Saturday, January 28, 2012

[GAMBAR]: Muka Bahagia-Danish

Tanggal 21.12.2011 hari tu, Danish genap berusia 4 tahun. Masih gak kecik.... Hahahaha.. Tapi semangat nak bersekolah. So, his mom decided to sent him to KEMAS kindergarden at our kampung jer. And maybe 2013, he will going to pre-school. And tadika KEMAS ni cuma permulaan awal untuk dia berdepan ngan suasana persekolahan, membiasakan dia bergaul ngan budak-budak lain(Danish tak berapa ada ramai kawan).
Well, merujuk kepada tajuk entri tu pun, memang dia memang bahagia. Sehingga ke hari ini, dia belum lagi ponteng. Minggu ni dia demam pun, dia pergi jugak walaupun mak usu aku kata, dia tak sihat. Tak sihat apanya, berlari-lari ke sana ke mari jer. Dahlah sebelum cuti CNY hari tu, dia 'kebocoran' akibat asyik bermain ngan teman-teman baru. Betapa bahagianya, sampai kencing pun tak ingat. Apa pun selagi dia bersemangat, semarakkan semangat yang ada agar gigih mencari ilmu....

dah reti buat sendiri

seriusnyalah.orang nak cepat masuk sekolah, aku pulak sibuk nak snap gambo dia

selalunya dia ni pandai bergaya kalau orang nak amik gambar. ni dah macam patung jer

beg dah siap sandang, nak marah dah, bilalah kakak sepupu dia nak gerak anto dia gi skolah.

jumaat, hari pakai baju melayu...senyuman tak menjadi

Friday, January 27, 2012

Ai Sentap


Baby pun reti sentap

Entah kenapa aku asyik rasa sentap jer hari ni. Bayangkan kalau bos aku cakap kasar dan bunyi marah-marah. Macamlah besar kesalahan aku ni. Yelah selain diambil bekerja untuk mengerjakan kerja yang sepatutnya, pekerja juga berfungsi untuk disalahkan kalau ada kesilapan sedikit(sentap tau....). Kadang rasa nak lari kalau tersentap. Kita buat sehabis baik, tapi lain kita dapatkan. Kalau tak kenal bos aku, memang akan ada orang yang menganggap dia ni jahat or whateverlah(sendiri mau ingat). Tapi kalau tau pe'el dia macamana, boleh buat tak tau je. Macam hari ni, akan lupa dalam sehari dua punya.
Tapi serius arr, aku sentap giler hari ni. Bukan sekali, tapi 2 kali sentap... Pasal seorang customer asyik komplen jer, kitorang pulak sentap-menyentap... Tak ke haru macam tu. Mungkin umur makin meningkat, perubahan hormon dalam sistem menyebabkan senangnya berlaku perasaan sentap itu.

Psst:
Agak-agak, macam ni lah perasaan orang tua kita kalau mereka tersentap ngan bahasa dan perilaku kita... Semoga perasaan sentap ni menjadi pengajaran kat kita. Macamana perasaan sentap kita hari ni, macam itu jugaklah perasaan sentap orang tua kita bila kita berkasar dan tidak peduli akan mereka.