As-Salam semua...
Hari ni aku off-day. So, kat umah jerlah... Nak gi jalan pun bukannya ada teman pun. Jauh lagi ada kekasih hati pun takder... Sebenarnya, aku masih lagi dirundum kekecewaan menerima khabar semalam....
inilah kabar aku terima semalam..untuk kali ke-4, aku tidak tersenarai lagi |
Aku tak tau nak buat macamana lagi... Bukannya aku nak salahkan takdir... Memang ada sedikit sikap aku ni sukar nak terima kenyataan. Cuma aku kesallah ngan KPM ni... Betul, aku kesal sangat. Aku terima walaupun hati tidak sepenuhnya(tengah muhasabah diri).
Kebanyakan guru KPLI ni akan ditempatkan di pedalaman2 Sabah dan Sarawak. Ikut tempatlah, ada pedalaman yang ada jalan yang bagus atau tak, ikut sungai, masuk hutan. Dah tu kebanyakannya adalah dari guru semenanjung. Ok, sapa-sapa pembaca dari semenanjung, jangan terasa tau... Adalah segelintir mereka ni(faham betul-betul, segelintir...), dan aku yang selalu berjumpa pelanggan, dan terutamanya dari kalangan guru-guru, memang aku selalu 'curi-curi dengar' rintihan mereka. Bulan 11 dan bulan 1 nanti adalah guru-guru baru akan posting di bumi Limbang ni. Kalau dapat sekolah status luar bandar, kira ok lagi tu, kawasan kampung-kampung di pinggir pekan jer. Cuba kalau yang dapat sekolah status pedalaman, mau taknya risau... Ada tu, baru 2,3 bulan(ni ada kawan aku habaq kat aku), dah pohon pertukaran tempat mengajar. Kalau tak dapat keluar dari bumi Sabah/Sarawak, tukar kat bandar besar sikit jadilah(ni sebab nak bantuan COLA)... Pas tu, akan kedengaranlah juga kalau tak dapat tukar jugak, guna orang dalamanlah, kononmya.... Amboi, apply KPLI kan main lagi, dah ditempatkan tempat yang kritikal, tak naklah pulak. Aku ni bukan tau sangat pasal falsafah perguruan, tapi selalunya, guru ni sedia berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama... Haa... Baca tu, negara, bangsa dan agama.....
Negara, seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman ni sepatutnya sedia untuk dijejaki atas amanah yang dipertanggungjawabkan. Lepas tu, bangsa, kita jadikan bangsa Malaysia ni berilmu, gemilang, cemerlang dan terbilang(motto Pak Lah), dan semestinya guru-guru; tak kira dari kawasan bandar, pekan, luar bandar dan pedalaman, bersedia untuk mengajar di mana-mana saja. Jangan pilih bangsa jer, bangsa lain nak juga berilmu, sebab kita ni bangsa Malaysia... Betul tak kengkawan???? Dan terakhir, agama. Setiap pekerjaan yang kita lakukan, adalah suatu ibadat. Kalau kita solat, puasa, sedekah kita lakukan secara kusyuk, ikhlas dan tawakal, kenapa tidak pekerjaan kita... Segelintir orang merungut sebab di tempatkan di pedalaman, siap mengadu kat blog, betapa 'horibble'nya tempat dia mengajar ni. Tengok-tengok awak ni alim juga, selama aku kenal dia ni, solat tak pernah tinggal, tapi part dia mengajar di sekolah ulu(pedalaman) kan main, tak bestlah, accommodation teruklah. Hei, ngko, kalau macam tu bagus resign jer, tak yah minta tukar sekolah lain. Aku pun pernah 'soundtrack' kat dia ni. Memang tak ikhlas jer nak mengajar. Buang duit gomen nak bayar gaji ko ribu-ribu(sebab elaun besar...beli juga Vios, jalan jugak gi Kuching hujung minggu), tapi mengajar nak tak nak jer......
Aku memang geram.... Aku ni anak jati Sarawak, pastu , aku pernah lalui kesusahan semua tu, tak pernah nak merungut, tapi aku pantang dengar kalau orang macam yang aku nyatakan ni, memperlekehkan negeri aku ni, memang nak kena 'soundtrack' aku ni. Dan KPM seharusnya peka dengan situasi ni. Tak salah mengambil calon-calon guru dari negeri-negeri yang tak ramai guru, sebab mereka lebih memahami dan biasa dengan keadaan kritikal dan kesusahan. Dan aku bukanlah pessimis ngan semua, cuma segelintir sahaja... Harap maklum....
Puas hati aku keluarkan luahan hati ni. Aku minta maaf kalau ada yang terasa ye, tapi inilah hakikatnya... Kami terima dengan tangan dan hati terbuka, tapi kenapalah ada segelintirnya minda masih tertutup??? Kami mengharapkan bakal guru yang akan datang, menjadi sebenar-benar guru, bukan semata-mata guru yang saja-saja. Apa yang diharapkan bagi sesiapa membaca ni, buka minda anda ye.... Wassalam....
No comments:
Post a Comment