Monday, May 30, 2011

Nang Kacak

Firstly, aku nak ucap kat kawan aku, Suljirina Lucas di atas kemenangan beliau memenangi gelaran Ratu Etnik 'World Harvest Festival' semalam... Got this from Utusan Online:

Suljirina Ratu Etnik WHF

SULJIRINA Lucas (depan, tengah) dimahkotakan sebagai Ratu Etnik sempena Festival Pesta Menuai Sedunia di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, semalam.


KUCHING 29 Mei – Pegawai perancang bandar Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri, Suljirina Lucas, 27, dimahkotakan sebagai Ratu Etnik sempena Festival Pesta Menuai Sedunia (WHF 2011) di Kampung Budaya Sarawak (SCV), di sini malam tadi.
Gadis daripada suku kaum Berawan, Orang Ulu itu mengalahkan 13 peserta akhir lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan etnik di negeri ini.
Kemenangannya membolehkan Suljirina membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, mahkota, piala, jam tangan dan tajaan biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan (Pelancongan) di Kolej Segi Sarawak.
Suljirina ketika ditemui menyifatkan komitmen penuh yang diberikannya di samping membuat persediaan rapi menjelang hari pertandingan amat berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan.


Gee, kawu nang kacak n superb... Sik eran, masa dolok, nang ramai nanyak pasal kawu dari aku...(macam dengki jer bunyi ayat)... Apapun aku tetap bangga dengan kawan aku ni.. Sapa kata gadis Sarawak tak menawan.. Dia ni kawan satu kelas masa di sekolah rendah, naik sekolah menengah, tak sama kelas, tapi rapat gaklah... Aku pindah skolah pun, masih lagi kontek-kontek dia ni, sebab satu taman perumahan.. Dan abis Form 5, semua buat hal memasing... Dan jumpa balik kat Facebook... Facebook gak yang berjasa dalam menjejak kasih.

Dan lagu ni ditujukan buat semua wanita-wanita... Yakinlah kita-kita semua adalah cantik, kerana kita ciptaan-Nya yang sempurna dan terindah....


So, Sarawakian ladies out there, be yourself, and believe that we had own ethnic beauty....
Satu lagi, we proud be Sarawakian.... Biarlah 'orang seberang' sana pernah kutuk kita tinggal kat hutan, tapi sedarlah dari hutan tue lah bagi naik ekonomi Malaysia ni...

Psst:
>Kacak dalam Bahasa Sarawak adalah umum untuk semua gender....

No comments: