Tanggal 21.12.2011 hari tu, Danish genap berusia 4 tahun. Masih gak kecik.... Hahahaha.. Tapi semangat nak bersekolah. So, his mom decided to sent him to KEMAS kindergarden at our kampung jer. And maybe 2013, he will going to pre-school. And tadika KEMAS ni cuma permulaan awal untuk dia berdepan ngan suasana persekolahan, membiasakan dia bergaul ngan budak-budak lain(Danish tak berapa ada ramai kawan).
Well, merujuk kepada tajuk entri tu pun, memang dia memang bahagia. Sehingga ke hari ini, dia belum lagi ponteng. Minggu ni dia demam pun, dia pergi jugak walaupun mak usu aku kata, dia tak sihat. Tak sihat apanya, berlari-lari ke sana ke mari jer. Dahlah sebelum cuti CNY hari tu, dia 'kebocoran' akibat asyik bermain ngan teman-teman baru. Betapa bahagianya, sampai kencing pun tak ingat. Apa pun selagi dia bersemangat, semarakkan semangat yang ada agar gigih mencari ilmu....
|
dah reti buat sendiri |
|
seriusnyalah.orang nak cepat masuk sekolah, aku pulak sibuk nak snap gambo dia |
|
selalunya dia ni pandai bergaya kalau orang nak amik gambar. ni dah macam patung jer |
|
beg dah siap sandang, nak marah dah, bilalah kakak sepupu dia nak gerak anto dia gi skolah. |
|
|
jumaat, hari pakai baju melayu...senyuman tak menjadi |
No comments:
Post a Comment