Hari ni aku macam biasa, bekerja seperti hari2 biasa. Jarang aku bercuti hari Ahad, kalau tiada apa2. Cun jugak hari ni ada aktiviti 'blood donation' kat plaza ni. Aku pun tak ketinggalan untuk participate aktiviti ni. Ini kali kedua aku menderma darah. Sempat gak aku keluar kejap. Bukannya jauh mana pun. Kat lobi plaza satu level ngan tempat keja aku nih...
Alhamdulillah, tercapai gak niat aku menderma darah. Adalah beberapa kali dah pihak plaza organize 'blood donation' ni, tapi nielah pertama kali aku menderma darah di Limbang nie. Dan syukur kepada-nya aku berjaya mengharunginya(proses derma ni...ada orang pengsan..tak pun pitam...macam tadik, satu guy ni pitam..). Mudah2an aku diberikan kesihatan yang baik, dan dapat lagi aku menderma pada masa2 akan datang... Ramai gak orang menderma tadi... Cuma orang kita ni jarang yang da nak menderma. Mungkin mentaliti masih di takuk lama. Kita tak kan sakit, tapi tambah sihat adalah... Apa yang penting, kuatkan azam dan semangat, Insya-Allah, takkan da pa2 yang berlaku pun. Bukan trus2 cucuk dan keluarkan darah tu. Kesihatan kita akan di'check' terlebih dahulu, sama da kita dapat menderma atau tak. Ada yang punya niat nak menderma, tapi disebabkan kesihatan tidak mengizinkan(hipertensi, diabetis, less 2 week after take the antibiotic medicine,drugs,contagious diseases) ataupun kurang berat badan (at less 45 kg and above is better) ataupun perempuan yang tengah haid, memang tidak digalakkan...
Hmm... Esok2 dah lebam bekas kena cucuk jarum tadi... Ni pun masih rasa kebas... Tapi, takper... Aku dah sempurnakan niat aku...
No comments:
Post a Comment