Sunday, January 30, 2011

Sepetang Bersama Mereka

Hari ni aku hari off aku. Bestnya rasa dapat merehatkan otak dan badan kat rumah tanpa memikirkan hal keja. Yelah hari-hari asyik memenuhi kehendak orang lain. So, hari ni layan kehendak diri sendiri. Aku pun tak berapa sihat sejak 2 hari ni. So, hari ni dapatlah berehat sepuas-puasnya... Dah petang sikit, masa nak bermain-main ngan bebudak kat umah ni(walaupun tak sihat sepenuhnya).. Terutamanya si kecik Danish and his big-brother; Irfan....
Danish ngan tricyclenya...

dia ni penat nak kayuh sebab tanah tak rata. so, nak kayuh macam berat je.

insiden dia jatuh dari tricycle. bukan menangis tapi nak ketawa saja dia jatuh

disorong, sebab tempat tu tanah tak rata

lagi dia...

penghabisan, guna kaki(berjalan) 'mengayuh'

part paling best bagi Danish, tricyclenya turun dari kawasan tinggi

suka mengopek kulit kukunya

inilah rumah tempatku menumpang teduh dan kasih(aku tinggal ngan nenek setelah arwah mak meninggal)

dia lagi...

dan lagi... it's time to go home, darling...
Psst:
> Hari yang paling santai hari tu...
> Hati jadi happy tengok budak-budak ni gelak bersama....

Wednesday, January 26, 2011

Hari-Hari

Hari-hari kena marah... Hari-hari kena maki... Hari-hari kena kutuk...
Hari-hari keja kena marah... Hari-hari keja kena maki... Hari-hari keja kena kutuk...
Cuba ko yang ganti tempat aku ni... Rasakan apa yang aku rasa....
Kalau bos marah takperlah jugak...
Kalau bos maki aku, aku tak kisah...
Kalau bos kutuk aku, kutuklah...
Sebab apa, dia kenal aku macamana... Kenal aku buat keja macamana...
Ni, yang selalu marah, maki, kutuk aku adalah PELANGGAN YANG TAK SEDAR DIRI...
Taulah, customer always right, tapi ada juga yang tak betul...
Asyik nak menegakkan benang yang basah jer.
Nak komplen, komplenlah... Tapi jangan libatkan maruah dan harga diri aku.
Siapa yang ajar jadi kurang ajar... Aku dah cuba sedaya upaya aku melayan mereka, tapi mereka asyik nak cari salah aku jer...
Bak kata Haji Bakhil dalam Labu Labi, "ku lesing karang". Padan muka hangpa...

Psst:
> Kalau rasa diri bukan pelanggan tak sedar diri, jangan amik hati ngan kenyataan aku ni...
> Pekerja wakil jualan pun manusia juga. Ada perasaan juga. Jadi pelanggan juga...

Tuesday, January 25, 2011

MOOD OF THE DAY

Mood aku tak berapa nak ok hari ni..

Mood tengah menyampah...

Omputeh cakap annoying...

kalau dah menyampah ngan orang tu, muka dia pun aku tak nak tengok



Huhh... Tolonglah... Jangan buat perangai ngengada depan aku ni...

kucing pun reti buat muka menyampah kat orang yang buat dia menyampah...
Entahlah.. Hati aku hari ni macam pelik jer tengok orang berperangai jelik. Not to hate them, but what they had done, makes me feel annoying.
 
Satu lagi, kadang yang mengedik ni selalu bikin panas telinga nak dengar. Macam ada satu minah ni. Kalau customer lelaki datang kedai dia, tak pun datang tempat aku bayar bil, mulalah suara buat-buat manja, comel konon.. Puiii...... Huhhhh.... Tapi cakap ngan sesama dia macam nak telan orang jer.  Tak penat ke, buat-buat macam tu. Cubalah natural... Plastik tol...
 
"Tengok muka aku ni dah tahap menyampah imfiniti dah. Boleh tak buat macam biasa aje"
Jangan komplen pulak aku buat muka marah... Tak pasal-pasal kena 'soundtrack' oleh aku. 
Ada faham???!!!!
 
Apa tengok-tengok...  Huhhhh.. Menyampah nyah...
Psst:
> Kalau kena ngan caranya, aku ok
> But please, kalau aku tengah dalam mood macam ni, tolong jangan banyak tanya dengan soalan putar-belit. Aku ni cepat hot....
> Aku manusia biasa. Tak lari dari kesilapan.

Sunday, January 23, 2011

Bila Kek Batik Menjadi Puding Coklat Biskut Marie

Jumaat malam hari tu, aku night-stay kat umah kawan aku. Dia nak belajar buat kek. Aku ni bukan tahap terer giler nak buat kek, tapi memang pandai buat keklah, kalau cukup peralatan dan bahan, dah boleh jalan. Dah semestinya, anak jati Sarawak ni memang pandai buat kek lapis kaler-kaler tu.
So, aku cadangkan dia belajar buat kek paling senang dulu, sudah semestinyalah kek batik. Memang sonang jo buek kek ni. Kadang ada cuma guna 4 bahan jer. Dulu aku pun selalu buat kek ni. Memang ada resepi khas. Tapi entah terbang ke mana resepi tu. Dan aku lupo dah sukatan bahan-bahan dia macamana. So, penghabisannya, aku Google ler resepi kek batik. Cari punya cari, aku singgahlah satu blog pasal resepi(aku minta maaf ye banyak-banyak, tak dapek nak attached link blog ni, tak suka nak malukan orang tu). Sebab apa aku cakap macam tu, sebabnya kek tu tak menjadi 100%... Kek tu tak keras seperti dalam  gambar yang dalam blog tu. Bila dibiarkan lama kat luar peti ais, memang lembiklah... Kawan aku pun macam takder semangat nak tengok kek tu.. Aku pun macam tu juga. Cuma aku amik positif, biasalah kalau belajar, takkan terus-terusan berjaya. Boleh makan lagi tu walaupun lembik. Cuma makan guna sudulah... Sedap apa... Cuma manissssssssssssss............ Yang jenis sweet tooth, takperlah... Yang macam tak suka manis-manis, aku galakkan makan ngan 'sour cream' atau yogurt... Aku tak sempat nak amik gambar, sebab sibuk bercakap ngan kawan aku ni... Cakap pasal cara-cara yang betul... Hmm... Lagipun malu gak nak kasi tunjuk kek tak menjadi sangat. Tapi memang coklat kek tu terasa betul... Untuk sedapkan ati kawan aku ni, aku gelar kek tu jadi puding batik... Ok tak.?? Mungkin masa masak adunan dalam kuali, kurang pekat... Ikutkan resepi, adunan tu kena pekat sebelum masuk biskut Marie. Nak masuk tepung, tepung jagung jer yang ada. Ini semua pasal Man salah beli tepung. Aku pesan awal-awal, tepung gandum. Tapi tepung lain dia beli, tepung jagung... Tapi bila tepung jagung dimasukkan(sedikit aje), kek tu sepatutnya mengeras.. Tapi ni tak. Lembik jer.. Tapi takper, asal boleh masuk mulut, jadilah labu... Kek batik menjadi puding batik.....

Friday, January 21, 2011

LISTED

Assalamualaikum.
Salam Jumaat semua.
Akhirnya aku tersenarai kat blog list Encik Ben..... Segmen JOM GEGAR BLOG!!!!! 


Alhamdulillah... Nampaknya hasil berblog ni, ada gak orang nampak... Cayalah Encik Ben. Usaha beliau, membolehkan blog kami yang segan ni didedahkan kepada para blogger lain... 
Sapa nak join, KLIK sini. Last calling kali ni. Tarikh tutup Ahad ni.. Sapa rasa nak pendedahan kepada blogger lain, jangan segan jangan malu, join ler..

Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG


Jom ramai-ramai join segmen Encik Ben ni; JOM GEGAR BLOG. Klik kat SINI nak tahu lebih lanjut.
Boleh tambah kenalan blog... Merapatkan silaturrahim sesama kita...
Baru sekarang aku terpanggil nak join segmen kendalian beliau. Sebelum ni, aku tak sempat nak join sebab sibuk. Dah tu, segan sikit.. Yelah kesemua blog list segmen Encik Ben, superb-superb belaka.. Blog aku ni taklah gempak mana pun.
Apapun, tak salah nak cubakan.... Mana tau dapat tukar idea nak 'touch-up' blog... Hehehehe.....

Salam ukhwah dari Sarawak.....

MENU BUJANG

Kalau dah bujang, mesti ikut selera tekak orang bujang. Mereka akan mengimaginasikan makanan apa nak masak kalau dapur tu ada tu jer stoknya... Jangan tak tau, sebijik telur pun boleh kita hasilkan lauk nampak macam special...

Malam tadi aku tak sempat nak buat entri pasal menu bujang. Laptop dah 'hang' memanjang, apalagi mata pun nak 'hang' gak menunggu... Takder special nya menu bujang aku ni. Biasa-biasa saja. Kan dah beli majalah RASA semalam, adalah satu resepi tu aku cuba. Tapi aku taklah ikut bulat-bulat, Kopek duit aku kalau nak ikut bulat-bulat bahan dalam majalah tu. Cuma pandai-pandai adjust lah bahan dia macam mana.

Inilah hasilnya air tangan dari aku...
SUP TAUHU BERCENDAWAN

setelah di'garnis' ngan bawang goreng

Resepinya mudah jer.
Bahan-bahan:
1 keping tauhu lembut(potong dadu-saiz sedang-sedang kecil)
Cendawan butang dalam tin cap ayam(belah dua/ potong 4)
Sayur asin sikit
Ikan bilis
Hirisan cili merah, bawang merah dan bawang putih.
Halia dihiris
Cili padi diketuk
Daun ketumbar, bawang goreng
Garam, lada hitam, ajinomoto
Cara buat:
Tumis halia terlebih dahulu. Bila dah dekat2 nak kuning, masukkan hirisan bawang serta cili merah dan cili padi. Ketika ini akan kedengaran bersin...Hahaha... Jangan lupa ikan bilis. Dah tu campaklah cendawan dan sayur asin yang dihiris. Bila dah bahan dah mesra, masukkan 2 mangkuk air. Biar air tadi mendidih. Bila dah mendidih, baru masukkan tauhu tadi. Masa ni gaul perlahan-lahan. Kang hancur berkecai tauhu tu. Tambah garam, lada hitam, ajinomoto sikit, ikut lidah memasing. Bila sup dah nampak mesra, tutup api dan dah boleh dihidangkan... Jangan lupa daun ketumbar ngan bawang goreng.

Selain dari sup ni, buah tomato segar, aku jadikan ulam dan lauk aku tapau dari Ibuk 999, iaitu boto'an ataupun botok-botok... Sedap sehhh........

Aku ni menu simple pun jadiklah... Jadi, kalau korang rasa nak cuba resepi mudah ni, cubalah.... Senang dan bahan mudah didapati......

Psst:
>Botok-botok tu, aku tak jemu makan hari-hari... Malam sebelum ni pun, aku tapau gak dari Ibuk 999.
>Tak sah takder sambal belacan kalau nak makan... Lidah Melayulah katakan... Pedas no hal lah.....

Duit Yang Terbuang....(Entry semalam tak sempat publish)

Hari ni memang betul2 aku rasa buang duit... Dahlah niat tak nak belanja lebih2 mulai bulan ni.. Tapi tetap gak duit terbuang... Ter...Nampak macam disengajakan... Okei.... Senarai barang2 aku beli(untuk hari ni aje):
  • Roti bun (sardin ngan sosej nyer inti)= RM 3.00
  • 1 tin air kopi susu(sundrop brand)= RM 1.80
Tu baru untuk sarapan pagi. Jumlah= RM4.80.
Itulah akibatnya tak sarapan kat rumah.. Duit terbuang.
Belum lagi masuk lunch:
botoan
  • Nasi= RM 1.00
  • Betik mengkal masak lemak cili api= RM1.00
  • Sayur paku goreng=RM1.00
  • Botoan= RM2.00
  • Sambal belacan(2)= FOC
Jumlah= RM5.00



Sekarang ni, bila boring, macam2 aku nak  beli.... Nak tau apa aku beli:
Beg duit (Paul Smith tiruan jer)= RM15.00
Majalah 'rasa' edisi Februari 2011= RM9.90
 Jadi jumlahnya= RM24.90..... Banyaknya aku guna duit hari ni.....
Aku dah terlebih guna duit untuk 4 hari.... Wahhhhhh... Kalau dijumlahkan semua= RM34.70... Hambek ngko... Belanja untuk3,4 hari tu.......
Majalah rasa yang hanya RM6.90, dah sampai Sarawak, mencekik leher harganya. Tu baru edisi biasa jer, belum lagi kalau edisi khas, macam Hari Raya, Ramadhan. Harga akan jadi berganda-ganda naiknya... Karangkraf, please take note.... Mahal giler......

Psst:
>Aku dah mula terpikir nak beli waffle pas ni... apuuuu indai....anak dara dik tuk...

>Aku keluar kejap tadi, shopping2 kat tamu Limbang... Tauhu ngan daun ketumbar aku rembat.... Last sekali kopok lekor dua hengget.... Jadi jumlah semakin naik sebanyak RM39.40.... Hmmmmm......

Sunday, January 16, 2011

Hafiz AF7 - Awan Nano MV

Ahad Oo Ahad, Mengapa Sengal Ini Hari??

Serius. Hari Ahad kat Limbang bagi aku memang sengal. Ok korang takkan sengal sebab korang tak keja hari Ahad. Tapi bagi aku, Ahad merupakan sengal bagi aku. Lebih2 lagi kalau dah kerja kat LImbang Plaza ni.

Ting teng tong..... Asyik tu jer yang bunyi sepanjang hari. Inilah akibatnya kalau manusia suka2 hati buat apa dia mahu. Ni manusia dipanggil BOBONG. Singkatan bagi bodoh sombong. Dahlah tau tempat tu tak leh nak parking/buat parking khas untuknya. Pas tu buat tak tau bila pihak sekuriti Limbang Plaza minta pemilik kereta/motor alihkan kereta/motor. Ada sebab tau sekuriti tu buat macam tu. Kebanyakan keretalah. Tempat parking motosikallah mereka rembat. Macamana motosikal nak parking kalau tempat parkingnya dirembat kereta. Mana taknya, motosikal pun parking kat tepi2 bangunan, tempat tak dibenarkan parking... Benda macam ni, pihak yang berkereta sepatutnya faham dan akur dengan peraturan, bukan nak suka2 hati awak nak letak kereta tu kat mana. Mentang2 awak tu ada kereta, so besar kepalalah... Banyak lagi ruang parking bertingkat kat plaza ni. Percaya atau tak, banyak parking kosong kat tingkat atas2. Dah tu lagi, Limbang ni memang baik hati tau, parking tak kena caj lagi. Bukan macam sesetengah bandar, sama ada parking biasa atau bertingkat, semua kena caj. Kat Limbang ni parking biasa pun FOC. Entah kenapa mereka yang berkereta tidak menggunakan kemudahan percuma ni. Tapi hakikatnya golongan BOBONG ni memang berkarat punya otak... 

Ahad kat Limbang ni memang sengal... Jalan jammed lagi pagi2. Apa taknya, kalau ada pengunjung dari Brunei datang berkunjung ke mari. Ada segelintir(segelintir ye) mereka suka buat apa mereka suka. Contoh parking di tempat bukan khas untuk parking kereta, kat sanalah berduyun kereta parking. Dah tu suka langgar peraturan kat sini. Mak aih, bawa kereta macam pelesit kat kawasan perumahan sama ada kawasan kampung dan pekan. Macam dia buat tempat sendiri, padahal mereka kat tempat orang. Bak kata orang, pandai2lah bawa diri kat tempat orangkan... Jangan sampai terbawa perangai yang bukan2 kat tempat orang....

Psst..
> Aku pun dulu suka parking motosikal kat tepi bangunan depan plaza. Tapi sejak angin ribut bulan lepas, sampai mampu menumbangkan motosikal, aku dah insaf dah. Aku parking ikut tempat yang sepatutnya, khas untuk motosikal la.
>Jangan terasa kalau ada di antara korang dari Brunei ye. Aku mentioned kat atas, segelintir aje ye. Tapi kalau yang melenting tak tentu pasal tu, nampaknya terkena kat batang hidung sendiri lah tu....

I Hate 'Gediks'

Gedik... Sapa rasa diri dia gedik???Angkat kaki sekarang... Aku ni tak suka orang yang gedik2... Mengada-ngada.

Contoh orang2 yang aku rasa dia ni gedik:
    jadi mangsa contoh aku
  • Buat2 suara bajet comellah, macam suara Sizuka cerita Doraemon tu. Tak pun macam anime2 perempuan kat TV tue. Padahal rupa tak comel mana pun. Aku lagi suka kalau orang tu natural. Melainkan mereka ni memang golongan suara halus/kartun. Yang buat2 pulak, tak yah lagak macam 'loveable', 'likeable', kononnya. Sesak pulak aku dengar. Nak goda lelaki pun, janganlah mengada buat suara macam tu.  Lelaki mungkin suka dengar,tapi dalam hati dia cakap, "Alahai, gedik punya perempuan!" Kalau belum kawen, suara macam Sizuka, dah kawen bertahun-tahun nanti keluarlah suara garau, lagi garau dari laki hang no..... Suara Nobita lagi merdu. Apa kes.... 
Nobita gelakkan korang bila suara dia lagi merdu dari korang.
  •  Jalan tonggek. Sapa tau jalan tonggek ni macamana??? Dia punya punggung tejongket ke atas. Padahal dia ni flat jer. Tak pun punggung biasa2 jer. Jadi nak 'mengenja'kan diri depan lelaki, apa lagi, jalan pun tonggekkan punggung.. Tak sakit ker punggung tu?? Aku taulah tu punggung ngko.. Tapi macam tak senonoh plak aku tengok. Kalau jenis punggung memang tonggek, aku boleh terimalah. Lagipun kalau yang memang azali lagi punggung tonggek, mereka ni golongan sempoi jer. Tak yah heran tengok mereka tonggek. Mereka pun tak kisah...Rileks jer. Tapi kalau yang sengaja menonggekkan punggung tu macam terdesak jer...Hahahaha...  Contoh yang selalu menonggekkan punggungnya:
Sapa nak lawan sapa lagi tonggek lagi tinggi dari I ni????
  • Kontrol ayu.... Ni perangai aku tak gemar. Aku taulah depan jejaka2 ko memang kontrol penampilan, perangai. Tapi, depan pakcik2, makcik2 huhhhh, main lepas ye... Ntah2, pakcik/makcik tu parents jejaka yang ko kontrol bajet comel depan dia. Kan terkantoi. Aku ada kawan perempuan macam ni. Masa matriks dululah, jiran bilik sebelah aku. Kalau kat dorm, memang rajin tegur, gelak sama2. Tapi bila kuliah, ternampak dia ni, mulut aku dah lebar senyum kat dia, tapi dia jeling aku balik. Huhhh.. Mula2, aku tak kisah sangat, tapi bila selalu macam tu, dah tu dalam kuliah, mak aih, macam pijak semut takkan matilah, kontrol abis, cakap pun macam lembut doh roti. Mementanglah cantikkan, jadinya lelaki dalam kuliah kitorang tu kan main galak mengusik... Yang si perempuan ni, huhh, asyik lambat jer masuk kelas, padahal tak de kelas pun sebelum tu. Kalau ada pun, kelas tutorial jer, tue pun masa yang samalah ngan grup tutorial tu. Tapi kat  dorm, kan main lagi suka jerit2. Mengadakan... Baru ku tau, dia memang ni jenis kontrol ayu gitu... Macam gedik pulak aku tengok.
Tu contoh yang aku rasa seseorang tu gedik ke dak. Lelaki ada gedik jugak ke??? Melainkan... Tuttttt.... Faham sendiri, bagus.. Keja aku yang memerlukan aku menemui customer, memang aku selalu jumpa customer perempuan terutamanya, alahai gedik2... Kalau memang sah laki bini, aku boleh terimalah kegedikan perempuan tersebut, cuma kontrol2 sikit kegedikan anda depan umum. Ni yang bukan laki bini yang sah. Kebanyakan sekarang ni, budak2 yang masih bersekolah... Bak kata orang dulu2, hingus belum kering, dah ada hati buat perangai macam laki bini. Yang perempuan, alahai, rasa nak tempeleng jer kepala tu, kasi sedar, awak tu masih lagi budak. Yang lelaki pulak, sukalah tu kalau da perempuan buat2 gedik depan dia. Rasa nak cucuk mata jer kasi sedar yang awak tu masih bawah umur, spender cap buaya, masih mak awak belikan, ada hati macam orang dah kawen. Aku kalau ada bebudak ni perangai macam ni, huhhh... Aku sergah abis... Biarlah mereka kata aku ni tak mesra pelanggan, yang penting aku dah tegur mereka ni(budak2 sekolah yang tak sedar diri) dengan cara aku, walaupun aku tak cakap direct...

Psst...
> Aku pun pandai buat suara gedik tau, tapi taklah menggedik gatal. Dulu masa, Irfan dan Ikram masih kecik, kalau aku bercerita dengan mereka(ikut buku cerita), aku akan buat2 suara watak dalam cerita tu. Kalau watak heroin, aku pun buat suara macam Sizuka gak... Nenek kebayan/ahli sihir, buatlah suara garau... Hero pulak, buatlah suara macho macam Fahrin Ahmad.... Uit Fahrin?????

>Mengenja-kata dasarnya, kenja... Perkataan dari dialek melayu Sarawak, bermaksud gatal(bukan sebab nak kena garu). Boleh kira miang pun ok...


    Sunday, January 9, 2011

    Bila Diri Dikhianati

    Sakit hati bila diri dikhianati. Sapa tak rasa sakit. Waima, orang yang tenang jiwanya pun ada terasa sakitnya. Ok... Tiba-tiba jer aku taip pasal khianat... Yalah orang yang paling rapat dengan kita pun menjadi musuh dalam diam. Tak sangka. Dahlah aku ni jenis sensitif punya manusia, bila dikhianati, terasanya sampai menusuk jauh. Dan aku ni jenis tak suka memaafkan orang... Keras hati, itulah aku... Tapi lama2 memang aku boleh maafkan, cuma akan amik masa lama untuk lupakan semua itu... Bak kata omputeh, I can forgive, but I cant forget...
    Orang tu, kita layan macam adik sendiri, tapi penghabisannya kita dibiarkan keseorangan. Aku faham masalah dia macamana, tapi dia sanggup menepikan orang yang faham keadaan dia, dan sanggup menuruti orang yang boleh merosakkan dia bila2 masa. Bila dah aku macam tu, macam2 ceritalah aku dengar yang bukan2 tentang aku.... Terima kasih banyak2 sebab buat ramai benci kat aku ni. Orang yang tak kenal sangat aku ni, boleh menjeling, mencebik kat aku... Aku tau siapa punya angkara ni. Kalau kau tak kenal aku ni macamana, baik tutup mulut.... Orang cakap sebab pulut santan binasa, sebab mulut, badan binasa... Tak gitu... Tangan ni belum sampai lagi kat mulut orang tu. Kalau dah sampai, mau lebam berhari-hari. Masa tu lah, aku akan cakap, ni lah akibatnya kalau suka buat cerita hal orang yang bukan2.....

    Monday, January 3, 2011

    Tahun Baru, Entri Pertama 2011 dan Azam Tahun Baru

    Assalamualaikum...

    Ini adalah entri pertama aku untuk tahun 2011.. Bulan Disember lepas, aku tak update blog sangat. Sibuk memanjang... Adapun aku nak taip entri terbaru, dah tu terbengkalai atas sebab keja tak pandai habes... Bila dah menghabeskan keja, jadi entri separuh jalan tu pun dilupakan... Bila nak edit entri yang tersimpan dalam draft, terasa malas lah pulak... Sebab tak tau cerita apa... Penghabesannya, aku delete jer entri separuh jalan tu.

    Oklah.. Walaupun hari ni dah 3 Januari 2011, belum terlambat lagi aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua kat dunia ni... Dan sudah tentu ada azam baru gak kan... Azam tahun lepas amacam?? Ada bagus ke? Tercapai 100%? Setengah tercapai? Tak pun ciput2? Atau... Langsung tak tercapai macam aku ni haa... Oleh sebab tak tercapai lagi azam tahun2 lepas, aku cuma sambung azam tahun lepas jer. Dan ada sikit azam baru....

    Nak tau tak azam aku. Meh baca ni:
    1. Keja tetap dan stabil
    2. Kurangkan berat badan dan nak cekeding macam zaman dulu2.
    3. Settle hutang-piutang...
    4. Amik lesen keta..
    5. Simpan rambut panjang untuk 6 bulan pertama.... Kalau ok, truskan setahun... Hehehee...
    6. Kawen..??? Aku dah masuk 27 tahun ok.....
    Oklah...itu sajalah azam aku untuk tahun. Senarai 3 teratas adalah senarai yang sentiasa ada sejak 2 tahun lepas... Meneruskan kesinambungan azam yang tak berapa menjadi tahun lepas... Marilah bersama-sama bekerja keras untuk mencapai azam tahun ni sampai berjaya....