Monday, May 30, 2011

Nang Kacak

Firstly, aku nak ucap kat kawan aku, Suljirina Lucas di atas kemenangan beliau memenangi gelaran Ratu Etnik 'World Harvest Festival' semalam... Got this from Utusan Online:

Suljirina Ratu Etnik WHF

SULJIRINA Lucas (depan, tengah) dimahkotakan sebagai Ratu Etnik sempena Festival Pesta Menuai Sedunia di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, semalam.


KUCHING 29 Mei – Pegawai perancang bandar Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri, Suljirina Lucas, 27, dimahkotakan sebagai Ratu Etnik sempena Festival Pesta Menuai Sedunia (WHF 2011) di Kampung Budaya Sarawak (SCV), di sini malam tadi.
Gadis daripada suku kaum Berawan, Orang Ulu itu mengalahkan 13 peserta akhir lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan etnik di negeri ini.
Kemenangannya membolehkan Suljirina membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, mahkota, piala, jam tangan dan tajaan biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan (Pelancongan) di Kolej Segi Sarawak.
Suljirina ketika ditemui menyifatkan komitmen penuh yang diberikannya di samping membuat persediaan rapi menjelang hari pertandingan amat berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan.


Gee, kawu nang kacak n superb... Sik eran, masa dolok, nang ramai nanyak pasal kawu dari aku...(macam dengki jer bunyi ayat)... Apapun aku tetap bangga dengan kawan aku ni.. Sapa kata gadis Sarawak tak menawan.. Dia ni kawan satu kelas masa di sekolah rendah, naik sekolah menengah, tak sama kelas, tapi rapat gaklah... Aku pindah skolah pun, masih lagi kontek-kontek dia ni, sebab satu taman perumahan.. Dan abis Form 5, semua buat hal memasing... Dan jumpa balik kat Facebook... Facebook gak yang berjasa dalam menjejak kasih.

Dan lagu ni ditujukan buat semua wanita-wanita... Yakinlah kita-kita semua adalah cantik, kerana kita ciptaan-Nya yang sempurna dan terindah....


So, Sarawakian ladies out there, be yourself, and believe that we had own ethnic beauty....
Satu lagi, we proud be Sarawakian.... Biarlah 'orang seberang' sana pernah kutuk kita tinggal kat hutan, tapi sedarlah dari hutan tue lah bagi naik ekonomi Malaysia ni...

Psst:
>Kacak dalam Bahasa Sarawak adalah umum untuk semua gender....

Thursday, May 19, 2011

Sempoi Jer


Walaupun tak faham sangat maksud lagu ni, tapi aku suka sangat... Sebab apa, sempoi dan tak memeningkan kepala... VC dia sempoi arr.. Tak yah da boob models on it.. Hanya penyanyi dan props yang bikin kita akan ingat, this is song is about his dream yang dia nak sangat-sangat menjadi kenyataan... Ya.. Siapa tak nak create dunia idaman...  

Kat bawah ni dia punya VC+lirik:

Meh bersama-sama menghayati dan memahami lirik lagu ni...

Wednesday, May 18, 2011

Pain of Loneliness

Lately, aku rasa betul-betul lonely... 
Tak tau naper. Aku terasa sangat bila orang-orang sekeliling, ignore aku. Sedih bebetul. Bila orang da silap sikit cakap kat aku,ati pun cepat terasa...
Mungkin aku terasa sebab aku kena ignore by member-member aku. Then, bila aku tengok gambar-gambar mereka kat Facebook, blog memasing, happy jer di samping kawan-kawan baru mereka. Yalah, kawan sama keja, setaraf ngan mereka. Ada duit, ada kereta... Aku apa ada... Hmmm... Menghabiskan masa dan duit mereka adalah kan...
Seriusly... Off-day aku terbuang kat umah jer... Nak jejalan pun malas bila dah sesorang... Aku rindu masa belajar. Di saat kena tanggung oleh PAMA... Masa tu, kita takder apa-apa. Sesama sengkek, sesama menunggu loan PTPTN masuk akaun. Ada duit atau tak, tetap outing. Window shopping pun jadilah.
Tapi skang, just tinggal kenangan jer. Kawan yang sebantal, sekatil, sepinggan dan se,se apalah, dah tak tau pasal kita.Kenal pun tak kot.. Yalah nasib tak sama. Orang cakap bila dah diri berada tinggi, memang jarang atau takder langsung nak mengjenguk kat bawah... Bila dah terjatuh, barulah tersedar kan... Barulah ingat akan insan-insan yang di'ignore'kan selama ni...
Am I too tamak? Aku bukan tamak, aku cuma nak kena treat macam dulu-dulu, happy sesama... Aku tak minta lebih, aku cuma mahu diingati sebagai kawan yang terhebat yang pernah mereka kenal......:-(

Tuesday, May 17, 2011

Kawan Palsu

fake friends are like shadows,
always near you at your brightest moments,
but nowhere to be seen at your darkest hour..


Aku suka ngan ayat-ayat kat status FB dia ni... Maksud dia mendalam... 

17-05-2011

hari ini hari selasa.
cuaca hari ini cerah.
hari ini hari cuti umum.
hari ini hari wesak.
ramai orang cuti hari ini.
tapi saya harus kerja dengan gaji biasa. huhuhuuuuuu.
saya pun dah mengantuk tunggu orang datang bayar bil.
bos, boleh balik awak ke hari ni???