Friday, October 12, 2012

[INFO]: ZAITUN HIJAU(GREEN OLIVES)

ZAITUN HIJAU (Green Olives)
Menambah rasa enak pada salad


Buah zaitun banyak ditanam di kawasaan Mediterranean dan negara yang mempunyai cuaca yang sama seperti California. Ia telah muncul sejak zaman pra-sejarah dan sering disebut dalam sastera Greek dan Roman.
Walaupun terdapat banyak jenis buah zaitun hijau yang boleh diperolehi, tidak terdapat banyak perbezaan antara buah zaitun hijau dengan zaitun hitam- warnanya bergantung kepada kematangan dan bukannya jenis. Buah zaitun hijau dituai apabila ia mencapai saiz tertentu tetapi masih belum matang.
Sesetengah negara, seperti Sepanyol, mereka akan membiarkan buah zaiton hijau untuk beberapa ketika supaya ia menjadi lembut sebelum membuang bijinya dan memasukkan kacang almond atau ikan bilis.
Ada kalanya buah zaitun direndam dalam air garam atau minyak zaitun, bahan seperti kulit lemon, bawang putih atau cili ditambah untuk memberikan rasa yang enak. Selain digunakan untuk menghiasi minuman,ia juga boleh menambah rasa kepada salad.

PANDUAN MEMBELI DAN MENYIMPAN
Ketika membeli buah zaitun hijau, pastikan warnanya hijau pucat dan tiada tanda-tandad ia sudah rosak atau wujud kulat putih. Pelbagai jenis buah zaitun boleh diperolehi di pasaraya. Saiznya bergantung kepada negara asalnya dan jenis dan ia wujud dalam banyak keadaan- bentuk asal, sudah dibuang biji atau yang diisi dengan bahan lain; dalam botol, tin ataupun dijual timbang; dijerukkan dalam air garam ataupun minyak.

  • Boleh juga membeli buah zaitun yang direndam dengan herba dan rempah ratus di sesetengah pasaraya besar.
  • Buah zaiton yang dibotolkan atau ditinkan dalam air garam ataupun minyak boleh disimpan lama jika ia tidak dibuka dalam suhu bilik. Sebaik sahaja ia dibuka, tutup semula botol berkenaan atau pindahkan ke dalam bekas yang bertutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Buah zaitun yang dibeli secara timbang perlu disimpan di dalam peti sejuk secepat mungkin selepas dibeli. Jika perlu, simpan buah zaitun dalam sedikit minyak zaitun.

KHASIAT DAN VITAMIN
Buah zaitun mempunyai kandungan lemak yang tinggi baik kalori mahupun lemak. Terdapat 103 kalori dalam 100g buah zaitun yang sudah dibuang biji dan dijerukkan dalam air garam.
  • Jumlah yang sama turut mengandungi 11g lemak tidak tepu termasuk 1g protein dan sedikit karbohidrat.
  • Buah zaitun hijau mengandungi vitamin A, yang penting untuk penglihatan yang baik sedikit vitamin E yang membantu kesihatan kulit, dan sedikit vitamin lain seperti vitamin dalam kumpulan B.
  • Mineral yang terkandung dalam buah zaitun ialah kalium,yang membantu penyeimbangan air dan kalsium serta magnesium.
Sumber: Majalah RASA Edisi 1(terbitan Karangkraf)

No comments: