Monday, December 13, 2010

"SERVE NO PORK"....Really maa??

As-Salam semua...
Dah makan ke belum??? Kalau dah makan, bagus... Kalau belum, sila angkat tangan sapa nak kene belanja aku!!! Dijamin halal 100%, sebab aku yang masak ler.... Kalau tak, meh pakat ramai-ramai makan kat luar ye, nak jugak carik gak tempat hidangkan makanan yang 100% halal...

Oklah,bila cakap pasal makan ni kan, aku bet semua orang pernah jumpa kan restoran/gerai/kafe yang akan letak papan tanda depan premis mereka "SERVE NO PORK". Selalunya restoran/gerai/kafe dimiliki oleh orang bukan Muslim(faham-faham aje lah kengkawan...). So, bila papan tanda tu ada kat depan restoran/gerai/kafe mereka, kira selamat ek bagi segelintir manusia termasuk aku... Sapa tak pernah masukkan...
aku grab kat google images...contoh macam ni lah signboard  depan premis

Oklah... Aku nak cerita sikit pasal pasal restoran/gerai/kafe ni. Well, di tempat aku yang pelbagai bangsa memang suatu kebiasaan kalau tengok pelanggan muslim makan kat restoran/gerai/kafe bukan Islam. Aku pun ada gak join sekaki. Tapi... Ada tapinya tau, aku yakin halal sebab aku tau tukang masak restoran tu. Ada segelintir ownernya bukan Muslim tapi pekerja-pekerja dia semua Muslim, owner cuma sedia apa yang perlu. Macam tukang masak dia, tukang saji makanan... Tapi lain kes yang ni.

Kalau kenal aku, memang taulah aku punya hometown kan... Kalau tau hometown aku ni, mesti tau selok-belok dalam town aku ni. Bila aku dah tau, sumpah aku takkan masuk lagi masuk restoran ni yang tak pasti lagi kehalalan di sebalik  papan tanda depan restoran "SERVE NO PORK" ni. Ingat tak previous blog aku yang aku cakap aku gi Miri selama 3 hari tu??? Ok, kalau ingat, ok.. Kalau tak, boleh rujuk entri  yang lepas-lepas. 

Aku balik Limbang guna kereta sapu dari Miri(jahat tak...kereta sapu). Driver kereta sapu ni, aku kenallah, regular customer kitorang gak. Jadi masa balik, sebelum hantar aku sampai umah, dia nak makan dulu. Jadik dia 'hangkut' aku sekali gi satu restoran ni. Dia cakap halal lah.. Dia suh aku order dulu makanan yang aku nak makan. Tapi kerisauan dan perasaan was-was aku melebihi kelaparan aku, jadik aku tolak secara baiklah. Risau sebab orang umah asyik called aku jek, menanyakan keberadaan aku masa tu. Was-was sebab aku tak pernah masuk, tak tau asal-usul restoran ni, pekerja dia macamana. Aku ni pelik sikit, hanya sebuah dua jer restoran macam ni aku berani masuk. Yang ni, perasaan was-was memang mengatasi lapar(lapar giler masa tu jangan cakaplah). Walaupun masa tu, adalah sorang dua pelanggan Muslim masuk restoran tu. Jadi, penghabisannya berdirilah aku kat depan tepi restoran tu... Kira depan kedai Avonlah aku ternanti-nanti orang. Dalam 15 minit macam tu barulah driver tu kluar dan menyambung perjalanan menghantar aku balik rumah.

Masa nak kluar dari kawasan tu, kenderaan kena melalui belakang kedai-kedai untuk keluar. Kebetulan pulak bahagian belakang restoran tu terbuka, jadi aku dapat tengoklah siapa tukang masaknya. Aku bagi hint jerlah... Yang lain tafsir sendirilah. Tukang masak dia, 2 orang. Masa tu aku nampak mereka pakai seluar pendek jer. Dah tu tak bertutup kepala(nanti ada pulak cakap aku kuno kan pasal pakaian tukang masak macam tu. Kalau kau Muslim pun, paling-paling pun pakai serkup kepala dan tak berseluar pendek..tak mengikuti spesifikasi pakaian penyediaan makanan langsung). Dan paling aku terkejut sangat(terlebih sudaa...hiperbola tu..), di tengah meja memasak, terdapat botol kaca berwarna hijau dan berpenutup merah. Sapa biasa tengok botol tu, taulah.. Nak cakap kicap, memang jauh beza... Tak lain tak bukan, 'rice wine'. Macamana aku tau? Sebab aku pernah tengok bos aku beli tu botol tu, dan dia sendiri mengakui botol tersebut adalah arak untuk memasak. Aku pun penah tengok label botol tu kat salah satu supermarket kat Miri(aku tak pegang tau) dan aku baca kat label dan tertera 'rice wine'. Mulanya aku ingatkan cuka ke hapa, tapi bila dengar kebanyakan mereka yang non-Muslim suka menggunakan arak tersebut sebagai salah satu ingredient sampingan dalam masakan. Sama macam si Jamie Oliver yang suka menggunakan 'red wine' dalam kebanyakan masakan dia. Jadi, aku faham... Dan ada rakan aku(non-Muslim) cakap, kalau campur arak dalam masakan, memang sedap. Aku pun tak tau sedap macamana.

Kalau tak hidang 'lembu kontot' tu pun, belum tentu halal 100%. Ingredient sampingan dia macamana, sumber bahan tu halal ke tak. Dan bila aku tau dah keadaan restoran tu macam tu, memang aku takkan masuklah. Colleague aku mati-mati defence restoran tu halal. Tapi bila dah aku tau ingredients sampingan mereka gunakan, memang aku tak percaya lagi restoran macam ni. Serius aku bagitau ni. Aku tak buat-buat cerita, kalau dah depan mata. Bagi yang non-Muslim, sepatutnya mereka kena faham dan kena tahu istilah makanan halal yang sebenarnya. Bukan pasal tak hidang 'lembu kontot' tu, awak dah kata halal. Entah-entah awak ada masak 'lembu kontot' tu, cuma tak hidang secara terbuka, melainkan permintaan. Kan lagi naya tu. Lagi satu mereka juga seharusnya tahu bahan-bahan yang tak halal, sebab bagi mereka 'lembu kontot' ni kira satu-satunya yang tak halal bagi kita.. Allahualam... So, sebagai Muslim, aku kena bagitau buat saudara-saudara Muslim yang lain, agar berhati-hati bila nak pilih tempat makan walaupun kat papan tanda restoran/gerai/kafe tertera "SERVE NO PORK".

Sekadar mengingati ke arah kebenaran, bukan nak burukkan orang lain. Wassalam..

No comments: