Salam hari Rabu...
Bagiku hari Rabu hari yang sengal.... Tak taulah pa sengalnya. Dari dulu lagilah. Hari asyik yang tak serba kena bagiku. Dan aku suka sangat ngan hari Khamis... Ok, straight to the point.
Semua dah maklumkan, minyak naik lagi hari ni. RON97 naik 15 sen kepada RM2.30... Mesti ada yang merungutkan... Hahahaha... Apakan daya kita nak halangkan, kalau dah bergantung kepada pasaran dunia. Bila dah naik, terpaksalah naik. Yalah kerajaan kan tak mampu nak tanggung subsidi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak di dunia, rakyat pulak yang terasa beban. Rakyat pun nak marah, pun tak guna juga... Nasib baiklah RON95 tak naik buat masa ni. Aku kan naik motor, jimatlah sikit... Sikit la... Sebab hari tu naik 5 sen pun aku dah merungut. Selalu beli RM3 untuk dalam 1.862L. Tapi skang RM3 baru je dapat 1.822L.. Walaupun kurang beberapa mL, tapi terasa sangat kenaikan harga. Tak taulah nak buat apa. Terpaksalah terima dengan hati tidak terbuka... Ceewah....
Hari ini juga, PDRM mengumumkan potongan diskaun 50% kepada pesalah trafik mulai hari ini selama 15 hari... Malaysian peoples, jangan saja tunggu jualan murah barangan shopping habis-habisan, saman pun ada sale tau. Siap setengah harga saman lagi tu. Baca kat KOSMO!.
Kaitannya khabar di atas ialah, harga minyak naik, jadi saman terpaksalah diturunkan.. Nak ambil hati rakyat katakan... Kalau tak rakyat merajuklah nampaknya... Tapi kalau ikutkan sama saja. Saman diberi setengah harga hanyalah ubat kekecewaan rakyat di atas kenaikan harga minyak.
No comments:
Post a Comment