Kamera pantau sampah dari tempat tinggi
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata, kamera berkenaan akan dipasang di beberapa kawasan perumahan di Bukit Panjang, Pasir Ris, West Coast, Hong Kah dan Sembawang kerana disifatkan mempunyai masalah pembuangan sampah serius yang membabitkan bukan hanya sisa makanan tetapi membabitkan kotoran seperti najis dan air kencing.
Didakwa di mahkamah
NEA memberi amaran mereka yang ditangkap melakukan kesalahan itu menerusi kamera pemantau akan didakwa di mahkamah dan kes mereka akan disiarkan kepada umum.
NEA berkata kamera terbabit menggunakan perisian menganalisis video didapati amat berkesan untuk mengesan pembuangan sampah walaupun puntung rokok.
“Ketika kajian perintis dilakukan tahun lalu, kamera pemantau ‘menangkap’ dua orang yang membuang puntung rokok dari tingkap mereka pada waktu malam,” kata seorang pegawai NEA. Kedua-dua pesalah terbabit didakwa di mahkamah dan didenda masing-masing S$800 (RM2010) dan S$1000 (RM2512).
Di bawah undang-undang mereka boleh didenda maksimum sehingga S$1,000, dikenakan Perintah Kerja Pemulihan (CWO) tidak melebihi 12 jam atau kedua-duanya sekali.
Bagi kes pembuangan sampah, NEA berkata kamera dipasang selepas membuat penilaian keadaannya dan selepas usaha pendidikan dibuat bersama majlis perbandaran. - Agensi
Sumber: Berita Harian Online
Pentingnya educate orang awam tentang kebersihan. Kekadang tong sampah depan mata pun, boleh lagi selamba badak buang sampah macam tu. Saya tak tau lah mentaliti rakyat Malaysia ni. Susah sangatkah nak jadi pembersih. Kita boleh ikut benda yang positif dari Singapura ni. Pasal nak educate rakyat, sampai mahkamah tentukan hukuman hanya membuang sampah merata. Dahlah denda pun bukannya murah...
Saya lagi ingat kat salah seorang guru besar masa sekolah rendah dulu. Tuan Haji Ibrahim, sekarang dah pencen. Saya masih ingat lagi akan amanat beliau satu hari perhimpunan. Dia cakap, sampah yang kita nak buang tu, kalau tak jumpa tong sampah, letak dulu dalam satu beg plastik atau masuk poket(yang kecik), then kalau jumpa tong sampah, barulah dibuang... Sampai sekarang, saya masih amalkan. Kalau yang besar-besar, selalu saya akan letak dalam satu beg plastik, tak pun kotak kecik, pastu buanglah kat tong sampah. Sama gak yang kecik-kecik, simpan poket, jumpa tong, buang... Senang jer tu...
Lagi satu kalau dok umah flat. Sama kes berita kat atas ni.... CCTV digunakan untuk pantau aktiviti membuang sampah... Huhhh... Jangan kan sampah pepejal, sampah cecair sama kot.... Saya pernah dok flat kat Sri Serdang, pernah kena. Dok baguih, jemur baju, cadar tilam, ntah mana uncivilized punya orang kat tingkat atas, selamba buang air(kumbahan??) dari beranda dapur... Macam tak ada bilik air jer, suka-suka hati buang air dari atas. Awak dok umah flat, kat atas lagi tu... Kena ingat gak... Kalau rumah bukan atas tanah kita, manalah boleh buat sesuka hati. Paksalah saya cuci semula baju-baju ngan cadar sekali lagi... Bengang wei...
Psst:
Kalau malas sangat, jangan ngelat kalau ada PBT kutip cukai... Yelah, tu kan gaji buat pekerja kebersihan... Kalau tak nak kena cukai, apakata tanamkan sikap pembersih... Dah tu pihak PBT kuatkuasakan undang-undang macam ni...
No comments:
Post a Comment