Thursday, January 20, 2011

MENU BUJANG

Kalau dah bujang, mesti ikut selera tekak orang bujang. Mereka akan mengimaginasikan makanan apa nak masak kalau dapur tu ada tu jer stoknya... Jangan tak tau, sebijik telur pun boleh kita hasilkan lauk nampak macam special...

Malam tadi aku tak sempat nak buat entri pasal menu bujang. Laptop dah 'hang' memanjang, apalagi mata pun nak 'hang' gak menunggu... Takder special nya menu bujang aku ni. Biasa-biasa saja. Kan dah beli majalah RASA semalam, adalah satu resepi tu aku cuba. Tapi aku taklah ikut bulat-bulat, Kopek duit aku kalau nak ikut bulat-bulat bahan dalam majalah tu. Cuma pandai-pandai adjust lah bahan dia macam mana.

Inilah hasilnya air tangan dari aku...
SUP TAUHU BERCENDAWAN

setelah di'garnis' ngan bawang goreng

Resepinya mudah jer.
Bahan-bahan:
1 keping tauhu lembut(potong dadu-saiz sedang-sedang kecil)
Cendawan butang dalam tin cap ayam(belah dua/ potong 4)
Sayur asin sikit
Ikan bilis
Hirisan cili merah, bawang merah dan bawang putih.
Halia dihiris
Cili padi diketuk
Daun ketumbar, bawang goreng
Garam, lada hitam, ajinomoto
Cara buat:
Tumis halia terlebih dahulu. Bila dah dekat2 nak kuning, masukkan hirisan bawang serta cili merah dan cili padi. Ketika ini akan kedengaran bersin...Hahaha... Jangan lupa ikan bilis. Dah tu campaklah cendawan dan sayur asin yang dihiris. Bila dah bahan dah mesra, masukkan 2 mangkuk air. Biar air tadi mendidih. Bila dah mendidih, baru masukkan tauhu tadi. Masa ni gaul perlahan-lahan. Kang hancur berkecai tauhu tu. Tambah garam, lada hitam, ajinomoto sikit, ikut lidah memasing. Bila sup dah nampak mesra, tutup api dan dah boleh dihidangkan... Jangan lupa daun ketumbar ngan bawang goreng.

Selain dari sup ni, buah tomato segar, aku jadikan ulam dan lauk aku tapau dari Ibuk 999, iaitu boto'an ataupun botok-botok... Sedap sehhh........

Aku ni menu simple pun jadiklah... Jadi, kalau korang rasa nak cuba resepi mudah ni, cubalah.... Senang dan bahan mudah didapati......

Psst:
>Botok-botok tu, aku tak jemu makan hari-hari... Malam sebelum ni pun, aku tapau gak dari Ibuk 999.
>Tak sah takder sambal belacan kalau nak makan... Lidah Melayulah katakan... Pedas no hal lah.....

No comments: