Monday, July 1, 2013

[INFO] Perbezaan Krim BB, CC Dan DD

Assalamualaikum..

Hari ni nak share info pasal jenis produk kecantikan. Saya sendiri pun masih lagi terkial-kial dalam produk kecantikan ini. Sesambil menengok kandungan Yahoo!, adalah satu artikel pasal ni.

Saya merupakan pengguna krim BB jenama Garnier.
Bagi saya, ia sebati ngan kulit dah. Tak nak dah tukar ngan jenama lain, walaupun salah seorang kawan saya, beria-ia kat wall FB nya, promote salah satu krim BB.

Ok, berbalik pada tajuk entri kita, baru tau gak da krim CC dan DD ni. Ni saya 'copy and paste' dari artikel di Yahoo! yang mana, Yahoo! pun amik dari Tupai.com.my.

Kenali perbezaan krim BB, CC dan DD



Apabila menyebut tentang BB, CC dan DD, apakah yang bermain di kotak fikiran anda? Adakah huruf berganda ini menentukan saiz pakaian dalam, gred telur, buah-buahan, emas atau tekstil?. Mungkin kita pernah mendengar krim BB namun apakah pula CC dan DD?

Untuk pengetahuan anda, CC dan DD adalah krim seperti BB yang mampu memberi kelembapan kepada kulit serta melindungi cela di wajah. Namun, apakah perbezaan krim-krim ini?

Kenali krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda dengan membaca panduan di bawah:

Pelembap berwarna
Pelembap berwarna merupakan pilihan sesuai untuk wanita yang sukakan asas solekan ringan. Produk ini akan menyerlahkan kulit anda dengan formula sedikit berwarna kepada pelembap. Ia memberi litupan sederhana pada kulit normal. Mereka yang mengalami masalah kulit berminyak tidak digalakkan mengguna pelembap berwarna ini kerana muka akan kelihatan semakin berkilat serta tidak mampu menutup keseluruhan cela pada wajah.

Krim BB
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, krim BB atau 'Blemish Balm' adalah produk paling popular dalam kalangan masyarakat Asia. Krim BB berfungsi sebagai litupan bedak asas yang mengandungi SPF dan antioksidan. Teksturnya lebih ringan berbanding bedak asas biasa dan mewah daripada pelembap berwarna.

Krim CC
CC atau 'Colour Correcting' membantu menghasilkan ton kulit sekata dan sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit seperti kemerahan, kusam dan pucat. Perbezaan antara BB dan CC ini ialah krim BB lebih memberi tumpuan kepada masalah cela. Krim ini lebih ringan berbanding BB dan kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut setelah diaplikasikan pada wajah.

Krim DD
'Daily Defense' atau DD merupakan kombinasi BB dan CC. Penganalisis industri komestik dunia meramalkan krim DD bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah tetapi merangkumi penjagaan tubuh dan kaki. Krim ini kaya dengan lembapan dan bertindak sebagai pelembap ekstra pada tubuh.

Sumber: Tupai dan Yahoo!

No comments: