Friday, October 12, 2012

[INFO]: TEMBIKAI JEPUN (Cantalaoupe Melons)

TEMBIKAI JEPUN (Cantaloupe Melons)
Ia mestilah berat dan harum

Tembikai Jepun mempunyai isi berwarna jingga, berbau harum dan kulitnya sedikit hijau kelabu seolah-olah bersalut jaring. Isinya berair, mempunyai bau yang sangat harum dan sangat lazat.
Untuk mendapatkan hidangan pencuci mulut yang menyegarkan, keluarkan sedikit isi tembikai Jepun dan dihidangkan dengan buah-buahan lain yang segar seperti strawberi, raspberi, anggur tanpa biji, peach dan pisang, rendamkan dalam jus lemon dan ditambah dengan cili Tobasco.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Tembikai Jepun ini boleh diperolehi di pasaraya dan pasar basah sepanjang tahun. Memilih tembikai Jepun tidak sukar. Tembikai yang masak akan terasa berat, menunjukkan ia berair. Tembikai ini akan mengeluarkan bau yang harum dan manis. Cari tembikai yang mempunyai permukaan berjaring nyata.
Tembikai yang belum masak akan menjadi ranum selepas dibiarkan dalam mangkuk buah pada suhu bilik. Buah yang sudah masak harus dimakan pada hari ia dibeli atau beberapa hari selepas membelinya untuk memastikan isinya tidak rosak. Selepas memotong tembikai, balut buah yang tidak dimakan dengan plastik pembungkus dan simpan dalam peti sejuk.

KHASIAT DAN VITAMIN
Tembikai Jepun adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan berat badan. 100g bahagian tembikai ini mengandungi 19 kalori, 0.6g protein, 0.1g lemak dan 4.2g karbohidrat daripada gula asli.
Tembikai jenis ini mengandungi lebih vitamin C daripada jenis lain dengan 26 mg bagi setiap 100g. Ia juga mengandungi karotin, vitamin A juga sedikit vitamin B. Terdapat juga kalium dan magnesium.

Sumber: Majalah RASA Edisi 1 b(terbitan Karangfraf)

No comments: