Tuesday, July 3, 2012

[BERITA]: 'Bujang Seblak' Tewas Jua


Bujang Seblak tewas jua


by Kepu Sidi. Posted on July 3, 2012, Tuesday


DENDAM TERBALAS JUA: Embol dengan perasaan geram cuba mengoyakkan rahang buaya berkenaan sambil disaksikan oleh Indet. (Gambar kiri) Indet menunjukkan bekas tembakan di bawah dagu buaya yang telah berjaya ditangkapnya.



SARATOK: Buaya jantan yang dipercayai membaham isteri Tuai Rumah Embol Asom dari Sungai Anak, Pelunga Roban, dua minggu lalu berjaya ditewas setelah memakan pancing berumpankan anjing yang dipasang pawang buaya Indet Sanabong.

Kepastian bahawa buaya terbabit adalah Bujang Seblak yang bertanggungjawab membaham Siah Monsung adalah berdasarkan terdapat kesan tembakan di bawah dagu buaya terbabit yang masih jelas kelihatan.

Perkara ini turut mendapat kepastian daripada pawang buaya Indet Sanabong yang terkenal dengan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang memburu buaya.

Buaya sepanjang 12 kaki itu berjaya didaratkan oleh Indet bersama seorang pembantu dan dua penduduk kampung ter-babit pada sekitar jam 8 pagi semalam.

Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh penduduk kampung terbabit, satu tepukan di kepala reptilia terbabit telah menyebabkan ia terus diam dan menuruti kata-katanya (Indet).

“Pada mulanya, buaya yang terkena pancing pawang yang hanya bertali rotan itu begitu kuat meronta dan seolah-olah mahu menyerang balas.

“Namun sebaik sahaja pawang berkenaan membaca menteranya dan menepuk di kepala buaya tersebut ia terus berhenti dan seolah-olah menjadi bodoh dan menuruti segala perintah pawang berkenaan,” cerita mereka yang ditemui oleh pemberita semalam.

Sementara itu, Indet, 49, yang ditemui Utusan Borneo berkata beliau amat yakin buaya yang membunuh isteri Tuai Rumah Embol adalah buaya yang berjaya ditewaskannya itu.

“Salah satu bukti yang paling nyata kita dapat lihat ialah satu kesan tembakan yang terdapat di bawah dagu buaya ini.

“Tambahan pula, tugas saya selaku pawang buaya ini adalah hanya menewaskan mana-mana buaya yang pernah berbuat dosa iaitu dengan menjadikan manusia sebagai mangsa mereka atau dalam bahasa Iban ‘Puni’, memakan daging manusia.

“Ini bermaksud mana-mana buaya yang pernah memakan daging manusia akan dikira berdosa dan saya yakin ia tidak akan terlepas dari memakan umpan yang telah dipasang dan semua perkara itu sudah termeterai dalam perjanjian men-tera saya,” jelas Indet.

Tambahnya, buaya terbabit telah memakan umpan yang telah dipasang mereka di kawasan Lubok Sungai Nyiar, iaitu kawasan buaya besar ber-kenaan sering timbul.

“Tugas saya memancing buaya di Sungai Seblak untuk memburu buaya yang bertanggungjawab akan saya hentikan hari ini (semalam) kerana saya yakin bahawa buaya yang bertanggungjawab dalam melakukan serangan terhadap isteri Tuai Rumah Embol telah berjaya ditangkap,” katanya.

Pada seminggu lepas Indet juga telah berjaya menewaskan dua ‘orang kanan’ Bujang Seblak iaitu seekor buaya jantan yang dikenali sebagai Bujang Muara  sepanjang 9.2 kaki dan seekor buaya betina dikenali dengan jolokan ‘Dara Nanga’ sepanjang 8.9 kaki.

Kedua-dua buaya terbabit telah memakan umpan yang dipasang oleh Indet di kawasan kira-kira satu kilometer dari muara Sungai Anak.

Sementara itu, pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang turut sama melancarkan gerakan memburu buaya bermasalah di Sungai Seblak sejak beberapa hari lepas turut mendapat seekor buaya betina sepanjang sembilan kaki berhampiran muara Sungai Anak.

Pada masa yang sama, buaya yang diberikan jolokan penduduk setempat dengan nama Bujang Seblak telah dibawa ke pekan Roban dengan menggunakan bot dari Sungai Anak.

Ketibaan buaya terbabit di pekan kecil Roban ‘disambut’ oleh ribuan penduduk yang telah bersedia untuk melihat sendiri buaya berkenaan dan ia telah dibawa ke balai polis untuk tindakan yang selanjutnya iaitu pengumpulan data.
Namun begitu pelbagai persoalan timbul daripada mulut masyarakat setempat, khususnya yang pernah bertembung dengan buaya terbabit di sungai berkenaan.

Persoalannya, adakah buaya berkenaan betul-betul Bujang Seblak atau buaya biasa kerana buaya yang diberi jolokan Bujang Seblak menurut penduduk mempunyai saiz yang amat besar, iaitu saiz belakangnya hampir menyamai sebuah kereta Kancil.

Tetapi buaya yang berjaya ditewaskan bersaiz sederhana sahaja kata mereka dan ia terus menjadi tanda tanya adakah buaya yang sebegitu besar ada wujud di Sungai Seblak atau sebaliknya.

Sekitar jam 4 petang semalam, buaya terbabit dibawa semula ke Rumah  Embol di Sungai Anak oleh pihak SFC untuk dibedah isi perutnya bagi pengumpulan data sebelum ia dikuburkan.

Sumber: Utusan Borneo 


[BEBELANKU]: Marah

Geram...................

Ni pasal orang marah kat saya.....................

Orang marah tu pun baru pas kena marah orang lain.......................

Tapi tosahlah nak lepaskan kemarahan tu kat orang lain.............................

Sapa tak geram.....

Kalau geram kena marah, marahlah balik kat orang tu.............

Dia ni customer, ada hak nak marah CS yang marah dia.............

Jadi bila customer ni marah saya hanya kerana kena marah CS lain, saya pun angin juga..................

Saya ni tak ada sebab orang tu nak marah saya, saya cakap bagus-bagus, jangan pulak nak herdik saya yang tak berdosa kat dia...............................

Apa lagi, "Kalau hanya kena marah oleh mereka, tak perlu marah saya kat sini, marahlah kat orang marah kamu tu."

Kan dah kena ayat oleh saya.........

Monday, July 2, 2012

[GAMBAR+BEBELANKU]: Hantaran

tak tau nak kredit sapa, sebab ramai yang share gambar ni


Kalau orang India, hantaran dipanggil 'dowri'. Dan selalunya yang menyediakan hantaran adalah dari pihak perempuan(sila betulkan saya, kalau fakta silap). Dan dekat Malaysia ni, khasnya orang Melayu hantaran dibagi oleh pihak lelaki.

Macam dah jual anak dah gamaknya minta hantaran tinggi-tinggi kan. Hantaran sebenarnya, taklah wajib sangat pun berbanding mas kahwin. Hantaran ini digunakan untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kedua belah pihak. Mengikut statistik di gambar atas ni, memang nampak melampau ler. Ramailah orang yang akan lambat kahwin. Lebih-lebih lagi calon isterinya itu lulusan universiti. Jangankan lulusan universiti, lulusan STPM pun dah mentadarah nengok statistik hantarannya. 

Tapi ada sorang dua rakan saya, mak mereka tidaklah meletakkan hantaran secara mendadak. Hantaran hendak dibagi biarlah berpatutan, lagipun majlis perkahwinan ni tak dapat nak bajet macamana. Karang letak hantaran rendah, tapi perbelanjaan kahwin lagi banyak dari hantaran susah. Letak tinggi pulak, belanja majlis pulak kurang, rugi pulak pihak lelaki. Dan mak kawan saya itu, cuma cakap, bagilah nak bagi berapa, kalau terkurang untuk belanja kahwin tu, sama-sama keluar duit. Bestnya mak kawan saya tu, taklah demand!!! 

Ada segelintir orang, dengan bongkak lagi, dalam keluarga tak ada lagi orang ada hantaran kurang RM10k... Anak pulak keja biasa-biasa, taklah tinggi mana pun belajar. Tapi hantaran letak setaraf ijazah..Ayo, tu lah sebenarnya kalau dalam Islam ni, bila berlebih, akan ada satu sifat yang jelik, menunjuk dan bongkak. Kalau nak show-off hantaran mahal, tak yah cakap macam tu, buktikan majlis kahwin anak tu, 'grand' mengalahkan retis okayyyy...... Tak yah sampai mengungkit keturunan kita macamana. Anak tu pun satu tempat orang tau perangai macamana, tapi masih lagi nak puji kasi up tak hengatttt...... Memang tak padan hantaran RM10k tau.

Saya pula? Terpulang kepada keluarga. Tapi apa yang saya nak ialah, biarlah simple. Nikah kat pejabat agama pun jadi, jimat kos, sanding pun tak naklah tukar baju berpasang-pasang(tak yah sanding pun ok-kang ada yang bising). Buat majlis walimatururus yang simple, jemput saudara mara dekat, rakan yang sudi datang(tak paksa kalau tak dapat)... Dan jiran tetangga... Jangan pulak jiran sebelah rumah tak dijemput, tapi orang kampung bersebelah-belah jauhnya dijemput pulak ye. Ni jugak masalah orang kita kan, hal menjemput ni...

[INFO]: As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini dan Hari Jilbab Sedunia


Adakah hari jilbab sedunia memperingati Marwah as-Syarbini??

Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini

Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr.Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.



Sumber: Dunia macam-macam@Facebook

Psst:
Kita yang kat Malaysia ni yang aman damai, takde orang nak kacau pasal bertudung, tapi ada yang masih lagi tak mengikut yang telah ditetapkan syariat. Orang Malaysia gi merantau ke luar negara, kalau iman tak kuat, terus terbang tudung dan alasan nanti, takut kena tembak/tikam... Tapi dalam hati trus cakap, bestnya, boleh ler aku buat macam-macam fesyen rambut, warnakan rambut pun boleh. Tapi dalam kes Marwah As-Syarbini, di saat nafas terakhir arwah, mempertahankan dirinya hanya kerana jilbab. Saya mungkin tidak sehebat wanita itu, tapi insya-Allah, selagi bernafas di muka dunia ini, biarlah selamanya saya bertudung. Jangan pulak bertudung kerana trend, tapi baju di badan seperti pembungkus nangka pulak..

Sunday, July 1, 2012

[GAMBAR]: Zaman Budak I.T. Ek?

gambar: Sabahan Troll @ Facebook
Sebagai CS, memang salah satu keja saya ni ialah mendaftar postpaid terutamanya broadband. Selalu kalau pasal bil, kami lebih menggalakkan pelanggan menggunakan e-billing. Oleh itu, perlu sertakan sekali alamat email semasa mendaftar.

Macam dalam gambar di atas, bila ditanya alamat email, kebanyakan mereka termasuk budak yang baru menginjak usia 18 tahun(mentang-mentang dah dapat daftar broadband nama sendiri kan), mereka jawab tak ada. Dah tu, saya tanya lagi, Facebook ada tak? Dengan muka eksen kat saya ni, ada... Serius, saya rasa nak ketawakan je mereka-mereka ni. Cakap kat saya, kan main eksen lebih, macam bijak sangat. Tengok-tengok nampak sangat kebodohan mereka. Macam Si Kocoh kat gambar kat atas ni.

Zaman saya sekolah dalam milinium gak dalam 2001(Form 5). Walaupun saya tak pernah ambik kelas IT kat sekolah, tapi tau lah juga email tu apa, apa kaitan ngan Facebook... Budak sekarang, amik je subjek IT kat sekolah, tapi macam haram tak tau pulak kaitannya.