Wednesday, October 6, 2010

07.10.2009-07.10.2010

Salam...

Hari ni, tanggal 07/10/2010, genaplah setahun aku bekerja di sini iaitu Seng Poh Ling Electric Trading... Wah... Satu tahun yang penuh kepahitan dan kemanisan selama aku bekerja di sini... Manisnya bila kita berkawan ramai orang baru, mengeratkan tali silaturahim, bahkan mengenali insan yang telah lama tidak ketemu... Pahitnya, bila diri ini dihina, keupayaan aku dipandang rendah hanya kerana pekerjaan aku tidak setaraf mereka(yelah keja pemungut bil...siapa nak pandang)....

Setahun yang lalu...
Aku tekad untuk bekerja di sini walaupun punya kelulusan yang layaknya jadi pegawai ke, executive ke... Namun demi untuk tidak menyusahkan keluarga menanggung aku selepas tamat belajar, dengan keadaan menganggur, aku menebalkan muka untuk bekerja kedai. Bahagian perkhidmatan pelanggan kalau ikut kategori la... Yelah sebelum ni aku penah keja jadi guru sandaran/ganti sekejap, alih2 jadi pemungut bil Celcom... Aku bekerja ni pun aku langsung tak inform pun ngan family aku. Sebab aku tau yang kesudahannya mereka tentu tak kan setuju dengan kerja ni. Lebih2 lagi lulusan ijazah. Bagi mereka selayak pemegang ijazah mesti kerja pun setimpal dengannya. Tapi mereka susah nak faham(sebenarnya mereka ni memang tak mau faham pun) dengan krisis pengangguran sekarang ni. Aku dah berusaha cari, tetap gak takde jawapan yang menggembirakan. Hanya segelintir ahli keluarga ku yang mengetahui aku bekerja sebagai pemungut bil. Apabila nenek serta atok mengetahui aku bekerja sebagai pemungut bil(sebab mereka tengok kerja ni kat kedai), mereka memang menentang keputusan aku. Memang mereka tak suka... Dahla kerja kedai, takde standard, memalukan mereka... Bagi aku asalkan kerja halal dan tidak menyusah mereka menanggung keperluan/perbelanjaan aku yang menganggur ni.

Prospek kerja aku...
Asas kerja aku ni duduk kat depan komputer dan mula terima bayaran segala bil Celcom. Tak lupa juga, mendaftar untuk postpaid(sama ada voice plan atau broadband), prepaid.... Penggantian kad sim.... Paling tak best membuat panggilan 1111 Celcom Careline. Kadang tulis surat, buat iklan promosi... Nampak macam bukan pemungut bil... Aku pun susah nak describe apa pekerjaan aku ni... Senang citerlah, multi-task worker... Hahahaaaa..... Even buat surat rasmi pun aku...

Sepanjang masa itu...
Pengalaman itu mengajar aku tentang erti kehidupan di luar... Aku dapat mengenali manusia2 yang pelbagai ragam... Ada yang ok... Setengah ok... Dan langsung K.O..... Terukkan... Selalunya pegawai2 kerajaan yang ramai bayar bil... Kalau budak baru memang kekwat nak mampus.... Ingat tinggi sangat jawatan hang tu... Sekali tengok pembantu am rendah je... Eksyen jer lebih... Dah tu suke2 hati nak pandang rendah orang hanya disebabkan kerja aku ni tak sama level ngan mereka... Apa daaa... Ko ingat nelayan tu takder skill khusus tangkap ikan???(Apa pula kene-mengena ngan nelayan nih...)

Apa pun pengalaman ni memang berharga... Dah masuk resume pun... Ada gak pengalaman kan... Hepi 1st annivesary to me....


No comments: