Dulu, aku tak suka hari Rabu. Kalau boleh nak cepat-cepat Rabu ni berlalu. Masa skolah kat LUGOSS, Miri, perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Rabu. Dah tu, masa persekolahan pulak panjang... Kira gloomy wednesdaylah...
Bangun tido, terlewat dari biasa. Tunggu pulak orang abis mandi pepagi(dah yang ditunggu-tunggu tu punyalah lambat).. Dah tu, nak pakai tudung, tudung pulak dah buat hal. Bucu atas menggelembung pulak, tak macam hari-hari biasa. Bercermin punya pasal, last-last bas skolah hon dah depan rumah... Macam selekeh je turun skolah...
Rabu bagi aku memang serba tak kena... Itu ini, ada jer yang tak kena...
Tapi kan, sejak dua minggu ni, Rabu macam hari bertuah pulak... Apa taknya, minggu lepas kan, tengah-tengah sengkek, aku terjumpa duit RM10 kat tepi pintu masuk toilet. Ketika hanya aku seorang kat situ. Alhamdulillah... Jujurnya, sapa tak suka kalau terjumpa duit. Duit pun jatuh macam tu saja. Tak ada benda-benda pengenalan tuan punya duit. Tipulah kalau tak nak amik. Cuma duit tu aku gunakan untuk minyak moto aje. Arwah mak aku cakap, toksah belanja untuk makan kalau terjumpa duit. Gunakan untuk benda lain. Oleh sebab masa tu tengah 'kering', ada gak yang cover duit minyak...
Hari ni pulak, Sugarbun Limbang, dibuka semula setelah sebulan direnovate. So, sempena pembukaan semula, adalah offer baik punya... Seperti burger ayam 1 set 2 biji hanya RM6.50.
Order dan tunggu punya tunggu, sampailah order aku(sebenarnya takeaway jer). Aku cuma order 1 set jer(2 biji). Tapi yang sampai 4 biji burger(2 set). Aku ingatkan CSC dia salah bagi order. Dah tu dia datang lagi. Dia cakap aku order 2 set... Ok... Oleh sebab dia merupakan housemate adik angkat aku, dia cakap ambik ajelah... Ok... Aku ambik dan jalan terus ke tempat kerja aku.. Hmmm.... Ok, rezeki nampaknya... Tak yah makan nasi nampaknya tengahari ni....Alhamdulillah.... Rezeki dari-Mu, ya Allah. Semoga Sugarbun Limbang dimurahkan rezeki dan bertambah-tambah maju... Hehehhehehee.....
Iklan pasal Sugarbun lagi... Offer bagi peminat ayam goreng...
Antara KFC dan Sugarbun, aku paling suka Sugarbun. Banyak pilihan. Nasi dia sedap dorhh...
No comments:
Post a Comment