Thursday, March 18, 2010

"Rupa-Baru"

Salam...
Heheheee.... "Rupa-baru"??? Apa-ke-benda yang baru ni??? Jeng2... My lappy was reformatted with new-look... With Window 7... Lerrr.. Tue pun nak heboh ke, Maria???? Alaaa... Orang lama dah guna Window 7 ni... Tapi aku baru jer hari ni... Aku ni tak terror sangat dalam Window 7 ni.. Lambat sikit nak pick-up segala function... Tapi kalau dah keja aku yang berkaitan ngan pc sikit2, jadi faham ler sikit2... Akhirnya Ah Siang tolong aku reformat lappy aku ni tadi... Heheheeee...
Aku sebenarnya takder citer yang baru... Saja2 kan menaip... Rindu pulak menaip n baca blog. Dah tue bikin aku nak blogging malam ni...Sesambil tengok tv... Dashyat sungguh... Selain tue, nak membiasakan diri mengarang... Sebabnya, tak lama lagi, ada exam SPA bulan April nanti. Walaupun tak berkaitan, tapi sekurang-kurangnya ada gak persiapan 'mengembang'kan idea... Ye tak???

Sunday, March 14, 2010

::140310; Sunday::

Hari ni aku macam biasa, bekerja seperti hari2 biasa. Jarang aku bercuti hari Ahad, kalau tiada apa2. Cun jugak hari ni ada aktiviti 'blood donation' kat plaza ni. Aku pun tak ketinggalan untuk participate aktiviti ni. Ini kali kedua aku menderma darah. Sempat gak aku keluar kejap. Bukannya jauh mana pun. Kat lobi plaza satu level ngan tempat keja aku nih...
Alhamdulillah, tercapai gak niat aku menderma darah. Adalah beberapa kali dah pihak plaza organize 'blood donation' ni, tapi nielah pertama kali aku menderma darah di Limbang nie. Dan syukur kepada-nya aku berjaya mengharunginya(proses derma ni...ada orang pengsan..tak pun pitam...macam tadik, satu guy ni pitam..). Mudah2an aku diberikan kesihatan yang baik, dan dapat lagi aku menderma pada masa2 akan datang... Ramai gak orang menderma tadi... Cuma orang kita ni jarang yang da nak menderma. Mungkin mentaliti masih di takuk lama. Kita tak kan sakit, tapi tambah sihat adalah... Apa yang penting, kuatkan azam dan semangat, Insya-Allah, takkan da pa2 yang berlaku pun. Bukan trus2 cucuk dan keluarkan darah tu. Kesihatan kita akan di'check' terlebih dahulu, sama da kita dapat menderma atau tak. Ada yang punya niat nak menderma, tapi disebabkan kesihatan tidak mengizinkan(hipertensi, diabetis, less 2 week after take the antibiotic medicine,drugs,contagious diseases) ataupun kurang berat badan (at less 45 kg and above is better) ataupun perempuan yang tengah haid, memang tidak digalakkan...
Hmm... Esok2 dah lebam bekas kena cucuk jarum tadi... Ni pun masih rasa kebas... Tapi, takper... Aku dah sempurnakan niat aku...

Wednesday, March 10, 2010

Moody (Part 2)

Hari ni, aku masih lagi dalam keadaan moody...
Mungkin effect keputusan MTeST semalam...
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......
Aku tak dapat nak terima keputusan tu....
Takder peluang buat rayuan ke???


Tuesday, March 9, 2010

Moody

Hari ni betol2 buat aku moody teramat sangat... Nak tau naper?
  1. Jadik orang tengah tak best langsung... 1 sen pun aku tak dapat... Kalau aku ni jahat, nak jer aku kasi harga up sikit, kira aku amik persen sikit.... Ingatkan tadi da kuih tu nak bagi kat haku, tapi bagi kat orang yang nak beli tue... Ketara sangat nak kene puji nama die ni oleh guru2 malaya ni... Langsung tak teringat penat lelah aku nih..
  2. Result KPLI MTeST kuar arinie... KPM reject permohonan aku... Sedih betul... Kan men lagi KPM kata perlu ramai guru terutama di pedalaman2... Aku sedia menyemai bakti, tapi KPM pandang sepi. Kat Sarawak ni, kalau bukan orang Sarawak sendiri yang sudi mengembara ke kawasan pedalaman, sapa lagi. Guru2 Malaya??? Mungkin pegi, tapi untuk seketika jer. Dah tu merengek la nak minta tukar kat tempat sendiri atau kawasan bandar...
  3. Adalah customer hampeh hari nie... Mentang2 anak tue baru merasa hidup dunia luar, dah pandai2 ajar mak dia benda pelik2... Nak report, report la... Macamlah kitorang takut sangat..
Hmm.. Tue kisah2nya yang menyebabkan aku moody... Ada jer sebab lain. Tapi 3 di atas adalah penyebab utamanya...

Monday, March 8, 2010

Senyum Sendiri

Kisah 1:

Aku: Eh, Elly... Kawu dari siney?
Elly: Aku baruk balit dari Mines.
Aku: Gik nyewa ngan sidak Mary?
Elly: Aok. Bah aku gi dolok, ada kelas petang tok.
Aku: Bha... Bye
Vien: Pandai tul ko cakap bahasa Sarawak.
Vera: Bha, Vien... Kalo dah dia ni orang Sarawak, macamanalah...
Aku: Betul,bha...
Vien: Ya kan???
Aku: Yalah. Ko nda pecaya, bha mari saya tunjuk IC.
Vien: Ka ko lahir di Sarawak, tapi ko mimang orang Sabah.
Vera: Betullah dia ni pure urang Sarawak bha..
Vien: ???????
-----------------------------------------
Kisah 2:

Rodziah: Akak ni kalau cakap orang sini(semenanjung), dah takder bunyi Sabah.
Aku: Akak bukan orang Sabah. Akak asal Sarawak. Tapi bestfriend dah oarang Sabah, jadi melekat dah sleng mereka kat lidah akak ni..
Rodziah: Saya tak tau pulak akak ni orang Sarawak. Tak nampak sangat macam orang Sarawak.
Aku: Akak biasalah... Dah ramai kawan dari mana2 negeri kat Mesia ni..
----------------------------------------
Tue lah coretan yang penah aku lalui... Bila diingat kembali pasti aku senyum sendiri...

Friday, March 5, 2010

Kereta oh Kereta....

Heran sungguh aku segelintir orang punya mentaliti(kalau guna setengah karang, ada yang mengamuk). Ok kawan2, SEGELINTIR ye... Malu sangat ke nak guna barang buatan local...

Al-kisahnya...

Hari ni, aku terjumpe 2 buah kereta, yang asalnya, PROTON SAGA (ol-pesen punya-tahan tuuu). Tapi tuan punya keta ni memang kreatif sungguhlah. Kalau hias keta macam kat MTV-Pimp My Ride, takpe la juga... Ni modified itu kereta taklah 100%, cuma tukar logo keta je... Ingatkan tukar 1 badan keta tu.. Ni tukar logo keta... Dari logo proton yang lama(alaa, bendera Malaysia)ke logo bulat dan 3 daun kat tengahnya(bolehla...bukannya peminat automobil punya olang). Banggalah kononnya, pakai keta impot, padahal keta made in mesia... Cabut apapun, orang masih kenal lagi, proton... Macam tadi, pasal apa aku dapat recognize, sebab ada satu sticker yang slalunya dilekatkan sebagai tanda telah lulus dan selamat dipandu... Ha22222.... Tue je yang spoil...
Yang kedua, lepas aku kuar dari Maybank, adalah sebuah keta memang stail ol-pesen proton yang dimodifikasikan satu badan... Letak tanduk(aku tak tau amendenya tu, mende yang letak kat bumbung belakang...). Dah tu, ada lagi ekor keta tu... Yang bawak keta tu, minah lah... Bangga siut, bawa mitsubishi... Alaaa, tengok yang bawa tu memang aku kenal, jiran sekampung lah katakan, memang asalnya keta proton. Berlagaklah konon beli keta import, padahal aku tau dah... Mungkin orang len boleh kelabukan mata... Tapi haku??? I tau la....

Moral of the story....

Aku tak kisahlah keta import ke keta local, selagi boleh aku pakai aku beli ngan duit sendiri... Skang ni memang belum da keta... Jangankan keta, lesen keta pun blum ada... Amik hari tu, sekerat jalan je... Tapi impian dah da... Manalah tau suatu hari nanti, aku da keta sendiri... Kalau local, aku dah jatuh hati ngan Perodua MyVi... Hehehe... Kalau import(kalau da duit lebih arr..), aku suka keta Nissan Latio(sedan) or Toyota Vios... Takper lah... Simpan dulu impian, manalah tau, suatu hari nanti aku da keta sendiri... Orang cakap ikut kemampuan masing2, ye tak... Kalau da, aku takkan tukar logo dia(if aku ditakdirkan beli MyVi)... Biarlah macam tu. Nak tukar pun, aku modified kaler dia ke, rim tayar ke, letak aksoseri ke... Tu jelah....