Sunday, January 16, 2011

Ahad Oo Ahad, Mengapa Sengal Ini Hari??

Serius. Hari Ahad kat Limbang bagi aku memang sengal. Ok korang takkan sengal sebab korang tak keja hari Ahad. Tapi bagi aku, Ahad merupakan sengal bagi aku. Lebih2 lagi kalau dah kerja kat LImbang Plaza ni.

Ting teng tong..... Asyik tu jer yang bunyi sepanjang hari. Inilah akibatnya kalau manusia suka2 hati buat apa dia mahu. Ni manusia dipanggil BOBONG. Singkatan bagi bodoh sombong. Dahlah tau tempat tu tak leh nak parking/buat parking khas untuknya. Pas tu buat tak tau bila pihak sekuriti Limbang Plaza minta pemilik kereta/motor alihkan kereta/motor. Ada sebab tau sekuriti tu buat macam tu. Kebanyakan keretalah. Tempat parking motosikallah mereka rembat. Macamana motosikal nak parking kalau tempat parkingnya dirembat kereta. Mana taknya, motosikal pun parking kat tepi2 bangunan, tempat tak dibenarkan parking... Benda macam ni, pihak yang berkereta sepatutnya faham dan akur dengan peraturan, bukan nak suka2 hati awak nak letak kereta tu kat mana. Mentang2 awak tu ada kereta, so besar kepalalah... Banyak lagi ruang parking bertingkat kat plaza ni. Percaya atau tak, banyak parking kosong kat tingkat atas2. Dah tu lagi, Limbang ni memang baik hati tau, parking tak kena caj lagi. Bukan macam sesetengah bandar, sama ada parking biasa atau bertingkat, semua kena caj. Kat Limbang ni parking biasa pun FOC. Entah kenapa mereka yang berkereta tidak menggunakan kemudahan percuma ni. Tapi hakikatnya golongan BOBONG ni memang berkarat punya otak... 

Ahad kat Limbang ni memang sengal... Jalan jammed lagi pagi2. Apa taknya, kalau ada pengunjung dari Brunei datang berkunjung ke mari. Ada segelintir(segelintir ye) mereka suka buat apa mereka suka. Contoh parking di tempat bukan khas untuk parking kereta, kat sanalah berduyun kereta parking. Dah tu suka langgar peraturan kat sini. Mak aih, bawa kereta macam pelesit kat kawasan perumahan sama ada kawasan kampung dan pekan. Macam dia buat tempat sendiri, padahal mereka kat tempat orang. Bak kata orang, pandai2lah bawa diri kat tempat orangkan... Jangan sampai terbawa perangai yang bukan2 kat tempat orang....

Psst..
> Aku pun dulu suka parking motosikal kat tepi bangunan depan plaza. Tapi sejak angin ribut bulan lepas, sampai mampu menumbangkan motosikal, aku dah insaf dah. Aku parking ikut tempat yang sepatutnya, khas untuk motosikal la.
>Jangan terasa kalau ada di antara korang dari Brunei ye. Aku mentioned kat atas, segelintir aje ye. Tapi kalau yang melenting tak tentu pasal tu, nampaknya terkena kat batang hidung sendiri lah tu....

No comments: