Agak lama aku tak mengarang ayat kat rumah ni... Macam-macam benda nak cerita, cuma aku tak ada masa sangat. Kalah bos punya kerja. Kata orang, tak nak keja berat-berat tapi nak bersenang-lenang dan duit masyuk, jadilah bos... Sebab tu ramai yang keja sendiri....
Baru-baru ni UPSR keluar... Tahniah buat sepupu ku, Irfan. Walau tak dapat 5A, dapat 4A pun jadilah. Bukan senang nak skor banyak A ni. Yelah kena banyak berusaha, tambah-tambah lagi tahun ni bagi Irfan tahun sibuk bagi dia. Dari awal tahun sampai nak dekat-dekat exam besar dia, asyik tak lekat kat umah. Mana taknya, aktiviti ko-kurikulum lagi. Wakil sekolah lagi... Hari tu, pertandingan choral speaking, muka dia... Nasyid, muka dia lagi, syarahan minggu Bahasa Melayu, dia gak... Buat persembahan nasyid kat luar daerah pun dia kena pergi. Macam tak ada budak lain lagi cikgu dia ni nak harapkan. Dah tu memegang jawatan Ketua Pengawas selama dua tahun dari darjah 5 lagi. Jadi pengawas dari Darjah 4.. Bayangkan, seminggu tu, kita akan nampak muka dia dok diam-diam kat umah hanya hujung minggu saja. Hari-hari biasa, seawal mentari terbit sampai mentari nak terbenam, dia tak ada kat umah. Malam pulak, abis makan, ulangkaji, pukul 9 lebih dah tido. Alahai, begitulah kehidupan sebagai seorang budak sekolah. Dan buat pengetahuan anda semua, dia tak pernah pegi kelas tusyen pun, selain kelas tambahan yang disediakan pihak sekolah. Itupun, on off, tengok keadaan cikgu dia terutama cikgu BM dia, asyik 'bolos' jer petang-petang...
Kalau nak tau cara mak dia(Mak Ucu aku) mendidik, amat tegas tapi boleh bertolak-ansur. Oleh sebab bapak dia keja di Brunei, amat jarang balik rumah. Mencari rezeki kata orang. Jadi mak dialah yang bertanggungjawab untuk mengambil tahu pelajaran anak-anak dia. Mak dia memang garang, tapi tak pernah aku tengok lagi tangan mak atau bapak dia sampai kat badan kalau marah. Biarlah mak dia betul-betul marah, aku tengok, mak dia membebel saja. Irfan apalagi, muka selamba ngan telinga kuali dia... Berkat juga mendengar bebelan mak dia. Cuma, dah besar panjang ni, kalau asyik dimarah, memang masuk bilik saja.. Macam perempuan pulak. Tapi aku suka tengok tabiat Irfan, sebelum dia tido, dia akan bersalam ngan mak bapak dia. Siap cium pipi lagi ngan mak dia. Nak turun skolah dan ke mana-mana pun sama, dia memang akan gitau mak dia dan bersalam. Mungkin berkat dari sikap dia macam tu, Allah mempermudahkan segala urusan dia.
Bagi Mak Ucu, sewaktu kami berbual waktu petang, mak dia tidak menyangka Irfan mendapat keputusan tersebut. Dia tidak mengharap sangat kerana dia tahu kemampuan Irfan dan tidak memaksa jika dia tidak mampu mencapainya. Biarlah dia dengan kemampuan dan kebolehan dia. Tidak guna untuk memaksa dengan memukul. Tapi apa yang Mak Ucu aku amalkan ialah
- Ketegasan dalam mendidik terutama dalam pelajaran. Dia selalu nasihatkan Irfan, selagi bapak dia masih berkemampuan bekerja, belajarlah bersungguh-sungguh. Hanya itu harta yang mampu mereka berikan untuk dibawa sampai bila-bila. Jika tidak tegas dalam mendidik anak terutamanya pelajaran, apabila dewasa nanti anak akan mudah menyalahkan mak bapak kerana tidak tegas. Yalah pengalaman diri menjadi pengajaran.
- Jangan terlampau memanjakan anak sehingga dia tidak mampu untuk berusaha.
- Jangan terlampau mengikut kehendak anak yang akhirnya boleh memakan diri sendiri.
- Jika mempunyai ramai anak, jangan mengamalkan pilih kasih, berilah kasih sayang sama rata. Anak jika dibuat sebegitu, akan memendam perasaan kerana ketidakadilan dalam mendidik.
Point terakhir itu memang aku setuju. Aku pun mangsa pilih kasih... Kekadang aku sebagai anak sulung, terpaksa berusaha lebih seperti mengekalkan kedudukan dalam kelas, cemerlang dalam pelajaran hanya untuk mendapatkan sehelai seluar jeans. Yalah masa tu kan masih ditanggung keluarga. Apa yang diidamkan terpaksa dilupakan kerana faham akan keadaan arwah mak dan bapak aku. Tapi adik aku, tanpa perlu buat apa-apa, senang saja dapat. Kalau tak dapat pun, akan panjanglah muncung mulut yang aku rasa boleh menggantung sedozen hanger. Bila hajat dipenuhi, apalagi ke sana ke mari menunjuk. Dan bapak pernah berkata, "Biarlah dia. Anak bongsu, kena manja tak salah." Apa perasaan anak-anak lain kalau mendengar kata-kata seperti bapaku.
Oleh sebab itu, Mak Ucu mengamalkan kasih sayang sama rata buat anak-anak dia, Irfan dan Danish. Dia tidak mahu anak-anak dia jauh hati kerana sikap pilih kasih, tidak mementingkan pelajaran. Dia cuma mengharap anak-anak mendapat pelajaran yang sempurna selagi Pak Ucu berkemampuan bekerja. Dapat menumpang senang anak-anak bila dah besar...
Dan buat rakan-rakan yang bergelar ibubapa, bakal ibubapa, jadilah ibubapa yang terbaik buat anak-anak. Terbaik dari segi kesemuanya. Dan aku memasang tekad, andai aku berkeluarga suatu hari nanti, aku akan cuba mendidik anak-anakku sebaik yang mungkin, dan aku tidak akan membiarkan mereka mengalami kekurangan kasih sayang seperti aku.
No comments:
Post a Comment