Thursday, January 19, 2012

Kesinambungan Azam Yang Lepas

Assalamualaikum...
Selamat melalui tahun 2012... Setiap kali masuk tahun baru, akan ada ramai yang sibuk bertanya azam tahun baru. Yelah, hidup perlu ada matlamat, baru jadi manusia berguna. Hidup tak ada matlamat, susah... Terumbang-ambing tak tau tujuan ke mana, penghabisannya kita akan jadi manusia yang kerugian... 

Oklah, tak nak mukadimah panjang-panjang. Aku cuma nak sambung jer azam tahun-tahun lepas yang tak tercapai. Banyak lagi tau... Kerja, kesihatan... Kerja tetap belum kunjung tiba... Kesihatan, syukur ke hadrat-Nya, masih lagi menikmati nikmat dari-Nya. Cuma aku nak kurus... Boleh ke??? Asyik kalah ngan makanan, apa cer....

Sebagai usaha permulaan nak meneruskan mencari pekerjaan, kena kerja keras ni... Mantapkan cover letter, resume, rajin-rajin menjenguk iklan-iklan, mencuba nasib menghantar permohonan kerja... 

Nak kurus? Memang semua nak kan.... Aku tak kisah kalau tak kurus, asalkan sihat, itu sudah ok bagi aku. Tapi kalau kurus tu, satu kelebihan kan... Tak susah cari saiz baju atau seluar yang besar... Banyak yang kena jual kat tempat aku ni, saiz orang yang slim-slim aje... Stail baju pun lebih kepada orang slim-slim. Teringin gak nak bergaya cantik... Sebagai satu usaha, taklah drastik, aku mengambil keputusan untuk tidak makan selepas pukul 7pm..  Sekadar minum Milo atau air suam, itu sudah cukup.. Lapar? Setkan dalam minda, makan esok pagi jer lah... Buat masa ini, boleh lagilah. Melainkan kalau lapar tahap nak terketar-ketar, terpaksalah makan kan. Takkan nak seksa badan. Penghabisannya, bukan nak sihat sebab kuruskan badan, tak pasal-pasal hanya disebabkan kurus, badan(kesihatan) terjejas. Yang inilah selalu orang tak ambik kisah. Dah nak kurus tu, dah tak peduli lagi tahap penerimaan dalam badan. Tak makan, berlapar, muntahkan... Tu dia aneroksia, bulimia... Untuk usaha hendak menguruskan badan, perlu ada usaha yang positif. Makan perlu.. Kan falsafah tentang makan, makan untuk hidup... Biarlah berpada, dapat zat-zat yang sepatutnya pun kira bagus dah. Jangan pulak tak makan. Satu lagi falsafah terbalik, hidup untuk makan. Tu teruklah... Nak melantak 24/7, tak boleh blahlah... Ngabis boreh jo.... Tu tahap obesiti, kira nak membunuh diri sendiri. Jangan tak tahu pulak, makanan pun boleh membunuh.... Apa yang penting, beringat, bersederhana jadilah.

Ok cukup kisah azam tahun baru ku. Sambung saja dari yang lepas. Kahwin? Belum sedia kot. Lantaklah kalau nak kata aku ni anak dara tua, andalusia ker... Ada aku kisah... Aku kawen pun, aku sendiri keluar bajet...

No comments: