Salam Ramadhan untuk semua...
Hari ni pepagi dah mula menaip... Tak per, janji updet blog ni... Kalau sebelum ni, ganti diri digunakan adalah saya. Apa kata hari ni tukar kepada aku...
Dalam dunia ni banyak betul ayat yang ada penambahan perkataan -tik.... Materialistik, idealistik, statistik(oppss..masuk jugak ke?). Satu lagi, mana yang sempat disebut, realistik...
Aku nak citer pasal realistik... Dalam kehidupan kita semuanya real... Tak ada khayalan, tak ada cerita yang disenandungkan... Semuanya benar(atau real bak kata omputeh)... Kehidupan yang telah tersurat oleh Allah SWT.
Back to story... Semalam kan, aku ada baca salah satu blog, blog yang aku sendiri follow... Dia ni kalau bercerita memang bersungguh... Tak kisahlah blog dia pasal apa. Tapi kalau mengutuk, kan main lagi. Siap mengaitkan orang lain. Aku tak nak bagitau sapa la kan. Sehebat-hebat dia blogging, tersirat sikap yang mengjengkelkan... Nak mengutuk je... Macamla dia sorang betul sangat. Sikap tak tidak realistik langsung...
Aku tau lah dia anti-Celcom.. Tapi toksah nak kutuk bagai nak gila servis Celcom. Aku ni bukan nak backing Celcom. Tak semestinya aku keja ngan dealer Celcom aku mati2 nak backing Celcom plak. Dalam hal ini, kita jadi realistik. Mungkin dia dok KL, nak guna broadband Maxis, gunalah. Sebab sana servis Maxis laju berbanding Celcom.
Bagi kami yang tinggal di kawasan kategori luar bandar, hanya Celcom sahaja yang memenuhi kehendak kami. Aku dulu pernah pakai Maxis gak. Time blaja kat UPM. Bila kebanyakan cosmet guna Maxis, aku pun guna Maxis. Jimat punya pasal. Memang dok bandar Selangor n KL, memanglah best... Tapi bila balik kampung, pedih betul ati tengok coverage ciput... Kadang hanya dapat 2 barr coverage je. Tue pu dah tak dpt nak msj/call. Paksa lah guna henpon lauya punya baru dpt. Tu pun limited sangat. Yelah sedari dulu dah Celcom menguasai kebanyakan kawasan luar bandar di Sarawak. Mana2 cikgu dari Semenanjung, terpaksalah guna Celcom untuk berhubung ngan yang tercinta kat seberang sana.
Jadi kalau ikutkan keadaan dan tempat, kita perlu realistik. I bet, kalau da sesiapa datang bawa broadband Maxis di tempat kami yang berkawasan luar bandar, akan menyumpah2 servis yang amat teruk kerana Maxis kat sini taklah sampai tahap 3.5G.... Aku pun kadang2 mengamuk gak kalau broadband Celcom lambat atau tak dapat guna....
Aku ni slalu gak menemui pelanggan menyumpah seranah Celcom lambat la, padahal 1 tempat ngan aku... Alih2, penggunaan volume allocation mereka telah mencapai tahap yang dibenarkan. Dari memula sign kontrak dah bagitau, yang penggunaan masa adalah unlimited tapi volume allocation nya ada limited ye... Ada pulak tu, customer marah bagai nak rak kat aku, tengok bil, talian broadband dah kena barred... So, janganlah nak salahkan orang lain pasal tak bayar bil ye, mangkuk.......
Moral of the story, kadang2 kita perlu jadi realistik dalam segala hal padahal kita tidak dapat terima... Buat saudara Z*****, diharap anda dapat bersifat dewasa(padahal dah beranak-pinak), realistik ye... Blog je gempak, tapi kalau mengutuk memang terserlah keperibadian anda... Aku minta maaflah kalau terasa ke apa... Ini hanya teguran ikhlas dari pengikut blog anda....
No comments:
Post a Comment