Monday, January 3, 2011

Tahun Baru, Entri Pertama 2011 dan Azam Tahun Baru

Assalamualaikum...

Ini adalah entri pertama aku untuk tahun 2011.. Bulan Disember lepas, aku tak update blog sangat. Sibuk memanjang... Adapun aku nak taip entri terbaru, dah tu terbengkalai atas sebab keja tak pandai habes... Bila dah menghabeskan keja, jadi entri separuh jalan tu pun dilupakan... Bila nak edit entri yang tersimpan dalam draft, terasa malas lah pulak... Sebab tak tau cerita apa... Penghabesannya, aku delete jer entri separuh jalan tu.

Oklah.. Walaupun hari ni dah 3 Januari 2011, belum terlambat lagi aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua kat dunia ni... Dan sudah tentu ada azam baru gak kan... Azam tahun lepas amacam?? Ada bagus ke? Tercapai 100%? Setengah tercapai? Tak pun ciput2? Atau... Langsung tak tercapai macam aku ni haa... Oleh sebab tak tercapai lagi azam tahun2 lepas, aku cuma sambung azam tahun lepas jer. Dan ada sikit azam baru....

Nak tau tak azam aku. Meh baca ni:
  1. Keja tetap dan stabil
  2. Kurangkan berat badan dan nak cekeding macam zaman dulu2.
  3. Settle hutang-piutang...
  4. Amik lesen keta..
  5. Simpan rambut panjang untuk 6 bulan pertama.... Kalau ok, truskan setahun... Hehehee...
  6. Kawen..??? Aku dah masuk 27 tahun ok.....
Oklah...itu sajalah azam aku untuk tahun. Senarai 3 teratas adalah senarai yang sentiasa ada sejak 2 tahun lepas... Meneruskan kesinambungan azam yang tak berapa menjadi tahun lepas... Marilah bersama-sama bekerja keras untuk mencapai azam tahun ni sampai berjaya....

No comments: