlis kawen mereka...

Jangankan kawan, aku punya sepupu pun dah da yang kawen. Macam Ija, Sanusi. Selamat dah... Beranak pun dah....Tahun baru ni, giliran abang si Sanusi; Faisal nak bina masjid. Faisal ni pulak sama umur aku. Kan lelaki pulak yang dulu... Yang aku ni entah bilalah kan... Jodoh adalah rahsia Allah.

Jiran-jiran jangan cakaplah... Anak-anak mereka lagi muda dari aku, dah kawen. Aku gak yang kelambatan.... Makcik-makcik sekampung dah bising dah tanya, bila... Dan jawapan aku senang jer, aku tak tau... Jawapan standard bagi golongan 'Andalusia', jodoh belum ada, seru tak sampai lagilah... Yang tak bestlah kat kampung aku ni, adalah seorang makcik ni, pangkat nenek saudara akulah, suka sangat nak kutuk perempuan lambat kawen. Dia siap cakap lagi, kalau lambat kawen, EXPIRED. Amboi, Mak Nek, tak sayang mulut nampak.... Yalah, anak 'dara' dia yang muda setahun dari aku dah kawen tahun lepas... Mak Nek, biarlah saya EXPIRED sebab usia lanjut, jangan pula EXPIRED sebab lain, contohnya tuttttttttttttt.....Faham-faham sendirilah. Mak Usu aku cerita, yang Mak Nek tu kawen lambat juga dekat-dekat 40 baru kawen... Eh, biar betik Mak Nek tu cakap kami, yang golongan 'Andalusia' macam tu, padahal dia lagi lewat yang teramat... Mudah-mudahan aku tidaklah selewat macam tu sekali...

Dan alasan aku kalau kalau orang tanya bila nak 'berteman':
  1. Saya belum bekerja tetap, makcik/nek. Takkan lelaki saja nak bekerja keras, saya pun nak rasa bekerjaya.
  2. Saya belum yakin nak kawen. Dalam Islam kita perlu yakin dalam semua perkara. Jadi, biarlah hati saya tetap dan yakin untuk menerima jodoh saya kelak.
  3. Kalau saya saja-saja nak kawen sebab ramai kawan saya dah kawen, maknanya hati saya belum tetap dan yakin. Dan semestinya saya tak naklah kawen sekejap di atas ketidaksefahaman dengan pasangan saya kelak. Dan yang penting, saya tak naklah menyesakkan fail-fail penceraian pada meja peguam syarie. Dahlah banyak kes tak selesai, ada pulak nak menambah bilangan penceraian di Malaysia ini.
  4. Bagi saya, saya nak pasangan saya nanti ,biarlah dia yang pertama dan terakhir bagi saya.. Insya-Allah. Maksudnya, biarlah jodoh tu serasi dengan saya. Saya takkan terburu-buru nak cari jodoh.
Itulah alasan aku kalau orang tanya kenapa tak kawen-kawen lagi. Skema sangatlah ayat aku taip yang mengatakan alasan. Hahahahaha....... So, korang baca sendiri dan fahamilah hati saya ini... Ceeeewahhhh....

Tahun 26... Tahun depan dah masuk 27 tahun. Fasa akhir 20-an tu. Mungkin tekanan sikit...  Ah biarlah, biar Allah saja yang menentukan. Aku hanya mampu merancang dan berdoa jer kepada-Nya.

Kalau dapat, aku nak pakai kasut macam ni:
hehehe..nak sangat pakai macam ni walaupun kaki aku kaki itik mix gajah sikit......

No comments: